MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, March 31, 2011

sehari jer lg!!!!

apa yg sehari??


cer teka...



  




contest ummi nk tutup dah ..

sesiapa yg blum sertai, sila sertai yer.. ummi tgk ramai dah join..to all yg dah join, thanks yer join contest ummi..

Wednesday, March 30, 2011

mari memberus gigi versi our lil nia ^__*

tiap-tiap hari our lil wajib kena berus gigi..biasa time ummi mandikan our lil belah ptg baru ummi akan gosok gigi nia..kalo pg xsempat nk gosok coz ummi pegi keje our lil kdg-kdg xbgn tido lg..kalo our lil bgn awal pn biasa ummi akan mandikn our lil dlm kul 8.30 am..kalo nk g mana-mana baru awal ummi mandikan our lil nia nie.. =)

our lil nie tabiat dia xsama, kdg time mandi our lil berus gigi & kdg tue pas siap mandi baru terhegeh-hegeh nk gosok gigi.. hope jgn melekat tabiat nak gosok gigi pas mandi smp ke besor sudahlah.. =)

layan jer pic our lil time our lil gosok gigi..

time dia gosok gigi nie our lil siap berbedak wangi-wangi dah..

                                                           mula-mula, letak ubat gigi dulu yer..


                                                              gosok area dlm dulu.. =D


                                                              pjgnya bulu mata our lil..


                                                       dh start kemam ubat gigi dah.. =)


                                                     depan plak yer kwn-kwn sume..


                                                         kemam lg.. =D


                                                         susahlah, mkn dr tiub terus sng..


                                                            sedapnya..
                                    ummi suka tukar-tukar jenama ubat gigi


                                                smbung gosok lg smp siap


                                                      dh siap nie


                                       ok..blh simpan dah berus..tp ubat gigi still di mulut lg ok.. =D

oklah, dr our lil xgosok gigi sekurang-kurangnya our lil gosok jgk..

Tuesday, March 29, 2011

rezeki lg..

alhamdulillah..rezeki lg. =))

ari nie ada BE baru lg..even satu pn tetap rezeki..tp campur ngn BE yg lama so, dualah BE yg sdg menempek di belog ummi skrg nie..


thanks to VW Polo Extension coz sudi singgah di belog ummi yg xseberapa nie.. hope masssyuuuuuuuk lg rezeki dr dua-dua BE nie..

padahal, ummi dh dpt cashout duit nuffnang, tp nk tggu biar byk sikit baru nk cashout.. =))

Ketahui Cara Mengenal Jantina



Menurut Prof. Jamiyah, jantina bayi dalam kandungan boleh dikesan melalui ujian ultrasound tetapi sebenarnya ia agak sukar kerana jantina janin terletak pada kawasan yang kecil dan tersorok. Kadang kala Ujian ultrasound akan mengambil masa yang lama.

Menjelang minggu ke-20, agak mudah mengetahui jantina bayi selagi pakar yang mengendalikan ujian ultrasound mendapat gambaran yang jelas. Katanya teknologi sains boleh digunakan untuk mengesan jantina bayi tetapi perlu berhati-hati dan pasti dengan apa yang diperhatikan sebelum memberitahu kepada bakal ibu bapa.

Jantina bayi terbentuk pada lapan minggu pertama kehamilan dan pada minggu ke-12, ia akan terbentuk secara sempurna.Pembentukan jantina bayi memerlukan input daripada genetik ibu dan ayah.

Setiap bayi lelaki mendapat kromoson X daripada ibu dan kromosom Y daripada bapa. Pembentukkan jantina bayi lelaki sebenarnya bergantung kepada kromosom X yang akan menyebabkan sel sel bayi tersebut boleh berinteraksi dengan hormon lelaki iaitu androgen untuk pembentukan alat sulit lelaki. Jika kromosom X tersebut tidak mempunyai fungsi tersebut, alat sulit lelaki tidak boleh terbentuk dengan sempurna. Walhal bayi perempuan mempunya dua kromosom X yang diterima daripada ibu dan bapa.

Pembentukan Jantina

Secara genetik, jantina bayi ditetapkan semasa proses persenyawaan tetapi semasa perkembangan awal embrio, semua embrio kelihatan sama.

Semua embrio mempunyai kudup kecil atau bonjol. Ia dikenali sebagai benjol atau bonggol genital. Jika anda mengandung anak lelaki, testosteron mula dihasilkan seawal minggu ke-7, menggalakkan kudup itu membesar dan berkembang menjadi zakar dan skrotum. Bagi perempuan, kudup itu akan menjadi clitoris dan labia.

