MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, November 30, 2011

bantal kesygn lil nia


 


nielah bantal kesygn lil nia..kalo xder bantal pin dia nie konpem melalak smp ke sudahlah..bantal nie beli time g kedah ari tue..singgah beli kat bukit bunga..kat situ mmg byk jual brg-brg mcm nie.

dh lunyai dh pn bantal nie, tp tetap jgk nk guna bantal nie..kata bantal kesygn kn.. hehehehe

Mengatasi masalah kekurangan nutrien anak

ZAMAN tumbesaran kanak-kanak sering dilabel dengan fasa cerewet dan kemarahan tiba-tiba terutama apabila menyentuh soal tabiat pemakanan mereka.

Lazimnya, sikap cerewet pada makanan yang dihidang mengikut peringkat umur tetapi paling jelas dapat dilihat di kalangan kanak-kanak kecil yang baru mula bertatih.

Kajian menunjukkan peratusan penjaga menganggap anak kecil mempunyai sikap cerewet terhadap makanan yang ingin dimakan meningkat sehingga 50 peratus.

Diet pemakanan seimbang penting untuk kesihatan dan pertumbuhan kanak-kanak yang optimum.Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku cerewet terhadap soal pemakanan didapati kurang mengambil pelbagai jenis makanan berbanding mereka yang bersikap sebaliknya.

Akibatnya, pemakan yang cerewet tidak mengambil beberapa kumpulan makanan tertentu yang secukupnya seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, daging, ikan, kekacang, susu atau produk tenusu sekali gus menyebabkan diet menjadi tidak seimbang kerana kekurangan makro dan mikro nutrien (vitamin serta mineral) diperlukan badan.

Tinjauan di kalangan rakyat Malaysia menunjukkan bahawa tabiat pemakanan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mungkin tidak memuaskan.

Misalnya, kira-kira 40 peratus daripada kanak-kanak yang dikaji selidik menunjukkan mereka tidak suka dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Keputusan daripada kajian terbabit menunjukkan keperluan yang mendesak untuk menyalurkan strategi kesihatan orang awam bagi mendidik ibu bapa dan kanak-kanak mengenai pengetahuan makanan dalam usaha memperbaiki tabiat pemakanan mereka.

Menurut Profesor Pemakanan Kolej Public Health, Universiti Filipina, Dr Emilie G Flores, sesetengah kanak-kanak hanya gemar menikmati mentega kacang yang lainnya tanpa mengandungi ikan bahkan langsung tidak menyentuh sayur-sayuran.

“Ini akan menyebabkan mereka sering menjauhi ibu bapa bagi mengelakkan diri menikmati makanan yang tidak digemari. Apabila kanak-kanak ini meningkat dewasa, ibu bapa berasa penat manakala anak menghadapi konflik harian antara satu sama lain.

“Ia adalah senario biasa yang dialami oleh ibu bapa yang di kelilingi dengan urusan anak-anak cerewet dalam soal pemakanan.

“Pada pandangan kanak-kanak, makanan baru yang dihidang boleh menakutkan dan menggerunkan mereka. Kanak-kanak ini juga hanya suka mengambil makanan biasa yang tertentu dan banyak kes menunjukkan ia tidak sihat antara yang dimahukan setiap kali tiba waktu makan.

“Kajian menunjukkan pemakan yang cerewet boleh menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan dan pembangunan mereka.

“Perkara seperti itu penting untuk kanak-kanak ini kembali dan kekal dengan perkembangan yang sihat dengan cara merapatkan jurang antara diri dan jenis makanan diperlukan oleh badan mereka,” katanya.

Keadaan ini disokong oleh jenama warisan inovasi saintifik, Wyeth Nutrition yang melancarkan produk S-26 PE Gold, susu formula baru khusus untuk membangunkan kanak-kanak berusia satu tahun ke atas yang cerewet bagi menangani kekurangan nutrien diperlukan.

Formula baru itu menyokong keperluan diet seimbang yang penting untuk kesihatan dan pertumbuhan kanak-kanak secara optimum dengan merapatkan jurang pemakanan di kalangan kanak-kanak itu.

Pakar pemakanan Wyeth membawa bersama-sama hampir satu abad pengalaman yang dimanfaatkan dalam aspek klinikal, penyelidikan saintifik, pembuatan bertaraf dunia dan piawaian keselamatan produk.

Penemuan terbaru itu direka khusus untuk pemakan yang cerewet sebagai melengkapkan Garis Panduan Pemakanan Malaysia dalam menyediakan kanak-kanak berusia satu hingga sembilan tahun dengan khasiat sepatutnya perlu diambil.

Percubaan klinikal ke atas susu terbabit sebagai pemakanan tambahan bersama sesi kaunseling yang dijalankan di China membabitkan 150 kanak-kanak cerewet selama 120 hari menunjukkan peningkatan pertumbuhan daripada segi ketinggian dan berat badan mereka.

Menurut Pengurus Besar Wyeth Malaysia, Singapura, Vietnam dan Brunei, Michael Toh, pemakanan secara suboptimum boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan berat badan dan terdedah kepada penyakit.

“Berdasarkan masalah itu, jenama pemakanan Wyeth memperkenalkan susu itu dalam usaha membangunkan formula yang sesuai untuk keperluan khusus kanak-kanak jika menyentuh soal pemakanan mereka di negara ini.

