MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, November 08, 2011

Kesan barah payudara

MENONTON filem seram di pawagam membuatkan kita tidak dapat lari daripada perasaan takut, cemas dan tertekan. Bagaimanapun, ia tidak setanding ketakutan dihadapi wanita yang perlu menjalani proses imbasan mamogram. Mereka seolah-olah berdepan percaturan sama ada hayat mereka masih panjang atau berakhir dengan kematian akibat kanser.

Pakar Radiologi Persatuan Kanser Kebangsaan, Dr Sulaiman Tamanang berkata, wanita yang berisiko tinggi menghidapi kanser payudara dan kurang diberi pendedahan kepentingan pemeriksaan, sering mengelak melalui pengalaman yang disifatkan sebagai pengalaman paling menyakitkan.

Bagaimanapun, selagi tidak membuat ujian saringan pengesanan kanser payudara, selagi itu individu terbabit terus dibayangi ketakutan kemungkinan adanya penyakit itu dalam tubuh.
“Bayangkan setiap kali menjalani ujian, ia disifatkan seolah-olah dipaksa berdepan hakikat sama ada dia pesakit atau tidak. Malah sebaik diminta menjalani rawatan susulan, dia semakin bimbang dengan kemungkinan dirinya pesakit kanser,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Mesin Tomosintesis di Persatuan Kanser Kebangsaan, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, antara alasan diberikan golongan itu ialah bebanan daripada segi fizikal, masa dan kewangan, sedangkan halangan terbesar sebenarnya ialah daripada sudut mental dan emosi.


“Gambaran negatif seperti kehilangan payudara dan terpaksa berdepan pembedahan perkara paling ditakuti, ditambah ketidakselesaan ketika menjalani pemeriksaan menyebabkan wanita tidak gembira melakukannya,” katanya.

Dr Sulaiman berkata, wanita seakan-akan mendapat tamparan hebat sebaik doktor memaklumkan keperluan untuknya menjalani pemeriksaan lanjut.

“Ada ketika wanita terpaksa menempuh ujian pemeriksaan berkali-kali kerana kemampuan mesin mamogram terhad. Mesin mamogram digunakan di kebanyakan hospital di Malaysia sekadar merakam imej dua dimensi dan tidak boleh memaparkan imej payudara dengan tepat,” katanya.

Hasil penemuan teknologi pengimejan tiga dimensi diaplikasi kepada teknologi perubatan, kini wanita di Malaysia tidak perlu merasai prosedur mencemaskan itu.

Kemampuan merakam imej dua dimensi daripada mesin mamogram konvensional dinaik taraf menjadi imej tiga dimensi melalui mesin Tomosintesis Payudara Digital (DBT).

Mesin berkenaan dibawa masuk oleh Persatuan Kanser Kebangsaan dan inisiatif untuk menggalakkan wanita Malaysia menjalani pemeriksaan awal bagi mencegah barah payudara.

Dr Sulaiman berpendapat segala kekangan, terutama kekeliruan mengenai kehadiran struktur asing menyukarkan pakar perubatan mengesan sel kanser ini, dapat diatasi.

“Jika dulu pakar berdepan kekeliruan sebaik mengimbas payudara dengan mesin mamogram konvensional kerana imej dihasilkan teknologi berkenaan hanya boleh membezakan struktur payudara luar dan dalam.

“Berbanding imej DBT mampu membekalkan imej terperinci daripada satu lapisan kepada lapisan lain, umpama mengesan sebiji gandum dalam lapisan sebuku roti.

“Ia meningkatkan kualiti perkhidmatan pakar perubatan serta mengelak kecuaian terhadap pesakit,” katanya.

Katanya, DBT dapat membantu wanita melalui prosedur pemeriksaan lebih selesa berbanding mesin sebelumnya kerana ia mempunyai pelapik khas untuk mengurang kesakitan.

Namun ada juga pertikaian mengenai peningkatan daripada segi penggunaan radioaktif dalam menghasilkan imej lebih jelas.

Dr Sulaiman membidas kenyataan berkenaan dengan memberi penjelasan bahawa kesannya terlalu sedikit.

“Berbanding dengan radioaktif kita terima seharian melalui telefon dan persekitaran, ia jauh lebih rendah dan dibenarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” katanya.

sumber:metro online

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...