MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, November 07, 2011

Anak kencing malam

APABILA berbicara topik kencing malam, mungkin ada yang tersenyum sendiri mengenang zaman kanak-kanak, pada saat anda selalu dimarahi ibu kerana membasahkan tilam hingga akhirnya ia terpaksa dibuang.
Kencing malam perkara lumrah dialami kanak-kanak akibat ketidakupayaan mengawal pundi kencing. Kira-kira 40 peratus mereka kencing sewaktu tidur dan lebih merisaukan jika perkara itu berlarutan hingga usia meningkat remaja.

Bayangkan, jika bersekolah menengah, anda masih terbabas membasahi tilam dan perkara itu berlaku ketika tidur di kampung atau mengikuti perkhemahan dianjurkan sekolah.

Ia tindakan di luar kawalan dan sering dihadapi kanak- kanak berusia bawah tiga tahun. Kemungkinan bagi kanak-kanak berusia lima tahun menghadapi masalah itu ialah 20 peratus, usia enam tahun (10 peratus) manakala 10 tahun (lima peratus).

Kencing malam masih dianggap normal bagi kanak- kanak bawah usia enam tahun. Biasanya kanak-kanak perempuan lebih mudah mengawal kencing berbanding lelaki.

Perunding Pakar Kanak- Kanak Hospital Pantai Cheras, Dr Yeoh Seen Hun, berkata berapa cepat kemampuan mengawal kencing bergantung pada individu dan perkembangan mereka.

Biasanya, kanak-kanak pandai mengawal kencing malam selepas dia mampu mengawal kencing pada waktu siang.

“Ada kanak-kanak yang sebelum ini tiada masalah tetapi mula kencing malam apabila terkena jangkitan kencing atau menghadapi tekanan emosi.


“Sebab lain ialah keturunan iaitu jika ibu bapa ada masalah kencing malam ketika kecil, kemungkinan anak mereka turut mengalami masalah itu ialah pada kadar 75 peratus,” katanya.

Pengambilan kopi dan teh turut menyebabkan kencing lebih banyak pada waktu malam. Selain itu, sembelit menjadi punca kerana pundi kencing tertekan oleh usus yang penuh dengan najis.

“Saiz pundi yang kecil turut menyebabkan masalah ini kerana kanak-kanak cepat rasa hendak buang air kecil. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran berkemungkinan lebih tinggi untuk mengalami masalah ini,” katanya.

Cara salah ibu bapa melatih anak turut menjadi punca masalah ini. Ibu bapa tidak seharusnya kerap memarahi anak kerana mereka mengotorkan katil. Ini menyebabkan kanak-kanak menjadi lebih tertekan dan semakin kerap kencing malam.

Sebaiknya, ibu bapa perlu melatih anak dengan pendekatan psikologi. Beri masa kepada anak untuk mengawal masalah kencing malam. Jika dia tidak kencing pada malam berkenaan, berikan anak pujian.

Sebelum tidur, galakkan anak kencing terlebih dulu di bilik air bagi mengosongkan pundi kencing. Selain itu, kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh. Lazimnya kanak-kanak minum susu sebelum tidur, tetapi cuba kurangkan minum sebelum tidur.

Untuk melatih anak mengawal pundi kencing, galakkan mereka minum banyak pada waktu siang supaya pundi kencing mengembang, menjadikan saiznya lebih besar. Jika anak terasa hendak kencing, suruh anak tahan seketika bagi melatih otot menjadi lebih kuat.

“Kadangkala, mereka tidak pergi kencing di bilik air kerana takut suasana malam yang gelap atau sunyi, atau menonton cerita hantu di televisyen menyebabkan mereka kencing di tilam.

“Oleh itu, elakkan anak menonton cerita hantu, cipta suasana lebih selesa di bilik tidur mereka serta elakkan bilik tidur si kecil dalam keadaan bergelap kerana akan mengundang rasa takut.

“Banyak masalah juga boleh menyebabkan kanak-kanak kencing malam. Mereka yang kencing malam dirundung kesedihan dan tiada keyakinan diri.

“Lebih teruk jika rahsia mereka kencing malam diketahui rakan, misalnya ketika perkhemahan atau dibocorkan oleh adik-beradik lain hingga menjadikan ia bahan ejekan,” katanya.

Kanak-kanak mengalami masalah itu akan diberikan ubat untuk mengawal hormon yang menggalakkan kencing. Ibu bapa juga perlu memberi sokongan dengan memberi pujian jika anak tidak kencing malam.

Cara lain, ibu bapa mengubah suai katil anak dengan meletakkan lapisan plastik di atas tilam bagi mengelak ia dibasahi kencing. Paling penting, ibu bapa perlu banyak bersabar dan beri masa untuk anak berubah kerana masalah itu akan beransur pulih apabila anak semakin membesar.

 sumber: metro online

1 comment:

  1. HAHA.. tetiba teringat plak zaman zwan kecik2 dulu.. zwan pun suka jugak kencing malam.. HEHE.. tapikan, itu time kecik2 jela.. bila dahm masuk tadika, dah x kencing tilam dah.. HEHE

    MySuaraBlog: Shark Night 3D Sekadar Mendebarkan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...