MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, January 30, 2011

5 petua utk anak berjaya

SEMUA ibu bapa mahukan anak-anak berjaya menjalani kehidupan di dunia dan akhirat.

Mereka juga mengharapkan anak menghormati ibu bapa, menjaga solat, berbudi bahasa, rajin, berpelajaran dan berkerjaya.

Menurut Perunding Motivasi MAP Training, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, jika kita mahukan anak-anak yang hebat, ibu bapa perlu menjadi manusia hebat yakni tidak jemu berkorban untuk anak-anak.

"Pertama, pengorbanan masa untuk anak-anak kerana bagi mereka nilai sebuah kasih sayang itu diukur daripada nilai masa yang diluangkan bersama. "Ini kerana ada ketika anak ingin sampaikan atau ceritakan sesuatu tanpa kehadiran adik-beradik lain," katanya. Kebanyakan ibu bapa melakukan kesilapan dengan tidak meluangkan masa bersama anak-anak sebelum berdepan dengan permasalahan. Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia, berkata jangan hanya sedar kesilapan apabila anak-anak bermasalah.

"Ketika itu keadaan sukar untuk dikawal dan pemikiran anak sudah terbentuk dengan pelbagai andaian serta persepsi negatif.

"Sebelum nasi menjadi bubur berikan masa yang cukup untuk bersama dengan anak-anak. "Ambil tahu perkembangan mereka, persekolahan, kawan-kawan, hobi dan segalanya berkaitan kehidupan mereka," katanya.

Kedua, korbankan perasaan dan ego kita kerana ada ketika anak-anak melakukan sesuatu yang melukakan hati serta mengecewakan kita. "Namun, sebagai ibu bapa kita tidak boleh berputus asa kerana kesilapan, kesalahan dan kegagalan adalah guru penting mendidik anak-anak menjadi dewasa," katanya.


Anak-anak memerlukan kita dari semua aspek termasuk untuk memahami jiwa dan pemikiran selain menjadi pendengar serta penasihat yang baik.

"Ketiga, korbankan kehendak kita demi kebaikan anak kerana biasanya kemahuan anak bertentangan dengan kehendak kita. "Misalnya, anak lebih berminat dengan bidang kemanusiaan sedangkan kita mahukan mereka menjadi jurutera. "Begitu juga dalam soal memilih sama ada mahukan anak ke sekolah harian atau ke sekolah berasrama penuh. "Cuba ambil kira pandangan anak, kerana sebarang keputusan dan tindakan yang diambil pastikan kesannya positif terhadap anak," katanya.

Keempat, korban keseronokan kita demi keseronokan anak dan kerana setiap anak mempunyai keunikan berbeza. Setiap anak berbeza dari segi daya intelek, bakat, kebolehan dan kecenderungan. "Justeru, kita perlu belajar menyukai apa yang anak kita gemar untuk memupuk kehebatan anugerah Allah. "Jika kita tiada kebolehan, cukup dengan sokongan moral kerana anak-anak memerlukan kehadiran ibu bapa dalam perkara yang mereka lakukan," katanya.

Katanya, anak-anak mahu kita bangga dengan mereka. Oleh itu puji apabila perlu dan bantu setakat yang terdaya.

"Kelima korbankan wang ringgit kerana ramai ibu bapa yang mahu anak mereka berjaya, tetapi sukar membuat pelaburan. "Harga sebuah kejayaan bukanlah murah kerana ia membabitkan wang tetapi jangan bimbang pelaburan hari ini akan memberi pulangan esok hari," katanya.

2 lg ME =(

ari nie check akaun nuffnang, tgk-tgk dua BE dh betukar ke ME.. =((

                                                       yg bertanda anak panah tue BE yg jd ME



tp ummi blh senyum girang g coz ada satu lg BE baru sudi menempek kat belog ummi

                                 nk pegi hong kong xmampu, so dpt iklan pn dh kira.. hahahaha =))


 thanks to en nuff yer...

 p/s :sikit jer lg nk dpt cash out duit nuff.. lalalalala..

Thursday, January 27, 2011

panas pun tetap layan jgk

ini bkn entry 18sx ok..hehehe..

last week, ummi ke kota bharu.. we olls ke sana tuk sambut birthday my mom.. kira belated party la..tarikh sebenar 19 januari, tp sambut 21 januari..ok la kn dr xsambut langsung..

 masa dlm perjalanan nk ke kb, singgahla kat stesen minyak caltex..stesen minyak nie baru jer beroperasi.. kat sini siap ada taman permainan, surau pn selesa utk nk bersembahyang coz luas..

our lil nie pantang nmpk taman permainan, mesti mulut riuh sekampung..so, bila berhenti apa lagi..trus nk main even time tue matahari terpacak kat atas kepala..

layan ok..


                                                            nia with her cousin


                                                     sepet jer mata tahan panas


                                                       


                                 amboi, sakan gelak mementang dpt main


                                                             panaslah ummi


                                    alya si domok yg lahir sehari pas ummi kawin


smp jer kat umah my sis, prepared apa yg patut utk mama's party..menu mlm tue simple jer but sume adik beradik ummi ada time tue..


