MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, December 05, 2011

Uwais Alqarni Tuah Buat Shuib dan Siti Sarah


KUALA LUMPUR, 4 DISEMBER 2011: Kehadiran permata hati pertama pasangan selebriti popular, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin yang telah selamat dilahirkan sekitar jam 10.19 pagi tadi, nyata merupakah tuah buat pasangan berkenaan.

Diberikan nama Uwais Alqarni, Shuib yang dihubungi portal murai.murai.com.my berkata, dia merasakan kehadiran cahaya mata lelaki berkenaan umpama tuah yang menyinari hidup mereka berdua pada masa kini dan akan datang.

"Ingatkan mahu menamakan dia Tuah Uwais Alqarni tapi telalu panjang sangat. Jadi kami singkatkan saja kepada Uwais Alqarni Bin Shahmira.

"Saya sangat happy, gembira dan seronok dengan kelahiran dia. Ini pun saya baru keluar dari bilik bayi untuk menjenguknya.

"Dialah tuah buat saya dan Sarah untuk 2011. Kehadirannya memberikan saya inspirasi dan semangat untuk lebih maju pada masa akan datang terutama tahun 2012 yang bakal menjelang," katanya ringkas.

Uwais Alqarni telah selamat dilahirkan secara pembedahan sekitar jam 10.19 pagi ini, di Hospital Ampang Puteri di sini selepas Siti Sarah dimasukan ke bilik bersalin sekitar jam 8 malam, malam semalam.

Susulan daripada kelahiran pengarang jantungnya itu, Shuib berkata ia melahirkan rasa insaf dan bangga kerana dapat melihat sendiri keperitan isterinya itu melawan kesakitan sebelum melahirkan sehingga bayi berkenaan lahir ke muka bumi.

"Sarah telah dimasukkan di hospital sejak dua hari lepas dan dia ada meminta saya untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana ketika itu saya masih di Sabah kerana ada persembahan di sana.

"Memang merisaukan saya. Malah saya tak henti berdoa kepada Tuhan supaya saya berpeluang berada di sisi Sarah dan dapat melihat anak saya dilahirkan. Alhamdulillah doa saya dimakbulkan Tuhan dan saya berpeluang menyambut kehadiran anak saya.

"Sejak semalam lagi saya tak tidur menanti detik bermakna ini. Lebih-lebih lagi Sarah yang langsung tidak dapat melelapkan mata dan tidak boleh duduk diam kerana menahan kesakitan sebelum kelahiran.

"Alhamdulillah, bila dia dimasukan ke dalam bilik bersalin sekitar jam 8 malam semalam, doktor berkata bahawa Sarah terpaksa dibedah sekitar jam 9 pagi untuk memudahkan urusan bersalin. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar," katanya.

Sementara itu dia bersyukur dan berterima kasih dengan ucapan tahniah daripada rakan- taulan serta pihak media.  Siti Sarah hanya akan dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh dua hari lagi.

Sekalung tahniah penuh kebahagian daripada warga portal murai.com.my buat Siti Sarah dan Shuib Sepah.

 sumber: murai.com

1 comment:

  1. comeld an bulaaaaaaaaaaaat muka anak dia ni.. nama pun indah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...