MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, December 30, 2011

entry penutup 2011

lg sehari nk msk thn baru..so entry nie dh kira lastlah utk thn nie..

sempena kedtgn thn baru lg sehari jer lg, niat di hati utk thn dpn nk menjd ummi yg terbaik utk anakanda kesygn nur dania arrisa & menjd isteri terbaik utk asben kesygn mohd fhakrudy..

insyaallah, thn dpn niat di hati jgk nk tmbah bilangan ahli keluarga kecik kami..insyaallah..hope tercapai impian nie..

di kesempatan nie jgk, sy nk ucapkan selamat tahun baru utk semua warga blogger..semoga impian yg belum tercapai dpt dicapai lg utk tahun akan dtg..

Wednesday, December 28, 2011

dumex dugro fruit & veg || susu syg mama

BE nie satu-satu lg BE yg sdg giat berjoget kat belog sy..stakat nie nie satu-satunya BE yg paling lama duk berjoget & stay kat belog sy..

masa pegi beli brg dapur ngn my sis sabtu ari tue, sy duk belek-belek susu nie..mcm menarik jer susu nie..yg utamanya 0% gula sukrosa ( siap bold & kaler biru lg ).. muahaha..tgk isi kandungan dia pn ok jer..skrg nie byk susu di pasaran yg ada gula tmbahan..tetiba terpikir di situ, adakah patut sy menukar dr susu yg nia isap skrg ke susu nie..

lgpn pengaruh susu nie mmg cukup kuat utk kanak-kanak..nia tgh duk main blh stop main & tgk iklan nie smp habis..siap blh ajuk lg sayaaaaang mama smbil mata tgk ummi..so sweeeettt okay...


                                                    susu syg mama


                              




                                             kebaikan susu nie


ari tue masa g soping mall, ada promosi tentang susu nie..sy try minum & bg kat nia..dia kata sedap..tp xtaulah..nk try beli yg paket kecil dulu utk bg nia rasa susu nie..

Tuesday, December 27, 2011

jjcm di hari sabtu || dpt mkn free

weken nie, tgl sy dgn nia jer..kamis ari tue my mom,my bro dua-dua org & my sis yg duk kb pegi cuti-cuti mesia ke johor..planned asal mmg sy nk g jgk, tp papa nia xdpt cuti..so cancel la misi cuti-cuti mesia kami tue..disebabkn tgl kami berdua jer kat umah, papa nia awal-awal lg pesan suh tido umah my sis yg sulung..yerlah,mgkin my asben risaukan kami kot..takut jd pape la time tgh-tgh mlm..sape xsyg anak bini ooiiiii..hehehe..

so, 4 mlm jgk sy ngn ni berkampung kat umah my sis..hehehe..balik umah just buka & tutup lampu jer..risau gak kalau xbuka lampu takut org pecah masuk umah x ke haru..mntk jauh dr terjd menda-menda cam tue..

sabtu tue, my sis yg sulung aka kak long ajak sy ke kuala trg..my sis nk g bli brg dapur & kelengkapan sekolah anak dia..so, sy ikut jerlah..smp jer, destinasi pertama haruslah misi mengetatkan perut dulu..my sis ajak ke pizza hut..kbtln dia ada kupon pizza..rezeki jgn ditolak yer..haruslah ku ikut jer..dah my bro in law yg bwk keta..ikut jerlah diorg ke mana jer diorg pegi..

sorry yer, pic sikit kabur sbb malu nk amik ngn cik nikon..sy guna cik nokia yg 5 megapixel jer nie..


                                             sy dania arrisa yer.. =)

                                       org sibuk nk order diapn sibuk skali nk order.. =)


                                       order yg nie yer cik long utk nia.. =)


                                        ultimate cheesy bites pizza..


                                             meatball bolognaise


                                          royal masala pizza..oklah coz org yg blanja..
                                            sy lbh sukakan super supreme lg


                                            si comot sy yg sdg mencomotkn diri.. =)


                                             kami semua yg sdg melantaklicious..


                setel sume..tgl my sis aka pengsponsor jer lg kat meja.. muaahahahaha

sume skali kami mkn ari tue rm145..puashati okeh..smp naik kembang pipi sy nk abiskan pizza tue sume..then, time nk g kat tempat parking keta kami terjumpa dgn geng zoomerz hotfm..laterlah sy update sal geng zoomerz nie yer..