                                                 ayam yg dibakar oleh ummi


                                                   
                             our darling sakan dpt minum air smp lencun basah baju.. =DD
                    nie baru sebahagian anak sedara ummi..sume-sume 11 anak sedara ummi


                        my brother in law sedang memotong pizza yg disponsor oleh ummi.. muahaha

Tingkatkan Sistem Pertahanan Dengan Probiotik

Kerisauan ibu bapa terhadap penyakit seperti demam, selesema dan batuk yang mudah menyerang anak-anak adalah lumrah. Namun teknologi sains telah menemui penawar berkesan menghalang virus penyakit itu menyerang manusia.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah diserang simptom demam dan selesema dan ia berlaku enam hingga 10 kali dalam setahun di seluruh dunia. Kanak-kanak di pusat jagaan berisiko tinggi lebih 1.5 hingga tiga kali mendapat jangkitan saluran pernafasan berbanding kanak-kanak yang dijaga di rumah.
Semuanya berlaku kerana sistem pertahanan badan kanak-kanak kurang mampu menentang serangan virus tersebut. Justeru itu, pakar saintis telah membuat kajian dan menemui Probiotik yang mampu meningkatkan sistem pertahanan dalam badan manusia.

Dr. Sampo Lahtinen, Pengurus Platform Kesihatan & Pemakanan di Danisco Finland, yang juga pakar dalam kajian berkenaan kebaikan kesihatan fungsi bahan-bahan makanan seperti prebiotik dan probiotik memberitahu probiotik adalah mikrob hidup dan apabila diuruskan dalam jumlah yang cukup, mampu memberikan kebaikan kesihatan kepada manusia.

Probiotik dikenali sebagai alat bantuan memperbaiki sistem pencernaan. Namun yang masih belum biasa diketahui adalah beberapa tarikan spesifiknya yang boleh menguatkan sistem kekebalan dan membantu mengekang serangan demam dan selesema.

Tugas probiotik

Sel pertahanan spesifik, seperti sel dendritic, sentiasa menyelidiki kandungan usus dalaman. Apabila probiotik berinteraksi dengan sel pertahanan dalam usus dalaman, probiotik akan menguatkan pertahanan kekebalan menentang pathogens.

Probiotik juga membantu mencegah jangkitan biasa kerana sifat mereka antipatogen. Patogen boleh menyebabkan jangkitan di lokasi yang berbeza pada tubuh, tetapi laluan khas penyerangan mereka adalah melalui permukaan mukosa, di saluran pernafasan bahagian atas dan di dalam usus.

Probiotik yang dihadam membantu memerangi patogen pada peringkat mukosa, contohnya menghasilkan komponen anti-bakteria. Apabila probiotik yang dicerna berinteraksi dengan sel kekebalan badan dan patogen dalam permukaan mukosa manusia, maka sangat penting untuk memilih probiotik yang memiliki kemampuan kuat untuk melekat pada lendir manusia. Sifat cemerlang probiotik di dalam usus itu digunakan dalam penghasilan Kordel’s Howaru Protect probiotik.

Apa itu Howaru Protect

Howaru Protect adalah campuran unik dua saringan probiotik, yang telah dibuktikan melalui proses kualiti tinggi, kesilauan berganda (double-blinded), kawalan-placebo, cubaan perantaraan manusia untuk mengurangkan insiden jangkitan saluran pernafasan atas (lebih biasa dikenali sebagai demam dan selesema).
Saringan probitik yang digunakan dalam Howaru Protect adalah Lactobacillus acidophilus NCFM dan Bifidobacterium lactis Bi-07. Kajian menunjukkan Lactobacillus acidophilus NCFM dan Bifidobacterium lactis Bi-07 berinteraksi secara langsung dengan sel dendritic manusia, dan membentengi mekanisme manusia menentang pencerobohan virus. Ia terdapat dalam kesan perlindungan pada Howaru Protect memandangkan kebanyakan kes selesema biasa berasal dari virus.

Kekuatan Howaru Protect dibandingkan dengan produk lain yang mengandungi bakteria baik untuk usus manusia iaitu ia telah dibuktikan dalam ujian klinikal yang besar serta sokongan sains di sebalik penciptaan produknya.

Manfaat probiotik adalah strain-specific (khusus untuk kombinasi saringan). Hasil klinikal yang ditunjukkan untuk satu produk tidak boleh disamakan dengan produk probiotik lain kerana produk lain mempunyai bakteria yang berbeza, lagi pula ia tiada kesan pengenalan.

Kesan kesihatan probiotik juga bergantung pada dos. Kesan kebaikan Howaru Protect telah ditunjukkan pada 10 billion cfu. Bagaimanapun produk lain tidak membuat ujian yang sama, jadi kesan dos yang rendah itu mungkin hanya spekulasi.

Sesuai untuk semua

Howaru Protect disasarkan pada semua lapisan manusia dan selamat untuk semua, daripada kanak-kanak (setahun ke atas) sehingga orang dewasa. Produk ini juga mungkin berkesan khususnya pada mereka yang berisiko tinggi mendapat jangkitan pernafasan seperti kanak-kanak, orang tua, mereka yang kerap mengembara, di bawah tekanan dan yang sering terdedah pada orang sakit. Probiotik tidak boleh diberi kepada pesakit yang sakit kritikal atau immunosuppressed tanpa nasihat dari doktor.

