MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, July 31, 2011

hepy born day my bro

ari nie ari lahir my lil bro a.k.a pok dik..semlm dh celebrate..awal-awal lg dh celebrate..kebetulan we olls sume ke kb, so trus sambut kat umah my sis trus..sng citer..

kami dilahirkan 3 ari berderet..tp bkn thn yg sama yer..jgn ingat kami sama thn plak..hahaha..ari nie ari lahir adik bongsu, esok ari lahir me & lusa ari lahir my broyg ketiga..kami just 5 bradik jer..so, me dikapit oleh adik & abg laki..pandaikan my mom bersalinkn we olls 3 bradik..sng..blh celebrate serentak trus..

layan jer pic we olls semlm, mls nak citer pjg lebar..


                                                                 my sis with her asben


                                                      abah tgh kedemaman
                                                 my BIL tgh tayang baju bru beli
                                                see, my lil nia kemain bersungguh


                                                    hepy besday pok dik today
                                                  hepy besday for me tomorrow


 mcm besday dia =)


                                                                peace from nia =)


                                                    dua-dua baby on 2009
                             


                                                                        fahmi


                                                                 suasana yg ntah apa-apa





                                                        pok dik jer yg potong sorg kek tue
                                                        ummi malu okay nk ptong skali








                                                   nia kalut nk tiup lilin





                                                          sesi memotong kek











                                             adik suapkan kek utk my mom


                                                        fahmi a.k.a pembuli no 1

                                                           blueberry cheese cake

to my adik, selamat hari lahir..semoga pjg umur, diberi kesihatan berpanjangan & semoga menjadi insan berguna utk ma & abah..

Friday, July 29, 2011

new baby for besday pressie

alhamdulillah..tercapai jgk impian nan satu nie..

besday sy 1 Ogos nie, molek-molek jer serentak dgn awal ramadan..tp awal-awal lg me dh dpt present..hohoho..sgt suka...

selasa ari tue, papa ajak ke kuala trg..dh lama duk survey rege..mlm tue trus p amik brg & bayar..

                                                            alhamdulillah
                                                                 
                                                                   =)
                                                                           
syukur sgt-sgt..sume wishlist thn nie tercapai..

thanks to papa coz memahami isterimu yg giler-giler nie..ptg nie kita g photoshot puas-puas yer..
                                                                        

Thursday, July 28, 2011

xde mood nk update

ntah kenapa ari nie xde mood nk menulis..nk kata simpton PMS bru jer lepas bendera merah..

malassssssssssssssss...

Wednesday, July 27, 2011

bersalin dalam air

bila terbaca pasal isteri angkasawan bersalin dlm air , terus berminat utk mengetahui lbh detail ngn kaedah ini..

sedikit sebyk pasal info bersalin dlm air:-


Sesuai dengan namanya, melahirkan dalam air atau dalam bahasa Inggrisnya disebut water birth merupakan proses persalinan yang dilakukan di dalam air. Cara ini telah menjadi alternatif baru untuk melahirkan sang bayi selain persalinan normal dan operasi cesar. Cara ini cukup popular dan sudah banyak ibu-ibu yang memilih water birth.

Sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada dalam uri.


Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mengkaji kebaikan bayi yang dilahirkan dalam air dan pada penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari.

Prosedur Bersalin

Proses persalinan water birth dilakukan di sebuah kolam plastik berisi air hangat yang telah disterilkan terlebih dahulu. Suhu air disesuaikan mendekati suhu perut ibu agar bayi tidak terkejut saat keluar. Proses persalinan water birth memerlukan waktu kurang lebih 1-2 jam , jauh lebih cepat dibandingkan proses persalinan normal. Dalam proses melahirkan dalam air, ibu akan lebih fleksibel dalam bergerak dan saat berkontraksi. Dengan posisi yang selesa dan nyaman, proses persalinan akan lebih mudah dilakukan.

Suami Turut Dalam Air




 Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis.


Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.

Bayi Tidak Lemas



Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.

Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.

Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.


Kelebihan

Kelahiran dalam air sebenarnya adalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi.


Bagi Ibu :
  • Mengurangi rasa sakit
  • Memberikan kenyamanan dan lebih rileks
  • Lebih bebas bergerak
  • Mengurangi robekan pada jalan lahir
Bagi Bayi :
  • Mengurangi resiko trauma dan cedera pada kepala bayi
  • Kulit bayi lebih bersih
  • Mengurangi resiko bayi keracunan air ketuban
Berdasarkan kajian, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung.

