MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, January 31, 2012

wajah baru anak dara kesygn sy =)

pg jumat lepas sblm kejadian nie berlaku my sis aka cik long nia buat misi memotong rambut nia lg..lil nia pn bila dgr jer her cik long nk guntung rambut dia trus suh ummi amik gunting & sikat..mmg dia cukup suka bila nk kena potong rmbut..siap request suh pegi gunting kat kedai lg..

lgpn lil nia nie mmg jns susah nk ikat rambut, asal ikat jer mesti melalak mcm kena dera..ada-ada jer alasan dia..so, dr rambut pjg berjurai mcm hantu kak limah balik kg betterlah potongkn saja..sng citer.. =)

time sesi potong rambut tue, ummi xingat nk snap pic..so layankan jerlh pic  nia berwajah baru yer.. =)


                                    pandangan dpn =)
      

                       pandangan sisi =)


           depan lg.. ada yg xkena potong sbb ini bdk mmg xduk diam time cik long nk potong =)


                      pandangan blkg..

stail rmbut lil nia sama je bila kena potong..nk buat stail lain takut xkena plak..stail nie ummi panggil rambut dora..cer tgk kartun dora, rmbut dia gini jgk kn??

Monday, January 30, 2012

jumaat yg mencemaskan kami semua =(

jumaat ari tue cukup mencemaskan seluruh ahli keluarga kami..tp, tuhan itu maha bijaksana..alhamdulillah..

masa kejadian lbh kurang jam 6.00 ptg..sy bru bgn tido time tue..tuepn hubby kejutkn..kalo xmelarat smp maghrib kot..time tue lil nia tgh tido jgk..

masa kejadian tue sy tgh bermuka buku..sempat lg, bgn jer tido trus ngadap lappy..muahaha..hubby time tue duk kat laman rmh smbil tgk my bro repair keta.. kbtln my sis yg duk kb tue aka kak ngah bru balik dr umah jiran..time kejadian, anak my sis aka anak sedara sy drive keta..nk dijdkan cerita ank kak ngah yg kecik aka fahmi  trus meluru ke keta..fahmi tue sebaya umur ngn lil nia..time tue keta xbrenti lg..trus terlanggar dia..then fahmi jatuh & area lutut smp peha fahmi kena gilis ngn tayar keta..then tgh kalut-kalut tue, her sis blh plak g undur keta..skli lg tergilis kaki fahmi..masa tue sy dgr my sis in law mcm org gila duk bgtau suh stopkn keta..mmg cukup mendebarkn..sy trus berlari & trun amikkn si fahmi from my sis in law..tgk, lutut & his kaki luka..time tue mmg riuh rendahlah..passkan fahmi dekat kak ngah & sy amikkn ubat gamat utk sapukan dekat kaki dia yg luka..then,sy ajak my sis ke hospital..smp trus msk bilik kecemasan & MA aka medical assistant check kaki fahmi..

time tue doc xde..MA call doc yg oncall time tue..before doc smp kaki fahmi kena x-ray..fahmi relaks je..just merengek-rengek jer..xde nangis sgtpn..sy yg tgk pn takut + gerun..time tue lutut fahmi dah nmpk bengkak..after doc smp,doc tgk result x-ray dan yg membuatkan kami bersyukur even digilis 2 kali tp xde langsung patah or tulang remuk..pelik dan ajaib kan??itulah,bila fikir logik tuhan tue Maha Berkuasa..alhamdulillah..syukur sesgt..doc benarkn balik dan trus kami bwk ke rmh tukang urut..bila tukang urut tgk, lutut & tulang peha fahmi terseliuh..time tue mmg fahmi meraung smp kami kena pegang coz nk betulkan balik tulang yg terseliuh tue..

                    pic sikit blur coz guna henset jer.. nie pn curi-curi amik pic..

                           kaki yg kena gilis =(  pity u fahmi..
 
                       relaks jer..bangga sekejap mak sedaramu..
                    kalau teh yg kena blm tentu blh relaks mcm nie =D

semlm call my sis aka kak ngah, fahmi dh dpt berjln balik..tp still terhincut-hincut lglah..xkisahlah, janji anak sedara sy dah back to normal..