Saturday, December 24, 2011

Opsyen SBPA dilanjutkan sehingga 15 Januari

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Januari depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr Ismail Alias.

Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Disember ini.

"Kita akan meneruskan SBPA dan sebenarnya CUEPACS tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Disember tarikh tutupnya kerana ia membabitkan banyak isu perundangan.

"Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan CUEPACS yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini, hari ini.

Rundingan itu yang berlangsung selama lebih tiga jam diadakan untuk menyelesaikan isu berbangkit berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, mengarahkan supaya CUEPACS dan JPA mengadakan rundingan segera bagi menyelesaikan isu tersebut.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.
Dr Ismail berkata, pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan sbpa dan lima isu termasuk 'exit policy' yang dibangkitkan oleh CUEPACS turut dibincangkan.

"Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang dikemukakan oleh CUEPACS, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.

Beliau berkata, bagi penjawat awam yang sudah menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan.

Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata, rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini adalah jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya. - BERNAMA


presiden cuepecs yg xhenti-henti duk bela kakitgn kerajaan

sumber:berita harian online

p/s: cikgu-cikgu kat tempat keje me ramai yg dah sign..me xsign pn lg.. =l

Friday, December 23, 2011

jjcm without papa syg

awal bln ari tue, kami ke kb..berdua shj coz papa nia kena outstation ke pahang..so, kbtln 1hb tue besday anak sedara sy yg twin tue..my sis ajak celebrate kat ridel hotel..kami just beli kfc & celebrate kat situ..kebetulan time tue xujan..cuaca ok so kami sambut kat dataran ridel hotel tue.. suasana kat situ mmg happening, lg-lg tmpat tue berdekatan jer ngn tambatan diraja tmpat tumpuan org kelantan bila banjir..ridel hotel nie pn berhampiran je dgn sg kelantan..

layan jer pic yg maha byk nie smp muntah yer..


                                                 my bil aka pengsponser terbsr mlm tue


                                                me with salah sorg besday girl on the day


                                       my sis & my mom sibuk membahagi ayam utk anak cucu


                                          jauh termenung terkenangkn papa ke nie yayang oiii??


                                                       =)


                                              sdg memerhati cat smbil mamam drumstik kepci


                                                           three layers tea for me


                                                      tukang rasmi air ummi


                                            mamam eskem dgn her cik  ngah

                                                   mamam lg


                                       ummi xsempat rasa pn eskem nie coz sibuk amik gmbr


                                    kami berdua without papa syg on the day

wajah baru wang kertas di malaysia

bank negara malaysia telah memperkenalkan wang kertas yg baru..thn dpn wang kertas nie akan mula digunakan..



                                          cantik design wang baru nie bila tgk






wajah baru wang kertas utk nilai rm20



Thursday, December 22, 2011

ummi & lil nia yg teruja

last week, balik dr keje ajak papa nia ke airport trg..sesaje g jejln bertiga..maklumlah sejak berpjj nie masa itu ckup berharga utk kami bertiga..

kami ke pantai teluk ketapang @ pantai airport sng..org trg sape yg baca belog sy nie mmg akan kenal kot..sng jer.smp jer time tue mmg kuat betul angin..cuaca mendung time tue..kat tepi pantai tue ada tempat utk menyewa kuda & motor beroda 4..lil nia teruja giler nk naik motor tue..so, ummi pn amik jerlah..dr dia naik kuda kang tetiba kuda tue naik angin meroyan i nanti..so, better amik motor tue..selamat skit..lgpn sy blh bwk motor tue..

                         sewa mende nie RM10.00 utk 10 minit


                  anak beranak teruja meronda
                 lil nia mcm jakun pn ada naik mende nie


                     sakit jari i duk tarik myk nak naik kwsn berbukit

                                     kami berdua
                

ummi suh papa bwk dia kata xnk coz xmencabar...muahaha..so, dia jd paparazi kami utk ari tue..kami main xsmp pn 10 minit coz ujan dah turun..so, kami just byr RM5.00 jer..hehehehe..