“Susu tepung yang tidak mengandungi lemak diperkaya dengan 40 bahan termasuk 25 nutrien diperlukan oleh badan bagi menyokong diet seimbang kanak-kanak yang cerewet,” katanya.

Tambahnya, kaji selidik pengguna menunjukkan 81 peratus daripada pemakan cerewet menyukai rasanya dan 64 peratus mendapati kemanisan yang tepat pada susu itu dapat memberikan pilihan kepada ibu untuk menangani masalah kekurangan nutrien anak mereka.

sumber: metro online

Tuesday, November 29, 2011

banjir oh banjir

bru nk update citer banjir last week..hehehe..

lbh kurang kul 4 pg ari isnin lps ummi terkejut dr tido coz nia nk susu..then dgrlah ujan maha melebat siap dgn guruh lg..dh agak dah, kalo ujan berterusan mesti air akan naik.. lbh kurang kul 6 riuh rendah kat umah sy..my mom duk kejutkn my bro..umah my sis dh dinaiki air..so, ummi pn bgnlah..kebetulan time tue my sis smp kat umah sy..dia dtg nk antar anak-anak dia & pindah motor ngn keta..call gpk pentadbiran aka cg napi & gpk hem aka kak ha gtau air dh naik..kebetulan isnin tue pelajar spm ada paper pendidikan islam..suh pentadbir tue call bilik gerakan banjir utk angkut pelajar yg xdpt nk g exam..

lbh kurang kul 7 my mom call sy dh xleh g keje..air dh mmg penuh..keta mmg xleh nk kuar dh..jln sepjg nk ke tempat keje sy mmg dh ditenggalami air..then kejutkan semua, lil nia, my anak sedara yg dua org tue coz sy nk kena g lapor diri kat sk bukit putera..ujan plak mmg xberenti..so air mmg makin dlmlah..

lbh kurang kul 10, kuar umah my sis smbil nk g tgk air banjir..hehehe..even dh ada anak pn tp tetap jgk nk main air..

                                           air start dr sini

                                           nia nk main air tp takut.. =)

                                              jalan utama xleh dilalui oleh kenderaan ringan


                                              air di jln utama

                                             air sungai + air banjir dr tepi umah my sis

                                        penduduk kg kuar utk main air

                                         penduduk kg main air guna sampan

                                          lori jkr digunakan utk mengangkut pelajar spm

 lbh kurang kul 4 ptg air mulai surut..keesokkan arinya air naik lg tp xsedalam yg fist tuela..then last skali naik rabu last week..blh kata dlm semnggu 3 kali air banjir naik..huhuhu..sian my sis..tergendala dia nk cari rezeki..my sis ada kedai jahit..bila dh banjir nie konpem segala mak nenek mesin jahit kena angkat ke tempat tinggi..

yg ari rabu air naik tue, sy terpaksa balik ikut laluan hutan coz air dalam lbh kurang yg mula-mula tue jgk..sape xsuh balik awal..dh tahu air makin dlm tp masih nk bersenang lenang lg kat sekolah..gila keje katakan.. hehehe..

hope pas nie banjir xsedlm seperti yg mula-mula tue..

Monday, November 28, 2011

1 dah say bye-bye, tgl jer lg dua

lama dh xcheck akaun nuffnang, pdahal bru semggu laptop kena virus hehehe..ri nie merajinkn diri utk buka akaun nuffnang..

before nie  dua BE yg sy dpt termsk yg satu dh ME nie.. last week yg terbaru sy  dpt adidas neo..

 hope dua BE tue dpt setia lelama sikit..

kalo nuffnang  baikhati, sila bg lg BE utk belog sy..

back to normal

fuhhhhhhhhhhhh....seminggu lappy kesygn sy kena virus..boleh guna google chrome jer..tue pn fb jer blh guna..nk update belog xblh..tue sbb last week belog kurang berupdate.. hehehe..

dh suruh technician kat tmpat sy keje format..tp xblh nk format..then decide suh my sil format..ater my sil keje kedai komputer kan, so amik peluanglah..alhamdulillah..dh kembali pulih mcm biasa lappy sy nie..

lps nie blh update belog mcm biasa dah..lalalalala..

Wednesday, November 23, 2011

xleh nk format

uwaaaaaaa...

nmpknya kritikal jgk lappy ku kena virus kali nie..dh bg kat technician kat tmpat sy keje, dia try nk format xleh..asal nk format jer trus off sndiri..mcmana nie..sunyi idupku tnpa lappy tue..

hope my BIL dpt repair balik lappy sy tue..

Tuesday, November 22, 2011

47 mangsa banjir di Setiu masih berada di pusat pemindahan

KUALA TERENGGANU: Seramai 47 orang daripada 11 keluarga mangsa banjir dari Kampung Tasik Setiu yang dipindahkan pagi semalam masih berada di pusat pemindahan di balai raya kampung itu.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negera, negeri Terengganu berkata jumlah itu mungkin bertambah kerana masih ada mangsa banjir yang sedang dipindahkan.

Beliau berkata mangsa banjir di daerah Hulu Terengganu seramai 13 orang dan empat orang di Marang yang dipindahkan ke pusat pemindahan pagi semalam telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam tadi.