Ia adalah proses yang berlaku secara perlahan dan hanya pada minggu ke-11 barulah jelas perbezaan antara jantina. Menjelang tahap ini, semua bayi mempunyai sesuatu yang membonjol keluar. Bagi lelaki, ia menegak ke atas pada sudut lebih dari 30 darjah dari spina. Bagi perempuan, ia lebih mendatar dan selari dengan badan, pada sudut kurang dari 30 darjah.

Bagaimanapun ia sukar dilihat kecuali bayi berbaring dalam posisi yang senang dilihat dan ujian imbasan dilakukan oleh doktor pakar menggunakan mesin ultrasound yang canggih.

Sekiranya bayi sudah pandai berpusing dan melakukan pelbagai gerakan, bertambah sukar untuk mendapatkan gambar sudut yang sesuai melihat jantinanya termasuk mengesan sebarang ketidaksempurnaan pada jantina.

Menurut Prof. Jamiyah, kurang daripada 10% daripada “ambiguous genitalia” dapat dikesan melalui ujian ultrasound.

Kaedah Menentukan Jantina Tentu sekali persoalan mengenai ketidaksempurnaan anak yang dikandung sering terlintas di fikiran bakal papa dan mama. Ujian ultrasound yang dijalankan diharap dapat memberikan keyakinan bahawa zuriat yang dikandung sempurna sifatnya.

Namun bagaimana jika jantina anak yang dikandung didapati tidak sempurna? Adakah masa depannya akan terjejas? Ciri-ciri jantina lelaki yang normal terdiri daripada organ seks yang merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan yang terdiri daripada zakar, testikel, vas deferens serta ‘chordae spermatik’ yang lain dan kelenjar prostrat.

Sistem pembiakan lelaki berfungsi untuk penghasilan sperma dan air mani serta pemancutan air mani yang membawa sperma dan maklumat genetik.

Ciri-ciri fizikal bukannya penentu utama memastikan seseorang itu dianggap sebagai perempuan. Sesetengah individu yang ciri-ciri fizikalnya menyerupai perempuan mempunyai perbezaan hormon atau kromosom yang abnormal (seperti Congenital Adrenal Hyperplasia, Testicular Feminization Syndrome ataupun keadaan interseks yang lain).

Dari segi biologi, organ seks wanita terlibat dalam sistem pembiakan, sedangkan ciri-ciri jantina sekunder adalah untuk menjaga anak serta untuk menarik perhatian pasangan.

Monday, March 28, 2011

Ujian imbasan

Imbasan awal biasanya dilakukan dari minggu ke-8. Dalam ujian ini, doktor akan “mencari” kantung, plasenta dan embrio bersama dengan denyutan jantungnya (mungkin lebih daripada satu). Seawal minggu keenam, bayi sudah boleh dilihat. Ia mungkin akan kelihatan seperti berudu ataupun telur goreng!

Kebanyakan doktor akan melakukan ujian ini pada minggu ke-8 di mana bayi lebih mudah dilihat. Malah jika anda mengandung kembar, kantung-kantung bayi akan lebih jelas menunjukkan sama ada mereka seiras ataupun sebaliknya.

Imbasan booking (biasa dilakukan pada minggu ke-10 hingga ke-14)

Ketika ini, bayi akan diukur. Sehingga pertengahan kehamilan, pertumbuhan bayi adalah hampir sama. Jadi saiz bayi dapat menunjukkan minggu kehamilan anda. Usia kehamilan akan lebih tepat jika anda mengetahui hari pertama haid terakhir.

Dalam pada itu, pada usia kandungan di bawah 2 minggu, lebar kantung (CRL), kepala (BPD) dan panjang tulang pinggul (FL) akan diukur. Memandangkan organ bayi kelihatan jelas dan nyata, kebanyakan masalah major yang berkaitan dengan otak, anggota badan, jantung dan buah pinggang dapat dikenal pasti

Imbasan nuchal translucency (biasa dilakukan pada minggu ke-11 hingga ke-12)

Dalam ujian ini, doktor akan mengukur ketebalan lapik (pad) pada belakang leher bayi. Ini dilakukan bagi mengetahui risiko bayi mempunyai sindrom Down, kecacatan jantung atau masalah berkaitan kromosom. Penilaian yang lebih tepat dapat diperoleh jika ujian ini digabungkan bersama kumpulan darah, umur dan kadar denyutan bayi. (ujian Primark). 

Walau bagaimanapun, imbasan nuchal hanyalah ujian di atas skrin, jadi keputusan positif memerlukan penyiasatan lanjut untuk memastikan kesahihannya. Jika bayi anda berisiko mengalami sindrom Down atau spina bifida, anda perlu menjalani ujian amniosentesis pula.

