MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, October 18, 2011

Jangan bedah di luar negara

BANGI – Para pesakit yang menjalani pembedahan transplan organ di luar negara tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan tidak lagi akan dibekalkan ubat anti-penolakan atau immunosuppressant yang diberikan secara percuma seperti sebelum ini mulai Januari 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, hanya pesakit yang menjalani pembedahan di dalam negara akan dibekalkan dengan ubat anti penolakan itu oleh hospital kerajaan seumur hidup.

Katanya, langkah itu berikutan ramai pesakit yang berbuat demikian terutama di hospital yang tidak diiktiraf, mengalami pelbagai komplikasi.

Ekoran itu, kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang tinggi bagi ubat anti penolakan itu iaitu antara RM800 hingga RM1,000 sebulan bagi seorang pesakit untuk meneruskan hidup.

“Kita tahu ada yang pergi ke luar negara secara senyap-senyap dan membuat pembedahan transplan organ dan kemudian pulang dan kita bagi ubat untuk mereka meneruskan hidup.

“Memandangkan banyak berlaku pemerdagangan organ di luar negara dan kita tidak mahu sesiapa terlibat, kerajaan memutuskan tidak menyokong penerimaan organ di luar negara tanpa kelulusan,” katanya di sini semalam.

Beliau sebelum itu merasmikan Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2011 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye; Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Untuk rekod, jumlah mereka yang membuat pembedahan transplan organ di luar negara adalah sebanyak 834 orang di China, 57 orang di India dan Singapura manakala 23 orang di Australia dan Rusia sejak 10 tahun lalu.

Tambah Tiong Lai, kerajaan menggalakkan pesakit membuat pembedahan transplan organ di dalam negara kerana kita mempunyai pakar yang mahir dan peralatan hospital canggih.

sumber: metro online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...