MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, September 30, 2011

Sekitar majlis wedding of the year

untung norman hakim ngn memey, xsia-sia diorg turun naik mahkamah..last-last menjd jgk diorg berkahwin..dah jodoh diorg..siap dpt tajaan dr rafflesia lg..mau xdpt title wedding of the year..kelas kau si memey.. =)

majlis diorg dianggar sekitar 12 juta..mmg artis paling termahal setakat ini dpt tajaan..kalah tok ti & mawi lg tue..dh rezeki korang berdua katakan..







                                                           xnmpk sgt seri pngantin













for melah, majlis nie mcm biasa jer..xder sehavoc yg diwar-warkan.lbih kpd mjlis perkahwinan ala barat plak..dh penaja ramai yg non-muslim, so..paham-paham jerlah.. =)

Thursday, September 29, 2011

open house peringkat asrama

semlm last bln syawal kn??tp ari nie masih ada lg org buat open house..hehehe..nie pn bru jer balik dr jamuan hari raya peringkat bengkel kemahiran hidup..mcm-mcm menu ada..nasi himpit,nasi kerabu, laksa penang, kek coklat, puding laici,agar-agar, kuih bakar, tapai..fuhhhhh...kenyang & ketat perut mak okeh..makan kenyang sekenyang kenyang yg mungkin ok..

melalut plak ke lain..back to tajuk utama..

semlm, asrama tempat ummi keje nie buat jamuan raya..mmg meriah yg amat okeh..menu mmg byk yg amat..nasi minyak, nasi dagang, laksa & laksam lemak, mee kari, satay & nasi himpit..tapai, ketupat & rendang semestinya ada jgk..

kul 12 tghari majlis bermula..ramai cikgu & kakitangan sokongan yg dtg..meriah yg teramat..

                                                        some of menu semlm
                                            smp ada yg sy xtermkn dek byk sgt menu

                                                           tetamu yg dtg


                                                              tetamu istimewa sy =)


                                                2 tukang lawak a.k.a guru disiplin sek


                                                              pk hem a.k.a pentadbir


                                                    my bos, pengetua yg sporting
                                 

ok, tamat citer raya utk thn nie..

Wednesday, September 28, 2011

ww: kurniaan yg terindah

xtau nk update apa..lg pn ari nie ada majlis sambutan hari raya peringkat asrama tmpat ummi keje..


                                                 our lil nia yg manis


                                                         ummi & papa luv u so much

terima kasih ya allah atas nikmat kurniaan-Mu yg xternilai ini..

nk g layan tetamu yg dtg majlis..babai..

Tuesday, September 27, 2011

wajah baru dania

semlm, my sis a.k.a cik long nia saje gurau-gurau ngn nia nk potong rambut..skali mengamuk okeh nk potong..ummi pn ikutkan jerlah..lg pn nia nie sgt susah nk ikat rambut..

                                                             wajah sebelum


                                                       si mata bulat yg meredhakn diri


                                                           start dr belakang dulu


                                                                   depan plak


                                                                   dah siap

                                                                    =)


                                                 mulut   donald duck


                                                                 cute


bila berwajah baru nie, makin membulat ummi tgk pipi anak ummi..

rezeki lg

alhamdulillah..rezeki lg..

check akaun nuffnang ari nie, tgk ada new BE lg..
thanks to maxis home broadband LR coz sudi menempel di belog yg xseberapa nie..

to nuffnang yg baikhati, tima ksih jgk yg xterhingga..syg nuffnang ketat-ketat..

Monday, September 26, 2011

open house 2011

jumaat ari tue berjlnlah sudah open house kami..rancang nk buat last 2 week, tp my kazen suh postponed dulu..

kamis tue mmg beri-beri the fenats...dhlah ummi kena bertugas kat majlis jamuan raya kat ppd..then after siap majlis tue, trus bercargas cari keperluan & peralatan utk open house kami plak..mmg rushing giler coz kena kejar masa nk amik nia kat skool plak..

ptg tue plak, my mom kerah her cucu-cucu utk tangkap ayam kg..dptlah 3 ekor..abah semelih siap-siap & ma yg setelkan bab ayam-ayam tue sume..sy plak pas mahgrib bekejar ke asrama kejap coz ada majlis solat hajat perdana..hidang mana yg perlu then balik umah..

balik jer,trus kupas mana yg perlu & rendam beras utk buat nasi dagang plak..sehari before tue, we olls berjemaah pakat bungkus tapai..

