MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, May 04, 2011

Bijirin sarapan rangsang daya ketahanan

ANTARA hadiah terbaik yang boleh diberikan ibu kepada anak ialah memupuk tabiat bersarapan. Mungkin ramai yang masih tidak tahu, sarapan adalah hidangan yang paling penting.

Kejayaan memujuk anak mengambil sarapan berkhasiat setiap hari sebelum ke sekolah adalah satu kejayaan bagi kebanyakan ibu di Malaysia. Malah hampir 99 peratus ibu di Asia bersetuju bahawa sarapan adalah sangat penting untuk membolehkan anak mereka mendapat pencapaian yang lebih baik di sekolah.

Tahun ini, Nestle mendedahkan lebih banyak berita baik mengenai sarapan! Nestle Koko Krunch dengan susu sebenarnya mempunyai kandungan protein yang sama dengan telur, vitamin C seperti setengah biji oren dan jumlah serat seperti dua keping roti.

Usah terkejut. Bijirin sarapan enak yang digemari kanak-kanak ini juga berkhasiat. Ia menyediakan protein yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, vitamin C bagi merangsang daya ketahanan badan dan serat untuk membantu sistem penghadaman.

Jika ia masih tidak mencukupi, bijirin sarapan Nestle diperbuat daripada bijirin penuh yang mengandungi serat, vitamin B dan iron; lebih baik daripada bijirin diperhalus seperti beras atau roti putih yang kehilangan banyak nutrien penting.

Individu yang mengambil sarapan lebih bertenaga dan mampu menjalankan tugas harian dengan lebih baik. Kanak-kanak yang bersarapan juga didapati lebih fokus dan aktif di sekolah. Inilah sebabnya sarapan yang berkhasiat (kaya dengan tenaga, vitamin dan mineral) sangat penting untuk kanak-kanak.

Mengambil sarapan yang baik contohnya semangkuk Nestle Koko Krunch yang diperbuat daripada bijirin penuh boleh membantu memperbaiki prestasi kanak-kanak di sekolah.

INFO

Kandungan khasiat dalam semangkuk Nestle Koko Krunch:
> Protein bagi Koko Krunch dengan susu (6.6 gram) = Protein sebiji telur (5.9 gram)
> Serat (1.7 gram) = Serat daripada dua keping roti (0.2 gram)
> Vitamin C (18 miligram) = vitamin C daripada 1/2 biji oren saiz sederhana (30.7 miligram)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...