Imbasan anomaly (biasa dilakukan pada minggu ke-20 hingga ke-23)

Ujian ini dilakukan untuk melihat bayi dengan lebih teliti. Kadang-kadang tempoh ujian ini akan memakan masa sehingga 30 minit. Kepala bayi akan diimbas dengan memberi penumpuan khusus pada otaknya; muka dan mulut dilihat untuk meninjau risiko bibir sumbing; jantung, paru-paru dan sistem perkumuhan. Begitu juga halnya dengan tulang dan tulang belakang. Ia akan dilihat dengan teliti.

Antara lain, dada, kaki, jari dan kakinya diperiksa juga. Jumlah air ketuban, rahim, plasenta dan jumlah saluran darah di dalam tali pusat turut diteliti. Biasanya, terdapat tiga (dua urat nadi, satu pembuluh darah), namun sesetengah bayi mempunyai dua (satu urat nadi, satu pembuluh darah). Untuk mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin melanda bayi, anda perlu memberitahu apa sahaja sejarah perubatan keluarga yang boleh dijadikan rujukan. Menariknya, anda mungkin berpeluang untuk melihat jantina bayi melalui ujian ini.

Teknologi terkini

Masa kini, ramai ibu bapa lebih gemar mengimbas kedudukan bayi mereka menggunakan imbasan 3D. Fungsinya masih sama seperti imbasan yang lain namun kelebihannya lebih ketara. Imbasan 3D boleh menunjukkan kedudukan bayi dengan lebih jelas berbanding imbasan 2D malah, kecacatan bayi seperti bibir sumbing, masalah jantung dan kecacatan LIMB dapat dilihat dengan lebih jelas.

Namun yang demikian, teknologi yang paling terkini ialah imbasan 4D. Dengan yang demikian, anda boleh menyaksikan sendiri bayi menghisap jarinya, tersenyum, mengerutkan muka dan menguap. Imbasan 4D boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, namun untuk hasil imbasan yang terbaik, anda digalakkan melakukannya di antara minggu ke-24 hingga minggu ke-30.

Panduan ujian imbasan kehamilan

JenisMingguKenapa dilakukan?Apa yang ditunjukkan?
Imbasan awalSekitar minggu 6 - 8Rawatan kesuburan: haid tidak teratur, pendarahan, diabetes atau keadaan lain yang boleh memberi kesan kepada kandungan.Kehamilan luar rahim dan denyutan jantung bayi.
Imbasan nuchalMinggu 10 - 14Menilai risiko kecacatan terutama sindrom Down.Denyutan jantung, lengan, kaki dan muka bayi.
Imbasan bookingMinggu 10 - 14Pengesahan kehamilan, menentukan kehamilan kembar dan tarikh jangkaan bersalin.Kepala, lengan, kaku dan sesetengah organ.
Imbasan anomalyMinggu 20 – 23Memeriksa risiko spina bifida atau kecacatan lain. Selain itu turut memeriksa plasenta dan rahim jika ada potensi komplikasi sewaktu bersalin.Bayi secara terperinci: otak, ruang dalam jantung, jari tangan dan kaki serta bentuk muka.
Imbasan terperinciDari minggu ke-14Risiko kecacatan bayi berdasarkan imbasan nuchal atau sejarah keluarga.Imbasan kardiak. Contohnya, ruang dalam jantung, injap dan arteri.
Imbasan berikutnyaSehingga penghujung kehamilanTekanan darah tinggi atau diabetes.Perkembangan bayi, tanda pre eklampsia, uri bawah dan tahap kesihatan kembar.
Imbasan dopplerMinggu 16 – 24Menilai perkembangan bayi dan memeriksa sekiranya ada risiko pre eklampsia.Melalui saluran darah dan alirannya. Mengesan aliran darah dari plasenta melalui tali pusat untuk memeriksa kesihatan bayi.

sumber: majalah Pa & Ma

Sunday, March 27, 2011

GA-Senyuman Si Cilik



nk tau lbh lanjut sal contest nie, klik sini ok

pic yg dipertaruhkn adalah : -




NAMA ANAK: NUR DANIA ARRISA BINTI MOHD FHAKRUDY

 D.O.B : 11 JUN 2009

 UMUR : SETAHUN 9 BLN @  21 MONTH

 NAMA IBU : NORFAIZAH BINTI MOHD NABAR


 ummi nk tag: 


Show Your Teeth Contest



setiap contest mesti ada syarat kan..so , klik jer sini

pic yg dipertaruhkan utk contest ini adalah:-


                                           
                            NAMA ANAK : NUR DANIA ARRISA BINTI MOHD FHAKRUDY

                            D.O.B               : 11 JUN 2009

                           NAMA IBU      : NORFAIZAH BINTI MOHD NABAR

 akhirnya, ummi nk tag :



Wednesday, March 23, 2011

Ganjaran penuh

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam menarik balik penangguhan bayaran sebahagian ganjaran berkaitan persaraan pilihan kepada penjawat awam berkuat kuasa 1 Februari 2010.