CUEPACS tetap enggan sertai panel semak SBPA

KUALA LUMPUR: CUEPACS tetap dengan pendiriannya tidak menyertai pasukan petugas khas semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), sekiranya tiga lagi pemimpin kanannya tidak dibenarkan untuk menganggotai pasukan itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman, menegaskan tindakan CUEPACS tidak sepatutnya dilihat sebagai mengugut, sebaliknya menunjukkan pihaknya amat serius untuk memberi input dalam membincangkan penambahbaikan SBPA.


“Saya akan hadir mesyuarat kedua yang dijadual 8 Februari ini, sekiranya tiga pemimpin CUEPACS tidak dibenarkan masuk, maka saya akan keluar daripada mesyuarat itu.

“Tidak adil dan tidak wajar apabila ada 19 wakil daripada pelbagai agensi kerajaan dalam pasukan itu, tetapi CUEPACS hanya dibenarkan menghantar satu wakil.

“Kehadiran tiga pemimpin kanan CUEPACS itu bertujuan untuk bersama-sama membangkitkan pelbagai cadangan kerana mereka juga mewakili kesatuan sekerja dan mempunyai maklum balas yang ingin disampaikan kepada pasukan petugas.

“Saya amat berharap pasukan petugas khas itu yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam akan mempertimbangkan rayuan kami,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Tiga pemimpin kanan CUEPACS yang dimaksudkan Omar ialah Timbalan Presiden I, Aziz Muda; Setiausaha Agung, Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan, Jaafar Mansor.

Omar berkata, sehingga sekarang ketiga-tiga pemimpin CUEPACS itu masih belum menerima sebarang surat jemputan daripada pasukan petugas khas dan beliau amat berharap perkara itu akan disegerakan sebelum berlangsungnya mesyuarat kedua.

Selain tiga lagi wakil, CUEPACS turut mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan antaranya mengkaji semula pindaan gaji kakitangan Gred 54 dan ke bawah, kedudukan kekananan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA, kedudukan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum dan menyemak kembali penstrukturan semula di semua gred.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) turut menyokong pendirian Omar dan berharap kerajaan akan memberi lebih ruang kepada wakil kesatuan untuk membantu melakukan penambahbaikan skim berkenaan.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya percaya dengan kehadiran lebih ramai wakil kesatuan sekerja pelbagai isu yang timbul dapat diselesaikan secara bersama tanpa sebarang masalah.

“Tiga pemimpin kanan CUEPACS itu dapat membantu Omar dalam mesyuarat selain secara bersama-sama dapat membuat keputusan bagi pihak 1.2 juta kakitangan awam,” katanya.

sumber: berita harian online

futnote: bagus CUEPECS coz mempertahankan nasib semua kakitangan kerajaan

Saturday, January 28, 2012

Borang pinjaman SARA 1Malaysia diedar Isnin

KUALA LUMPUR: Golongan berpendapatan rendah boleh mendapatkan borang untuk menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) dari Malayan Banking Bhd, RHB Bank Bhd, CIMB Bank Bhd dan Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) mulai Isnin ini.

Presiden yang juga Ketua Eksekutif Kumpulan, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata mereka yang layak berpeluang memohon pinjaman berjumlah RM5,000 bagi membolehkan mereka melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).

“Mereka hanya perlu membayar minimum RM84 sebulan selama lima tahun, manakala insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS1M,” katanya sambil menambah sejumlah RM500 juta diperuntukkan kepada 100,000 isi rumah yang akan diagihkan berdasar permohonan awal didahulukan.

Beliau berkata demikian pada majlis pemeteraian perjanjian antara Malaysian Development Holdings Sdn Bhd (MDH), syarikat tujuan khas (SPV) milik penuh Kementerian Kewangan bagi menguruskan SARA 1Malaysia, dengan empat bank tempatan berkenaan di sini, semalam.

Hamad Kama Piah berkata, permohonan akan dibuka selama setahun atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan.

Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi sebanyak RM100 juta menerusi MDH. Syarikat itu akan membuat pinjaman bernilai RM500 juta daripada bank tempatan bagi membolehkannya melabur sebanyak 500 juta unit dalam AS1M yang mana pulangannya diagihkan kepada pelabur SARA 1Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Presiden yang juga Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Lim Hong Tat, berkata peserta SARA 1Malaysia boleh mengharapkan pulangan pelaburan (ROI) lebih 12 peratus setahun, iaitu antara ROI unit amanah tertinggi pernah ditawarkan di negara ini.