Wednesday, December 21, 2011

takder tempat lain ke nak main???

biasa lps operasi melipat kain baju, sy akan trus asing-asing & susun dlm almari..then lil nia pn turut sama tolong ummi mengemas..tp mengemas dia lain skitlah cara dia..muahaha.. kalo xcaya cuba tgk..


















skroll...



























skroll lg..









tara....

                                           abes kain dia plak msk menyibukkn diri


                                           ingat gua ke nak oiiii???


                                      sylah kesygn ummi & papa


                                                  peace yer semua

Tuesday, December 20, 2011

operator tidak diiktiraf

lil nia mmg pantang tgk tepon..asal tgk jer mesti mntk & siap jd operator xbertauliah..muahaha..sama gak, biasa pg ummi bwk pegi tmpat keje ummi dulu coz nk punch card then bru antar nia ke nursery..msk jer opis asal nmpk jer trus nk pon..









header baru lg

boring dh duk tgk header before nie..so, semlm merajinkan diri duk mengadap photoshop..smp kul 2 pg duk mengadap..hasil biasa-biasa jer..kata bdk baru belajarkan..

ok ke header baru mak nie??

Monday, December 19, 2011

Peti sejuk penyelamat atau pelindung makanan?

PETI sejuk dikatakan pemudah kerja setiap keluarga pada zaman ini. Ia banyak memudahkan kerja, menjimatkan masa, tenaga dan wang.

Peti sejuk memang menjadi kesayangan setiap wanita sama ada yang berkerjaya ataupun suri rumah tangga. Ia juga dikatakan penyelamat daripada melakukan pembaziran.

Lebihan makanan memang sentiasa memenuhkan peti sejuk. Ketika membuat pembersihan, ada yang mendapati ada makanan yang disimpan sudah tamat tempoh, berkulat mahupun berubah bentuknya. Ini berlaku kerana ketika hendak menyimpan makanan itu kita selalu menyangka, peti sejuk adalah penyelamat dan pelindung makanan terbabit.

Benarkah peti sejuk penyelamat dan pelindung makanan kita? Berapa lama lebihan makanan boleh disimpan di dalam peti sejuk? Bolehkah kita menikmati sayur dan lauk-pauk semalam pada keesokan harinya?

Jangan memperjudikan kesihatan diri dan sekeluarga hanya semata-mata kerana kita sangat mempercayai peti sejuk. Tahukah anda, kita sebenarnya tidak boleh menyimpan makanan yang dimasak di dalam peti sejuk lebih daripada empat hari? Tidak kira ia sekadar sayur, nasi, ikan, daging ataupun puding.

Ini kerana walaupun kita menyimpan lebihan makanan itu di dalam peti sejuk, tidak bermakna makanan itu tidak menjadi rosak. Bakteria membiak perlahan di dalam suhu sejuk tetapi ia masih ada. Ia seperti memandu laju ataupun memandu perlahan ke destinasi yang sama. Perjalanannya tetap ada cuma cepat atau lambat saja sampai ke tempat yang dituju.

Untuk menyelamatkan makanan selama yang boleh, kita kena memastikan makanan yang hendak disimpan ke dalam peti sejuk dimasukkan dalam masa dua jam selepas ia dimasak.

Ada makanan yang rosak lebih cepat daripada yang lain. Mayonis contohnya, mudah rosak dalam masa dua bulan walaupun berada di dalam peti sejuk selepas botolnya dibuka. Makanan bayi juga cepat rosak walaupun baru sehari disimpan. Jadi pastikan setiap botol yang sudah digunakan ditandakan tarikhnya supaya ia tidak memudaratkan keluarga.

Sangat berbahaya apabila kaedah perubahan rupa dan bau tidak dapat digunakan bagi menentukan makanan itu masih elok atau tidak. Banyak makanan seperti mayonis, makanan bayi dan piza masih kelihatan cantik, tidak berbau dan rasanya sedap walaupun sebenarnya ia sudah rosak.