Berikutan itu, penjawat awam yang memilih bersara pilihan akan menerima bayaran sekali gus atau 100 peratus.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkannya, berkata kerajaan juga bersetuju supaya semua penjawat awam yang mengambil Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara wajib atau bersara mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239, termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan perubatan secara percuma.

Keputusan itu dibuat berkat usaha kakitangan kerajaan membantu kerajaan menguruskan kewangan negara dengan bijak, sehingga mampu memulihkan negara daripada masalah ekonomi," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, semalam.

Pada 1 Februari 2010, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan keputusan kerajaan menangguh bayaran sebahagian ganjaran membabitkan permohonan bersara pilihan bagi kakitangan awam Persekutuan, negeri dan badan berkanun serta tempatan.

Ia berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Antara syarat itu, kakitangan yang ingin bersara pilihan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi berbanding bayaran sekali gus seperti sebelumnya.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman, menteri-menteri Kabinet.

Majlis yang dihadiri kira-kira 5,757 penjawat awam itu turut disaksikan secara langsung oleh 570 penjawat awam di Sarawak dan Sabah yang mengikutinya secara sidang video di kedua-dua negeri.

Mengulas keistimewaan yang bakal dinikmati pesara Skim KWSP itu, Najib berkata, ia tidak akan membabitkan mereka yang meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.

Katanya, ia juga hanya boleh dinikmati mereka yang bersara wajib oleh kerajaan Persekutuan atau negeri atau pihak berkuasa berkanun dan tempatan.

Mengenai Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia, Najib berkata, satu kaedah `exit policy' akan diwujudkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

"Kaedah baru ini bakal diperkenalkan berikutan masalah sistem pool yang dibangkitkan sebelum ini bertujuan memastikan pegawai yang terbabit tidak teraniaya dengan mengamalkan sistem penilaian yang bebas dan berkecuali.

"Mengikut kaedah baru ini, pegawai berkenaan akan diberikan tugasan khusus bagi memanfaatkan pengalaman mereka," katanya.

Mengikut sistem penilaian baru yang bakal dilaksanakan mulai Jun ini, Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan diberikan fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA.

Najib turut mengumumkan cadangan kerajaan memperkenalkan satu lagi anugerah khas bagi menghargai penjawat awam yang menunjukkan mutu kerja tinggi di pejabat dan pada masa sama bergiat aktif dalam kegiatan sukarelawan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, tahap prestasi kerja dan pembabitan aktif penjawat awam dalam semua aktiviti sepanjang 2011 akan dinilai bagi tujuan berkenaan

SPM 2010 < 368,559 dapat sijil, 9,239 peroleh gred cemerlang>

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat keputusan gred cemerlang berbanding 7,987 pada 2009.

Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, sebentar tadi. 

SUMBER: BERITA HARIAN

Khasiat besar untuk si kecil

Bayi antara usia enam hingga 12 bulan memerlukan sehingga lima kali lebih bekalan khasiat utama tertentu (zat besi dan vitamin A) berbanding orang dewasa.

Sepanjang tahun pertama, keperluan khasiat si manja sangat tinggi kerana ia adalah peringkat tumbesaran dan perkembangan yang sangat penting bagi mereka.

Malah, pada penghujung tahun pertama, berat badan si manja bertambah tiga kali ganda, ketinggian mereka meningkat sebanyak 50 peratus dan ukuran kepala mereka bertambah dua kali ganda.

Itulah sebabnya sangat penting bagi mereka memperoleh jumlah khasiat yang tepat untuk perkembangan yang sihat.

Perut si manja hanya 20 peratus daripada muatan gastrik seorang dewasa. Ini menjadi cabaran untuk memberi si manja makan sambil memastikan mereka memperoleh semua semua khasiat yang diperlukan. Ini kerana mereka hanya mampu menerima jumlah makanan yang sedikit.

Itulah sebabnya anda perlu memastikan setiap suapan yang dimakan si manja padat dengan khasiat yang diperlukannya.

Pada 1959, Scrimshaw dan rakan penyelidik yang lain mendapati kanak-kanak yang kekurangan khasiat menghadapi risiko jangkitan yang lebih tinggi.

