MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, January 10, 2011

makanan berkhasiat melawan penyakit



MEMILIH makanan berkhasiat bukan sesuatu yang sukar termasuk makanan yang membantu tubuh melawan penyakit.

Produk tenusu misalnya seperti susu, dadih serta keju mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk mencegah masalah kerapuhan tulang.

Tuna di dalam tin juga banyak mengandungi vitamin D. Selain itu, banyakkan pengambilan ikan dan kekacang yang mempunyai khasiat penting untuk tubuh melawan penyakit.

Bagi penggemar barli, makanan ini kaya dengan kandungan serat yang boleh merendahkan kolesterol juga selenium yang membantu untuk mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.

Bawang dan bawang putih juga sama penting kerana kedua-dua bahan yang sering dijamah setiap hari itu mengandungi ciri antimikrob.

Buah-buahan tidak seharusnya dilupakan apabila mahu mendapatkan makanan berkhasiat.

Oren dan buah-buahan sitrus yang lain mempunyai kandungan serat yang tinggi serta vitamin C yang meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...