Secara idealnya, probiotik sepatutnya diambil semasa waktu makan apabila persekitaran perut kita sedang dalam keadaan baik tetapi Howaru Protect juga boleh diambil antara waktu makan dengan sebarang minuman seperti air masak, susu atau jus kecuali minuman panas dan beralkohol. Tetapi Dr Sampo menyarankan agar mengambilnya dalam masa yang sama setiap hari untuk kesan lebih baik.

Probiotik bukan antibiotik atau ubat. Bagaimanapun info ia boleh digunakan bersama antibiotik untuk melawan kesan sampingan berbahaya dari antibiotik, seperti gangguan dari mikrobiota usus biasa dan antibiotik berkaitan diarea/ciritbirit. Seperti lain-lain probiotik, Howaru Protect disasarkan terutama pada pencegahan dan penjagaan kesihatan daripada mengubati penyakit.

Umumnya, kesan peningkatan kekebalan probiotik dapat dilihat selepas beberapa minggu pengambilan probiotik. Kesannya berpanjangan sepanjang pengambilan probiotik dan akan berhenti sebaik anda tidak mengambilnya. Oleh itu, pengambilan jangka panjang yang berterusan dianjurkan untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada probiotik.

Wednesday, January 26, 2011

penjagaan pemakanan si kecil sgt penting

JIKA anda biasa menggunakan bahan masakan yang sama untuk menu harian si kecil apa kata mulai sekarang ubah resipi makanan sihat dengan menggunakan lima bahan utama iaitu minyak zaitun tulen, daging kambing, keju, plum tomato dan bawang Holland.

Ini kerana semua bahan itu mempunyai nilai khasiat sangat tinggi terutama untuk tumbesaran kanak-kanak. Menurut pengkaji sains dalam bidang perubatan minyak zaitun bertindak mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun dengan bertindak menyingkirkan cacing di dalam perut manakala dalam bidang sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang berupaya merendahkan kolesterol berbahaya dalam darah serta mengurangkan risiko kanser payudara.

Selain itu salah tanggapan yang mengatakan daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi seharusnya diperbetulkan.

Ini kerana kajian Persatuan Jantung Amerika menyarankan, daging kambing diambil untuk mereka yang mempunyai masalah jantung kerana daging kambing mempunyai kualiti protein yang tinggi dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.

Tambahan pula, struktur molekul daging kambing sangat berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam, mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya.

Tambahan pula, struktur molekul daging kambing sangat berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam, mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya.

Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Semua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing tanpa sebarang hormon, bahan kimia dan pencemaran bakteria.

Bagi menambah khasiat dalam masakan sebaiknya para ibu menggunakan bawang Holland atau dikenali sebagai bawang kuning atau bawang Bombay. Bawang Bombay (Allium cepa L) memiliki kandungan kromium yang baik. Komponen sulfur pada bawang Holland adalah dalam bentuk allyl propyl disulphid dan mempunyai peranan penting dalam menurunkan glukosa darah bagi pesakit diabetes, baik untuk mencegah serangan jantung dan strok serta mengandungi vitamin B6 untuk menurunkan kadar homosistein dalam darah. Rasanya pula lebih manis dan segar.

Selain mudah diperoleh ramai ibu bapa tidak tahu khasiat di sebalik bahan-bahan ini yang sering kali digunakan dalam masakan Barat. Misalnya kandungan kalsium dalam keju sesuai untuk kanak-kanak. Selain dapat melindungi gigi daripada karies dan kerosakan gigi, keju mempunyai sumber protein yang baik serta vitamin A, D dan B12 yang tinggi. Keju boleh menambahkan tenaga si kecil agar bermaya serta menjaga kesihatan tulang anak anda.

“Sebab itu di Barat keju sentiasa menjadi pilihan utama dalam masakan mereka manakala di Jepun satu kajian dijalankan mengenai kejayaan atlet mereka yang ada kaitan dengan jenis makanan diambil.

selitan sikit yer.. =DD


                                            sedapnya mamam nasi ngn sup ayam nie..hehehe

dah bertukar ke ME..hukhukhuk..

ari nie check akaun nuffnang..tgk BE city chain titus Xmas LR dah bertukar ke ME..hukhuhukhuk.. =((


                                             inilah BE ummi yg dah bertukar ke ME...=((


                                              BE yg masih setia dgn ummi


 hope BE yang ada tue kekal setia dgn ummi...amin..

to nuffang yg baik hati , sila bg BE lg yer..hehehe

Tuesday, January 25, 2011

mengidam

Keadaan di mana seseorang wanita hamil mengidam dipercayai ada kaitannya dengan petunjuk bahawa tubuh kekurangan zat-zat makanan tertentu. 

PETANDA

1. Jika makanan yang anda idamkan ialah ais atau bahan bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini sering kali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh.
2. Kekurangan mineral magnesium dalam tubuh biasanya akan menimbulkan keinginan wanita hamil untuk makan coklat.
3. Mengidam untuk makan daging merupakan petunjuk bahawa badan memerlukan protein.
4. Terdapat ibu hamil yang makan buah-buahan seperti pic dan lobak merah dalam jumlah yang banyak. Ini merupakan reaksi tubuh yang memerlukan beta karotena.