Mereka turut menemui yang jangkitan yang berulang boleh membantutkan tumbesaran.

Oleh itu, untuk memastikan si manja membesar dengan kuat dan sihat, sangat penting untuk memastikan yang mereka mempunyai sistem pertahanan yang kuat.

Cara terbaik untuk membina sistem ketahanan mereka adalah dengan memberinya pengambilan khasiat yang tinggi.

Memberi si manja khasiat yang tepat pada peringkat perkembangan yang tepat sangat penting dalam merangsang sistem pertahanannya.

Ini bermakna tubuh si manja anda mampu untuk menangkis jangkitan, malah memberinya peluang yang lebih baik untuk membesar, belajar dan berkembang dengan optimum.

Pemakanan lazat dan seimbang padat dengan rangsangan ketahanan berikut:

Protein - Apabila bakteria dan virus yang memudaratkan menyerang, sistem pertahanan si manja menghasilkan antibodi yang kuat untuk melindungi tubuh. Antibodi ini dihasilkan daripada protein seperti bahan tenusu dan daging.

Vitamin A - Ia bertindak sebagai barisan pertama ketahanan yang menentang kuman penyebab jangkitan yang memudaratkan. Ia mengekalkan permukaan mukosa di dalam saluran pernafasan, gastrousus dan genitounrinari.

Vitamin A diperoleh daripada minyak ikan, hati, bahan tenusu serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna hijau tua atau oren kekuningan seperti bayam dan betik.

Vitamin C - Sistem pertahanan si manja memperoleh rangsangan dalam pembentukan sel dengan bantuan vitamin C. Vitamin serba boleh ini turut meningkatkan pergerakan fagosit, sejenis sel yang menelan (memusnahkan) kuman berjangkit di dalam tubuh.

Vitamin C diperoleh daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti jambu, oren, buah kiwi, selada air dan kubis.

Zat Besi - Si manja memerlukan lima kali jumlah zat besi berbanding keperluan purata seorang dewasa. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan ini boleh menjejaskan penghasilan antibodi.

Pastikan si manja memperoleh zat besi yang mencukupi daripada daging merah, ikan, buah-buahan kering seperti kismis dan sayur-sayuran berdaun hijau.

Zink - Ia meningkatkan penghasilan antibodi dan turut merangsang timus, suatu organ dalam sistem ketahanan. Ia boleh diperoleh dengan banyak daripada makanan laut, hati, telur, kekacang dan ayam.

BL Bifidus - Bukan semua bakteria memudaratkan. BL Bifidus sebagai contoh, menguatkan sistem ketahanan si manja yang seterusnya mengurangkan risiko jangkitan.

Bakteria baik ini ditambah ke dalam sesetengah bijirin sarapan dan susu membesar untuk kanak-kanak.

Pastikan si manja memperoleh rangsangan sistem ketahanan dan khasiat penting lain yang mencukupi dengan memberinya pelbagai jenis makanan.

Bijirin kanak-kanak yang dirumus khas berfungsi untuk memastikan si manja memperoleh khasiat seimbang dalam setiap hidangan.

Setiap bahagian padat dengan BL Bifidus(R), khasiat ketahanan dan vitamin serta mineral - semua khasiat tepat dalam jumlah yang tepat.

sumber: harian metro

Tuesday, March 22, 2011

rindu..

ummi rindu sgt our lil syg nie..


                                                sedapnya dpt mamam coklat nie




                                                melangkah & terus melangkah
                                    sudah besar pjg pn anak ummi nan sorang nie

nk dtg keje td anak ummi masih lg...

 ******
 *****
 ****
 ***
 **
 *



 

                                                  tgh syiok titon bergumpal-gumpal dgn papa

Monday, March 21, 2011

destinasi terakhir kami....

xabes-abes lg nk citer pasal percutian we olls last week..janji, nie entry last ok.. =D

kul 11 lbh kurang, we olls sume check out from SSL Traders Hotel.. destinasi terakhir adalh ke cameron highland..last skali ummi g thn 2008..time tue we olls g tue kira mcm honeymoon la..=)

smp di cameron dlm kul 2 ptg..smp jer, trus pegi kutip strawberi..sebekas polistrin RM20..if terlebih kena byr lg tmbhan ok..then,trus zassss cari kedai utk makan..lapo sgt perut..we olls mkn kat food court di brinchang..then, trus ke tapak pasar mlm utk beli sayur-sayuran.. we olls just beli strawberry yg kering & hadiah utk contest ummi ..

we olls xbermlm pn kat cameron..just pegi membeli sayur & strawberi jer.. after siap membeli sume, we olls pn meneruskan perjlnan kami semua utk balik ke rumah..