"Ini berikutan air di kawasan rumah mereka telah surut," katanya ketika dihubungi Bernama.


Beliau berkata hujan lebat berterusan kelmarin menyebabkan kawasan rendah dinaiki air dan berlaku banjir di daerah berkenaan.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air Sungai Nerus pagi ini melepasi paras bahaya.

Jurucakapnya berkata mengikut bacaan pada pukul 8 pagi ini, di Kampung Langkap paras air mencecah 21.53 meter (bahaya 21.5 meter) dan di Kampung Bukit 12.94 meter (bahaya 12 meter).

Bagaimanapun, katanya paras air di sungai-sungai utama di daerah lain masih berada di bawah paras biasa.

Keadaan cuaca di Terengganu pagi ini hujan renyai-renyai disusuli dengan angin kencang.

sumber: bernama

futnote: semlm dh banjir, ari nie banjir lg..mesti makin ramai yg aka berpindah ari nie.. 

Sunday, November 20, 2011

berdukacita

tuan tanah sdg berdukacita..

laptop kena serangan virus lg..nie angkara laptop sy nie ramai sgt tgn yg duk guna..skali ari nie check 50 virus yg detact..trojan, worm & ada lg..

fb jer blh guna..belog xleh pn..niepn pinjam lappy memer nk update..

nmpknya kamis nie bru sembh balik penyakit laptop ku nie..kena tggu blik kb dulu, my bil kej kedai komputer, so suh dia jelah format balik laptop sy tue..

Thursday, November 17, 2011

belajar abc dgn cara yg mudah

sejak nia duk skool nie, dia dh mula mengenal abc & dh pandai mengira 1-10 even ada jgk lompang-lompang dia xingat..oklah, dr langsung xmengenal nombor & abjad lngsung kn??  =)

utk memahirkan lg nia dlm mengenal abjad, ummi ada beli tikar abc..siap ada gambar lg utk tiap huruf tue..tikar nie pjglah jgk..nia suka sgt nk tikar nie..pantang ummi gulung utk simpan trus mntk balik.. lg pn tikar nie sng, dia getah..if tumpah air sng jer nk lap.. =)

^______________________________ ^



                                     port kesukaan nia.. bentang je dpn tv..
 
                                                menarik kn tikar nie??

now, bila sy tanya tiap huruf nia mesti tunjuk trus kat pic yg berkenaan..smbil mengenal huruf anak-anak pn dpt mengenal benda yg berkaitan dgn abjad tue..mudahkan??

so, mmg xrugilah ummi beli tikar nie..

Wednesday, November 16, 2011

Homestay Casa De Noor Faizah

semalam, my kazen ada dtg kat umah sy..kebetulan motorsikal anak dia yg tgh study inspektor kesihatan kat batu rakit hilang..so, diorg laki bini bermlm kat umah kami..dia ada bgtau bru beli umah kat area airport pengkalan chepa & diorg telah buat homestay..

kebetulan cuti sekolah dah xlama lg kn, mana tau korang-korang nk dtg mkn or amik angin kat kelate blhlah menginap kat homestay nie trus..

                                            homestay casa de noor faizah
                                         nama samalah plak ngn my kazen =)
                                         amik pic dr mudah.com.. hehehe

                                         suasana persekitaran homestay


                                             ruang tamu yg cukup selesa





                                          ruang mkn & ruang menonton tv


                                             pic dalam bilik

ok..ini alamat homestay nie :-

Taman Wan Chik, Baung,
Jln Pengkalan Chepa, Kota Bharu. 



Kemudahan yg disediakan:

1) Mempunyai 3 bilik tidur (berhawa dingin) & 3 bilik air berasingan.
2) Mempunyai dapur untuk memasak (peti sejuk, dapur & kemudahan memasak)
3 )Lengkap dengan barang perabot & barang elektrik.

5 minit sahaja untuk ke Airport
7 minit sahaja untuk ke kota Bharu
Berhampiran dengan wakaf che yeh

berdekatan dgn bandar kota bharu

Persekitaran yg selamat, selesa & aman. Harga sewaan untuk 1 hari adalah RM250. Jika melebihi 1 hari, harga boleh dirunding.

Sesiapa yg berminat, sila hubungi 017-9604665, 09-7432952 (Mohd Noor) @ 013-9704665 (Noor Faizah).


kalo nk direct ngn sy pn blh~ 014-8216664 ( tuan belog )

Tuesday, November 15, 2011

Dumex Dugro Fruit & Veg ~ new BE

ari nie check akaun nuffnang , tgk ada satu lg BE bru muncul kat belog sy..


terima kasih to dumex dugro fruit & veg coz sudi menempek di belog sy even anak dara i xpenah pn merasa lg susu nie..

nmpk gayanya nk kena try bg susu nie utk nia kot..mcm cukup lengkap jer siap ada fruit & veg lg nie.. =)

Monday, November 14, 2011

aci x bru nk update citer nie..

citer dh basi dh pn..tp nk update jgk..

raya korban ari tue, sy beraya kat umah my mom dulu..kalo ikut sepatutnya raya kali nie giliran umah papa..tp raya kedua mak sdara papa buat mjlis akikah & korban, so kena beraya umah sy dululah..aci x?? hehehe..lgpn cuti raya haji kali nie jatuh ahd & isnin, terpaksa berkorban la..dh nama raya korban kn..tue pn umah mak sdara papa yg kat bachok xdpt nk attend coz berkejar nk balik trg..

