MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, January 26, 2011

penjagaan pemakanan si kecil sgt penting

JIKA anda biasa menggunakan bahan masakan yang sama untuk menu harian si kecil apa kata mulai sekarang ubah resipi makanan sihat dengan menggunakan lima bahan utama iaitu minyak zaitun tulen, daging kambing, keju, plum tomato dan bawang Holland.

Ini kerana semua bahan itu mempunyai nilai khasiat sangat tinggi terutama untuk tumbesaran kanak-kanak. Menurut pengkaji sains dalam bidang perubatan minyak zaitun bertindak mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun dengan bertindak menyingkirkan cacing di dalam perut manakala dalam bidang sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang berupaya merendahkan kolesterol berbahaya dalam darah serta mengurangkan risiko kanser payudara.

Selain itu salah tanggapan yang mengatakan daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi seharusnya diperbetulkan.

Ini kerana kajian Persatuan Jantung Amerika menyarankan, daging kambing diambil untuk mereka yang mempunyai masalah jantung kerana daging kambing mempunyai kualiti protein yang tinggi dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.

Tambahan pula, struktur molekul daging kambing sangat berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam, mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya.

Tambahan pula, struktur molekul daging kambing sangat berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam, mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya.

Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Semua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing tanpa sebarang hormon, bahan kimia dan pencemaran bakteria.

Bagi menambah khasiat dalam masakan sebaiknya para ibu menggunakan bawang Holland atau dikenali sebagai bawang kuning atau bawang Bombay. Bawang Bombay (Allium cepa L) memiliki kandungan kromium yang baik. Komponen sulfur pada bawang Holland adalah dalam bentuk allyl propyl disulphid dan mempunyai peranan penting dalam menurunkan glukosa darah bagi pesakit diabetes, baik untuk mencegah serangan jantung dan strok serta mengandungi vitamin B6 untuk menurunkan kadar homosistein dalam darah. Rasanya pula lebih manis dan segar.

Selain mudah diperoleh ramai ibu bapa tidak tahu khasiat di sebalik bahan-bahan ini yang sering kali digunakan dalam masakan Barat. Misalnya kandungan kalsium dalam keju sesuai untuk kanak-kanak. Selain dapat melindungi gigi daripada karies dan kerosakan gigi, keju mempunyai sumber protein yang baik serta vitamin A, D dan B12 yang tinggi. Keju boleh menambahkan tenaga si kecil agar bermaya serta menjaga kesihatan tulang anak anda.

“Sebab itu di Barat keju sentiasa menjadi pilihan utama dalam masakan mereka manakala di Jepun satu kajian dijalankan mengenai kejayaan atlet mereka yang ada kaitan dengan jenis makanan diambil.

selitan sikit yer.. =DD


                                            sedapnya mamam nasi ngn sup ayam nie..hehehe

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...