Mengidam sememangnya biasa dialami oleh wanita hamil. Terdapat segelintir wanita yang melalui keadaan ini di mana dia mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk mendapatkan makanan tertentu. Punca utamanya masih belum dapat dikenal pasti dan masih menjadi tanda tanya.

Biar pun begitu, kebanyakan pakar pemakanan beranggapan hormon dan kekurangan sesetengah jenis zat makanan mungkin menjadi penyebab rasa mengidam. Kehamilan yang ditanggung mungkin mendorong seseorang wanita itu tertekan dan mengalami kemurungan. Apabila keadaan ini berlaku, wanita berkenaan lazimnya akan mengidam makanan tertentu sebagai respons terhadap kemurungan mahupun tekanan yang dialaminya.

Sementara itu, Ng May Lee menegaskan bahawa tiada salahnya jika seseorang wanita hamil itu mengidam makanan tertentu. Asalkan makanan yang diidamkan adalah sihat dan tidak mendorong kepada sebarang kesan sampingan kepada diri dan kandungan. Tambahnya lagi, sekali-sekala rasa mengidam itu boleh diterima. Makanan yang diidamkan itu boleh diambil untuk memuaskan hati tetapi ia seharusnya diambil secara bersederhana.

Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk memberikan perhatian kepada jenis-jenis makanan yang diidamkan. Apa yang penting, makanan yang berkhasiat perlu diutamakan kerana ia ternyata dapat memenuhi keperluan nutrisi dan membantu membentuk emosi yang baik.

Sekiranya makanan yang anda idamkan kurang berkhasiat, jangan diabaikan rasa mengidam tersebut. Sebagai contoh, jika mengidam ais krim, anda boleh memakannya dalam kuantiti yang sedikit semata-mata untuk memenuhi rasa mengidam. Sebagai langkah keselamatan diri dan bayi, sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik jika anda mengidam sesuatu yang bukan terdiri daripada makanan.

Panduan atasi rasa mengidam
1. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak merudum sehingga boleh menjurus anda makan berlebihan. Jadi, anda digalakkan mengambil makanan seimbang 6 kali sehari.
2. Sekiranya rasa mengidam “menguasai” diri, lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti membeli-belah ataupun menonton wayang.
3. Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
4. Jika mengidam makanan yang tinggi kalori, dapatkannya dalam saiz yang lebih kecil bagi mengelakkan pemakanan berlebihan.
5. Sokongan moral amat penting kerana emosi wanita hamil biasanya tidak stabil sehingga dia menjadikan makanan sebagai teman rapat. Hakikatnya, pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi yang berubah-ubah sewaktu hamil.

syukur..ada jgk even sikit-sikit..

ummi check akaun nuffnang, bertambah lg duit dlm tue..

even xsehebat mcm org lain, tuepn dh dikira syukur..xde rezeki dtg bergolek tanpa usaha dr kita sendiri kn..

                                                        BE yg  tgh aktif skrg nie




                                             first time Mikadeal kempen yg paling byk dpt hasil


 hope nuffnang tambah lg & lg BE utk ummi..muaaaaaaahhhh.. =DD

Monday, January 24, 2011

Rancang makanan berkhasiat dan seimbang utk kesihatan tubuh badan..

                                                         pic ehsan from en google


AMALAN pemakanan yang tidak seimbang menjadi penyumbang terbesar kepada masalah kegemukan. Pengambilan makanan berkalori lebih daripada keperluan badan juga penyebab utama masalah ini.

Tenaga ataupun kalori yang berlebihan disimpan di dalam tubuh akan bertukar menjadi lemak. Sebaliknya, jika kalori kurang daripada yang diperlukan badan, maka lemak tadi akan digunakan semula sebagai sumber tenaga. Punca lain yang menyebabkan kegemukan seperti fisiologi, keturunan, sosioekonomi, trauma dan psikologi.

Masalah kegemukan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan seperti lebih mudah menghidap penyakit berbahaya yang tergolong dalam penyebab utama kematian.

Antara penyakit disebabkan masalah berat badan adalah kencing manis, jantung, darah tinggi, pundi hempedu, penyakit hati, reumatik dan buah pinggang.

Justeru, anda dinasihatkan untuk merancang hidangan bagi memastikan sentiasa mengambil makanan seimbang dan berkhasiat. Banyakkan hidangan yang dimasak menggunakan cara seperti panggang, rebus, kukus, bakar dan kurangkan makanan berminyak dan bergoreng.

Justeru, anda dinasihatkan untuk merancang hidangan bagi memastikan sentiasa mengambil makanan seimbang dan berkhasiat. Banyakkan hidangan yang dimasak menggunakan cara seperti panggang, rebus, kukus, bakar dan kurangkan makanan berminyak dan bergoreng.

Selain itu, rancang juga jadual makan anda iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Jangan sekali-kali abaikan sarapan kerana sarapan sangat penting untuk memberi tenaga terutama kepada anda yang bekerja dan pelajar.

Sarapan juga membantu anda agar tidak terlalu lapar pada waktu tengah hari dan sekali gus menyekat anda daripada makan tengah hari berlebihan.