                                                  menu utama hasil tgn my mom
                                              terbaekklah nasi dagang my mom nie
                                            ada jgk gulai ayam kg, tp xsempat nk snap pic


                                         ulam-ulaman for laksa penang & mee soto
                                 mee soto & laksa penang mmg beri-beri terbaekkklaahhh


                                                         tapai & agar-agar


                                                   amik berkat ke nie?? hehehe
                                        babysit kn si haikal yg beri-beri the bam-bam
                      


                                            tetamu-tetamu on the day


sepupu sepapat on the day


                                               my lil nia with her cik ngah


 aisyah with her momma


tetamu pd hari tue mmg xputus-putus..smp ke mlm masih ada lg tetamu yg datang..ada jgk kwn-kwn ummi yg xdpt attend..len kali ummi buat lg yer.. 

Saiz pinggang petanda sakit jantung

“KALAU awak hendak guna tangga, silakan. Saya sayang lemak,” gurau seorang teman ketika kami berpecah haluan untuk masuk ke pejabat. Dia menuju ke lif, penulis pula ke pintu ruangan tangga. Mengah juga untuk sampai ke tingkat tiga tetapi memikirkan kesihatan, penulis gagahkan juga mendaki hampir 80 anak tangga.

Bagi pekerjaan yang banyak duduk, menggunakan tangga untuk naik atau turun ke tingkat lain boleh dijadikan pengganti sebahagian aktiviti senaman harian.

Ia antara alternatif untuk menyihatkan badan dan lebih bagus jika anda dapat memanjangkan tempoh aktiviti cergas kepada 30 minit sehari.

Untuk sihat kita memang perlukan sedikit pengorbanan - sekurang-kurangnya sanggup mengorbankan simpanan lemak berlebihan dalam badan. Tidak kira apa pun jenis aktiviti pilihan anda, namun senaman seringkas berjalan cepat yang dijadikan amalan harian dapat membantu mencegah pelbagai penyakit kronik yang berkaitan gaya hidup termasuklah sakit jantung.

Seorang kawan pernah berkata, wanita beruntung kerana terselamat daripada serangan jantung. Ya, betul untuk wanita yang masih ada haid. Bagi wanita yang sudah menopaus, risiko mendapat serangan jantung sama seperti lelaki malah bilangan wanita yang mati akibat serangan jantung sebenarnya lebih tinggi daripada disebabkan kanser payudara.

Malangnya masih ramai yang berat hati untuk memulakan kehidupan cergas. Ada kajian mendapati tabiat suka duduk berehat sepanjang masa boleh memendekkan hayat. Secara purata risiko kematian awal akibat duduk terlalu lama (tidak aktif langsung) pada wanita ialah 94 peratus dan 48 peratus pada lelaki.

Lebih lama kita duduk, semakin kurang tenaga digunakan dan akibatnya kita mengalami masalah pertambahan berat badan.

Jika tiada langkah pencegahan iaitu perubahan gaya hidup, ia akan mendekatkan kita dengan masalah obesiti. Seperti diketahui, obesiti adalah pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.

Kebanyakan orang risau apabila berat badan bertambah tetapi saintis mendapati apa yang perlu diberi lebih perhatian ialah penambahan saiz pinggang dan pinggul kerana ia berkait rapat dengan risiko penyakit jantung.

Penyelidik Universiti Texas mengesahkan saiz pinggang menjadi petanda utama penyakit jantung berbanding berat badan berlebihan. Malah ukuran pinggang yang dikategori ‘masih boleh diterima’ iaitu 81 sentimeter (32 inci) bagi wanita dan 94 sentimeter (37 inci) bagi lelaki juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit jantung.

Ini kerana lemak yang terkumpul di kawasan pinggang didapati lebih aktif kerana ia merembeskan protein keradangan yang menyumbang kepada pembentukan aterosklerosis (plak kolesterol pada dinding salur darah) - dan akhirnya boleh membuatkan salur darah tersumbat.

Selain penyakit jantung, pakar perubatan juga sependapat saiz pinggang melebihi 88.9 sentimeter (35 inci) bagi wanita dan 101.6 sentimeter (40 inci) bagi lelaki juga boleh mendekatkan mereka dengan kencing manis.

