MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, January 11, 2012

Jaga gigi sejak kecil



GIGI yang cantik mampu memberikan senyuman menawan. Melalui bentuk dan keadaannya, ia menunjukkan seseorang itu melakukan penjagaan rapi atau sebaliknya pada gigi mereka.

Menghadapi masalah pengumpulan kaviti, plak, enamel yang lemah, kotoran serta nafas berbau antara kesan buruk dialami jika tidak mengamalkan penjagaan kesihatan gigi.

Jika inginkan kesihatan dan kecantikan gigi kekal hingga ke usia tua, penjagaan rapi harus dilakukan sejak kecil lagi dalam mendidik anak-anak menerusi pendedahan awal.

Ia harus dimulakan dengan memberikan contoh dan alasan yang baik kepada anak-anak agar mereka memahami keperluan penjagaan gigi bagi mengekalkan kesihatan di kawasan sekitarnya termasuk mulut.

Antaranya adalah pendedahan melalui aktiviti memberus gigi bersama-sama anak atau membiarkan mereka memilih berus masing-masing dan menggalakkan penjagaan
yang betul.

Penjagaan kesihatan gigi yang didedahkan itu mampu mengelakkan masalah rongga atau kaviti kerana ia memainkan peranan penting yang akan mengakibatkan gigi menjadi reput.

Ia antara kesan kerosakan gigi yang dipengaruhi oleh gaya hidup, pemakanan, penjagaan yang tidak betul dan kehadiran fluorida dalam air serta ubat gigi selain mempunyai keturunan menghadapi masalah kaviti.

Walaupun masalah kaviti biasa terjadi di kalangan kanak-kanak, namun golongan dewasa juga berhadapan risiko untuk mengalaminya.

Golongan dewasa berisiko untuk mendapat kaviti jika mereka menghadapi masalah mulut kering disebabkan kekurangan air liur.

Jika tidak dirawat dengan cepat, kaviti boleh memusnahkan gigi dan membunuh saraf halus di bahagian tengahnya yang akan mengakibatkan kawasan jangkitan di hujung akar bernanah.

Bukan itu saja, penjagaan kesihatan gigi juga dapat mengelakkan gejala nafas berbau yang juga dikenali sebagai halitosis.

Bau yang terhasil boleh menyerang secara berkala atau berterusan, bergantung kepada puncanya. Antara penyebab utama kebanyakan mereka yang mengalami masalah nafas berbau adalah disebabkan kehadiran berjuta-juta bakteria yang terdapat di dalam mulut terutama di bahagian belakang lidah.

Mulut kering atau keadaan persekitaran mulut yang lembap sangat sesuai untuk bakteria berkembang. Antara jenis nafas berbau yang biasa dialami adalah di awal pagi yang dianggap biasa dan mereka tidak bimbang dengan masalah berkenaan.

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah nafas berbau tidak menyedarinya kerana sel hidung yang mengesan bau terbabit sudah menjadi biasa dengan aliran bau busuk daripada mulut.

Selain faktor bakteria, masalah nafas berbau juga boleh terjadi disebabkan kurang membersihkan gigi, jangkitan dalam mulut atau saluran pernafasan, merokok dan penyakit lain seperti kencing manis, paru-paru serta buah pinggang.

Keadaan nafas berbau akan membuatkan orang di sekeliling berasa tidak selesa untuk bercakap atau duduk semeja tidak kira ketika bekerja atau menikmati makanan.

Oleh itu, kita seharusnya mengambil tindakan awal kerana ia dapat diatasi dengan mudah. Kita hanya perlu memberus gigi, lidah dan gusi selepas makan, menggunakan flos atau berkumur.

Bukan itu saja, pemeriksaan di pusat kesihatan juga penting dan ia harus dilakukan dua kali setahun bagi memastikan gigi sentiasa sihat dan bersih.

Selain itu, pengambilan air yang banyak setiap hari juga dapat menggalakkan pengeluaran air liur sekali gus membantu mengatasi masalah nafas berbau.

Kesihatan gigi melalui penjagaan yang rapi membolehkan kita melakukan aktiviti sosial dengan selesa malah dapat merasai pelbagai jenis makanan di samping mengekalkan kecantikan gigi untuk tempoh yang lama.

sumber: metro online 

 futnote: lil nia pn sy nk bwk p dentist next week utk buat rawatan gigi dia..byk sgt karies kat gigi dia even dh gosok pg ptg mlm pn..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...