Beliau berkata, menerusi skim itu peserta hanya perlu membayar RM84 sebulan dan selepas lima tahun, sekiranya tiada pengeluaran dibuat sepanjang tempoh itu, akan meraih pulangan RM13,000.

Pemohon yang mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500-RMRM3,000 sebulan layak menyertai.

sumber :  berita harian online

*Penyertaan untuk Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) boleh dibuat mulai Isnin ini di Malayan Banking Bhd. (Maybank), CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).


* Pemohon perlu membawa kad pengenalan termasuk dua salinannya, kad pengenalan pasangan serta dokumen pengesahan gaji tiga bulan pemohon dan pasangan.

* Setiap individu perlu meminjam sebanyak RM5,000 seorang bagi setiap isi rumah tanpa dikenakan kadar faedah.

* Peserta yang layak akan mendapat insentif sebanyak RM134 sebulan daripada pelaburan RM5,000 yang dibuat dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).



 sumber: metro online

Friday, January 27, 2012

Bayaran Gaji Februari Penjawat Awam Berdasarkan SSM

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Jan ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Jan.

"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan 2012," katanya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA.

sumber : BERNAMA

futnote: mcm menyusahkan je sbpa nie..time nk laksana tak kaji elok-elok dulu..bila dah laksana kejap truskn kejap nk bincang.. =(

Thursday, January 26, 2012

jjcm megi ketam bistro dungun =)

bru ada idea nk update entry..biasa pakai copypaste jer utk nk jgk belog berupdate..

last week, me & nia ke paka utk amik papa nia..papa nia mmg suka cri tiket last minute, bila dh last minute jgn arap nk ada tiket..so, terpaksalah me & nia pegi amik si jantung hati sy nie..so, after balik keje mandikan nia & trus bersiap-siap nk ke paka..jarak nk ke paka lbh kurang 2 jam jgklah..jauhkan?? tp demi si jantung hati sanggup wehhhhh..

bertolak dr rmh lbh krg kul 4.30 ptg..alhamdulillah, nia behave sepanjang perjlnan..xmengamuk pn..gud anak ummi..sepanjang dlm perjlnn nia sy umpan ngn pen & kertas..abis segala benda dia tulis.. =)

awal-awal lg ummi ckp ngn papa nk mkn kat megi ketam bistro..kalau nk kira dh 2 mggu berturut-turutlah kami duk idam nk mkn kat sini..nie pn dpt tau from member sy masa blaja kat poli dungun dulu..dia upload pic dlm fb dia..nmpk mcm sedap jer megi ketam yg dia order tue..trus hati tringin membuak-membuak nk merasa kesedapan tue jgk..

2 mggu lps, me dh cari ngn papa nia kedai nie..tp xjumpa..so, me msg adibah, my fren tue tnya kat mana lokasi kedai tue..sblm nie kami dh terlajak smp ke pantai telok lipat lg..so mggu tue kami balik dgn hati yg kempunan..last week cri lg & alhamdulillah jumpa jgk kedai nie..kedai dia tersorok sikit.. bila tgk jer signboard kedai nie trus teruja okeh..

time tue lil nia tgh tido, tp bila dgr suara hiruk pikuk trus terbgn si busyuk masyam ummi nie..oleh krn perut tgh berdongdang dendang kami xjd order megi ketam..kami order nasi putih, ketam masak lemak cili api & lala masak pedas & telur dadar..servis kedai nie mmg tip too la..laju jer..xde nk menunggu berjam-jam even customer xputus-putus msk..nk order ikan time tue sume ikan dh abis..yg tgl ikan pari..me kurang gemar ikan pari..so,order 2 lauk tue jer..

                       ketam masak lemak cili api yg super pedas..sedap & terbaik lah..
                   pic kurang clear coz guna henset je..malu weh nk usung si nikon tue..

