MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, November 22, 2010

luahan hati erra fazira pasal rmhtangganya



TERLALU banyak ujian terpaksa dilalui apabila bergelar selebriti. Dari sebelum hingga berkahwin pun sesetengah artis seperti Erra Fazira Wan Chek perlu berdepan dengan ujian hebat mengenai gosip rumah tangga.
Erra, 36, sedar dia tidak perlu lekas melatah namun tidak menafikan berasa sedih dan kesal apabila difitnah.

Kata Erra, dia sendiri tertanya-tanya apakah motif pihak terbabit menyebarkan cerita tidak baik berhubung rumah tangganya dengan, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Saluran Berita, Bernama TV.

“Saya sedih apabila baca gosip fitnah itu. Secara peribadi, saya sendiri pun tidak tahu dari mana datangnya cerita sebegitu. Mungkin penyebar fitnah itu tidak suka sangat atau benci dengan saya.


“Saya anggap penyebar fitnah itu sebagai orang yang ‘sakit’, tidak normal kerana orang normal memang tidak ada masa nak buat fitnah mengenai rumah tangga orang lain,” katanya.

Paling merisaukan Erra sudah pasti penerimaan suaminya apabila membaca gosip mengenai rumah tangga mereka.

“Suami saya memang terkejut. Maklumlah, dia bukanlah berada secara aktif dalam bidang seni di depan kamera seperti saya. Sudah pasti dia juga hairan kenapa cerita seperti itu tiba-tiba terkena kami.

“Justeru, sayalah yang selalu menenangkan Emran dan cakap ia hanya gosip semata-mata dan kenalah bersabar,” katanya.

Kata Erra, pihak yang buat fitnah mengenai rumah tangganya itu juga terlebih kreatif yang tidak bertempat.

“Sebabnya tidak ada sebab orang nak buat cerita mengenai rumah tangga kami kerana kami selalu bahagia. Kalau orang bertanya kenapa kami jarang berdua sebabnya kalau saya ke hulu dan ke hilir bersama suami pun orang tetap mengata juga di belakang,” katanya.

Pelakon Muzikal Tun Mahathir itu juga lebih selesa menghadiri sesuatu majlis atas dasar kerja.

“Saya juga jenis kaki kepit suami. Selepas habis kerja selalunya saya akan balik rumah. Memang saya sedih baca fitnah itu. Tapi saya tak sakit hati pun,” ujarnya lagi.

Seperti pasangan lain, Erra juga berdoa semoga rumah tangganya berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Engku Aleesya pun dah masuk setahun tujuh bulan. Pada masa sama, kami bersedia untuk membesarkan lagi keluarga. Sebelum ini, memang saya merancang untuk ada anak ramai tapi memandangkan usia sekarang, saya kena hadkan sedikit. Saya tidak kisah lelaki ke perempuan,” katanya.

Erra ditemui di majlis pelancaran Erra Art Club di My Favourite Art House di Tropicana City Mall di ibu kota, baru-baru ini. Hadir sama, pembuat pensel, Friedrich Staedtler.

Berkongsi cerita mengenai Erra Art Club, Kata Erra, idea untuk menubuhkan kelab seni itu tercetus selepas bergelar ibu dan melihat Aleesya membesar di depan matanya.

“Daripada Aleesya merangkak hingga berjalan, bertutur dan melukis. Ia juga pengalaman menyeronokkan melihat anak membesar setiap hari. Sebagai ibu, saya hanya inginkan yang terbaik buat anak saya.

“Justeru, saya terhutang budi kepada Richie Rachman yang juga teman lama saya yang mengatur pertemuan dengan pihak Staedtler, sekali gus menjadikan impian saya ini menjadi nyata,” katanya.

Erra berkata, dia juga membesar dengan produk Staedtler.

“Pihak Staedtler juga hulurkan bantuan kepada dana Erra Fazira-Staedtler yang bertujuan menyalurkan sumbangan kepada badan kebajikan terpilih di samping berhubung dengan kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Sebahagian daripada pembelian produk Staedtler dengan logo Erra Art Club akan disalurkan kepada dana ini. Kami tidak ada berapa sasaran dari segi keahlian dan ia terbuka dari kanak-kanak seawal usia tiga tahun,” katanya.

Katanya, ahli Erra Art Club bakal menerima sekeping kad eksklusif untuk menghadiri pelbagai acara menarik sempena musim perayaan, aktiviti seperti bercerita, persembahan boneka, nyanyian, peraduan melukis, mewarna dan lawatan ke tempat menarik seperti Zoo Negara dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...