                                              before check out from SSL Traders Hotel, Taiping



                                                     yeay..ummi & papa nk bwk nia p cameron


                                                  suka tul senyum mcm nie


                                                     sedapnya buah salak nie


                                                               2 insan kesygn ummi


                                                  ummi tgh amik bekas polisterin utk kutip strawberi


                                                                 3 of us


                                                     wajah-wajah kesygn ummi lg =D


                                                   nia nk kutip jgk even xsmp pn


                                                ngangalah pa, nia nk suap nie


                                                           yummy..yummy


                                                     ummi, nia & her pok dik


                                                                   mengamuk time


                                                                    we =)


                                        merajuk coz kena marah ngn ummi time kat food court brinchang

last skali...



                                                   3 of us in ladang strawberi

                            **      ummi sgt suka tgk pic nie..

maka tamatlah sudah crita cuti-cuti mesia we olls utk siri pertama bg tahun 2011..hehehe..

panduan utk membeli stroller

Terdapat pelbagai pilihan kereta sorong anak kecil ini (juga dikenali sebagai baby stroller atau kereta sorong) di pasaran daripada jenis umbrella Strollers yang paling ringan sehingga jenis yang berat, midsized strollers, carriages, jogging strollers dan rekaan model yang boleh membawa dua orang dan lebih kanak-kanak. Bagi bayi baru lahir, anda boleh mencari kereta sorong yang boleh dipadankan dengan pelbagai jenis kerusi keselamatan bayi atau kereta sorong jenis fully recline iaitu kedudukannya mendatar yang boleh dibaringkan sepenuhnya.

Pilihan lain pula ialah jenis travel system iaitu kombinasi kerusi keselamatan bayi dan kereta sorong. Ada juga kereta sorong joging (jogging strollers) yang dijual sebagai travel system dan begitu juga dengan kereta sorong bayi yang lain.

Pilihan terakhir ialah combo stroller, yang berfungsi sebagai carriage dan kereta sorong. Kereta sorong ini adalah gabungan dengan roda yang boleh digunakan untuk semua kerusi keselamatan. Ia termasuk bassinet yang boleh ditanggalkan yang menjadi carriage yang mana bayi yang baru lahir dapat baring sepenuhnya dan tanggalkan dengan mudah apabila tidak diperlukan.

Hari ini, ramai pengeluar kereta sorong menawarkan pelbagai model moden serta pilihan warna menarik, material dengan tekstur dan fabrik yang kualiti serta kemudahan lain seperti pengadang cahaya matahari, telescoping handlebars, roda boleh putar dan berkunci berputar, tempat duduk boleh laras (ke hadapan atau menghadap belakang), penggunaan sebelah tangan untuk lipat dan keupayaan untuk melipat dengan mudah.

Juga kereta sorong jenis all-terrain dan jogging stroller semakin popular dikalangkan ibu bapa yang suka keluar bersenam sambil membawa anak bersiar-siar.

Untuk memilih kereta sorong bukan suatu kerja yang mudah. Justeru, gunakan panduan memilih kereta sorong yang betul untuk mengetahui jenis kereta sorong yang sesuai untuk anda dan bayi anda. Di sini terdapat beberapa pilihan jenis kereta sorong :

Lightweight Strollers
* Biasanya kurang daripada 12 pound
* Saiznya yang ringan dan kecil selepas di lipat.
* Untuk anak > 1 tahun dan di atas dan tidak mempunyai kerusi yang boleh dibaringkan sepenuhnya.
* Model: Maclaren Volo, Halford Sola.

Jogging Strollers
* Pilihan ideal untuk ibu bapa yang suka berjoging atau pelumba lari.
* Selalunya menggunakan tayar berudara.
* Penggunaan sebarang permukaan untuk larian harian anda
* Model: Zooper Zydeco

Umbrella Strollers
* Lebih berat sedikit daripada kereta sorong Lightweight. Ia yang menyediakan tempat duduk yang boleh dibaringkan separuh.
* Saiz kecil dan padat.
* Mudah dikendalikan melalui lorong pejalan kaki yang sempit
* Boleh dilipat dan berbentuk payung.
* Mudah dilipat dan disimpan dalam mana-mana kenderaan
* Model: Halford Fliplite, Palisto, Cosmo DX, Maclaren Techno XT, Cybex Onyx.

