MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, October 07, 2011

Penjawat Awam Paling Banyak Dapat Habuan

Penjawat awam yang membabitkan lebih satu juta orang antara golongan yang paling banyak menerima tempias daripada Bajet 2012.

Walaupun harapan untuk mendapat bonus dua bulan tidak kesampaian - namun pemberian bonus yang termampu oleh kerajaan, kenaikan gaji serta kelebihan Sistem Saraan Baru perkhidmatan menggantikan Sistem Saraan Malaysia, sudah cukup mengukirkan senyuman.

Itu belum lagi dengan umur persaraan wajib yang dilanjutkan.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI

Sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan disember 2011.

Sistem Saraan Baru perkhidmatan awam yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia pula digubal dengan matlamat mentransformasikan perkhidmatan awam supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.

Dan antara elemen Sistem Saraan Baru perkhidmatan awam.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
Kenaikan gaji tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Disamping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke sbpa akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 hingga 13 peratus.

Dan bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam umur persaraan wajib turut disentuh.

 DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI

Ternyata penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun masih boleh memberi sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman. Oleh itu kerajaan setuju untuk lanjutkan umur pesaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Mulai tahun 2013 pula - pesara akan menikmati kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

sumber: berita tv3

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...