Antara kelebihannya waterbirth:

-Tidak ada peningkatan kepada risk of jangkitan, malahan bayi yang dilahirkan secara waterbirth mendapat lebih perlindungan terhadap “aspiration pneumonia”. Bayi yang dilahirkan tidak bernafas dengan udara selagi dia belum terdedah kepada udara. Jadi ada kes di mana apabila bayi dilahirkan, ia terus menyedut udara dengan kuat menyebabkan sisa-sisa amniotic fluid dan kotoran lain disedut oleh bayi menyebabkan terjadinya “aspiration pneumonia”. Tetapi kelahiran di dalam air, membolehkan bidan membersihkan muka bayi terlebih dahulu sebelum mengangkatnya keluar, sekaligus mengurangkan risiko aspiration pneumonia.

- Sepertimana yang dikatakan, bayi yang dilahirkan tidak bernafas dengan udara selagi dia belum terdedah kepada udara. Kronologinya adalah setelah bayi dilahirkan, attendan/ibu/suami membersihkan muka dan badan bayi lalu diangkat keluar dari air, seterusnya baru tali pusat dipotong. Justeru, tidak timbul persoalan “bayi lemas di dalam air”.

- Juga, ibu yang pertama kali yang melahirkan anak di dalam air memerlukan masa yang lebih singkat.Mungkin air tersebut menenangkan fikiran yang cemas, atau mungkin menyegarkan badan yang penat, tidak diketahui, cumanya yang pastinya proses kelahiran lebih singkat.

Kurangnya keperluan pada episiotomy. Teorinya, air memudahkan otot dan kulit untuk stretch.

- Majoriti ibu yang melahirkan anak di dalam air ini tidak perlukan painkiller. Hanya 5 percent je yang meminta epidural, sedangkan dalam kelahiran biasa 66% ibu meminta diberi epidural.

Maka dari penjelasan dan kajian di ataslah, dapat dirumuskan bahawa sebenarnya kelahiran di dalam air itu lebih bermanfaat baik bagi manusia! Teknik kelahiran yang unorthodox ini semakin mendapat tempat baik di luar negara, mahupun di dalam negara kita.

Risiko?

Menurut artikel dari utusan tersebut, antara pusat perubatan di Malaysia yang memperkenalkan teknik kelahiran dalam air ini adalah Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Kuala Lumpur. Sebanyak 2 kelahiran telah berjaya disambut setakat ini.

Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur Dr. Choong Kuo Hsiang berkata, di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

“Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini,” jelasnya ketika ditemui di kliniknya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Justeru, katanya, Pusat Perubatan Pantai telah merasmikan pusat kelahiran air yang pertama di Lembah Klang awal tahun ini. Sejak dari tarikh tersebut sebanyak tiga percubaan melahirkan anak di dalam air, namun hanya dua yang berjaya dilahirkan dengan kaedah ini.

Pun begitu, segalanya terpulang kepada pilihan pasangan itu sendiri. Proses kelahiran, sama ada di dalam air mahupun di luar air masing-masing merupakan satu proses yang cukup kompleks. Pastinya terdapat kemungkinan berlakunya komplikasi, dalam mana-mana cara sekalipun.

Cuma pada hemat saya secara peribadi, memandangkan kelahiran konvensional secara biasa itu sudah lama digunakan dan para attendan/doktor juga pastinya lebih berpengalaman menguruskannya, terutamanya jika berlakunya komplikasi. Adapun bagi kelahiran dalam air ini, ianya masih baru diperkenalkan dan kemungkinan terdapat beberapa kekurangan yang masih belum dapat dikenalpasti.

Justeru,  pemilihan untuk bersalin di dalam air atau kelahiran secara biasa, bergantung atas diri anda dan pasangan. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Bagi ibubapa/pasangan yang berkeinginan akan sesuatu “kelainan” yang pastinya akan diingati sepanjang hayat, maka kelahiran di dalam air merupakan satu cabaran yang menarik dan berbaloi untuk anda cuba!

futnote: ari nie tuan belog kena pegi buka tender mknan  bermasak..sok i akan update lg yer

Tuesday, July 26, 2011

ummi masak anak ummi pula tukang buatkan air

nie citer sabtu ari tue..ummi tgh kalut-kalut msk kat dapur tiba-tiba nia sound "mie, air"..hehehehe.

rupa-rupanya nia tgh duk buat air..bkn buat sungguhpn..so, ummi biarkn dr dia duk kat ummi..dhlah time tue tgh menggoreng ikan..