All-Terrain Strollers
* Kelihatan seperti jogging stroller tetapi rekaannya pelbagai penggunaan.
* Roda bahagian hadapan kereta sorong jenis ini yang mempunyai tiga roda membantu anda mengendalikan ia dengan mudah berbanding jogging stroller.
* Ia juga pilihan untuk aktiviti luar seperti ke pusat membeli belah atau ke kedai.
* Pro: Sesuai untuk kegunaan di luar dan perjalanan lancar atas batu-batu, lopak, atau lorong pejalan kaki yang tidak rata dan boleh menampung anak-anak lebih berat.
* Model: Halford Zuzz 4, Quinny Buzz

Travel Systems
* Keseronokan membawa bayi baru lahir bersiar-siar dengan kereta sorong jenis ini.
* Dalam kombinasi ini termasuk kerusi keselamatan dan kereta sorong bagi anak bertatih.
* Perjalanan anda akan bertambah mudah apabila bayi dapat tidur dengan selesa.
* Apabila bayi anda tidak sesuai lagi duduk di kerusi keselamatan bayi, anda boleh hanya menggunakan kereta sorong sahaja.
* Pro: Seperti kerusi bayi dengan berbingkai carrier. Ia adalah jenis Travel Systems yang membolehkan anda meletakkan bayi yang sedang tidur dalam kerusi keselamatan tanpa gangguan ke kereta sorong.
* Ada sebahagian kereta sorong jenis yang boleh dibaringkan sepenuhnya tempat duduk dan tiada ruang lubang untuk kaki. Jadi anda boleh gunakan sebagai carriage.
* Model: Halford Cosmo DX TS, Halford S8 Pramette TS, Halford S9 TS, Inglesina Zippy TS, Inglesina Avio TS, Recaro Akuna TS, Peg Perego P3 TS

Combo Strollers
* Penggunaan semasa anak bayi dan seterusnya bertatih.
* Menjadi kereta sorong permulaan anak anda dan mempunyai ruang tempat duduk selesa seakan ‘buai’ (bassinet)
* Mempunyai rangka paling tegap dan roda yang berkualiti supaya dapat bergerak dengan lancar.
* Mempunyai pemegang ketinggian boleh laras yang mengikut kesesuaian ketinggian mereka.
* Berat dan ada beberapa model sukar untuk dilipat.
* Model: Bugaboo Cameleon, Mutsy Slider, Inglesina Classica, Halford Pamelon.

Sunday, March 20, 2011

contest pertama utk belog ummi

dgn berbesar hatinya ummi buat contest utk belog ummi yg xseberapa nie..hope adalah penyertaan dr rakan-rakan blogger.. =D

tajuk contest ini adalah Contest Gaya Manja Si Anak..




syarat-syarat utk join:

    >> penyertaan utk anak berumur 1-5 thn, xkiralah laki ke pompuan...sume blh join..sekiranya blum kawen or anak xde spt umur yg dikehendaki blhlah amik pic anak sdara, adik or sepupu sepapat korang =D

>> Terbuka kepada semua blogger (ada blog), blogger Malaysia sahaja ye,tp kalo duk luar negara blh jgk, tp kena ada alamat mesia....(untuk penghantaran hadiah)

>>  Mesti kena jd follower belog ini

>>   Korang kena buat 1 entry dan masukkan banner dan link kan ke  entry ini..

>>   Letak banner kat side bar dan link kan ke entry nie

>>   Tag sekurang-kurangnya 3 orang

>>   Bila dh siap, korang tinggalkan link dan komen di bahagian komen entry nie...nanti senang saya nak terjah

Ok, tu je syarat2 dier...senang je kan?bley la semua pakat join....

hadiah akan diberi kpd 3 pemenang bertuah.. adiah dr cameron ok..

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 April 2011

Risalah & Poster Botol Susu Bayi Polikarbonat






dan ini plak panduan utk sesape yg guna botol BPA..

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT


a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Myvi Extrem akan dilancarkan

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bakal melancarkan Myvi edisi baru dengan enjin berkapasiti 1.5 liter dan ditampilkan dengan reka bentuk, kemasan dan perincian lebih tegar, bergaya dan sporty. Sumber industri berkata, Myvi baru yang bakal dinamakan ‘MyVi Extrem’ itu akan dilancarkan pada Mac atau April tahun ini.

Myvi Extrem akan menggunakan platform gabungan model generasi baru Toyota Passo dan Daihatsu Boon Luminas dengan kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter pada model Myvi sedia ada di pasaran. Beberapa perubahan dalaman dan luaran ditampilkan mengikut trend semasa bagi memenuhi citarasa golongan muda seperti bamper, hud depan dan pintu belakang yang lebih bergaya.

