MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, June 26, 2011

jenis syampu antikelemumur

KULIT manusia terbahagi kepada beberapa lapisan iaitu:

Epidermis iaitu lapisan yang mudah untuk dikenal pasti kerana ia berada di bahagian paling atas dalam sistem kulit.

Dermis adalah lapisan kedua dan terletak di bahagian bawah epidermis.

Hipodermis adalah lapisan paling bawah dan paling jauh dalam sistem kulit.

Lapisan epidermis pada bahagian kulit kepala agak tebal berbanding dengan bahagian kulit pada anggota badan yang lain. Lapisan ini mengeluarkan lebih banyak lembapan dan berminyak.

Ini kerana epidermis adalah lapisan pelindung utama bahagian kepala dan mengalami penggantian sel pada tempoh kitaran yang tertentu.

Lapisan epidermis terbahagi kepada beberapa lapisan kecil, paling utama ialah korneum (lapisan luar) dan basal (lapisan dalam).

Proses pembentukan sel baru berlaku pada lapisan basal yang mana apabila berlaku pembahagian sel maka sel baru akan terbentuk.

Sel baru yang terbentuk ini kemudian akan menolak sel kulit kepala di atasnya ke bahagian permukaan epidermis dan mengalami tempoh matang yang tertentu. Sel yang lama pada permukaan epidermis kemudiannya akan mengering, berkeratin dan meleper.

Proses penggantian ini akan berhenti apabila sel baru berada di bahagian bawah lapisan sel lama. Sel lama yang mati ini kemudiannya akan terkeluar dengan sendiri secara perlahan-lahan apabila kita menggaru atau mencuci kepala.

Dalam keadaan biasa, kitaran penggantian sel baru berlaku antara 25 hingga 28 hari.

Kaedah pengawalan:

Terdapat beberapa jenis syampu antikelemumur yang mengandungi agen pembasmi yang tertentu, antaranya:



  • Sitostatik - mengawal secara perlahan-lahan proses pembentukan sel baru kepada tahap normal, tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan yang boleh mengakibatkan pertambahan organisma mikro Malassezia furfur.




  • Keratolitik - bertindak menghapuskan lapisan akhir sel dalam korneal dan mengeluarkan lapisan sel berkenaan. Rawatan ini menggunakan bahan asas sulfur dan asid salikilik.




  • Antimikrob - bertindak mengurangkan jumlah Malassezia furfur dan menghalang pertambahannya.

    Pengawalan yang paling berkesan di antara ketiga-tiga kaedah itu ialah melalui penggunaan agen antimikrob. Agen ini mampu bertindak dengan berkesan dalam air.

    Ia bertindak balas ketika rambut dicuci dan melekat pada kulit kepala sehingga selesai cucian.



  • No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...