                                                           abes segala jug air dibuat mainan


                                                        lap jug ngn lampin lg tue


                                                       ok,tuangkn kain dlm jug lg satu


                                                                                   =)
  
                                                               cute..=)




                                                              jug nie kena guna jgk nie


                                                    lap dulu jug nie


                                                         pandangan atas

maka, siaplah jgk ummi memasak bila dia ada mainan mcm nie..kalo x harus nk berdukung jer..

setelah sekian lama dpt jgk satu

alhamdulillah..setelah sekian lama menunggu akhirnya dpt jgk satu BE baru..


 terima kasih xterhingga utk nuffnang krn bg new BE..hope bertahan lamalah BE nie..

Monday, July 25, 2011

Isteri Sheikh Muszaphar lahir bayi menerusi kaedah bersalin dalam air



KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.

Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.

sumber: kosmo

Emosi ibu bapa pengaruhi anak

             DEKATI MEREKA...kanak-kanak tidak pandai menggambar emosi tetapi ia jelas melalui riak wajah mereka.



APABILA tersiar berita wanita Malaysia menduduki tangga ke-16 paling tertekan di dunia, sana sini orang membincangkan isu berkenaan.

Tetapi tahukah kanak-kanak juga mengalami tekanan terutama jika ibu bapa kurang memberi perhatian kepada mereka?

Mungkin ramai ibu bapa tidak sedar bahawa masa yang mereka luangkan untuk anak-anak sebenarnya sangat singkat. Mungkin juga ada ibu bapa kurang bersetuju dengan kenyataan ini, tetapi cuba renungkan, berapa lama masa yang anda luangkan untuk benar-benar bercakap dengan anak?

Adakah kemungkinan masa yang anda peruntukkan bersolek dan menggayakan pakaian
di depan cermin atau bersembang dengan kawan di kedai kopi lebih lama berbanding anda bercakap dengan anak-anak?

Mungkin ada yang menggelengkan kepala menandakan tidak. Jika difikir logik, memang tidak mungkin kita menghabiskan masa untuk diri sendiri lebih lama daripada bersama anak-anak namun inilah hakikatnya.

Malah, ada ibu bapa tidak tahu mengenai pengalaman baru yang dilalui di sekolah atau pusat penjagaan kanak-kanak.

Dalam satu kajian pada 1989 hingga 1990 mendapati purata masa yang diluangkan bapa di Australia untuk bercakap dengan anak hanyalah 10 minit.

Jangan geleng kepala dulu kerana dalam kajian ke atas 10,000 ibu bapa termasuk di Malaysia pada 1990 hingga 1992, masa yang diluangkan ibu (suri rumah) untuk benar-benar bercakap dengan anak hanyalah lima minit sehari manakala masa yang diambil oleh bapa di Malaysia hanyalah dua minit sehari! Ibu bekerja meluangkan masa lebih lama untuk bercakap dengan anak-anak iaitu lapan minit - mungkin ini disebabkan kesedaran memperuntukkan masa berkualiti bersama anak.

Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Paul Jambunathan, tanpa disedari ramai ibu bapa ‘merelakan’ anak mereka membesar dengan pembantu rumah.

Tanpa disedari juga, kebanyakan pembantu rumah yang menjadi ‘dunia’ kepada anak-anak kita lebih memahami emosi mereka.

“Kanak-kanak juga ada banyak emosi, sama seperti orang dewasa. Kanak-kanak yang kurang kasih sayang akan menjadi individu dewasa yang kurang normal hidupnya.

“Mereka akan cepat putus asa, tidak dapat memberikan sentuhan yang mententeramkan kepada pasangan atau anak-anak mereka kelak.

“Kanak-kanak akan sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan perhatian ibu bapa. Mereka mahukan belaian, pelukan, kasih sayang dan pujian daripada ibu bapa. Apa yang membimbangkan ialah apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan daripada kekosongan jiwa anak-anak ini dengan mencabul mereka. Mereka memberikan ‘sentuhan kasih sayang’ dalam cara yang salah.

“Malah, jika sebarang kejadian tidak elok berlaku termasuk pergaduhan antara emak dan ayah, anak-anak terutama yang masih kecil akan menyalahkan diri sendiri kerana beranggapan merekalah punca masalah berkenaan,” katanya dalam Forum Kanak-kanak 2011 anjuran bersama Pertubuhan Kanak-kanak Bersatu Malaysia (Uncom) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Kanak-kanak tidak pandai menggambarkan emosi mereka dengan kata-kata, tetapi ia boleh dilihat dengan jelas melalui perubahan riak muka dan perlakuan.

