MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, August 16, 2011

JAKIM sahkan mentega Golden Churn haram

 MENTEGA Golden Churn  mengandungi DNA babi.
                                          MENTEGA Golden Churn mengandungi DNA babi.
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk mentega jenama Pure Creamy Butter Golden Churn Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY Ltd dari New Zealand yang dipasarkan di negara ini adalah tidak halal.

Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 8 Ogos lalu.

“Laporan analisis yang diterima JAIS 19 Julai lalu menunjukkan asid deoksiribonukleik (DNA) babi disahkan Jabatan Kimia dikesan dalam mentega berkenaan dan semua produk itu berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport pihak berbeza serta diedar di pasaran yang berbeza. Ini disahkan wakil syarikat itu sendiri.
“Sehubungan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk ini. Keputusan ini sudah dimaklum kepada syarikat berkenaan pada 9 Ogos lalu dan Ballantyne Food Food PTY Ltd bersetuju menarik balik produk berkenaan dari pasaran,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM atau jabatan agama Islam negeri yang sudah menggunakan produk terbabit mengambil empat tindakan iaitu:
  • Menukar bahan ramuan terbabit kepada bahan ramuan lain yang mempunyai Sijil Halal yang diiktiraf;
  • Mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru;   
  • Melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri;
  • Mengemukakan bukti surat akuan samak daripada jabatan agama Islam negeri.
Bagi mengelakkan kekeliruan berkaitan isu halal itu, Othman meminta pihak berkenaan merujuk kepada laman sesawang JAKIM di www.islam.gov.my atau www.halal.gov.my dan jangan merujuk kepada sumber tidak rasmi seperti laman sesawang sosial.

Beliau berkata, untuk sebarang maklumat atau pertanyaan boleh terus diajukan dengan menghubungi Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200.

sumber: berita harian online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...