MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Second Birthday tickers

Monday, March 21, 2011

panduan utk membeli stroller

Terdapat pelbagai pilihan kereta sorong anak kecil ini (juga dikenali sebagai baby stroller atau kereta sorong) di pasaran daripada jenis umbrella Strollers yang paling ringan sehingga jenis yang berat, midsized strollers, carriages, jogging strollers dan rekaan model yang boleh membawa dua orang dan lebih kanak-kanak. Bagi bayi baru lahir, anda boleh mencari kereta sorong yang boleh dipadankan dengan pelbagai jenis kerusi keselamatan bayi atau kereta sorong jenis fully recline iaitu kedudukannya mendatar yang boleh dibaringkan sepenuhnya.

Pilihan lain pula ialah jenis travel system iaitu kombinasi kerusi keselamatan bayi dan kereta sorong. Ada juga kereta sorong joging (jogging strollers) yang dijual sebagai travel system dan begitu juga dengan kereta sorong bayi yang lain.

Pilihan terakhir ialah combo stroller, yang berfungsi sebagai carriage dan kereta sorong. Kereta sorong ini adalah gabungan dengan roda yang boleh digunakan untuk semua kerusi keselamatan. Ia termasuk bassinet yang boleh ditanggalkan yang menjadi carriage yang mana bayi yang baru lahir dapat baring sepenuhnya dan tanggalkan dengan mudah apabila tidak diperlukan.

Hari ini, ramai pengeluar kereta sorong menawarkan pelbagai model moden serta pilihan warna menarik, material dengan tekstur dan fabrik yang kualiti serta kemudahan lain seperti pengadang cahaya matahari, telescoping handlebars, roda boleh putar dan berkunci berputar, tempat duduk boleh laras (ke hadapan atau menghadap belakang), penggunaan sebelah tangan untuk lipat dan keupayaan untuk melipat dengan mudah.

Juga kereta sorong jenis all-terrain dan jogging stroller semakin popular dikalangkan ibu bapa yang suka keluar bersenam sambil membawa anak bersiar-siar.

Untuk memilih kereta sorong bukan suatu kerja yang mudah. Justeru, gunakan panduan memilih kereta sorong yang betul untuk mengetahui jenis kereta sorong yang sesuai untuk anda dan bayi anda. Di sini terdapat beberapa pilihan jenis kereta sorong :

Lightweight Strollers
* Biasanya kurang daripada 12 pound
* Saiznya yang ringan dan kecil selepas di lipat.
* Untuk anak > 1 tahun dan di atas dan tidak mempunyai kerusi yang boleh dibaringkan sepenuhnya.
* Model: Maclaren Volo, Halford Sola.

Jogging Strollers
* Pilihan ideal untuk ibu bapa yang suka berjoging atau pelumba lari.
* Selalunya menggunakan tayar berudara.
* Penggunaan sebarang permukaan untuk larian harian anda
* Model: Zooper Zydeco

Umbrella Strollers
* Lebih berat sedikit daripada kereta sorong Lightweight. Ia yang menyediakan tempat duduk yang boleh dibaringkan separuh.
* Saiz kecil dan padat.
* Mudah dikendalikan melalui lorong pejalan kaki yang sempit
* Boleh dilipat dan berbentuk payung.
* Mudah dilipat dan disimpan dalam mana-mana kenderaan
* Model: Halford Fliplite, Palisto, Cosmo DX, Maclaren Techno XT, Cybex Onyx.

All-Terrain Strollers
* Kelihatan seperti jogging stroller tetapi rekaannya pelbagai penggunaan.
* Roda bahagian hadapan kereta sorong jenis ini yang mempunyai tiga roda membantu anda mengendalikan ia dengan mudah berbanding jogging stroller.
* Ia juga pilihan untuk aktiviti luar seperti ke pusat membeli belah atau ke kedai.
* Pro: Sesuai untuk kegunaan di luar dan perjalanan lancar atas batu-batu, lopak, atau lorong pejalan kaki yang tidak rata dan boleh menampung anak-anak lebih berat.
* Model: Halford Zuzz 4, Quinny Buzz

Travel Systems
* Keseronokan membawa bayi baru lahir bersiar-siar dengan kereta sorong jenis ini.
* Dalam kombinasi ini termasuk kerusi keselamatan dan kereta sorong bagi anak bertatih.
* Perjalanan anda akan bertambah mudah apabila bayi dapat tidur dengan selesa.
* Apabila bayi anda tidak sesuai lagi duduk di kerusi keselamatan bayi, anda boleh hanya menggunakan kereta sorong sahaja.
* Pro: Seperti kerusi bayi dengan berbingkai carrier. Ia adalah jenis Travel Systems yang membolehkan anda meletakkan bayi yang sedang tidur dalam kerusi keselamatan tanpa gangguan ke kereta sorong.
* Ada sebahagian kereta sorong jenis yang boleh dibaringkan sepenuhnya tempat duduk dan tiada ruang lubang untuk kaki. Jadi anda boleh gunakan sebagai carriage.
* Model: Halford Cosmo DX TS, Halford S8 Pramette TS, Halford S9 TS, Inglesina Zippy TS, Inglesina Avio TS, Recaro Akuna TS, Peg Perego P3 TS

Combo Strollers
* Penggunaan semasa anak bayi dan seterusnya bertatih.
* Menjadi kereta sorong permulaan anak anda dan mempunyai ruang tempat duduk selesa seakan ‘buai’ (bassinet)
* Mempunyai rangka paling tegap dan roda yang berkualiti supaya dapat bergerak dengan lancar.
* Mempunyai pemegang ketinggian boleh laras yang mengikut kesesuaian ketinggian mereka.
* Berat dan ada beberapa model sukar untuk dilipat.
* Model: Bugaboo Cameleon, Mutsy Slider, Inglesina Classica, Halford Pamelon.

1 comment:

  1. I every time emailed this blog post page to all my associates, since if like to read it then my links will too.


    Also visit my website www.joboloco.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...