MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, March 20, 2011

Myvi Extrem akan dilancarkan

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bakal melancarkan Myvi edisi baru dengan enjin berkapasiti 1.5 liter dan ditampilkan dengan reka bentuk, kemasan dan perincian lebih tegar, bergaya dan sporty. Sumber industri berkata, Myvi baru yang bakal dinamakan ‘MyVi Extrem’ itu akan dilancarkan pada Mac atau April tahun ini.

Myvi Extrem akan menggunakan platform gabungan model generasi baru Toyota Passo dan Daihatsu Boon Luminas dengan kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter pada model Myvi sedia ada di pasaran. Beberapa perubahan dalaman dan luaran ditampilkan mengikut trend semasa bagi memenuhi citarasa golongan muda seperti bamper, hud depan dan pintu belakang yang lebih bergaya.

Myvi Extrem baru ini juga menampilkan perubahan kedudukan gear yang terletak pada papan pemuka (dashboard) seperti Alza. Difahamkan, dengan pelancaran Myvi Extrem serta satu lagi model baru yang akan dilancarkan PERODUA pada separuh kedua tahun ini, ia dijangka merealisasikan hasrat PERODUA untuk merekodkan jualan tertinggi baru tahun ini.

notakaki:mcmanalah rupa keta nie yer..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...