Menyediakan makanan cara bijak boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:

- Buang lemak pada daging dan kulit ayam.
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.
- Jangan memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur kerana ini boleh menghilangkan khasiat makanan itu.
- Untuk mengekalkan khasiat ubi kentang dan keledek, bersama-sama kulitnya.
- Pastikan air mendidih atau minyak benar-benar panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.
- Kurangkan penggunaan garam, gula dan bahan pengawet dalam masakan anda.
- Jangan gunakan minyak masak berulang kali sehingga warna asal minyak berubah.

Tujuh langkah diet bijak

Ramai mengamalkan diet secara drastik. Tahukah anda bahawa diet begitu boleh memberi masalah lain kepada diri seperti pitam, pengsan, tekanan darah rendah secara mengejut dan fungsi badan berubah secara mendadak.

Pakar kesihatan turut melarang diet drastik ini. Amalkan diet bijak seperti:

Jangan tinggalkan sarapan kerana hendak kurangkan makan. Sarapan penting walaupun hanya secawan oat dan minuman bercoklat panas.

- Kawal pemakanan. Jika sebelum ini waktu tengah hari anda mengambil satu pinggan nasi, kurangkan kepada setengah pinggan. Jangan tinggalkan langsung makan tengah hari.
- Jika sebelum ini anda suka makanan bergoreng, ubah kepada masakan cara merebus, mengukus ataupun panggang.
- Anda gemar makan daging tetapi diet menyebabkan anda tidak mengambil daging. Anda masih boleh menikmati daging tetapi hanya bahagian tidak berlemak.
- Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Ambil makanan rendah lemak, contohnya kopi dan teh tanpa susu pekat dan yogurt rendah lemak.
- Amalkan makan malam tidak terlalu lewat, sekitar jam 7.30 malam.

Walaupun berdiet, anda masih boleh menikmati sarapan, makan tengah hari dan makan malam pada kadar terkawal. Makanan disyorkan:

Sarapan
- Satu mangkuk bubur nasi dengan kacang panjang, daging hancur dan sedikit sayur campur ataupun,
- Sekeping tosai dicecah dengan kari dal ataupun,
- Dua keping roti jala bersama sedikit kari ayam.

Makan tengah hari
- Sepinggan nasi ayam sama ada dipanggang ataupun dikukus ataupun,
- Sedikit nasi putih, ikan dan sayur campur ataupun,
- Satu mangkuk mihun sup ataupun mi rebus dicampur isi ayam, daging dan bebola ikan ataupun,
- Satu keping capati + ayam + satu mangkuk kecil sayur.

Minum petang (antara 3-6 petang)
- Cukuplah sebiji epal atau buah-buahan lain seperti betik, anggur, kiwi dan tembikai ataupun,
- Secawan teh o panas dengan sekeping roti bakar.

Makan malam
Seelok-eloknya makan malam di antara jam 7.30 hingga 9 malam sahaja.
- Cukuplah mengambil sekeping kebab ayam bersama semangkuk salad ataupun,
- Semangkuk sup sayur, tomyam ataupun
- Hanya menjamah ikan kukus dan sayur-sayuran sudah memadai.

Setiap kali bangun pagi, tengah hari dan sebelum tidur, amalkan minum secawan teh cina ataupun teh biasa dicampur perahan limau nipis ataupun limau kesturi. Apabila diamalkan berterusan, pasti anda gembira dengan berat badan anda yang lebih sempurna.

Untuk menggalakkan pemakanan seimbang ikuti panduan berikut:

- Kanak-kanak tidak seharusnya diberi hadiah manisan atau gula-gula sekiranya berjaya menghabiskan makanan utama kerana ini mengajar mereka mengutamakan gula-gula daripada makanan seimbang.
- Makanan keluarga haruslah berdasarkan sajian seimbang dan sihat mengikut piramid makanan.
- Setiap orang perlu memastikan pengambilan makanan yang betul.
- Ibu bapa perlu mengehadkan jangka masa menonton televisyen dan menghadap komputer.
- Remaja digalakkan membuat catatan makanan. Diari makanan meliputi kuantiti dan jenis makanan di samping tempat, masa dan bersama siapa.
- Makan di meja makan pada waktu yang tetap.
- Kunyah makanan dengan perlahan sedikit demi sedikit.

Mengira berat badan unggul

Bagi mengetahui sama ada anda mempunyai berat badan unggul atau tidak, ikuti langkah ini:

- Timbang berat badan dalam kilogram.
- Ukur ketinggian dalam sentimeter.
- Kira Indeks Jisim Badan (BMI) dengan menggunakan formula berikut:

BMI = berat badan (kg)
_______________
ketinggian (m) x ketinggian (m)


Jika BMI anda __________ Anda adalah

-> Kurang daripada 18.5 = Kurang berat badan

->18.5 - kurang 25 = Berat badan unggul

-> 25 - kurang 30 = Berat badan berlebihan

-> 30 dan lebih = Obesiti / gemuk


nota kaki: so, agak-agak kit kat tahap mana yer..kalo ummi konpem kurang berat bdn.. muahahaha

Sunday, January 23, 2011

sape kata berbelog buang masa!!!

ari nie ummi baca jer paper berita harian isu nie yg diperkatakan.. utk rujukan sila ke sini ..

