MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, October 14, 2012

warna kulit bayi


Bayi-bayi dari semua bangsa dan kumpulan etnik dilahirkan dengan kulit yang agak putih dan kadangkala merah jambu. Kebanyakan ibu-bapa menyangkakan yang warna merah jambu ini ialah warna kulit bayi mereka dan kecewa apabila kulit bayi bertukar atau menjadi lebih gelap dan menyerupai warna kulit sebenar dalam minggu-minggu berikutnya dan dalam tahun pertama.

Setengah bayi kelihatan lebih gelap beberapa hari selepas dilahirkan sebab mereka kehilangan air dan sedikit berat badan pada mulanya, dan ini membuat kulit mereka kelihatan pucat. Namun begitu, kebanyakan bayi mendapatkan kembali warna kulit yang sihat (walaupun tidak semestinya putih) setelah pola makanan yang teratur dimantapkan. 


Kulit bayi baru lahir berbeza rupa mengikut jumlah minggu kehamilan anda semasa bayi dilahirkan. Bayi pramatang mempunyai kulit yang nipis dan jernih, dan mungkin disaluti lapisan lanugo, bulu yang halus dan lembut. Mereka juga mungkin diselaputi verniks, satu bahan yang putih berminyak yang melindungkan kulit daripada cecair amnion. Bayi penuh bulan dan bayi lewat bulan dilahirkan dengan hanya sedikit verniks dalam kelipat-kelipat kulit mereka. Bayi dilahir lewat juga mempunyai kulit yang agak berkedut dan amat sedikit lanugo atau tiada langsung. Bacalah dengan lebih lanjut tentang rupa bayi baru lahir.

Dalam beberapa kes, warna kulit bayi boleh bertukar disebabkan faktor persekitaran atau kesihatan. Kulit bayi mungkin ternampak merah atau radang disebabkan suhu tinggi, atau bayi mungkin mendapat sedikit tanda-tanda kebiruan disebabkan cuaca sejuk, terutama sekali jika tangan dan kakinya terdedah. Setengah bayi menjadi biru atau ungu disebabkan menangis keterlaluan. Walau bagaimanapun, jika kesan biru itu tidak hilang setelah tangisan bayi berakhir, atau jika bayi anda mempunyai kesan biru di seluruh badannya yang tidak reda selepas beberapa hari, ini mungkin tanda sesuatu masalah pernafasan atau peredaran darah. Beritahu doktor anda dengan segera.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...