                                                    pic kami sekeluarga di pg raya haji
                                                       tema caca marba kot =P
                               see baju melayu papa, pas amik gmbor bru perasan leher baju mcm tue =(
                                    suruh anak sedara amik lg sekali pic kami trus dtg angin malas dia


                                                  3 puteri dlm keluarga kami
                                           anak sedara tumpang nk interprame jgk =)

pg raya kali nie xde nk kelam kabut sgt, sy awal-awal lg dh iron baju kami sefmly..so pg raya tue just kelam-kabut nk siapkan hidangan jer..

after solat raya, kami smua pegi beraya umah sanak sedara kat sekitar kg..then balik singgah umah my antie..dia buat akikah cucu dia..start dr umah my antie, xhenti-henti duk meratah singgang daging, dging goreng, daging bakar & hati goreng + kcg pjg..kalolah sy ada darah tinggi konpem tumbang ke bumilah nmpknya..mau darah mencanak-canak naik.. =)

then after tue ke umah MIL my bro kat merang plak..hadap lg sup gear box..lembu lg.. =) tp kali nie xmkn ngn nasi, just cicah ngn roti..mabeles seyhhhh.. then bali k umah trus packing baju siap-saip utk balik umah mil plak..



                                          baby yg bam bam..geram nk geget jer..
                                        amik berkat, mana tau thn dpn berempat plak =)

                                             sesi membahagi daging korban


                        anak dara yg pulun ipod her 2 pupu buat mcm ipod sndiri =)


                                                   kami bertema ungu di hari itu

Friday, November 11, 2011

cantikkan???

kul 3.00 td papa call my sis in law dia ckp dia dah smp dr paka..bus sepatutnya kul 9.00 pm..tp bus gantian nie lewat bangat,kul 12.00 bru bertolak..mau x kul 3.00 pg smp kn..so, bru balik dr amik papalah nie. =)

ari nie,11.11.11..nice date kn??ari nie genap usia my bil, suami kak ngah yg ke 41..huhuhu..sudah tua yer kamu my bil..hehehe..siap awal-awal lg duk riuh tarikh ari lahir dia sama ngn ari lahir sultan kelantan..mmg dpt cuti umum  lah tiap kali  besday dia..dah sama date kn??

ari nie jgk genap anak dara buchuk masyam intan payung sy berumur 2 thn 5 bln @ 29 bln..sudah besar pjg anak ummi skrg nie..how's time flies kn??rindu saat-saat nia baby dulu.. =)

nk update milestones nia yg terkini..

~ suka sgt menyanyi lagu-lagu taska dia siap menari lg ok..part nyanyi tue mmg syahdu bangatlah ummi, langsung xphm apa yg dia nyanyi.. =)

~ dh petah bercakap.. kdg-kdg ummi mls nk melayan mulut syomel nie suka bertanya and berckp..

~ sgt mengada-ngada..geram sgt..time dtg angin mengada suh ummi call papa siap ngn cebik-cebik kunun nanges..bila ummi ckp papa keje trus ok..beyeh..notty tul..

~alhamdulillah..kesihatan nia makin bertambah baik..dah xder asma mcm sblm nie..mohon pd-Mu ya allah, berilah kesihatan yg berpanjangan utk anak dara kesygan sy..

~ suka sgt ngn air..kalo blh sejam skali nk mandi..lg-lg skrg nie dh panas balik,siaplah..baju xdang kotor lg dh nk mandi balik..kdg ummi xmandi lg pagi, dia dh 2x mandi ok..yg bagusnya, nia asal bgn jer pg trus suh ummi mandikan dia..kalo x siaplah, harus akan ada drama queen yg berlaku di situ..

malas dh nak taip pjg lebar + xingat apa lg milestones nia takat nie..kalo sy ingat sy akan tmabah kat entry lain plak yer..



                                                       our precious lil nia

tima kasih ya allah kerna memberi permata berharga ini utuk dijdkn tnggungjwb kpdku bergelar sebagai seorg ummi..

bila papa g work, sekurang-kurangnya ada jgk bayangan papa kat umah nie..yerlah, dh nia ramai org kata mmg kopipes papa sebijik..so,terubat sikit rindu di hati .. =)

masa duk tgh main-main td, nia isap ibu jari kaki dia sendiri..apakah nia akan mndpt adik???

Thursday, November 10, 2011

rezeki after dicashout =)

setelah berminggu-minggu xdpt BE baru dan after dicahsout semlm , ari nie sy check akaun nuffnang tgk ada satu BE baru..

dan inilah BE baru yg sy dpt..