Saturday, January 22, 2011

contest baby tido




kpd yg nk join klik jer di banner..


3 org yg di tag oleh ummi : -

      mama marissa


dan...



Saya sukakan MyKawaiiStore kerana sume barangan ada dijual di mykawaiistore  nie dan harga yg dijual berpatutan serta sume barangan mmg menariklah hati pembeli utk membeli.. =DD


dan inilah gambar yg dipertaruhkan utk contest ini:-


          nur dania arrisa binti mohd fhakrudy
     anak
      11 jun 2009 / sethn 7 bln
 

Friday, January 21, 2011

menang GA utk pertama kali..alhamdulillah

ari nie baru sempat nk update..semlm ummi cuti..seharian xbuka belog & fb..ada masalah baru timbul..later lah yer ummi citer.. ari nie ummi nk citer yg blh membuatkan ummi tersenyum sesorg..

nie first time ummi dpt adiah from mana-mana GA yg penah ummi mencuba nasib..alhamdulillah..

before tue, ummi dh dpt tau dh pasal kemenangan nie from ibu saidatul, kak dieha..thanks akak for the news ok..

ari tue, mama qies ada wat GA di entry ini.. tunggu punya tggu last-last ada jgk rezeki utk our lil di entry ini..syukur alhamdulillah..even dpt tempat ke tiga sekurang-kurangnya dpt jgk..

thanks to kak yat & cik eryssa qiestina yg comel lote coz pilih antie sebagai salah seorg pemenang..

Wednesday, January 19, 2011

our lil helper yg teramat rajen..

anak ummi nie mmg teramat-amat rajen..rajen menyepahkan rmh, rajen menumpahkan susu & byk lglah istilah rajen yg blh ummi klasifikasikan utk our lil nie.. =DD

kalo xpercaya, tgk yer.. sila jgn muntah ok..byk pic plak.. =DD


                                                      pjgnya akal our lil..
                                          lapik vontots  ngn tupperware susu


                                                    percubaan pertama
                                                   sesi menarik drawer..grrrrr





                                                   abes meja kecil tue kena tumpahan susu our lil..
                                                      tue blm dibersihkan lg..muahahaha





                                                  sesi menyepahkan segala surat menyurat ummi




























dan nie pic terakhir..


                                             sylah lil helper ummi & papa..

 even kamu suka menyepahkan apa brg skalipun, ummi tetap menyayangimu.. tanpamu mesti idup ummi kosong..sumpah!!

hepy birthday yg ke 55 thn..

hepy birthday to ma
hepy birthday to ma
hepy birthday to mama
hepy birtday mama..

ari nie, 19 januari 2011 genaplah umur my mom 55 thn..syukur alhamdulillah, tuhan masih memberi kesihatan yg sempurna utk my mom stakat nie..hope soon & later diber kesihatan yg sesempurna lg..muahaha..ayat dh terbelit dah..


                                                      hepy birthday my mom
 
                     * time nie kat mc'd alamanda.. =DD


                                                        our lil with tok kesygan
                                     
                     * time nie kat i-city.. nia pn bambam jer time nie


                                                   my mom & my dad kat i-city..

anakmu ini mendoakan semoga ma pjg umur, diberi kesihatan yg sempurna & semoga tercapai impian utk ke mekah ( wat haji ).. insyallah..

anakmu ini amat menyayangimu even dh bersuami & dah mendapat anak.. =D

dan,

u'r the bestest mom in the world..muaaaahhhh..

Tuesday, January 18, 2011

pixy yg berbaloi

dulu ummi pakai bedak brand maybelline..ari tue ummi ada terbaca dlm belog mommy zara pasal bedak nie.. so, ummi pn terujalah..siap mekap artist pn guna bedak nie..

berbaloi ok pakai bedak nie..dahlah murah, tahan lama plak tue..ari tue ummi beli kat kelantan rm17 yg biasa & yg refill rm12..murah kn

bedak nie kat watson pn ada..tp kalo nk sng biasa kat booth-booth yg jual produk-produk kesihatan pn ada..


                                          nielah rupa bedak pixy nie

xkisahlah bedak nie mahal ke murah ker, yg penting kena sesuai ngn muka kita yg nk memakaikn??so, apa lg.. 

selamat mencuba yer..

Monday, January 17, 2011

penyakit apa plak nie??

aduussshh..

abes bdn ummi gatal-gatal..seluruh tubuh ummi jd merah-merah..semlm,ummi suh papa sapukan myk panas coz xtahan dgn gatal..

ari nie, abes muka ummi plak merah-merah..ummi tnjuk kat ma, my mum kata mybe sbb hama..aduiihh..xtahan lagu nie..abes luka-luka bdn ummi..

hope xlamalah penyakit gatal-gatal nie..asyik duk tergaru-garu jer..

                                                          ummi sabo yer..
                         penyakit yg dtg tue dpt hapus dosa-dosa kecil tau x??