             
                    lala masak pedas kot..xingat dh apa nama masakan dia..
      sedap & pedas dia mmg terbaeklah..senyap xterkata papa nia sbb ikut selera dia yg suka pedas

harga utk kesemua yg kami mkn mlm tue rm47 jer..murahkan?? ketam dia mmg terbaeklahhh..penuh dgn isi..smp berejam nk siapkan makan coz xreti nk kopek kulit ketam tue..

pas nie nk try megi ketamlah plak.. =)

Baik Buruk Pilih Tarikh Bersalin


Setiap apa yang dilakukan pasti ada sisi baik dan sisi buruknya. Demikian juga dengan aspek pemilihan tarikh bersalin seperti yang banyak dilakukan oleh ramai ibu bapa moden pada masa kini.

Apa pun jua pendapat yang disuarakan atas pemilihan tarikh bersalin, natijahnya, tarikh tidak mencerminkan apa-apa. Jika kebetulan tarikh bersalin itu jatuh pada tarikh yang unik, ia dikira sebagai bonus tambahan kepada anda dalam melalui saat-saat manis menimang cahaya mata.

Kebaikan

Dengan memilih tarikh tertentu untuk bersalin, anda boleh menguruskan sesuatu hal yang perlu dibereskan sebelum melahirkan dalam keadaan keadaan tenang dan merancang dengan lebih teratur. Apabila tekanan dapat dikurangkan, ia tidak akan menimbulkan kerisauan. Oleh yang demikian, proses kelahiran dapat dilalui dengan lancar.

1. Terancang

Bagi anda yang mempunyai ibu bapa atau ahli keluarga yang tinggal berjauhan, pemilihan tarikh bersalin membolehkan mereka datang lebih awal agar dapat menjaga anak yang lebih tua sepanjang anda berada di hospital.

Malah, bagi anda yang masih mempunyai tugasan yang perlu dibereskan sebelum bersalin, sudah pasti urusan itu dapat diselesaikan dengan sempurna. Dengan yang demikian, anda mempunyai masa untuk melakukan kerja-kerja secara teratur dan menguruskannya dengan baik.

2. Teman Ketika Bersalin

Menerusi pemilihan tarikh bersalin, para suami tidak lagi mempunyai alasan untuk mengatakan tiada peluang untuk bersama-sama dengan anda ketika melalui proses kelahiran bayi. Malah, ibu juga boleh menemani anda ketika di dalam bilik bersalin sekiranya hospital pilihan membenarkan beliau berbuat demikian.

3. Bajet

Proses kelahiran anak terutamanya di hospital swasta menuntut beberapa kos tertentu. Jadi, dengan memilih tarikh bersalin, segelintir pasangan ibu bapa yang mungkin mempunyai kekangan kewangan pada tarikh jangkaan bersalin yang diberikan oleh doktor dapat mengatasi masalah ini tanpa perlu khuatir tentang kos kelahiran anak.

4. Kepercayaan Kaum

Terdapat segelintir individu terutamanya kaum India dan Cina percaya bahawa hari atau waktu kelahiran tertentu dapat memainkan peranan dalam mencorakkan masa depan si kecil. Berdasarkan kepercayaan yang dipegang, sudah pasti ia diharap dapat membentuk keperibadian anak yang bakal membesar sebagai insan yang berguna.

5. Pilih Doktor

Jadual tugasan doktor tidak menentu. Jika mahu doktor yang menjaga kehamilan anda menyambut kelahiran bayi, maka pemilihan tarikh bersalin dapat membantu. Dengan yang demikian, anda dapat memastikan doktor yang anda percayai itu bertugas pada tarikh anda mahu bersalin.

6. Bilik Pilihan

Di sesetengah hospital, kemudahan bilik terutamanya bilik tunggal agak terhad. Sekiranya anda bercadang mahu bersendirian tanpa gangguan daripada ibu-ibu yang lain, maka anda boleh memilih bilik tunggal yang diingini dan pada masa yang sama tarikh bersalin yang diimpikan.

7. Tidak Kelam Kabut

Dengan memilih tarikh bersalin, anda tidak perlu kelam-kabut dengan membawa bersama anak-anak yang lebih tua ke hospital ketika tiba saat hendak melahirkan. Tambahan pula, ada sesetengah hospital tidak membenarkan kanak-kanak kecil berada di dalam bilik bersalin bagi mengelakkan masalah-masalah sampingan yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan anak anda dan masalah-masalah yang lain juga.