Namun jika ibu bapa tidak rapat dengan anak, mereka mungkin tidak dapat mengesan perubahan ini.

Sudahlah kurang memahami emosi anak, apabila diminta menyenaraikan keadaan emosi - kebanyakan ibu bapa memberikan emosi yang negatif.

Inilah sebabnya yang selalu membuatkan kita berfikiran negatif sehingga terbawa-bawa apabila bercakap dengan anak.

Emosi dan proses pembelajaran

“KANAK-kanak yang ceria dan gembira boleh belajar dengan lebih baik, sebaliknya kanak-kanak yang selalu dalam keadaan sedih kurang menunjukkan minat untuk belajar. Malah, komunikasi mereka juga akan bersifat negatif.

“Emosi ibu bapa akan mempengaruhi anak-anak. Inilah sebabnya ibu bapa perlu bijak mengawal emosi mereka ketika bersama anak.

“Jika emosi anda negatif, anak-anak akan merasa kesannya. Secara tidak langsung mereka juga akan berasa tidak seronok walaupun ibu bapa ada bersama,” katanya.

Dalam kajiannya pada 1992 hingga 1992, Jambunathan mendapati kanak-kanak belajar perbendaharaan emosi atau perkataan yang menerangkan emosi melalui pengalaman.

Ini bermakna ibu bapa perlu memberitahu perkataan yang betul bagi setiap keadaan emosi seperti seronok, gembira, suka, sedih atau hampa.

“Jika tidak diajar, anak-anak tidak pandai untuk luahkan emosi atau perasaan mereka.

“Kanak-kanak yang tidak dapat melahirkan perasaan mereka dengan baik tidak membesar dengan sempurna,” katanya.

Memberi peluang anak bercakap dalam perbualan keluarga sebenarnya boleh membantu meningkatkan kemahiran mereka berkomunikasi.

Kajian penyelidik ke atas 150 kanak-kanak di bawah Program Penyelidikan Pendidikan Majlis Belanda selama beberapa tahun mendapati mereka dapat menjawab soalan yang diajukan guru dalam kelas dan mampu mematuhi arahan dengan baik.

Peluang bercakap setiap hari (atau hampir setiap hari) secara serius dengan bapa sebenarnya menggembirakan anak-anak. Remaja Britain memberikan diri sendiri skor 87 peratus dalam skala kegembiraan berbanding hanya 79 peratus di kalangan remaja yang jarang bercakap dengan bapa mereka.

Inilah penemuan daripada soal selidik isi rumah rakyat Britain ke atas 1,200 remaja berumur 11 hingga 15 tahun yang dijalankan Universiti York. Ia mendapati hampir separuh responden (46 peratus) berkata sangat jarang bercakap dengan bapa mengenai perkara penting. Kurang daripada 31 peratus responden bercakap dengan ibu hampir setiap hari tetapi hanya 13 peratus yang meluahkan masalah mereka kepada bapa.

Kekerapan bercakap dengan bapa terutama membabitkan perkara penting semakin kurang apabila remaja meningkat dewasa. Data menunjukkan di kalangan kanak-kanak 11 tahun, 42 peratus bercakap lebih sekali seminggu dengan bapa berbanding hanya 16 peratus di kalangan remaja berusia 15 tahun. Keputusan ini lebih kurang sama dengan kajian terdahulu.

Malah, ada penyelidik berpendapat bagi kanak-kanak sekolah rendah, ibu bapa menjadi ‘aset’ terbesar sepanjang waktu persekolahan.

Ini kerana pencapaian akademik anak mempunyai kaitan rapat dengan pembabitan ibu bapa dalam aktiviti sekolah.

Pembabitan ini bukan sekadar membantu anak menyiapkan kerja sekolah, malah menjadi sukarelawan dalam sebarang aktiviti sekolah juga didapati mampu meningkatkan keyakinan dan pencapaian anak dalam pelajaran.

Keselamatan kanak-kanak di rumah

KESELAMATAN di rumah juga sangat penting untuk menjinakkan hati anak-anak. Gejala lepak berlaku kerana anak-anak berasa tidak selesa di rumah sendiri yang boleh disebabkan pelbagai faktor seperti keadaan rumah sempit, bising atau tekanan daripada ibu bapa.