Sunday, January 16, 2011

sian our lil..ummi mtk maaf byk-byk..

td, ummi panaskn iron nk gosok baju.. ummi siap pesan kat our lil jgn pegi dkt iron..

time tue ummi nk amik baju lam almari..tiba-tiba je uwaaaaa..mmg tepat jangkaan ummi..our lil kena seterika panas.. pity anak ummi..trus ummi amik ubat TYT & sapu kat tempat yg kena tue..
elok-elok jer mood tgh baik trus jd nk menempek ngn ummi..ummi pujuk & letak lam buaian trus Zzzzz..

ummi tgk ibu jari & jari telunjuk yg kena..siap dh jd gelembung putih..sian sgt..gmbr xempat nk snap coz our lil xbg pn ummi pgang tgn dia..mybe sakit kot..tido pn jari straight jer..pity sgt-sgt anak ummi..

ummi mtk maaf yer yayang..ummi cuai..huhuhu..next time kena gosok baju time our lil tidolah nmpknya..

Saturday, January 15, 2011

giliran surga cinta plak

mula-mula skali lagu tema blog ummi adalah sungai lui by aizat..then sempurna..pastu lagu juara lagu by ana raffali plak..

kali nie giliran surga cinta by ada band..papa nia suka dgr lagu nie.. so, ummi pn suka gakla.. =DD

dan nie lirik lagu surga cinta..

Terdiam…..
Hanya bisa diam
dingin menyerang… di sekujur tubuhku
 

layangkan mata menembus cahaya putih kilaunya
meneduhkan lamunan
masih jelas terlihat, pesona ayumu
masih jelas terasa, getar dawai jiwamu aahhh 

reff:
inikah surga cinta yang banyak orang pertanyakan
atau hanya mimpi yang tiada pernah berakhir jua

perlahan bawa smua tanya
satu bersama langkah di taman ini
terangkai bunga tanda cinta murni adanya
tapi kekasih pun tiada muncul hapus rinduku aahhh….
reff 2:
dimana aku sedang berada mengapa sendiri
lari telanjang
tanpa seorangpun yang mau peduli

reff 3:
terbanglah cinta sampaikan sayangku hanya bagi dia
tak ingin rasa sepi meratapi malang tanpa dirinya

jom beramai-ramai kita ber ber 'heartbeat ' =DD




nielah rupa heartbeat..hearbeat nie blh jana side income jgk..tp ciputlah sket berbanding ngn nuffnang..4 sen perclick akan dibayar utk heartbeat nie..


kalo u olls nk register, klik jer kat header belog ummi..then, korang register sama mcm nuffnang jgk..then, copy code yg dibg tue ikut suka hati la kat sidebar ke, header ke or footer..sume blh..tp ummi suka ltk kat header je..

stakat ummi register, nie baru pendapatan ummi dpt..xperlah, sket-sket lama-lama jd bukit la..tuepn dpt from org yg klik kot.. thanks yer saper-saper yg klik tue.. =DD

jgn risau ok, heartbeat nie xkn menjejaskan status gliteratti nuffnang.. ummi siap tanya lg ngn pihak nuffnang.. kalo korang xpercaya tgk yer..


so, apa lg..jomlah pakat-pakat register ok.. klik jer kat header ummi..

Friday, January 14, 2011

kereta baru..yeay..yeay.. =D

papaku pulang dr kota bharu, 
 papaku belikn kereta,
 kereta kecil warna merah,
 bolehku buat sebagai mainanku..

muahahaha..ummi reka sendiri lagu tue.. hehehe..

ummi belikn kereta mainan je utk our lil..mana mampu nk beli kereta baru..pakai jerlah mana yg ada..asal blh bergerak sudahlah.. =DD

ari terakhir di tahun 2010 tue, we olls sefmly ke kota bharu..saja, g jenjln umah my sis yg duk kat panji tue..kbtuln my sis yg sulung a.k.a che long nia nk g beli peralatan sekolah utk anak-anak dia, so ummi pn join skali.. 

kereta nia nie ummi beli kat manjaku baby centre.. manjaku nie baru jer dibuka..kedai manjaku nie berhampiran dgn tesco..

memula tue, just nk intai puting avent & pampers nia..sekali ternaik ke tingkat atas..nia apa lg..teruja yg teramatlah..tingkat atas tue sume benda ada..stroller dr yg mahal ke yg murah termasuk brand quinny pn ada..tgk rege, fullamak.. RM2K..fuhhh..xtermampu den..babycot, walker & sume mak nenek adalah kat atas tue.. bahagian bwh plak, pakaian baby & sume jnis brand botol susu ada kat bwh..

skali nia, tertgk kereta mainan yg elektrik..siap main-main lg.. then, ummi tnjukkan kereta yg ummi belikn nie..trus our lil amik & heret nk bwk turun ke tingkat bwh..


                                                    inilah kereta baru nia
                                             murah jer nie..hehehe. =DD

                                                              vrooommm..vroooooooom



                                                   duk perati mcmana nk tmbh kelajuan keta.. =DD


                                                    abaikn bilik we olls yg bersepah tue..

                                          terima kacih ummi coz melikn nia keta nie..

k, update belog dh setel..now, harus bercargas tuk  jemur baju-baju yg dibasuh while our lil tgh syiok titon nie.. =DD

nota kaki: masa duk dlm manjaku ari tue, ummi mcm berkenan dgn botol brand momma plak..cute jer botol tue.. =DD

Thursday, January 13, 2011

buah kiwi menyihatkan dan baik utk kandungan




Salah satu perkara paling menyeronokkan ketika hamil ialah menikmati makanan lazat semahu-mahunya tanpa rasa bersalah dengan pertambahan kalori yang diambil.