UIP THE ADVENTURES OF TIN TIN~BE baru yg sy dapat..hope bertahan lamalah BE nie ..terima kasih nuffnang  coz masih menyayangi belog sy xberapa nie..

semoga pihak nuffang dpt memberi more & more lg Be utk sy yer.. =)


menu di pg raya korban

ari nie baru sempat nk update citer sal raya korban..hehehe...bru semangat nk mengupdate entry sal raya..

dua hari sebelum raya, ari jumaat ari tue my mom buat tapai..after maghrib baru start membungkus tapai..byk jgk la my mom buat..lbh kurang sedulang besar pulut yg blm bungkus..kami bungkus menggunakan daun pokok getah..then sehari lepas tue, sabtu my mom buat ketupat..my mom lbh suka buat ketupat manis..dh nama org kelate, mesti nk manis-manis..hehehhe..tp ummi xbungkus pn, xpandai nk membungkus ketupat..dh try bungkus lngsung xder rupa ketupat pn..hehehhe..

then, menu utk pg raya tue my mom buat nasi himpit kuah kacang, nasi minyak, tumis ayam, gulai ayam & acar nenas..mmg sedap yg amat..

                                            tapai yg beri the sedap..
                                            manis-manis buah jer..


                                            ketupat my mom buat  =)
                                          tp sy kurang gemar sgt ketupat nie..


                                             my bro sedang enak menyantap

tamat citer utk menu..nanti sy update lg yer sal raya korban nie..

Wednesday, November 09, 2011

first time cashout nuffnang

dh lama duk pikir nk cashout ke x..so, bgn pg ari nie nekad jgk utk kesekian kalinya..ummi cashout jgk..lg pn now, nuffnang dh xsyg ngn sy..huhuhu..dh xde BE utk belog yg xseberapa nie..


after dh dicashout, zero balik duit nuffnang sy..so kena gigih balik utk menarik perhatian pihak nuffnang yg baikhati..

even xsmp pn rm100 sy cashout sekurang-kurangnya ada jgk side income kan??sape nk bg duit free-free kat kita..so,usaha tngga kejayaan ok..

ps: duit hasil berbelog nie sy nk mskkan kat akaun lil nia..sekurang-kurangnya dpt jgk menambah duit simpanan nia.. =)

Tuesday, November 08, 2011

Kesan barah payudara

MENONTON filem seram di pawagam membuatkan kita tidak dapat lari daripada perasaan takut, cemas dan tertekan. Bagaimanapun, ia tidak setanding ketakutan dihadapi wanita yang perlu menjalani proses imbasan mamogram. Mereka seolah-olah berdepan percaturan sama ada hayat mereka masih panjang atau berakhir dengan kematian akibat kanser.

Pakar Radiologi Persatuan Kanser Kebangsaan, Dr Sulaiman Tamanang berkata, wanita yang berisiko tinggi menghidapi kanser payudara dan kurang diberi pendedahan kepentingan pemeriksaan, sering mengelak melalui pengalaman yang disifatkan sebagai pengalaman paling menyakitkan.

Bagaimanapun, selagi tidak membuat ujian saringan pengesanan kanser payudara, selagi itu individu terbabit terus dibayangi ketakutan kemungkinan adanya penyakit itu dalam tubuh.
“Bayangkan setiap kali menjalani ujian, ia disifatkan seolah-olah dipaksa berdepan hakikat sama ada dia pesakit atau tidak. Malah sebaik diminta menjalani rawatan susulan, dia semakin bimbang dengan kemungkinan dirinya pesakit kanser,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Mesin Tomosintesis di Persatuan Kanser Kebangsaan, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, antara alasan diberikan golongan itu ialah bebanan daripada segi fizikal, masa dan kewangan, sedangkan halangan terbesar sebenarnya ialah daripada sudut mental dan emosi.


“Gambaran negatif seperti kehilangan payudara dan terpaksa berdepan pembedahan perkara paling ditakuti, ditambah ketidakselesaan ketika menjalani pemeriksaan menyebabkan wanita tidak gembira melakukannya,” katanya.

Dr Sulaiman berkata, wanita seakan-akan mendapat tamparan hebat sebaik doktor memaklumkan keperluan untuknya menjalani pemeriksaan lanjut.

“Ada ketika wanita terpaksa menempuh ujian pemeriksaan berkali-kali kerana kemampuan mesin mamogram terhad. Mesin mamogram digunakan di kebanyakan hospital di Malaysia sekadar merakam imej dua dimensi dan tidak boleh memaparkan imej payudara dengan tepat,” katanya.

Hasil penemuan teknologi pengimejan tiga dimensi diaplikasi kepada teknologi perubatan, kini wanita di Malaysia tidak perlu merasai prosedur mencemaskan itu.

Kemampuan merakam imej dua dimensi daripada mesin mamogram konvensional dinaik taraf menjadi imej tiga dimensi melalui mesin Tomosintesis Payudara Digital (DBT).

Mesin berkenaan dibawa masuk oleh Persatuan Kanser Kebangsaan dan inisiatif untuk menggalakkan wanita Malaysia menjalani pemeriksaan awal bagi mencegah barah payudara.

Dr Sulaiman berpendapat segala kekangan, terutama kekeliruan mengenai kehadiran struktur asing menyukarkan pakar perubatan mengesan sel kanser ini, dapat diatasi.

“Jika dulu pakar berdepan kekeliruan sebaik mengimbas payudara dengan mesin mamogram konvensional kerana imej dihasilkan teknologi berkenaan hanya boleh membezakan struktur payudara luar dan dalam.

“Berbanding imej DBT mampu membekalkan imej terperinci daripada satu lapisan kepada lapisan lain, umpama mengesan sebiji gandum dalam lapisan sebuku roti.