Myvi Extrem baru ini juga menampilkan perubahan kedudukan gear yang terletak pada papan pemuka (dashboard) seperti Alza. Difahamkan, dengan pelancaran Myvi Extrem serta satu lagi model baru yang akan dilancarkan PERODUA pada separuh kedua tahun ini, ia dijangka merealisasikan hasrat PERODUA untuk merekodkan jualan tertinggi baru tahun ini.

notakaki:mcmanalah rupa keta nie yer..

Thursday, March 17, 2011

"Contest Photo Anakku Ceria"

ummi nk try contest from kak nin, mommy kyra..hadiah yg dipertaruhkn mmg menarik..tp xtaulah menang ke tak..hehehe..yg penting kena cuba nasib..


syarat-syarat penyertaan mestilah adakn..so sesaper nk join just klik sini  

pic yg dipertaruhkn utk contest ini adalah:- 


                            
                nama anak: nur dania arrisa binti mohd fhakrudy
                           
                umur  anak: sethn 9 bln @ 21 months

                nama ibu : norfaizah binti mohd nabar


 ummi nk tag :-






 

dah dpt cash out tp xnk cash out lg.. =D

ari nie buka nuffang. alhamdulillah..duit nuffnang dh dpt di cash out..tp, malasv lg nk cash out..nk tunggu berkepuk-kepuk dulu.. berkepuk-kepuk sgguhlah..bknnya blogger pemes amos pn..

                                                        



                                                BE tgl satu jer lg yg tgh running


kpd sesaper yg blum join contset belog ummi dpt lg nk join..tarikh tutup contest tue pd 1 april yer.. adiah dh siap-siap beli dh pn..

Wednesday, March 16, 2011

Haram segera penjualan botol susu polikarbonat



KUALA LUMPUR: Orang ramai menggesa kerajaan mengharamkan segera penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) kerana ia boleh boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.

Berikutan itu, mereka berpendapat tindakan kerajaan menunggu sehingga 2012 bagi melaksanakan pengharaman itu dianggap tidak wajar sama sekali.

Peniaga, Wispa Hashim, 41, berkata beliau hairan apabila kerajaan melengahkan pengharaman botol susu berkenaan, sedangkan kajian menunjukkan ia memberi kesan buruk kepada bayi dan kanak-kanak.

“Kenapa tidak diharamkan serta-merta dan apa yang berlaku ini sesuatu yang dianggap pelik,” katanya.

Pendapat itu disokong ahli perniagaan, Cheu Ong, 40, yang mahu kerajaan bertindak tegas dalam perkara ini.

“Memang saya faham kerajaan perlu memberi masa kepada pihak industri tetapi mengapa perlu menunggu hingga setahun?,” katanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kelmarin, berkata keputusan Kabinet pada 2 Mac bagi menangguhkan pengharaman botol susu berkenaan bertujuan memberi tempoh kepada pihak industri membuat persediaan menukar atau membeli mesin serta menggunakan bahan mentah sesuai bagi memenuhi peraturan baru itu.

Peniaga, Zainal Abudin, 30, berkata kerajaan perlu meneliti serta mencari alternatif lain bagi menggantikan penggunaan botol susu itu supaya kesihatan bayi di negara ini tidak terjejas.

Aedewan Adnan, 31, berkata tiada guna kerajaan membuat pengumuman jika tiada tindakan serta-merta.

“Sepatutnya selepas pengumuman, tindakan terus dilakukan bagi mengelak lebih ramai kanak-kanak serta bayi berisiko mendapat pelbagai penyakit,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyertai beberapa persatuan pengguna lain mendesak kerajaan tidak menunggu sehingga Mac 2012 untuk mengharamkan penjualan botol susu itu.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata kerajaan perlu bertindak segera demi kepentingan dan keselamatan rakyat.

“Kajian penyelidik bebas mendedahkan BPA akan mewujudkan ketidakseimbangan hormon, termasuk kanser payudara dan prostat, akil baligh awal dan perubahan struktur otak yang dikatakan berpunca daripada pendedahan ketika saat genting permulaan kehidupan bayi," katanya pada sidang media di pejabatnya di Georgetown, semalam.


sumber berita harian


dan ini antara botol-botol yg BPA free..

                                                                    botol nie keluaran Evenflo

                                                   our lil mmg tegar ngn brands avents



                                                        nk try bg botol nie plak tuk nia
                                            lg pn puting dia nk hampir sama ngn avent
                  

   






botol-botol nie mmg sumenya BPA free..tp rege dia sikit mahal la..bg sy mahal xpe tp jgn mendatangkan penyakit sudahlah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...