Sangat elok jika kita mempunyai perasaan risau dengan tahap keselamatan makanan itu kerana sekiranya kita sentiasa menganggap ia masih selamat, dikhuatiri kita mudah mendapat keracunan makanan.

Untuk memastikan makanan boleh disimpan lebih lama, boleh saja menyimpan ia di bahagian dingin beku. Makanan yang didingin beku boleh tahan beberapa hari lebih lama daripada di tempat sejuk biasa.

Suhu di dalam peti sejuk pula mesti kekal antara 33 hingga 40 darjah Fahrenheit (0.5 hingga 4.4 darjah Celsius). Bagaimanapun, bukan semua bahagian di dalam peti sejuk mampu mengekalkan suhu sebegitu. Semakin ke dalam, semakin sejuk suhunya berbanding di bahagian luar berdekatan pintu.

Jadi, pastikan meletakkan makanan seperti telur, susu, keju dan lebihan makanan lain di bahagian yang lebih dalam. Letakkan makanan yang tidak perlu suhu sejuk seperti air di bahagian depan.

Lebihan makanan hanya boleh disimpan di dalam peti sejuk selama empat hari kerana ia mengurangkan risiko terkena keracunan makanan. Sekiranya anda rasa tidak mungkin menggunakannya semula dalam masa empat hari, dingin bekukan segera.

Keracunan makanan dapat dielakkan sekiranya kita memasak dan menyimpannya dengan cara yang betul. Paling penting, makanan seperti daging, ayam, ikan, susu dan telur tidak dibiarkan berada di dalam suhu bilik (32 darjah Celsius) lebih daripada sejam.

Makanan yang tidak melalui proses masakan seperti salad dan sandwic harus dimakan segera ataupun dimasukkan ke dalam peti sejuk bagi meminimumkan pembiakan bakteria.

Sebelum memakan lebihan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk, panaskan ia di atas dapur atau ketuhar. Periuk api perlahan atau penghidang makanan yang mempunyai pemanas tidak digalakkan untuk memanaskan lebihan makanan daripada peti sejuk.

Supaya anda tidak perlu menyimpan lebihan makanan:


  • Rancang jadual pemakanan supaya tidak membazir. Amalkan memasak lauk yang ringkas, bukan pelbagai lauk kerana anda akan rambang mata ketika memakannya.




  • Selalu sangat nasi dimasak berlebih-lebihan! Latih diri dan keluarga supaya mengurangkan pengambilan nasi.




  • Sekiranya mengadakan majlis makan-makan, pastikan anda sediakan bekas dan pembungkus supaya makanan boleh diagihkan kepada tetamu bagi dibawa pulang.




  • Pastikan jumlah sebenar tetamu yang datang. Suruh mereka mengesahkan kehadiran dan beritahu mereka anda perlu berbuat demikian demi penyediaan makanan dan tidak mahu mengamalkan pembaziran yang dilarang agama.




  • Apabila mengajak tetamu datang, pastikan anda tahu apa kegemaran mereka dan sebaliknya. Jangan masak mengikut selera sendiri, sebaliknya utamakan tetamu. Ini supaya makanan dapat dinikmati bersama.




  • Periksa peti sejuk setiap minggu supaya lebihan makanan yang sudah tamat tempoh segera dibuang.




  • sumber: metro online

    percutian yg terpaksa dipostpone

    sepatutnya rabu nie kami akan bercuti-cuti mesia penutup 2011..tp kami terpaksa postponed dulu..semlm, my antie dtg umah bgtau her anak aka my kazen nk bertunang on 24 dis nie..sepatutnya tarikh tue kami dh smp ke destinasi yg kami dh rancangkan..

    cik putih kesygn sy siap servis bagai dh..tp tuelah,kita merancang tuhan dh buat rancangan yg terbaik utk setiap hamba-Nya..semlm, call owner homestay yg sy telah booked utk cancel booking..mujur gak deposit xkena byr, kalau x mesti burned gitu jer..

    lg pn mcm byk sgt halangan nk g bercuti kali nie.. papa nia pn semlm bru gtau xleh cuti coz byk keje nk kena siapkan..tue first halangan..then my kazen plak last minute bru gtau nk bertunang..so, mmg xleh nk g jgk..

    xperlah, kalo ada rezeki cuti CNY nie mana tau kot blh qada cuti-cuti mesia yg terpaksa dipostponed nie..muahaha..