“Ia meningkatkan kualiti perkhidmatan pakar perubatan serta mengelak kecuaian terhadap pesakit,” katanya.

Katanya, DBT dapat membantu wanita melalui prosedur pemeriksaan lebih selesa berbanding mesin sebelumnya kerana ia mempunyai pelapik khas untuk mengurang kesakitan.

Namun ada juga pertikaian mengenai peningkatan daripada segi penggunaan radioaktif dalam menghasilkan imej lebih jelas.

Dr Sulaiman membidas kenyataan berkenaan dengan memberi penjelasan bahawa kesannya terlalu sedikit.

“Berbanding dengan radioaktif kita terima seharian melalui telefon dan persekitaran, ia jauh lebih rendah dan dibenarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” katanya.

sumber:metro online

Monday, November 07, 2011

Anak kencing malam

APABILA berbicara topik kencing malam, mungkin ada yang tersenyum sendiri mengenang zaman kanak-kanak, pada saat anda selalu dimarahi ibu kerana membasahkan tilam hingga akhirnya ia terpaksa dibuang.
Kencing malam perkara lumrah dialami kanak-kanak akibat ketidakupayaan mengawal pundi kencing. Kira-kira 40 peratus mereka kencing sewaktu tidur dan lebih merisaukan jika perkara itu berlarutan hingga usia meningkat remaja.

Bayangkan, jika bersekolah menengah, anda masih terbabas membasahi tilam dan perkara itu berlaku ketika tidur di kampung atau mengikuti perkhemahan dianjurkan sekolah.

Ia tindakan di luar kawalan dan sering dihadapi kanak- kanak berusia bawah tiga tahun. Kemungkinan bagi kanak-kanak berusia lima tahun menghadapi masalah itu ialah 20 peratus, usia enam tahun (10 peratus) manakala 10 tahun (lima peratus).

Kencing malam masih dianggap normal bagi kanak- kanak bawah usia enam tahun. Biasanya kanak-kanak perempuan lebih mudah mengawal kencing berbanding lelaki.

Perunding Pakar Kanak- Kanak Hospital Pantai Cheras, Dr Yeoh Seen Hun, berkata berapa cepat kemampuan mengawal kencing bergantung pada individu dan perkembangan mereka.

Biasanya, kanak-kanak pandai mengawal kencing malam selepas dia mampu mengawal kencing pada waktu siang.

“Ada kanak-kanak yang sebelum ini tiada masalah tetapi mula kencing malam apabila terkena jangkitan kencing atau menghadapi tekanan emosi.


“Sebab lain ialah keturunan iaitu jika ibu bapa ada masalah kencing malam ketika kecil, kemungkinan anak mereka turut mengalami masalah itu ialah pada kadar 75 peratus,” katanya.

Pengambilan kopi dan teh turut menyebabkan kencing lebih banyak pada waktu malam. Selain itu, sembelit menjadi punca kerana pundi kencing tertekan oleh usus yang penuh dengan najis.

“Saiz pundi yang kecil turut menyebabkan masalah ini kerana kanak-kanak cepat rasa hendak buang air kecil. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran berkemungkinan lebih tinggi untuk mengalami masalah ini,” katanya.

Cara salah ibu bapa melatih anak turut menjadi punca masalah ini. Ibu bapa tidak seharusnya kerap memarahi anak kerana mereka mengotorkan katil. Ini menyebabkan kanak-kanak menjadi lebih tertekan dan semakin kerap kencing malam.

Sebaiknya, ibu bapa perlu melatih anak dengan pendekatan psikologi. Beri masa kepada anak untuk mengawal masalah kencing malam. Jika dia tidak kencing pada malam berkenaan, berikan anak pujian.

Sebelum tidur, galakkan anak kencing terlebih dulu di bilik air bagi mengosongkan pundi kencing. Selain itu, kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi dan teh. Lazimnya kanak-kanak minum susu sebelum tidur, tetapi cuba kurangkan minum sebelum tidur.

Untuk melatih anak mengawal pundi kencing, galakkan mereka minum banyak pada waktu siang supaya pundi kencing mengembang, menjadikan saiznya lebih besar. Jika anak terasa hendak kencing, suruh anak tahan seketika bagi melatih otot menjadi lebih kuat.

“Kadangkala, mereka tidak pergi kencing di bilik air kerana takut suasana malam yang gelap atau sunyi, atau menonton cerita hantu di televisyen menyebabkan mereka kencing di tilam.

“Oleh itu, elakkan anak menonton cerita hantu, cipta suasana lebih selesa di bilik tidur mereka serta elakkan bilik tidur si kecil dalam keadaan bergelap kerana akan mengundang rasa takut.

“Banyak masalah juga boleh menyebabkan kanak-kanak kencing malam. Mereka yang kencing malam dirundung kesedihan dan tiada keyakinan diri.

“Lebih teruk jika rahsia mereka kencing malam diketahui rakan, misalnya ketika perkhemahan atau dibocorkan oleh adik-beradik lain hingga menjadikan ia bahan ejekan,” katanya.

Kanak-kanak mengalami masalah itu akan diberikan ubat untuk mengawal hormon yang menggalakkan kencing. Ibu bapa juga perlu memberi sokongan dengan memberi pujian jika anak tidak kencing malam.

