MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, August 10, 2011

Minuman sejuk beri impak wanita alami LUL

MINUMAN sejuk memang menjadi pilihan sebagai penghilang dahaga terutama apabila tibanya Ramadan, ditambah pula dengan keadaan persekitaran yang panas kerana ramai beranggapan ia boleh menghilangkan dahaga dengan lebih cepat.

Walaupun menyelerakan, minuman sejuk boleh memberikan impak yang besar kepada wanita yang mengalami masalah lemah kawalan pundi kencing (LUL).


Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Seri Suniza Sufian, berkata seboleh-bolehnya elakkan daripada minum minuman sejuk dan minuman berkarbonat pada setiap masa, bukan saja pada Ramadan.

“Pencegahan awal amat perlu jika wanita terbabit sudah mengetahui mereka mengalami LUL kerana ia memberikan masa untuk mereka mendapatkan rawatan serta persediaan untuk menghadapinya.


“Jangan mengambil sikap tunggu dan lihat tanpa berbuat apa-apa kerana ia boleh memburukkan lagi masalah LUL yang mereka hadapi,” katanya.



Selain itu, pengambilan kafein berlebihan juga akan merangsang pembuangan air kecil. Oleh itu, mengawal diri daripada mengambil hidangan yang boleh memudaratkan lagi masalah LUL sepatutnya dilakukan sejak awal.

“Ia akan menyebabkan wanita mengalami LUL lebih kerap berulang-alik ke tandas sehingga menyebabkan ketidakselesaan sepanjang hari.

“Keadaan ini boleh menimbulkan rasa marah, malu atau murung lantas ia akan menular kepada masalah dalam perhubungan sosial serta kesihatan emosi dan menyebabkan keyakinan diri berkurangan,” katanya.

Menurutnya, penting untuk mendapatkan bantuan pakar dan jangan sesekali menyembunyikan masalah terbabit disebabkan malu.

“Tampil ke depan dan berbincang mengenainya kerana sekurang-kurangnya wanita yang mengalami LUL boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai masalah dihadapi.

“Sungguhpun ia tidak membawa maut, LUL mampu memberikan kesan terhadap aktiviti seharian wanita yang mengalaminya,” katanya.

Malah, ada yang beranggapan dengan membataskan jumlah pengambilan air boleh mengurangkan masalah ini. Bagaimanapun, ia tidak membantu untuk menyelesaikannya sebaliknya menyebabkan air kencing menjadi lebih pekat.

Di samping itu, ia juga akan menyebabkan pelbagai masalah lain kerana kita berasa cepat letih, mengantuk, sukar memberi tumpuan dan kurang bermaya.

Disebabkan itu, penggunaan produk perlindungan yang sesuai membolehkan wanita menghadapi masalah LUL menjalani gaya hidup lebih aktif dan memuaskan.

Malah, penggunaan Poise iaitu jenama produk perlindungan lemah kawalan kencing melalui pelapik seluar dalam dan tuala wanita kepada pengguna adalah cara terbaik mengawal dan mengembalikan keyakinan diri.

Kebolehan untuk menampung pengeluaran air kencing dalam jumlah yang banyak memberikan pengguna lebih kebebasan untuk menjalankan kerja seharian dengan lebih selesa dan berkeyakinan.

Produk berkenaan juga disertakan dengan penjagaan bauan bagi membantu mengawal bau hancing secara berkesan.

metro online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...