Kajian ke atas 2,744 individu dewasa itu turut mendapati bentuk badan ada kaitan dengan penyakit jantung kerana penambahan beberapa inci saiz pinggang boleh meningkatkan risiko kerosakan salur darah di jantung walaupun mempunyai berat badan dalam julat normal.

Masih berkira-kira hendak bersenam? Baiklah, mungkin anda tidak tahu, apabila kita duduk terlalu lama, otot terutama pada kaki akan merangsang atau menyekat pelbagai jenis hormon yang akhirnya memberi kesan kepada paras kolesterol.

Kita tahu paras kolesterol baik hanya boleh ditingkatkan melalui senaman. Tiada makanan ajaib mampu meningkatkan paras kolesterol baik yang sangat penting untuk melindungi kita daripada penyakit jantung.

Kajian Fakulti Perubatan Universiti Stanford mendapati berlari (berjoging) boleh membantu meningkatkan jangka hayat. Kajian selama 21 tahun itu menunjukkan berlari boleh melengahkan kehilangan keupayaan berkaitan umur selama 16 tahun dan memanjangkan jangka hayat selama 19 tahun. Di dalam kumpulan pelari, hanya 15 peratus meninggal dunia (akibat sakit jantung, kanser, strok dan masalah saraf) berbanding 34 peratus di kalangan kumpulan bukan pelari.

Senaman tahap sederhana selama 30 minit sehari, lima kali seminggu memadai untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan. Selain itu masukkan juga senaman regangan dan ketahanan dua kali seminggu untuk menjaga keanjalan otot dan merangsang metabolisme.

Bagi yang selalu tertanya bagaimana ada individu berumur lanjut tampak awet muda, senaman adalah jawapannya. Ia adalah ubat untuk awet muda yang sangat mujarab. Gaya hidup aktif membantu mengekalkan jisim otot, merangsang metabolisme, menguatkan jantung dan paru-paru, membantu mengawal tekanan darah, paras gula dan kolesterol darah, meningkatkan keseimbangan, melancarkan aliran darah dan mengawal berat badan.

 sumber: harian metro 

Sunday, September 25, 2011

Ambil berat haid tidak teratur





RAMAI wanita sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah berkenaan mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.


“Bahkan ramai antara wanita di Malaysia mempunyai gejala ini tanpa disedari kerana ia tidak menunjukkan simptom awal misalnya sakit atau deman yang biasa berlaku seperti penyakit lain.

“Bahkan gadis seusia awal 17 tahun juga boleh dijangkiti PCOS. Selain kitaran haid tidak teratur gejala seperti jerawat, kenaikan berat badan serta pertumbuhan bulu roma yang luar biasa antara simptom awal gejala ini,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.

“Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar. Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi sista kecil di dalamnya.

“Kebanyakan gejala ini berlaku pada wanita berusia 20 hingga 30 tahun tanpa mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi di kalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan,” katanya.

Meskipun ovari mengandungi folikel dengan telur, folikel berkenaan tidak membesar dan matang sepenuhnya untuk menggalakkan ovulasi. Ovari yang tidak bermasalah biasanya menghasilkan satu folikel matang setiap bulan sebelum dikeluarkan bagi proses persenyawaan di saluran falopia.

Begitu pun, ada juga wanita yang mempunyai penampilan ovari normal, tetapi mempunyai gejala lain. Pada dasarnya ovari yang bermasalah ini juga hiperandrogenik, iaitu ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki testosterone dan androstenedione berlebihan.

Ini menyebabkan hirsutism atau pertumbuhan bulu yang tidak sepatutnya seperti pada atas bibir dan dagu (misai dan janggut). Ada kalanya keadaan ini juga menyebabkan penambahan berat badan, diabetis dan penyakit kardiovaskular.

Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini, dan lebih daripada 40 peratus wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

Ramai wanita mengalami gejala atau simptom yang berbeza antara satu sama lain menyebabkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar dilakukan.

Ada juga yang mempunyai simptom ringan seperti jerawat kecil selain simptom lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka serta keguguran rambut.

SOALAN LAZIM

Siapa yang berisiko mendapat PCOS

Sesiapa boleh mendapat PCOS tanpa mengira peringkat usia namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.

