MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, March 01, 2011

khasiat penting utk anak-anak

Pemakanan berkualiti penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak agar mereka dapat membesar secara normal. Sebenarnya kekurangan zat makanan bukan sahaja menjejaskan tumbesaran tetapi turut mengganggu tahap konsentrasi dan kecerdasan kanak-kanak. Selain itu, mereka juga berpotensi untuk menjadi terlalu aktif. Agar anda mendapat khasiat secukupnya, pastikan diet harian mereka mengandungi :

1. Zat Besi

Zat besi diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah, mengangkut oksigen dalam darah dan menyalurkannya ke dalam sel-sel tubuh. Bagi kanak-kanak, kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, lesu, gelisah dan ADHD. Kanak-kanak yang ada masalah anemia cepat bosan dan kurang bermotivasi dalam tugasan yang mencabar intelektual. Jadi, untuk memastikan anak anda cukup zat besi, hidangkan mereka bijirin yang diperkaya dengan zat besi untuk sarapannya. Dalam menu hariannya pula, pastikan anda hidangkan daging merah, ayam dan ikan tuna sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Pastikan juga anak anda mengambil banyak sayuran hijau, brokoli dan kekacang.
 
2. Asid Lemak

Nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak bukan sekadar untuk tumbesaran fizikal tetapi juga perkembangan minda. Otak dan sel saraf mengandungi asid lemak tak tepu berantai panjang (LCPs) yang sangat tinggi. Asid dokosaheksanoik (DHA) dan Asid arakidonik (AA) merupakan LCPs yang utama. DHA merupakan komponen struktur utama dalam tisu otak dan retina mata. Komponen ini penting khususnya dalam tempoh dua tahun pertama dan peringkat awal kanak-kanak kerana ketika ini otak dan mata mengalami perkembangan yang pesat. Manakala, AA hadir dalam membran sel tubuh yang diperlukan untuk penghantaran mesej di sepanjang saraf dan fungsi ingatan yang normal. AA juga penting dalam perkembangan penglihatan, keupayaan belajar dan koordinasi. DHA dan AA diperlukan untuk perkembangan otak. Oleh itu, berilah anak anda makanan yang kaya dengan DHA dan AA seperti minyak ikan tuna untuk perkembangan mata dan otak yang optimum serta merangsang proses pembelajaran yang lebih baik.

3. Asid Folik

Asid folik dianggap sebagai makanan otak. Asid ini penting untuk pembentukan dan kematangan sel-sel darah merah dan putih. Kanak-kanak yang kekurangan asid folik akan cepat letih, bersikap tidak peduli dan pelupa. Untuk mengelakkan masalah ini terjadi kepada anak anda, berilah dia makan makanan yang mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

4. Vitamin B Kompleks

Vitamin B kompleks adalah kombinasi 8 vitamin B iaitu Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niacin (B3), Pantothenic Acid (B5), Pyridoxine (B6), Cyanocobalamin (B12), Biotin (B7) dan Asid Folik (B9) . Vitamin-vitamin ini berfungsi untuk memperbaiki aktiviti saraf dan mengurangkan tekanan yang sememang sangat bermanfaat bagi kanak-kanak ADHD. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin B ialah hati, bijirin, nasi, kekacang, susu, telur, daging, ikan, sayuran hijau, dan buah-buahan. Jadi, pastikan anda memasukkan makanan-makanan tersebut ke dalam menu harian anak.

5. Kalsium

Berilah anak anda minum susu dan makan banyak sayur-sayuran. Seperti yang telah sedia maklum, kalsium membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Tapi, tahukah anda selain itu, kalsium turut menyokong sel-sel membran dan membantu sistem saraf terutamanya dalam penghantaran gerak hati (impulse) yang boleh mengawal tingkah laku kanak-kanak ADHD. Susu dan produk tenusu merupakan sumber utama kalsium. Kalsium juga boleh didapati dalam sayuran hijau dan bijirin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...