8. Pengurusan Logistik

Sekiranya kehamialan anda berhadapan dengan masalah uri bawah, biasanya anda akan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di hospital di antara minggu ke-28 hingga minggu ke-38. Jadi, dengan memilih tarikh bersalin, pengurusan logistik dapat dilakukan dengan lancar.

9. Tidak Sabar Bersalin

Ada segelintir ibu hamil yang tidak mampu bertahan dengan kehamilan yang semakin membesar. Oleh itu, tekanan yang dialami ini dapat dikurangkan dengan memilih tarikh bersalin. Namun, ia hanya dapat dilakukan dengan syarat usia kandungan sudah matang dan saiznya sudah mencukupi.

Keburukan

1. Risiko Caesarean

Bagi yang memilih untuk bersalin secara normal pada tarikh pilihan, anda mungkin akhirnya terpaksa melalui proses kelahiran secara pembedahan caesarean jika tidak berjaya mengeluarkan bayi secara normal. Perlu diingati bahawa setiap kelahiran caesarean terutamanya secara kecemasan ada risikonya yang tersendiri.

2. Bayi Pramatang

Tarikh bersalin yang dipilih mungkin tidak tepat dengan usia kandungan. Dengan yang demikian, dikhuatiri bayi dilahirkan tidak cukup bulan. Untuk makluman, pada usia 38 minggu, kematangan paru-paru bayi adalah pada 97 peratus. Jika bayi lahir pramatang, ia boleh menyebabkan bayi perlu diberi bantuan pernafasan akibat respiration distress syndrome dan dimasukkan ke ICU.

3. Terlebih Hari

Ada ketikanya tarikh bersalin yang anda pilih itu terlebih daripada hari yang sepatutnya bayi perlu dilahirkan. Jika menunggu terlalu lama, ia akan memberi kesan kepada bayi. Dalam kes tertentu, tarikh yang dipilih tidak kesampaian apabila bayi dilahirkan lebih awal.

4. Timbul Masalah Lain

Apabila anda terlalu gelojoh dalam memilih tarikh bersalin, ia boleh menimbulkan masalah-masalah sampingan. Umpamanya, penggunaan ubat cetusan kontraksi boleh menyebabkan koyak yang mana akan menjurus kepada komplikasi pendarahan, bayi lemas dalam kandungan mahupun pembedahan caesarean secara kecemasan perlu dijalankan bagi menyelamatkan nyawa anda dan bayi juga.
sumber : pa & ma online

Wednesday, January 25, 2012

SafwaKids pelengkap nutrisi

MEMASTIKAN kanak-kanak berusia dua tahun ke atas mengambil makanan berkhasiat mengikut gizi piramid makanan seimbang kadangkala memeningkan kepala ibu bapa. Tambahan pula bagi anak yang suka memuntahkan makanan dan hanya menyukai satu jenis makanan yang kurang kandungan khasiatnya.

Hal ini tentunya membimbangkan ibu bapa kerana dikhuatiri mereka gagal mendapat nutrisi lengkap untuk tumbesaran seterusnya menyebabkan anak-anak kelihatan tidak bertenaga dan mudah dijangkiti penyakit.

Bagi mengelak perkara ini berlaku, ibu bapa seharusnya mempertimbangkan alternatif lain bagi memperkenalkan makanan tambahan ke dalam diet harian mereka.

Kanak-kanak memerlukan vitamin A, B dan C serta kalsium dan zat besi untuk tumbesaran mereka. Kekurangan salah satu daripada nutrien ini bukan saja membantutkan tahap perkembangan fizikal mereka, malah boleh mengurangkan daya tumpuan, keletihan serta kemerosotan dalam pelajaran.

Kekurangan vitamin A boleh memberi kesan kepada masalah penglihatan yang menyebabkan mata menjadi kabur serta kurang sistem imunisasi badan. Makanan yang kaya vitamin A boleh didapati pada hati, susu, telur serta sayuran hijau dan jingga.

Vitamin B pula penting untuk sistem saraf dan proses metabolisme dalam badan. Vitamin B6, B1 dan B12 serta asid folik sangat penting untuk perkembangan otak kanak-kanak. Kekurangan vitamin B yang boleh didapati dalam gandum, daging, susu dan ikan boleh menjejaskan daya tumpuan serta ingatan kanak-kanak. Ini sekali gus menjejaskan pembelajaran mereka di sekolah.