Apakah punca PCOS?

Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan antaranya :

Kekurangan hormon

Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.

Kebal kepada insulin

PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.

Faktor genetik

Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama.

Bagaimana mahu mengetahui gejala ini pada diri sendiri?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:


  • Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)



  • Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)



  • Ujian darah Progesterone/Testesterone



  • Ujian darah prolaktin



  • Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari

    Bagaimana merawat masalah ini?



  • Sekiranya anda didiagnosakan mempunyai PCOS, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh menolong anda mengurangkan simtom dan mengembalikan kesuburan anda.

    Ubat subur

    Adalah ubat kesuburan yang boleh menolong mengalami ovulasi.

    Ubat perancang keluarga

    Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simptom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pil ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

    Pembedahan

    Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling. Ia adalah sejenis pembedahan menyebabkan ovari akan dikorek menggunakan alat khas. 70 peratus wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.

    Mengenai PCOS



  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.



  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.



  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.



  • Rawatan bergantung kepada wanita sama ada berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

    Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS)



  • Masalah jerawat.



  • Kitaran haid tidak menentu.



  • Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).



  • Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.



  • Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.



  • Keguguran rambut.



  • Kurang subur.



  • l Sukar hamil

    Rawatan: Terbahagi kepada tiga, iaitu :



  • Ubat - pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai digunakan untuk wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali atau enam kali saja.



  • Surgeri - pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya sista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi.



  • In vitro fertilisation (IVF) - jika masih tidak mengandung selepas menjalani semua rawatan tadi, pasangan perlu mempertimbangkan teknik permanian IVF.



  • sumber: metro online

    Wednesday, September 21, 2011

    free seat but ada charge tersembunyi plak

    semlm dek teruja yg teramat, ummi suh papa kejutkn kul 12 coz nk tgk tiket airasia punya pasal ..

    semlm mkn masa berejam nk access msk..ari nie, amik ko..trus traffic jd jammed..hehehe..nk kata murah mmg murahpn, but ada plak charge tersembunyi..fuel surcharge plak ada..bila campur tolak darab bahagi sama jer..tanya papa, mcmana nk booked x..papa kata xpyhla..

    masa we olls booked ke kuching time promo sblm nie mmg murah gilerlah..xder pn kena fuel surcharge tue..pegi balik dr kt-kl-kuching pegi balik xsmp pn rm200..nie ummi check semlm pegi balik dr kl-kuching jer dh rm105..xmsk kt ke kl lg..

    tp, papa dh janji nk g satu tempat yg telah lama ummi duk idam-idamkan nk pergi..

    tggu yer, tgk mana destinasi kami pas nie..

    Tuesday, September 20, 2011

    malang tidak berbau lg

    nie citer selasa lepas..

    masa dlm perjlnan nk g antar nia p skool , biasalah..mesti ummi akan bwk laju-laju sikit..nk kena kejar masa..smp kat satu rmh tue, blh sekor kucing melintas jln..time tue nk brek mmg dh xsempat coz nia duk berdiri kat seat sebelah ummi..so, langgarkn jer kucing tue..sape suh ko melintas...hehehe..nia terhantuk jgk kat cermin..nangis la skejap..ummi pujuk & gosok tempat terhantuk tue then ok balik..

    smp kat sekolah nia, tgk bumper cik putih sy mcm tercabut..then, sport light yg kat bumper tue terperosok msk ke dlm..trus call papa..papa kata ummi cuai..hehehe..adatlah..ayam ke sume binatang ummi sapu jer..asal xlanggar keta org lain dh..kalo mati binatang tue mmg xpyh ganti..sape suh lps bebas binatang  kn...

                                                                    sian cik putih sy


                                                                     side view


                                                             ermmmmm

    balik jer dr keje, papa trus repairkn balik cik putih..time lalu tmpat kejadian, tgk kucing yg langgar cik putih sy tue masih hidup..siap duk main kejar-kejar ngn tuan dia lg..grrrrr...geram..kalo mntk ganti rugi pn bkn dia layan, tuan dia tue jnis kurang siuman sikit..


                                                        papa tgh merepair my cik putih


                                                      after bumper dibuka


                                                anak dara yg tumpang nk jd mekanik skali nie


                                              siap   muncung-muncung  mulut tue.. =)


     after siap direpair..



