MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, February 13, 2012

Kembalikan bentuk badan



SELEPAS melahirkan anak, kebanyakan wanita berasa bimbang apabila melihat bentuk tubuh mereka yang semakin mengembang dan menunjukkan tanda-tanda berat badan meningkat.

Biasanya, bahagian yang paling ketara berlaku perubahan adalah di lengan, punggung, perut dan payudara. Tidak hanya bentuk lebih besar malah kehadiran tanda regangan pada kulit perut ketika hamil, dikenali sebagai striae iaitu parut yang terbentuk akibat lapisan dermis yang terkoyak juga begitu membimbangkan.


Penting bagi ibu yang baru bersalin untuk mengetahui senaman sesuai bagi mengembalikan bentuk badan yang diinginkan seperti sebelum mengandung dan pada masa sama dapat menjaga bayi dengan sempurna.

Jadi, sebaiknya selepas melahirkan anak tidak kira secara normal mahupun pembedahan harus mengambil tindakan segera dengan membuat senaman yang betul agar bentuk badan diinginkan berjaya diperoleh.

Menurut Pakar Runding Laktasi dan Bidan Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, Elizabeth Muthu, selepas bersalin wanita seharusnya melakukan senaman bagi mengembalikan bentuk badan dan menghasilkan kualiti susu yang baik untuk bayi.

“Selepas selesai menguruskan segala urusan bayi anda yang biasanya mengambil masa selama seminggu, sehari sekali perlukan sedikit masa untuk melakukan senaman.

“Senaman dilakukan bagi mengurangkan masalah berat dan bentuk badan yang semakin mengembang selepas bersalin. Seeloknya, senaman dibuat bersama-sama dengan anak.

“Ini bagi memastikan perhatian terhadap anak dapat dilakukan setiap masa walaupun ketika sibuk melakukan senaman di samping dapat menyusukan bayi ketika menangis,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Tambah Elizabeth, biarpun senaman penting, harus diingat ia tidak boleh dilakukan secara berlebihan. Ini kerana jika berlebihan ia menghasilkan lebih banyak asid yang tidak diperlukan terutamanya bagi ibu yang menyusukan bayi.

Bukan itu saja, senaman yang dilakukan secara berlebihan menyebabkan badan letih dan tiada tenaga mengakibatkan tumpuan terhadap anak berkurangan.

Tidak hanya menitik beratkan senaman, malah ibu yang baru melahirkan bayi juga harus menjaga diet harian dan mengambil makanan berkhasiat bagi membantu proses mengembalikan bentuk badan seperti diinginkan.

“Senaman yang dilakukan dapat dilihat kesannya jika diikuti dengan mengambil makanan seimbang dan lengkap bagi memberi kesihatan kepada tubuh badan.

“Pemakanan yang seimbang bukan hanya untuk mendapatkan bentuk badan ideal malah penting bagi menghasilkan susu berkualiti.

“Seeloknya, ambil makanan yang berasaskan protein dan kurang karbohidrat. Ini kerana, jika gemar mengambil makanan yang banyak karbohidrat akan membuatkan anda mudah lapar kerana biasanya ia lebih cepat dibakar.

“Tingkatkan makanan berasaskan protein dan serat bagi menghasilkan kualiti susu yang lebih baik di samping membantu mengurangkan berat badan.

“Harus diingat jangan amalkan pengambilan makanan segera kerana tidak baik untuk badan dan penghasilan susu,” katanya yang menasihati agar mengamalkan diet seimbang kerana senaman hanya untuk menegangkan otot atau bahagian yang kendur.

Tambahnya, ibu yang baru melahirkan anak sebaiknya amalkan mengambil makanan enam kali sehari. Misalnya, di awal pagi dengan roti bersama keju. Kemudian, pada jam 10 pagi, ambil makanan berasaskan kekacang.

“Tengah hari pula amalkan mengambil nasi daripada beras perang berbanding nasi putih kerana ia mempunyai nutrien tinggi dan campurkan dengan sup atau sayur-sayuran.

“Jika mahu menikmati nasi putih, apa kata campurkan ia dengan beras perang bagi menambah nutrien yang diperlukan oleh badan.

“Pada waktu minum petang pula, anda boleh minum teh tanpa gula dan makan malam dengan sup,” jelas Elizabeth yang menasihati wanita agar mengambil makan malam empat jam sebelum waktu tidur.

Tambahnya, senaman yang konsisten dan menjaga diet secara seimbang harus dilakukan dengan mempunyai objektif agar misi yang dilakukan berjaya.

Bagi ibu yang baru melahirkan anak, ikuti langkah mudah ditunjukkan Elizabeth yang boleh dilakukan di rumah bersama bayi anda, sekali atau dua kali setiap hari dalam tempoh 10 hingga 15 minit.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...