Walau bagaimanapun, harus diingat! Nikmat daripada semua makanan tersebut harus disertai dengan kandungan khasiat yang tinggi bagi menyokong perkembangan awal tumbesaran bayi dalam kandungan.

Ketahuilah! 3 nutrien penting di samping zat pemakanan lain yang diperlukan oleh bayi bagi tumbesarannya ialah vitamin C, asid folik dan kalsium. Anda tidak semestinya menggandakan kuantiti makanan, sebaliknya hanya menambah kuantiti nutrien makanan dan minuman kerana ia merupakan sumber khasiat utama yang diperlukan oleh bayi.

Cara paling mudah untuk mendapat kandungan nutrien yang cukup daripada pemakanan sepanjang kehamilan ialah melengkapkan pelan pemakanan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kebanyakan buah merupakan sumber nutrien yang baik malah merupakan cara yang lebih sihat bagi meningkatkan jumlah kalori harian. Antara buah yang baik ialah buah kiwi. Rasa masam manis tropikanya bukan sahaja boleh mengurangkan rasa mual malah turut mengandungi nutrien-nutrien lengkap bagi bakal ibu seperti anda.

Buah kiwi datang dalam 2 jenis iaitu hijau dan kuning emas. Namun kedua-duanya penuh khasiat. Walaupun saiznya kecil, kebaikan yang terkandung di dalam buah kiwi sangat banyak. Lantas, menjadikannya sebagai buah yang paling padat dengan nutrien.

1. Kekalkan Sistem Imuniti

Pengambilan vitamin C secukupnya sewaktu hamil boleh disamakan seperti mendapatkan polisi insurans bagi anak anda. Vitamin C merupakan salah satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik berbanding buah oren. Ia terbukti membantu pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C di dalam sel badan.

Selaku antioksidan selular yang kuat, umum mengetahui kepentingan Vitamin C dalam meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria. Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan dikatakan tidak selamat untuk ibu hamil. Oleh kerana kesihatan harus diutamakan ketika hamil, maka mengekalkan sistem imuniti pada tahap terbaik dapat membantu anda tetap sihat.

Vitamin C memainkan peranan utama dalam sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan mengekalkan kekuatan mekanikal membran korioamniotik. Paling penting, vitamin C menyokong penyerapan zat besi yang membantu pembentukan hemoglobin yang diperlukan anda dan bayi.

Kajian terbaru menunjukkan sumber vitamin C yang baik daripada buah kiwi sebenarnya membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. Memakan buah kiwi dengan suplemen zat besi dan makanan yang kaya dengan zat besi dapat meningkatkan penyimpanan zat besi badan. Ini membantu anda yang mungkin kekurangan zat besi dengan cara yang mudah dan lazat bagi meningkatkan jumlah zat besi dalam badan.

Oleh itu, selain daripada menghilangkan rasa lapar pada waktu malam, memakan buah kiwi secara harian berupaya memastikan anda dan bayi mendapat Vitamin C secukupnya. 

2. Tinggi asid folik

Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali sebagai folate memainkan peranan penting dalam mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap sebanyak 70%.

Antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan.

Oleh kerana itulah, anda digalakkan mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu lahir.

Sekiranya anda merancang untuk mengandung dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.

3. Mengurangkan Sembelit

Walaupun kebanyakan wanita gemar makan sewaktu hamil, ramai yang mengalami sembelit akibat perubahan hormon. Buah kiwi mengandungi kandungan serat yang tinggi, di mana serat sebiji buah kiwi sama seperti semangkuk bijirin.

Serat memainkan peranan aktif dalam mengurangkan sembelit sepanjang tempoh kehamilan. Serat juga bagus bagi mengumpul dan membuang toksin daripada kolon. Oleh yang demikian, ia dapat mengelakkan kanser usus.

4. Tidur nyenyak

Kebanyakan wanita hamil tidur lebih banyak berbanding biasa dalam trimester pertama. Namun, masalah tidur akan bermula selepas trimester pertama dan selalunya berpanjangan sehingga lepas bersalin. Tidur yang kurang bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran bayi malah turut mengganggu keupayaan anda untuk bekerja sepanjang hari.

Kajian telah menunjukkan bahawa memakan sebiji buah kiwi sejam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur. Ia dapat menenangkan dan menstabilkan perasaan seseorang kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi. Inilah cara terbaik untuk anda mendapat tidur yang lebih panjang dan lena, sambil menghilangkan kerisauan tentang kesihatan anda dan bayi.

5. Merendahkan Tekanan Darah

Peningkatan kecil dalam tekanan darah ketika hamil adalah petanda kehamilan yang biasa, termasuklah rasa mual dan sembelit. Walau bagaimanapun, jika tahap tekanan darah naik mendadak dan tidak dirawat, ia bukan sahaja boleh membahayakan diri anda dan nyawa bayi, malah dapat menjurus kepada masalah diabetes.

Antara sebab terbaik untuk anda menjadikan buah kiwi sebagai sebahagian daripada makanan harian ialah jumlah potassium yang terkandung dalam buah hebat ini. Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...