                                                      kembali kpd yg asal..

     thanks to my luvly asben..kalo antar pegi bengkel nie mesti kena charge jgk nie..

    Jangkit HIV melalui makanan dikunyah

    KAJIAN terbaru dari Afrika Selatan mendapati, lebih daripada dua pertiga ibu dan penjaga positif HIV yang memberikan makanan yang mereka kunyah kepada bayi masing-masing, berkemungkinan meletakkan bayi mereka berisiko tinggi mendapat jangkitan virus berbahaya itu.

    Walaupun melalui kajian tersebut penyelidik tidak bertanyakan soalan kepada penjaga berkenaan sama ada mereka mempunyai virus HIV atau tidak semasa perbincangan mengenai pemberian makanan kepada bayi diadakan, tetapi setengah daripada mereka ditemu ramah di klinik HIV.

    Kebanyakan penjaga yang mengunyah makanan juga didapati mengalami penyakit mulut seperti gusi berdarah dan bengkak mulut tetapi masih lagi memberikan makanan yang dikunyah mereka kepada bayi. Hal ini secara tidak langsung menyebarkan penyakit tersebut kepada bayi yang dijaga sekiranya mulut bayi tersebut luka.

    Kajian terkini yang dilakukan oleh Dr. Aditya Gaur, di Hospital Kanak-Kanak St. Jude di Memphis, Amerika Syarikat juga mendapati amalan kunyahan makanan telah menular di kalangan masyarakat setempat."Seterusnya kita akan melihat sejauh mana risiko pengamalan pemindahan pathogens ini akan berlaku," katanya kepada Reuters.

    Dr. Gaur merupakan salah seorang penyelidik pertama yang mengkaji permasalahan tersebut di Amerika Syarikat. Tetapi secara amnya dia mendapati bukti-bukti yang menunjukkan kes-kes tersebut adalah sedikit.
    Dalam pada itu, kajian terbaru yang diketuai oleh Dr. Elke Maritz dari Hospital Kanak-Kanak Tygerberg dan Universiti Stellenbosch di Cape Town, juga tidak dapat membuktikan terdapatnya kaitan antara kunyahan makanan dan jangkitan HIV kepada bayi.

    Tetapi penjaga-penjaga perlu mengetahui risiko-risiko yang bakal dihadapi terutama sekali di kawasan yang mempunyai jumlah penyakit HIV dan hepatitis B yang tinggi. Mereka juga perlu mengetahui cara lain bagaimana bayi boleh mengalami jangkitan tersebut selain melalui makanan yang telah dikunyah.

    Dalam kajian tersebut, Maritz dan rakan-rakan yang lain telah menemu bual 154 penjaga bayi terutama ibu-ibu di tempat menunggu HIV, klinik ibu mengandung dan juga rumah kanak-kanak. Dua pertiga daripada mereka atau 106 orang menyatakan bahawa bayi mereka diberi makanan yang telah dikunyah oleh mereka.

    Sebanyak 55 orang daripada mereka pula mengalami penyakit mulut seperti gusi berdarah dan bengkak mulut dan 41 daripada jumlah tersebut dilaporkan memberi makanan yang mengandungi darah kepada bayi mereka.
    Begitupun, perkara tersebut merupakan senario biasa yang sering dialami bayi ketika menerima makanan yang telah dikunyah sama ada dari ibu mereka ataupun penjaga mereka.

    "Laporan mengenai makanan yang bercampur dengan darah bukan lagi satu perkara yang merunsingkan mereka malah bayi-bayi tersebut turut mengalami penyakit mulut," ujar Maritz lagi. Para penjaga yang ditemui memberitahu, mereka melakukan perkara tersebut (mengunyah makanan) bertujuan untuk merasa makanan tersebut terlebih dahulu sama ada panas atau tidak sebelum diberikan kepada bayi masing-masing.

    Kebanyakan daripada mereka turut memberitahu bahawa mereka dinasihati berbuat demikian oleh ibu masing-masing dan mereka juga tidak mengetahui risiko yang bakal dihadapi.