Selain itu, ibu bapa harus memastikan penyediaan makanan lengkap dengan vitamin C. Ini kerana kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan mereka diserang penyakit seperti demam, selesema dan batuk. Vitamin C penting bagi sistem imunisasi badan dan diperlukan untuk kekuatan tubuh, proses penyembuhan luka dan gusi yang sihat. Galakkan anak-anak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mendapatkan cukup vitamin C.

Bagi mendapatkan tulang dan gigi yang kuat, anak-anak dimestikan mengambil susu, keju serta produk tenusu yang memberikan mineral penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Kalsium yang mencukupi membolehkan kanak-kanak melalui proses tumbesaran yang pesat dan sihat.

Namun begitu badan manusia tidak boleh menghasilkan vitamin dan mineral secara semula jadi dan hanya boleh diambil menerusi makanan. Malangnya kanak-kanak yang terlalu memilih makanan pasti tidak mendapat kesemua nutrisi yang diperlukan tubuh. Di sinilah pentingnya makanan tambahan sama ada didatangkan dalam bentuk kapsul mahupun cecair.

Namun ibu bapa dinasihatkan merujuk kepada doktor mahupun ahli farmasi terlebih dulu bagi mendapatkan suplemen bersesuaian dengan kesihatan dan tumbesaran anak-anak. Ini kerana ada sesetengah makanan tambahan yang tidak mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia boleh mengundang kesan sampingan kepada kanak-kanak tanpa disedari ibu bapa.

Pastikan ibu bapa membaca label makanan terlebih dulu sebelum membeli produk makanan di pasaran. Ini kerana dengan membaca label makanan, ibu bapa akan dapat mengetahui jenis vitamin dan mineral yang terkandung di dalam produk itu bagi mendapatkan hasil terbaik.

Menurut Eksekutif Produk Safwa Health, Mustaza Syikin Mustafa, kajian terkini yang dijalankan pakar pemakanan mendapati terdapat satu hubung kait antara diet pemakanan dengan perkembangan otak kanak-kanak.

“Tahap perkembangan otak bergantung sepenuhnya pada kesihatan tubuh bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Pada peringkat awal perkembangan otak manusia memerlukan nutrien penting seperti asid docosahexaenoic (DHA), iodin, vitamin B1 dan B2. Nutrien ini amat diperlukan dalam diet harian kanak-kanak terutama dalam tempoh tiga tahun pertama perkembangan otak mereka,” katanya.

Menyedari pentingnya DHA yang mengandungi omega-3 asid lemak terhadap perkembangan otak kanak-kanak, Safwa Health melancarkan SafwaKids dalam bentuk suplemen diet minyak ikan dan vitamin plus kunyah serta multivitamin kunyah.

“Suplemen minyak ikan dan vitamin plus kunyah mengandungi kepekatan tinggi 125 miligram DHA dan asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan otak dan mata.

“Ia juga mengandungi 30 miligram asid eicosapentaenoic (EPA), iodin, vitamin B1 dan B12. Iodin diperlukan untuk pengeluaran hormon tiroid manakala vitamin B1 dan

B12 memainkan peranan penting dalam perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak,” katanya ketika majlis pelancaran Safwakids bersama majalah Ana Muslim di Planetarium Negara, baru-baru ini.

Multivitamin kunyah pula mempunyai jumlah optimum vitamin C dan E yang melindungi kanak-kanak daripada radikal bebas. Vitamin C juga penting dalam menggalakkan pertumbuhan normal, penyembuhan luka dan memastikan gusi sihat. Formula unik ini juga mengandungi vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6 dan B12 serta asid folik) yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak, meningkatkan pengeluaran tenaga harian dan membantu mereka mencapai potensi maksimum.

Mustaza menambah, produk Safwakids mempunyai sijil halal daripada Persekutuan Majlis Islam Australia (AFIC), Pengurusan Makanan Halal New Zealand dan Majlis Pemakanan Islam Amerika (IFANCA) yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

“Status halal ini akan lebih meyakinkan ibu bapa bagi mendapatkan produk yang bukan saja berkhasiat tetapi diiktiraf cara penghasilannya yang bersih dan halal,” katanya.

