MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, February 27, 2011

Kafein punca anak sukar tidur

APABILA melihat anak-anak agak gelisah, tidak mahu duduk diam dan sukar tidur ramai ibu bapa mengeluh kerana tidak tahu apa perlu dilakukan untuk mengatasi perkara berkenaan. Akibatnya ramai anak-anak yang menjadi mangsa kemarahan ibu bapa kerana berkelakuan demikian; walaupun ia bukanlah salah mereka.

Kajian menunjukkan tingkah laku seperti berasa gelisah, resah, tidak boleh duduk diam, sakit perut, sakit kepala, sukar menumpukan perhatian dan tidur adalah antara gejala yang dialami akibat pengambilan kafein setiap hari.

Kafein boleh didapati dalam pemakanan kita setiap hari terutama kopi, teh dan minuman berkarbonat. Pada orang dewasa terutama peminum kopi, kafein menjadi 'perangsang' emosi dan fikiran kerana ramai yang berasa kurang tenang selagi tidak mendapat sumber kafein mereka pada waktu pagi.

Keadaan ini berbeza pada kanak-kanak kerana selain gejala disenaraikan di atas, kafein juga boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan degupan jantung.

Kajian terbaru yang dijalankan penyelidik Pusat Perubatan Universiti Nebraska di Amerika Syarikat ke atas 200 kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun mendapati kira-kira 75 peratus kanak-kanak mengambil kafein setiap hari dan kebanyakannya melalui minuman berkarbonat.

Kajian berkenaan dilakukan di klinik paediatrik dengan cara bertanya soalan kepada ibu bapa yang membawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan iaitu jenis dan jumlah snek yang diambil oleh anak mereka setiap hari.

Daripada soal selidik itu didapati kanak-kanak berumur lapan hingga 12 tahun mengambil kira-kira 109 miligram kafein sehari; bersamaan dengan tiga tin minuman berkarbonat (350 mililiter setiap tin). Kanak-kanak yang lebih kecil mengambil kurang kafein iaitu kira-kira 36 miligram (satu tin minuman berkarbonat).

Dalam kenyataan bertulis yang ketua penyelidikan itu, Dr William Warzak berkata, lebih banyak kafein diambil, seseorang kanak-kanak itu akan lebih susah hendak tidur. Apabila kurang tidur, daya tumpuan kanak-kanak di dalam bilik darjah akan terjejas.

Sebaliknya kajian lain menunjukkan kanak-kanak yang kurang tidur mengambil lebih banyak kafein dan menghabiskan banyak masa di depan televisyen atau komputer. Tidak cukup tidur dan kurang melakukan aktiviti fizikal (kerana terlalu asyik di depan komputer dan televisyen) mempunyai kaitan rapat dengan peningkatan berat badan.

Memang ada banyak sebab pertambahan berat badan di kalangan kanak-kanak dan kurang tidur adalah salah satu daripadanya yang boleh membuatkan masalah obesiti menjadi semakin meluas. Apa yang lebih membimbangkan ialah kekurangan tidur ini juga akan menyebabkan kanak-kanak cenderung untuk mendapat tabiat lebih buruk iaitu merokok.

Walaupun kafein mempunyai sifat diuretik (yang menyebabkan seseorang lebih kerap kencing) tetapi hasil kajian itu mendapati ia tidaklah membuatkan kanak-kanak kencing di tilam. Bagaimanapun jika anak anda kerap terkencing ketika tidur, lebih baiklah mengelak daripada memberinya minuman mengandungi kafein terutama pada waktu malam.

Kadang kala ibu bapa terlupa bahawa minuman harian kita seperti kopi dan teh adalah antara penyumbang kepada pengambilan kafein di kalangan kanak-kanak. Jumlah pengambilan kafein akan lebih tinggi jika kanak-kanak juga diberikan ais krim perisa kopi dan coklat.

Sebenarnya kanak-kanak tidak memerlukan kafein dalam diet mereka. Minuman terbaik untuk kanak-kanak ialah air kosong, susu dan jus buah-buahan (terutama yang disediakan sendiri tanpa mencampurkan gula).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...