MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, April 13, 2011

Susu tanpa gula tambahan

SEBAGAI menyokong Kempen Kurangkan Gula oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Fonterra Brands Malaysia memperkenalkan susu tepung untuk membesar Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan yang mengandungi nutrien penting seperti gangliosida (GA), asid dokosaheksanoik (DHA) serta asid sialik yang sangat penting dalam tumbesaran kanak-kanak.

Menurut Pengurus Besar Fonterra Brands Malaysia, David Ross pengenalan Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan sebagai menyokong kempen Kurangkan Gula oleh Kementerian Kesihatan dan mengeluarkan susu untuk membesar yang tidak mengandungi gula tambahan.

“Kami sedar untuk menjayakan kempen mengurangkan gula tambahan memerlukan sokongan semua pihak terutama syarikat industri makanan. Pelancaran susu untuk membesar Anmum Tanpa Gula Tambahan adalah langkah menyahut seruan kerajaan dalam membantu mengurangkan pengambilan gula tambahan di kalangan kanak-kanak,” katanya.

Menurut David, Fonterra Brands sudah menyemak semula kandungan khasiat semua susu untuk membesar yang ada di pasaran dan mendapati terdapat gaya dalam menambah kandungan gula secara berlebihan dalam produk pada hal ia tidak diperlukan.

“Bagi Fonterra Brands integrasi khasiat produk adalah sangat penting, justeru dengan menjadi susu pertama untuk membesar tanpa gula tambahan, ibu bapa berpeluang memberikan pemakanan terkini dan terbaik kepada anak mereka,” jelasnya.

Formula padat Anmum Essential yang baru mengandungi 100 peratus lebih DHA dan nutrien penting untuk otak seperti GA, bagi membantu memaksimumkan hubungan sel-sel otak untuk pembelajaran yang lebih cepat. Lebih penting susu Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan tetap memiliki rasa yang hebat, lazat dan manis secara semula jadi.

“Berdasarkan kajian pembangunan produk dan cita rasa pengguna, Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan mempunyai rasa yang lazat dan akan terus menjadi kegemaran kanak-kanak dan ibu bapa,” kata Ross.

Produk ini hadir dalam empat perisa iaitu Anmum Essential Langkah 3 perisa biasa dan madu dan Anmum Essential Langkah 4 perisa biasa dan madu. Semua produk ini dijual di pasar raya besar, kedai ubat Cina dan kedai runcit seluruh Malaysia.

Bagi membantu ibu bapa memahami lebih lanjut mengenai susu tepung untuk membesar boleh melayari laman sesawang pendidikan www.semakgula.com

1 comment:

  1. Miss Tahu Semua Benda Yang Logik!24/5/11 11:01 PM

    Kepada mereka yang mudah percaya atau mudah terpedaya dengan iklan, lihatla berita hangat ini tentang isu kenyataan palsu dari Anmum - http://www.marketing-interactive.com/news/26444

    MOH pun dah masuk campur!! paham paham je la statement Anmum tu benar ke tidak :P!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...