Untuk minyak ikan dan vitamin plus kunyah, ia boleh didapati dalam perisa oren pada harga RM39.90 untuk 30 biji dan RM69.90 untuk 60 biji. Multivitamin juga dalam perisa oren berharga RM25.90.

Kedua-dua produk ini boleh didapati di semua rangkaian farmasi seluruh negara termasuk Caring, Guardian dan Vitacare. Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman sesawang www.safwahealth.com

sumber: metro online

Tuesday, January 24, 2012

bebas pampers di siang hari

alhamdulillah..now nia dh xpakai pampers time siang..hampir sebln dh nia xpakai..good ank ummi..

bila dh xpakai pampers nie jimatlah skit..tp time nk kuar jln-jln tue sy still pakaikn coz takut xjumpa tandas xke haru nnti..kena plak time tue dia nk membuang mmg tension skejap di situ..hehehe..


Kat taska pn cikgu ckp nia ok..xde kencing merata-rata..if nk kencing or membuang dia akan bgtau ckgu..good gal anak ummi..lg satu time tido, lil nia mmg xkan kencing..bila bgn bru dia akan kencing..mlm pn sama jgk, ada satu mlm tue ummi tertido..kul 1.00 pg bru terkejut tue pn bru teringat xpakaikan pampers lg utk nia..alhamdulillah, lil nia mmg good gal..x kencing pn..terharu skejap ummi di situ..

bila ank dah xpakai pampers, trus terpikir dh besar rupanya anak dara i nie..  ^____*

Thursday, January 19, 2012

sudah 56 thn ari nie =)

alhamdulillah,ari nie genap umur my lovely mama yg ke-56 thn..lg 4 thn jer lg my mom nk genap ke umur 60 thn..alhamdulillah, stakat nie my mom masih kuat & sihat utk menjlnkn rutin harian mcm org lain..

                                            ma & abah

to mama,

selamat hari lahir yg ke-56 thn..anakmu mendoakan semoga ma pjg umur dilimpahkan rezeki yg halal, diberi kesihatan yg berpanjangan & diberkati hidup di dunia dan akhirat.. anakmu amat menyayangimu,muuuuuuaaaaahhhhhhhhhh...

futnote: nk buat kejutan apa yer utk ma..jap lg nk g amik papa kat paka & ingatnya nk beli kek.. mlm nie nk celebrate.. =)

saper mahu menang 3D2N Exclusive Room Stay at Berjaya Times Square worth RM1,500



saper mahu penginapan free di atas sila klik kat sini ..

tarikh tutup contest nie 31 januari 2012 jam 11.59 mlm..

Wednesday, January 18, 2012

Tabiat merosakkan kulit


Tanpa disedari kadang kala sesetengah tabiat seharian kita memberi kesan buruk pada kulit termasuk berjerawat, kusam dan kering tidak bermaya. Antara tabiat buruk tersebut termasuklah:

Bercakap di telefon terlalu lama

Menjadi kebiasaan kita meletakkan telefon bimbit di sebarang tempat termasuk di tempat-tempat berdebu seperti dalam beg, atas meja, dalam kereta dan sebagainya. Tanpa disedari ia boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon akibat bercakap di talian terlalu lama. Untuk mengelakkannya lap dulu telefon sebelum menggunakannya.

Kerap mengerutkan mata

Tabiat sesetengah daripada kita tidak gemar mengenakan kaca mata atau lensa sesentuh walaupun penglihatan agak kabur. Ini membuatkan anda mengerutkan muka dan mengecilkan mata untuk melihat objek dengan lebih jelas. Jika perbuatan ini berlarutan kesannya kulit akan cepat berkerut dan kelihatan tua.

Penggunaan penyembur rambut (hair spray) 

Banyak yang menggunakan tapak tangan untuk melindungi mata ketika menggunakan penyembur rambut. Tapak tangan tidak dapat melindungi seluruh wajah kerana partikal-partikal kecil daripada penyembur rambut akan menembusi celah-celah jari dan melekat pada wajah yang boleh menjejaskan kulit. Seeloknya gunakan tuala bersih untuk melindungi wajah ketika menggunakan penyembur rambut

Malas mengganti sarung bantal

Ketika tidur, sel-sel kulit mati di wajah akan melekat pada sarung bantal. Lama kelamaan ia menebal dan timbul bakteria. Jadi jika malas mengganti sarung bantal bermakna anda tidur di atas timbunan bakteria.

