MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, January 14, 2012

Pasukan khas ditubuh utk SBPA

PUTRAJAYA: Sebuah pasukan petugas akan ditubuhkan untuk melakukan semakan semula terhadap Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan mengambil kira prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, pasukan itu akan dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam hal perkhidmatan awam.

Katanya, ia akan dianggotai pegawai JPA, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan pegawai kementerian berkaitan.

“Pasukan ini akan mengadakan rundingan dan perbincangan dengan pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.

“Mereka diberi tempoh dua bulan iaitu sehingga 16 April ini untuk mengkaji isu yang dikemukakan dan seterusnya mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin mengumumkan menangguhkan pelaksanaan SBPA bagi membolehkan satu semakan semula dan perbincangan dengan pihak berkaitan diadakan.

Najib dilaporkan berkata, penangguhan bertujuan menyelesaikan isu yang dibangkitkan pihak tertentu berkaitan pelaksanaan SBPA.

Mohd Sidek berkata, isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah dialamat atau diemelkan dalam tempoh sebulan iaitu sehingga 15 Februari kepada Timbalan Ketua Pengarah JPA, Datuk Farida Mohd Ali di alamat Aras 13, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya atau e-mel farida.sbpa@jpa.gov.my.

Bagaimanapun, beliau berkata, semakan semula itu tidak akan menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu.

Katanya, bagi mereka yang bersetuju memilih SBPA, opsyen berkenaan kekal.

Sementara itu, mereka yang belum mengemukakan borang opsyen sehingga semalam dan mereka yang membuat opsyen untuk tidak memilih SBPA, borang opsyen baru akan dikemukakan selepas keputusan muktamad ke atas semakan baru itu dibuat.

“Walau apapun, kerajaan memberi jaminan SBPA yang disemak semula itu terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik (less favourable) daripada terma dan syarat SBPA yang sudah ditawarkan terdahulu termasuk kemudahan serta gaji,” katanya.

sumber : metro online

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...