“Anak-anak berasa selesa ketika melepak kerana mereka diterima oleh kawan. Mereka boleh berkelakuan mengikut kehendak sendiri berbanding ketika bersama ibu bapa. Inilah sebabnya ibu bapa perlu ‘buka telinga’ untuk anak, hanya dengan cara ini barulah kita akan nampak apa yang mereka inginkan,” katanya.

Ibu bapa juga perlu sentiasa mengawal emosi. Pamerkan emosi negatif (seperti marah) pada waktu dan individu yang sepatutnya. Contohnya jika anda marah pada seorang anak, usah babitkan anak yang lain dan pastikan dia tidak dimarah di tempat awam atau di hadapan kawannya.

“Ibu bapa yang memukul anak biasanya tidak berfikir terlebih dulu. Jarang ibu bapa berhenti sejenak, berfikir dan berkata ‘Ayah/ibu marah dengan sikap awak (nama anak).’

Beri masa kepada diri sendiri untuk berfikir sebelum memukul anak.

“Biasanya anak akan faham dan jika diberi peluang (dengan menunjukkan perlakuan yang betul), mereka belajar untuk tidak mengulangi kesalahan sama.

“Ibu bapa di Malaysia akan marah apabila anak bertanya perkataan yang tidak elok maksudnya seperti bangsat atau perkataan lain yang ada unsur seks.

“Jangan marahkan anak, sebaliknya tanya dari mana mereka dengar perkataan itu kemudian cuba terangkan secara ringkas supaya mereka faham.

“Lebih baik jika anda dapat berikan contoh mengapa perkataan itu perlu dielakkan. Mereka sebenarnya dalam proses belajar dan ibu bapa perlu terima hakikat bahawa sebahagian besar perbendaharaan kata anak-anak datang daripada persekitaran,” katanya.

Selain itu, wujudkan suasana positif di rumah. Contohnya, apabila anak balik dari sekolah, jangan terus terpa telinga mereka dengan arahan tertentu seperti ‘masukkan stokin dalam bakul’ atau ‘susun kasut di rak’ kerana anak akan mendapat emosi negatif.

Alu-alukan kepulangan anak supaya dia berasa senang hati. Ini boleh dilakukan dengan memberi pujian atas kerelaannya ke sekolah, balik tepat masa dan tidak merayau sebelum balik ke rumah, kemudian barulah boleh memberikan arahan.

Bagaimana membantu anak anda menguasai perbendaharaan emosi:


  • Dengar apa yang anak hendak katakan

  • Tanya perasaannya setiap hari

  • Cuba dengar emosi yang tidak diucapkan dan bincangkan dengan anak

  • Hubungkan emosi anak dengan realiti dengan memberi contoh supaya dia faham

  • Bincang dengan anak semasa gembira atau duka

  • Kongsi atau luahkan perasaan anda pada anak

    Panduan berkomunikasi dengan anak

    CARA Nabi Muhammad s.a.w melayan anaknya sangat istimewa.

    Apabila puterinya, Fatimah Az-Zahra datang ke rumah,Rasulullah menyambutnya dengan bangun, memegang tangan, mencium dan memberikan tempat duduknya kepada Fatimah.

    Layanan seperti ini akan meninggalkan kenangan manis yang akan dikenang sepanjang hayat berbanding memberikan hadiah.

    Malah, ia juga akan membuatkan anak berasa lebih dihargai dan disayangi. Jadi anak-anak perempuan khususnya tidaklah mudah terpikat dengan pujian dan kata-kata manis lelaki lain.

    Masalah yang dihadapi kebanyakan bapa (khususnya) ialah tidak tahu apa yang perlu disembangkan dengan anak. Panduan di bawah mungkin boleh membantu anda:

    Pilih masa yang sesuai untuk bercakap dengan anak iaitu ketika dia berasa selesa. Sesetengah kanak-kanak tidak sabar hendak bercerita sebaik balik dari sekolah, ada yang boleh tunggu hingga malam ketika kedua-dua ibu bapa ada di rumah.

  • Jangan tanya soalan ‘Macam mana sekolah hari ini?’ kerana anda akan dapat jawapan seperti ‘ok’ atau ‘biasa saja.’

  • Sebaliknya tanya ‘Ada perkara menarik berlaku di sekolah hari ini?’

  • Tanya juga mengenai cerita kawannya. Bercerita mengenai orang lain lebih mudah daripada bercerita kisah diri sendiri.

  • Anda juga boleh mengimbas balik kisah lama dan minta anak bercerita mengenainya.

