MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, March 28, 2011

Ujian imbasan

Imbasan awal biasanya dilakukan dari minggu ke-8. Dalam ujian ini, doktor akan “mencari” kantung, plasenta dan embrio bersama dengan denyutan jantungnya (mungkin lebih daripada satu). Seawal minggu keenam, bayi sudah boleh dilihat. Ia mungkin akan kelihatan seperti berudu ataupun telur goreng!

Kebanyakan doktor akan melakukan ujian ini pada minggu ke-8 di mana bayi lebih mudah dilihat. Malah jika anda mengandung kembar, kantung-kantung bayi akan lebih jelas menunjukkan sama ada mereka seiras ataupun sebaliknya.

Imbasan booking (biasa dilakukan pada minggu ke-10 hingga ke-14)

Ketika ini, bayi akan diukur. Sehingga pertengahan kehamilan, pertumbuhan bayi adalah hampir sama. Jadi saiz bayi dapat menunjukkan minggu kehamilan anda. Usia kehamilan akan lebih tepat jika anda mengetahui hari pertama haid terakhir.

Dalam pada itu, pada usia kandungan di bawah 2 minggu, lebar kantung (CRL), kepala (BPD) dan panjang tulang pinggul (FL) akan diukur. Memandangkan organ bayi kelihatan jelas dan nyata, kebanyakan masalah major yang berkaitan dengan otak, anggota badan, jantung dan buah pinggang dapat dikenal pasti

Imbasan nuchal translucency (biasa dilakukan pada minggu ke-11 hingga ke-12)

Dalam ujian ini, doktor akan mengukur ketebalan lapik (pad) pada belakang leher bayi. Ini dilakukan bagi mengetahui risiko bayi mempunyai sindrom Down, kecacatan jantung atau masalah berkaitan kromosom. Penilaian yang lebih tepat dapat diperoleh jika ujian ini digabungkan bersama kumpulan darah, umur dan kadar denyutan bayi. (ujian Primark). 

Walau bagaimanapun, imbasan nuchal hanyalah ujian di atas skrin, jadi keputusan positif memerlukan penyiasatan lanjut untuk memastikan kesahihannya. Jika bayi anda berisiko mengalami sindrom Down atau spina bifida, anda perlu menjalani ujian amniosentesis pula.

Imbasan anomaly (biasa dilakukan pada minggu ke-20 hingga ke-23)

Ujian ini dilakukan untuk melihat bayi dengan lebih teliti. Kadang-kadang tempoh ujian ini akan memakan masa sehingga 30 minit. Kepala bayi akan diimbas dengan memberi penumpuan khusus pada otaknya; muka dan mulut dilihat untuk meninjau risiko bibir sumbing; jantung, paru-paru dan sistem perkumuhan. Begitu juga halnya dengan tulang dan tulang belakang. Ia akan dilihat dengan teliti.

Antara lain, dada, kaki, jari dan kakinya diperiksa juga. Jumlah air ketuban, rahim, plasenta dan jumlah saluran darah di dalam tali pusat turut diteliti. Biasanya, terdapat tiga (dua urat nadi, satu pembuluh darah), namun sesetengah bayi mempunyai dua (satu urat nadi, satu pembuluh darah). Untuk mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin melanda bayi, anda perlu memberitahu apa sahaja sejarah perubatan keluarga yang boleh dijadikan rujukan. Menariknya, anda mungkin berpeluang untuk melihat jantina bayi melalui ujian ini.

Teknologi terkini

Masa kini, ramai ibu bapa lebih gemar mengimbas kedudukan bayi mereka menggunakan imbasan 3D. Fungsinya masih sama seperti imbasan yang lain namun kelebihannya lebih ketara. Imbasan 3D boleh menunjukkan kedudukan bayi dengan lebih jelas berbanding imbasan 2D malah, kecacatan bayi seperti bibir sumbing, masalah jantung dan kecacatan LIMB dapat dilihat dengan lebih jelas.

Namun yang demikian, teknologi yang paling terkini ialah imbasan 4D. Dengan yang demikian, anda boleh menyaksikan sendiri bayi menghisap jarinya, tersenyum, mengerutkan muka dan menguap. Imbasan 4D boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, namun untuk hasil imbasan yang terbaik, anda digalakkan melakukannya di antara minggu ke-24 hingga minggu ke-30.

Panduan ujian imbasan kehamilan

JenisMingguKenapa dilakukan?Apa yang ditunjukkan?
Imbasan awalSekitar minggu 6 - 8Rawatan kesuburan: haid tidak teratur, pendarahan, diabetes atau keadaan lain yang boleh memberi kesan kepada kandungan.Kehamilan luar rahim dan denyutan jantung bayi.
Imbasan nuchalMinggu 10 - 14Menilai risiko kecacatan terutama sindrom Down.Denyutan jantung, lengan, kaki dan muka bayi.
Imbasan bookingMinggu 10 - 14Pengesahan kehamilan, menentukan kehamilan kembar dan tarikh jangkaan bersalin.Kepala, lengan, kaku dan sesetengah organ.
Imbasan anomalyMinggu 20 – 23Memeriksa risiko spina bifida atau kecacatan lain. Selain itu turut memeriksa plasenta dan rahim jika ada potensi komplikasi sewaktu bersalin.Bayi secara terperinci: otak, ruang dalam jantung, jari tangan dan kaki serta bentuk muka.
Imbasan terperinciDari minggu ke-14Risiko kecacatan bayi berdasarkan imbasan nuchal atau sejarah keluarga.Imbasan kardiak. Contohnya, ruang dalam jantung, injap dan arteri.
Imbasan berikutnyaSehingga penghujung kehamilanTekanan darah tinggi atau diabetes.Perkembangan bayi, tanda pre eklampsia, uri bawah dan tahap kesihatan kembar.
Imbasan dopplerMinggu 16 – 24Menilai perkembangan bayi dan memeriksa sekiranya ada risiko pre eklampsia.Melalui saluran darah dan alirannya. Mengesan aliran darah dari plasenta melalui tali pusat untuk memeriksa kesihatan bayi.

sumber: majalah Pa & Ma

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...