Cara lain, ibu bapa mengubah suai katil anak dengan meletakkan lapisan plastik di atas tilam bagi mengelak ia dibasahi kencing. Paling penting, ibu bapa perlu banyak bersabar dan beri masa untuk anak berubah kerana masalah itu akan beransur pulih apabila anak semakin membesar.

 sumber: metro online

Kanser daripada sel neuroendokrin

TUMOR neuroendokrin (NET) mungkin sesuatu yang asing bagi kita tetapi apabila pengasas Apple, Steve Jobs, 56, meninggal dunia akibat menderita penyakit itu, ia mula mendapat perhatian.

NET ialah ketumbuhan berasal daripada sel neuroendokrin. Ia dinamakan NET kerana sel itu berkemampuan membuat dan mengeluarkan beberapa jenis hormon yang mempunyai fungsi penting dalam badan. Ia boleh di mana-mana bahagian badan tetapi kebanyakan ketumbuhan ini berasal daripada sistem gastrointestinal iaitu usus, pankreas dan organ paru-paru. Satu cirinya ialah tumbuh sangat perlahan dan mengambil masa bertahun-tahun untuk membesar.

Ada NET yang mempunyai gejala tetapi kebanyakan tiada gejala dan tidak dapat dikesan lebih awal. Kebanyakan kes hanya dapat dikesan selepas lima hingga tujuh tahun ia berlaku. Antara gejala NET ialah jika di gastrointestinal, ia menyebabkan pesakit mengalami sakit perut, cirit-birit dan penurunan berat badan. Jika berlaku di paru-paru, ia menyebabkan pesakit batuk, asma atau kahak berdarah.

Kebanyakan kes mungkin didiagnosis dan dirawat sebagai sakit biasa, iaitu doktor memberikan ubat untuk mengubati batuk atau cirit-birit meskipun penyakit itu berlarutan bertahun-tahun.

Ada sebilangan kes hadir dengan gejala lebih spesifik seperti pengeluaran hormon berlebihan daripada NET, selalunya daripada pankreas, contohnya jenis ketumbuhan yang mengeluarkan insulin dipanggil ‘insulinoma’.

Pesakit akan menghidap penyakit kekurangan gula atau ‘hipoglisemia’. Doktor akan membuat ujian untuk mengukur paras insulin dalam darah dan membuat imbasan di pankreas.

Ada juga gejala disebabkan ketumbuhan itu semakin membesar seperti bengkak atau benjolan yang menghimpit organ menyebabkan sakit. Ketumbuhan dalam usus menyempitkan usus, malah mungkin melarat ke organ lain terutama paru-paru, hati dan tulang, serta mengganggu fungsi organ terbabit.

Perunding Pakar Endokrinologi Hospital Putrajaya, Dr Zanariah Hussein, berkata NET bukan penyakit baru tetapi kesedaran dan pengesanan mengenainya kini bertambah baik.

Kes NET berlaku empat kali ganda dalam tempoh 30 tahun. Kajian di Amerika Syarikat pada 2004 menunjukkan purata lima kes bagi 100,000 penduduk.

Jika dilihat pada graf, kes NET semakin meningkat dan faktor itu mungkin disebabkan doktor mengawasi dan pesakit cepat datang untuk rawatan.

“Diagnosis awal cuma dibuat selepas pesakit bertahun-tahun menderita sakit, misalnya cirit-birit atau gastrik. Tiada ujian spesifik untuk mengenal pasti penyakit ini. Ujian darah biasa tidak dapat mengesan NET.

“Bagaimanapun, ujian darah dipanggil CgA (chromogranin A) yang dilakukan boleh mengesan NET, malangnya fasiliti itu tidak banyak disediakan dan hanya boleh diaplikasi apabila ada gejala,” katanya.

Ujian air kencing 5 hydroxyindole asid asetik (5HIAA) juga boleh dibuat untuk mengesan NET tetapi jarang dilakukan. Ujian lain ialah endoskop, CT scan, pengimejan resonans bermagnet (MRI) dan pengimejan nuklear (somatostatin receptor scintigraphy).

Menurutnya, doktor di klinik biasa memberi perhatian terhadap penyakit ini dan merujuk pesakit kepada pakar.

Paling penting, katanya, kesedaran doktor dan orang awam terhadap penyakit ini supaya ia dapat dibendung lebih awal.

Kebanyakan pesakit datang bukan dalam keadaan tenat. Jobs misalnya, mendapat NET pada 2003 dan meninggal dunia selepas lapan tahun menghidap penyakit itu.

Sambutan hari kesedaran NET pada 10 November setiap tahun tetapi ini tahun kedua kempen di seluruh dunia. Objektif kempen ialah meningkatkan kesedaran diagnosis NET lebih awal bagi membolehkan pesakit mendapat rawatan lebih optimum.

Rawatan utama untuk NET:

1. Buang ketumbuhan itu sama ada di usus, pankreas, paru-paru atau hati — masalah utama ialah bagi 60 peratus pesakit, NET dikesan apabila ia merebak. Jika sudah merebak, pembedahan dilakukan untuk menyelamatkan pesakit.

2. Embolization — menyekat saluran darah yang membekal darah ke ketumbuhan itu.

3. Radiasi — membakar ketumbuhan berkenaan yang tumbuh di hati. Jika sudah merebak, ia dipanggil kanser. Lebih separuh kes NET menjadi kanser.