  • Bacakan buku cerita sebelum anak tidur pada waktu malam. Banyak kisah cendekiawan Islam yang boleh diceritakan dan ia secara tidak langsung dapat memperkenalkan anak dengan tokoh Islam terbilang. Cara ini secara tidak langsung akan menggalakkan interaksi antara bapa dan anak.

  • Amalkan solat berjemaah di rumah, jika ada halangan ke masjid. Minta anak yang lebih besar mengalunkan qamat. Anda juga boleh minta anak yang lain jadi ‘pengurus solat’ untuk membentangkan sejadah dan mengemasnya beramai-ramai selepas solat.

  • Jika anak sudah cukup besar dan pandai jaga kelakuan, bawalah anak ke masjid untuk solat berjemaah atau sebarang aktiviti lain.

  • Minta pandangan anak dalam membuat keputusanmudah yang membabitkan urusan rumah tangga contohnya menu pada hujung minggu, barang keperluan ataupun pembahagian tugas membersihkan rumah.

  • Luangkan masa untuk anak dan biar anak tahu andasentiasa bersedia mendengar cerita atau ada masa untuk mereka. Jika anda lebih mementingkan perkara lain, dikhuatiri anak akan mengadu kepada orang lain, yang mungkin memberi pengaruh tidak elok kepada mereka.

  • Ramai ibu bapa tidak sedar mereka lebih banyak memberi arahan atau bercakap kepada anak, bukan dengan anak. Bercakap kepada anak bermakna bercakap satu hala (dari ibu ke anak), sedangkan apa yang perlu diamalkan ialah komunikasi dua hala.

    Namun menurut Jambunathan, jika anda tidak mampu mengawal perlakuan anak, dapatkan bantuan daripada doktor atau pakar psikiatri. Mereka akan bantu anda untuk mengenali sikap anak-anak kerana hampir 70 peratus suara anak-anak tersimpan dalam hati.  


  • sumber: metro

    Saturday, July 23, 2011

    citer weken kami

    bru smp dr kb..kamis ke kb umah my sis..my sis call & pujuk ajak mkn lempeng seafood kat asian food festival kat area stadium..so, after antar my mom naik bus tuk ke langkawi trus ajak abah ke kb..

    bertolak pn after tgk bola mesia lawan chelsea, so kul 1.15 am bru smp kb..fuhhhh..fenat yg amat..

    after solat jumaat trus ke kb mall..smp jer,ajak papa ke F.O.S..niat hati xnk membeli pape pn..tp bila tgk part baju kanak-kanak trus xleh nk tahan nafsu..for me, F.O.S nie oklah..byk jgk pilihan..

                                                             tiap kali tgk mesti nk naik


                                                               2x pusing trus melompat turun
                                                            dhlah skali naik rm3.00..huhuhu

     
    hasil rembatan kat F.O.S
     3 helai rm30..oklah utk buat basahan
    kualiti kain pn not bad 


    then, ke festival asian food..tp yg meriahnya kebykkannya mknan ala-ala chinese food..ramai yg amat umat..smp kena berebut nk dptkn meja mkn.. =)

                                       
       we olls panggil lempeng seafood =)
        dh separuh mkn baru tringat nk amik pic, tue yg comot tue
    terbaekklah rasa dia

             
    xtau apa nama mknan nie..
    abaikan mknan yg telah kecomotan itu

    ok, dh setel update utk ari nie..jeles plak tgk 2 insan kesygn sdg beradu..

    got to go, sok kena menghadirkn diri ke taska lil nia coz ada bengkel bersama anak..

    Friday, July 22, 2011

    koleksi tupperware

    mcm la byk sgt koleksi tupperware yg kuada..tp itulah..ttp nk update jgk..

    ku suka brand tupperware coz dia jni kedap udara & ada jer design yg merambangkn mata & melicinkn poketku..

                                                                   koleksi jag & bekas air


                                                                           1 set


                                                              mcm bentuk bwg pn ada nie


                                                                       1 set


                                                                       pandangan atas


                                                                           percuma nie
                                                                  bekas letak garam kot
                                                                     pandangan atas


                                                                        =)

     ada lg yg xupload..set botol susu,one touch & more lg..me beli time ada less jer..tgk kecik seciput pn blh tahan jgk rege dia..tp berbaloi beli bak kata pepatah alah membeli menang memakai..

    got to go, nk msk tlg my sis msk..jap lg nk g ukur mall..xtahu lg kb mall, parkson or billion..

    futnote: now, tupperware ada less lg..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...