    "Berdasarkan kepada amalan yang dilakukan oleh masyarakat setempat sebelum ini, mengunyah makanan merupakan perbuatan biasa yang sering dilakukan oleh penjaga-penjaga dan mereka juga tidak diberitahu semasa ditemu ramah sekali gus tidak mengesyaki sesuatu yang buruk melalui amalan tersebut," kata Maritz.

    Tambahnya lagi, sebenarnya mengunyah makanan bukanlah satu perbuatan yang salah atau teruk dan perbuatan ini sering dilakukan oleh keluarga yang tidak berkemampuan untuk memiliki peralatan yang boleh menghancurkan makanan.

    Bagaimanapun, menurut Gaur pula, ia amat penting untuk seimbangkan risiko kekurangan makanan dengan potensi yang dapat memindahkan penyakit HIV melalui makanan yang dikunyah.

    Tambah Gaur, sebaik sahaja para penyelidik mendapat gambaran sebenar mengenai masalah tersebut dan bagaimana mudahnya virus HIV dapat dipindahkan melalui makanan yang dikunyah, doktor-doktor akan memberi nasihat kepada pesakit mengenai risiko yang bakal dihadapi. Tetapi semua ini memerlukan penyelidikan yang lebih mendalam.

    "Bila anda menyedari akan segala risiko ini, anda akan berkongsi bersama pesakit-pesakit dan dalam masa yang sama anda juga harus menyedarkan masyarakat setempat mengenai segala risiko-risiko ini.

    "Kajian ini perlu diterjemahkan ke dalam bentuk kaunseling dan juga amalan seharian," katanya. - Reuters

    sumber: utusan online

    Monday, September 19, 2011

    tiket murah lg ke??

    semlm, buka email..tgk airasia akan buat kejutan lg kot..

    mybe tiket murah lg kot..kalo betul tiket murah nk ke langkawi or kota kinabalu la plak..tgk mana yg dpt dulu la yer..


    dhlah poket tgh kering nie..semlm bru jer renew roadtax cik putih kesygn sy..

    so,kpd yg suka melancong tue tunggu yer..

    kuew tiew sizzling terbaek dr ladang

    kamis ari tue, my mom ada belikn cendawan shitake..trus dlm kepala terbayang kuew tiew sizzling..lg pn after raya nie x mkn pn lg kuew tiew sizzling nie..biasa we olls akan ke mydin mall semata-mata nk mkn mendalah nie..masa bln pose ari tue, saje gatalkan tgn cari resepi sizzling nie..

    trus cari bahan-bahan lain mcm kicap pekat & kicap cair..so, duk ketung ketang sorg-sorg kat dapur..after maghrib siap..sng sgt nk buat..rasa pn hampir sama dgn yg kitorg duk mkn selama nie..cuma beza lah sikit dr segi masa hidangan la..


                                                      terbaeekkkkkkkkkk..
                                                       baru jer masak nie..


                                                  kalo mkn kat mydin mall mcm nielah rupa dia

    disbbkn kami xder mngkuk mcm pic atas, so pakai hidang ikut sesuka hati jerlah..tp pic, time kuew tiew siap dihidang xderlah..mmg xmenang tgn..siap kena tambah lg kuah coz my bro dua org xmkn lg..sy tnya ngn my  mom sama x ngn yg kami pnh rasa..my mom kata ok, sama..senyum okeh..puas hati.. my asben siap bertambah lg..kami dua-dua org mmg hantu ngn sizzling nie..siap time peknenkn nia dulu blh kata every week p mkn menda nie..

    futnote: my sis mntk suh buat menda nie plak weken nie..hope menjd la.. =)

    Thursday, September 15, 2011

    back to normal

    isnin ari tue cukup mmbuatkan hati ummi gundah gulana..smp kat umah, nia nmpk tanda nk asma lg..batuk xhenti-henti..dada pn turun naik x mcm biasa..yg sedihnya, siap mintak ngn ummi nk sedut..mungkin rasa xsedap badan yg amat kot..asalnya nia just selsema & batuk jer..

    so, after maghrib trus bwk p kinik..masa smp kat kinik tue ramai yg amat umat manusia..mcm-mcm penyakit plak tue yg ada..bygkn dr kul 9.00 mlm kitorang daftar kat kaunter, kul 10.45 mlm bru giliran kami dipanggil..time tue nia xpyh nk kata la..cranky & ngamuk + ngntuk..layankan jer..bergilir-gilir sy ngn asben dukung nia..

