MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, March 16, 2011

Haram segera penjualan botol susu polikarbonat



KUALA LUMPUR: Orang ramai menggesa kerajaan mengharamkan segera penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana ia boleh boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.

Berikutan itu, mereka berpendapat tindakan kerajaan menunggu sehingga 2012 bagi melaksanakan pengharaman itu dianggap tidak wajar sama sekali.

Peniaga, Wispa Hashim, 41, berkata beliau hairan apabila kerajaan melengahkan pengharaman botol susu berkenaan, sedangkan kajian menunjukkan ia memberi kesan buruk kepada bayi dan kanak-kanak.

“Kenapa tidak diharamkan serta-merta dan apa yang berlaku ini sesuatu yang dianggap pelik,” katanya.

Pendapat itu disokong ahli perniagaan, Cheu Ong, 40, yang mahu kerajaan bertindak tegas dalam perkara ini.

“Memang saya faham kerajaan perlu memberi masa kepada pihak industri tetapi mengapa perlu menunggu hingga setahun?,” katanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kelmarin, berkata keputusan Kabinet pada 2 Mac bagi menangguhkan pengharaman botol susu berkenaan bertujuan memberi tempoh kepada pihak industri membuat persediaan menukar atau membeli mesin serta menggunakan bahan mentah sesuai bagi memenuhi peraturan baru itu.

Peniaga, Zainal Abudin, 30, berkata kerajaan perlu meneliti serta mencari alternatif lain bagi menggantikan penggunaan botol susu itu supaya kesihatan bayi di negara ini tidak terjejas.

Aedewan Adnan, 31, berkata tiada guna kerajaan membuat pengumuman jika tiada tindakan serta-merta.

“Sepatutnya selepas pengumuman, tindakan terus dilakukan bagi mengelak lebih ramai kanak-kanak serta bayi berisiko mendapat pelbagai penyakit,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyertai beberapa persatuan pengguna lain mendesak kerajaan tidak menunggu sehingga Mac 2012 untuk mengharamkan penjualan botol susu itu.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata kerajaan perlu bertindak segera demi kepentingan dan keselamatan rakyat.

“Kajian penyelidik bebas mendedahkan BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi," katanya pada sidang media di pejabatnya di Georgetown, semalam.


sumber berita harian


dan ini antara botol-botol yg BPA free..

                                                                    botol nie keluaran Evenflo

                                                   our lil mmg tegar ngn brands avents



                                                        nk try bg botol nie plak tuk nia
                                            lg pn puting dia nk hampir sama ngn avent
                  

   






botol-botol nie mmg sumenya BPA free..tp rege dia sikit mahal la..bg sy mahal xpe tp jgn mendatangkan penyakit sudahlah..

3 comments:

  1. baguslah dah diharamkan..
    pasni kompem byk botol2 bpa free yang kuar & murah2.. :)

    jom join
    CONTEST GAMBAR KAWEN YANG ANDA PALING SUKA
    http://azieaxie.blogspot.com/2011/03/contest-gambar-kawen-yang-anda-paling.html

    ReplyDelete
  2. salam singgah...raif pun pakai botol avent..dia ada 6biji..botol yang ada BPA *cartoon barney* pun dia ada pakai..so pasni kenala buang..

    jemput tinjau : http://fitribintisenin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. aleesya pun mama belikan botol MAM. pastu 6bulan je tukar botol baru...risaukan kesihatan die.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...