4. Terapi perubatan — ubat yang boleh digunakan ialah menyekat hormon yang dikeluarkan oleh ketumbuhan itu, misalnya octreotide.

5. Kemoterapi.

6. Rawatan ubatan terbaru jenis ‘mTOR inhibitor’.

sumber: metro online

Friday, November 04, 2011

menajamkan lg bakat yg sedia ada

ari nie kul 6 ummi dh bgn..hehehe..bila dh tido awal ginilah jdnya..so, after siap solat sume trus hapdet belog..

now, sgt suka menajamkan lg ilmu yg ada..nie pn amik pic pakai hentam sesuka hati mak jer ..masa beli dslr dulu, kedai tempat ummi beli dslr nie ada nk bg kelas fotografi percuma, tp ummi xberkesempatan lg nk g kelas yg diberi percuma tue..masa sgt-sgt xmengizinkan..

now, suka sgt amik pic bunga-bungaan kat laman umah & pemandangan..rugi jgk bila dslr ada duk simpan kemas-kemas kat dlm lemari..so, harus menggunakan benda yg ada dgn sebaiknya..

                                   bunga kemboja kesygan tok nia
                                      merah menyala u olls..


                                                 orkid hutan kaler pepel
                      amik anak bunga nie kt tepi jln masa g cameron, siri cuti-cuti mesia ari tue
                            just pacakkan atas tanah & sng sgt nk idup =)

                                                   kemboja lg =)

                                 sempat rakam pic burung enggang brnti rehat time nie =)
                    waktu pg, biasa pokok kelapa nielah jd tempat persinggahan burung enggang

                                                  orkid kaler oren

orkid ssh jgk nk jaga..tp yg peliknya time ummi layan bak menatang minyak yg pnuh xberbunga plak bunga nie..time xjaga ok jer berbunga..


                              pemandangan senja kat pantai rhu 10.. =)
          cantik....tp skrg sgt ssh nk dpt snap pic mcm nie..lately asyik ujan jer memanjang =(


                                                   suasana pantai yg sama, rhu 10

 ari nie dh 4hb kn??sekejap jer masa berlalu..lg 2 ari umat islam akan merayakan hari raya korban..ummi xbuat korban pn thn nie..semlm, masa g bdr KT, lalulintas dh menampakkan tanda mulai sesak & sibuk..mgkin dh ada yg balik ke kg..so kepada perantau yg akan memandu utk pulang ke kg, hati-hati di jln raya..semoga selamat smp ke destinasi yg dituju..

di kesempatan ini jgk, ummi nk ucapkan selamat hari raya aidiladha kpd rakan-rakan blogger semua..maaf zahir & batin..

Thursday, November 03, 2011

rupanya ada zat jgk budu nie


Budu atau sos bilis mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan \”"”"”"”kuno\”"”"”"”. Budu berpotensi untuk melawan radikalbebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

Dua(2) kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari.
Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu.

Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan.

Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh.

Wednesday, November 02, 2011

budak yg suka bergediks

bru dpt rehat..fuhhh..skrg nie kat area trg mmg ujan dr pg smp ke ptg..nk tgk matahari pn susah..kain baju pn skrg jemur kat ruang tamu & psg kipas brulah cepat kering..tp ari nie dr pg lg panas..nmpknya keringlah kain baju ari nie..

ptg ahad ari tue kebetulan xujan..nia ajak ummi main kat laman rmh.. siap ckp kat ummi suh amik gmbr dia..aissshhh..mmg xterkira pic nia dlm external ummi..mmg byk yg amat..dr nia newborn smp skrg sume pic nia ummi simpan..buat tatapan ari mendtg bila nia dh besar nnti..

       suka sgt bila dpt kutip daun-daun yg gugur after ujan


                                                        siap buat jet  lg ngn daun tue =)


                                                              =)


                                                       buat muncung donald duck


                                                   bwk kusi utk sesi photoshoot ngn ummi


                                      senyuman manis dr anak dara yg suka berphotoshoot


                                                               ikat rambut pn senget benget


                                                             jom msk rmh ummi

 now, asal ptg jer ummi mmg xlayan nia dh..skrg tgh giler duk tgk citer lagu cinta nirmala..baim wong yg handsome itu jd hero..tp sakit hati jgk, jln citer lbh kurang sama ngn kejora & bintang.. then, continue ngn soffiya plak..so, setengah jam jer dpt layan nia tue pn kalo xujan..

Tuesday, November 01, 2011

alhamdulillah..sejuk perut ummi mengandungkn kamu =)

weken ari tue ummi bru jer nk sapu sampah..trus nia dtg kat ummi & nia siap kata " nia wat, nia wat " ( nia nk buat, nia nk buat ).. harus mengalah ok, kalo x mengamuk xsudahlah jwbnya..

                                           dia yg buat sampah dia jgk yg kutip balik =)


                                               siap la, tunggang terbalik dah penyapu tue


                                                nia sapu bersih-bersih yer ummi


                                                        ok, dh setel

alhamdulillah, even kamu menyapu xsebersih ummi yg sapu tp kamu ttp rajin jgk nk sapu..sejuk perut ummi mengandungkn kamu..terima kasih ya allah atas nikmat kurniaan-Mu yg x terhingga ini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...