                                                 langsung xsedar time sedut neb


                                                                 =)

    before doc check bdn nia xder panas sgt..time doc check trus suhu bdn nia naik..mmg panas yg amat..ummi dh mula risau..
                                                                       sian anak ummi

     smp jer kat umah,trus suap ubat yg doc bg & tmpalkan cool fever..alhamdulillah..smp ke pg nia tido dgn lena..batuk pn xder sekerap sebelum p kinik..

    ari nie nia dh kembali sihat..selsema dh ilang cuma batuk jer masih xilang..hope anak ummi akan diberi kesihatan yg berpanjangan..

    layankan video nia membaca doa makan versi sekerat jln yer..video nie ummi rakam semlm..

    video

    Wednesday, September 14, 2011

    dpt lg seketul

    semlm nuffnang buat hal..BE yg sy dpt sebelum nie tiba-tiba jer missing..gabra dh time tue..

    then ari nie check akaun nuffnang tiba-tiba trus tersenyum luas-luas..dpt lg seketul new BE..syukur..


    thanks to Kingston happy birthday to wife coz sudi menepek di belog sy.. xlupa jgk utk nuffnang  yg baikhati..bg byk-byk lg yer pas nie..

    futnote: nk cash out time nk g bercuti-cuti mesialah duit nuff nie.. 

    citer raya lagi

    continue citer raya lg..ater bln syawal sebln kn..harus entry raya & raya smp muntah ijauuuuu.. =)

    raya ke-5 bersamaan sabtu, my antie buat majlis menyambut menantu..ater raya ketiga dan raya keempat tue giliran kami ke rmh pengantin pompuan..so, raya kelima tue plak giliran pengantin pompuan dtg ke rmh pengantin lelakilah plak..dgn kata lain majlis menyambut menantu.. =)

    janji ngan my antie nk pegi awal-awal lg umah dia..tp terbgn lambat dek keletihan..muahahaha..so,kul 11.00 am bru we olls nmpk btg idung kat umah my antie..mujur gak dh ramai yg tolong, kalo nk arapkn khidmat bantuan anak sedaramu nie mmg xmenjd la mjlis umah my antie's ari tue..muahahaha..dasar rajin mcm nielah..

    kami smp kat umah my antie nie, cun-cun jer pengantin pompuan yg bersanding on raya ketiga  nk smp kat umah my antie..so, xpyh menunggu lama okay..


                                          anak dara i yg telah bersiap sedia nk g majlis

                                                     my antie..
                       abg ma a.k.a my ankel tiada coz telah meninggal on 2004
                          kalo arwah masih ada mesti lg happening majlis ari tue =(


                                                     kami berdua
                                     nia sedap duk gigit kepek ubi


                                                  pasangan pertama yg bru smp


                                             kami berdua lg =)

    after ketibaan pengantin yg pertama, lil nia mula cranky xhengat coz mengantuk + penat..mandikan nia dulu & kasi tido dulu cukup-cukup..skali, ari tue blh plak dtg angin mengada-ngada dia nk tido dlm buaian..sian anak sepupu sy kena mengalah ngn nia..kang kalo xbg mengamuk lg..

    sekali bila angkat lil nia dr buaian utk ltk dlm bilik my kazen blh ngn sy sekali tertido..kebetulan time tue hujan amat melebat..mmg syiok yg amat dpt tido time tu..duk tunggu ketibaan pengantin yg lg satu x kunjung-kunjung tiba..so better tido dulu..

    kul 4.30 kami berdua tersedar dr tido & pengantin yg lg satu xjgk tiba lg..skali amik kau..jammed yg maha teruk dr simpang nk msk ke kg sy smp dpn kolej bestari..ada lbh kurang 10km jarak jammed tue..mana nk smp cepat kalo dh jammed..dhlah time tue ujan xberenti lg..tggu punya tunggu, kul 5.00 bru smp pengantin yg lg satu..

                                            ketibaan pengantin yg kedua





                                                                   us in yellow theme

    nmpknya thn nie my antie dpt dua menantu serentak..kalo dimakbulkn tuhan, next year riuh rendahlah umah my antie ngn kehadiran cucu-cucu plak..

    tahniah ngah coz dpt menantu baru..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...