    Thursday, December 15, 2011

    penangan ngidamkan durian

    masa ngandungkan nia dulu, time tue mmg bkn musim buah durian..bila dh bkn musim buah durian blh plak mengidam nk mkn buah durian..punyalah susah nk dptkn buah durian time tue..tue pn ma sy yg belikan..siap masa tue rege RM45 2 biji..sebijik jatuh harga rm22.50 okeh..tp demi mengidam my mom belikn jgk..siap ma kata kalo bkn mengidam jgn harap dia nk beli..hehehe..

    now, nia mmg hantu durian..suka sgt kalo dpt mkn durian..2 hari lps my mom bru balik dr pameran kat melaka..my mom buat pameran hasil dr buah nenas..otw balik tue, my mom blikn buah durian..so apalagi, bersungguh ke mainla nia dpt buah pebret dia nie..

                             sambil mamam smbil tgk tv..


                                     abes comot tp tetap nk mkn lg


                                   sedap...


                                                  nikmat xterkata..

     mujur jgk ummi ngidamkan benda yg sng nk cari..kalau ummi ngidam menda yg susah nk cari haru birulah papa nk mencari..hehehehe

    Wednesday, December 14, 2011

    mainan kesygn lil nia

    korang sila percaya yer..lil nia mmg suka toys utk anak lelaki..doll bagai dia mmg xlayan..kalo xpercaya tgk per mainan kesygn dia..



















    skroll lg..























    tarraaaaa..

                                               2 mainan kesygn lil nia


                                           side view plak




                             nia mengepow her pok yie time balik kb ari tue

    lately, nia dh pandai mntk ipad ngn sy..pening mak ok..last two days nia tgk anak kwn sy duk main ipad, trus ngamuk mntk nk ipad jgk..lil nia ingat ipad tue rege 2 3 ringgit agaknya..huhuhu..anak-anak zaman skrg mmg cukup canggih tul..pg nie pn time ummi dtg punch card td ngamuk lg mntk ipad..sy bodek & janji ngn nia nk beli yg mainan..blh dia xkata amboh " xnak "..dusssshhhh..anak oh anak..tggu ummi menang loteri ummi beli ipad betul-betul yer... =)

    Tuesday, December 13, 2011

    header baru after abes citer cinta elysa

    baru jer abis last episode cinta elysa..ending dia i loikeeee juta-juta kali..setelah berbagai rintangan yg terpaksa elysa & aril tempuhi akhirnya bahagia milik diorg berdua..sweet sesgt ending dia..papa nia siap senyum sesorg duk layan final episode citer nie..

    pas abis tgk citer cinta elysa trus dtg idea nk tkr header baru..ok ke kwn-kwn header baru sy nie?? pe kena header nie ngn cinta elysa?? xde pape yg menarik pn,bosan dh duk tgk pic header yg sebelum nie..

    anak beranak yg merajinkn diri di hujung minggu =)

    jumaat ari tue, papa merajinkn diri membasuh cik putih..sekian lama dh cik putih xberbasuh, skrg kn musim ujan nk basuh keta pn xde mood..

    nia asal tgk papa basuh keta trus nk menyibukkan diri sama..so,ummi biarkan jerlah coz kalo xbg konpem ngamuk xhengatlah..


                             sental bahagian dpn dulu


                          belah kanan keta plak while papa tgh bermessaging dgn kekasih gelap..muahahaha


                                sental lg


                       sempat lg senyum nmpk gigi even tgh membasuh pn


                                        snap dr celah grill jendela


                          nia smp ke sudah duk sental tmpat yg sama =)

    cik putih bersih berkilat-kilat xsmp sehari pn, ptg tue trus ujan..huhuhu..tuela,skrg cuaca xmenentu..kena redhakan diri..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...