Kerap mandi air panas

Mandi air panas memang nikmat. Tapi jika terlalu kerap dan tempohnya terlalu lama, lapisan luar epidermis akan terkikis dan kulit akan jadi sangat kering. Kulit kering lebih cepat kendur dan berkedut.

sumber: utusan malaysia online

jerawat naik situ sini sana

lately byk sgt jerawat naik kat muka..tensen tgk situ sini sana semua ada jerawat..huhuhu..mungkin sindrom pms yg membuatkn jerawat byk yg naik skrg nie..

                                           grrrr....sakit okeh bila naik menda nie..

 cepat-cepatlah nyah kau jerawat dr muka i nie..tensen ok bila tgk muka skrg nie..

Tuesday, January 17, 2012

Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam



Keriangan sebagai ibu bapa apatah lagi beragama Islam ketika menerima kelahiran anak patut diiringi dengan ucapan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.

Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat. Menurut Ustaz Abu Hasan Al Ash’ari Zakaria, Konsultan Umrah Akademi Mutawwif Trainning and Consultancy, terdapat beberapa panduan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik anak yang dikandung selamat lahir ke dunia.

Sebelum itu, Ustaz Abu Hasan yang juga berpengalaman sebagai penceramah di stesyen radio dan televisyen ini menyuruh pasangan suami isteri dan keluarganya mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus, Surah Al-Anbiaq ayat 87 supaya mudah bersalin.

Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :

1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).

2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.

Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.

3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.

4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.

5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.

6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.

7. Sunat melakukkan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.

10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.


Monday, January 16, 2012

Mudarat mandi malam

ADAKAH ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan? Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.

Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik? Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?

Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini," kata beliau.

Menurut Dr. Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.

"Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu.

Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?

Kata Dr. Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

"Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.

"Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi". Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.

"Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan," katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit.

"Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun antibakteria," katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.

"Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam," kata beliau.

Ekzema

Ekzema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami iritasi dan kegatalan. Tiada ubat bagi masalah ini tetapi penjagaan kulit yang baik membantu mengawalnya.

"Bila kulit anda kering, ia bukannya kurang minyak tetapi kurang mengandungi air. Untuk itu, penjagaan kulit harian yang baik serta fokus pada mandi dan penggunaan pelembab diperlukan," terang Dr. Tan.

Katanya, rawatan bagi kulit yang kering adalah dengan membuatkan kulit mengandungi air dan cara yang terbaik dengan berendam ketika mandi dan menggunakan losyen pelembab selepas itu.

"Tujuan mandi dan memakai pelembab adalah untuk memulihkan kulit kering.

Bagi tujuan ini, kita perlu kurangkan kehilangan air daripada kulit.

"Pakar dermatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang ada masalah ini supaya mandi dan menggunakan pelembab pada waktu malam. Kulit anda tidak mungkin kering semasa anda tidur, jadi air lebih senang meresap ke dalam kulit," terangnya.

Jadual kerja ketat

Ada juga ramai yang tidak punya masa untuk mandi secukupnya kerana jadual kerja yang agak ketat. Ada juga yang bermasalah bila berjauhan dari rumah dan tidak sesuai dengan tempat di mana mereka berada.

Pengamal perubatan, Hassan Saidin menerangkan jadual kerja yang ketat menyebabkan ramai ahli perniagaan serta peniaga enggan mandi secukupnya.

Ramai peniaga perlu keluar berniaga pada awal-awal pagi lagi dan hanya pulang ke rumah pada lewat malam. Ini menyebabkan mereka malas mandi kerana menyimpan tenaga untuk aktiviti perniagaan pada esoknya.

"Gagal mandi adalah tidak baik bagi kesihatan dan ini boleh mengundang pelbagai penyakit yang mengganggu kehidupan kita. Ia juga boleh mengganggu keyakinan dan produktiviti kita," kata beliau.

Tetapi kenapa orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?

"Nasihat sebegitu mungkin tidak berapa boleh dipakai lagi pada masa kini.

Mungkin pada dekad-dekad yang lampau masyarakat masih belum maju dan kebanyakan rumah tidak punya saluran bekalan air paip.

"Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.

"Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur," kata beliau.

Pemulihan badan 

Menurut Hassan, mandi adalah kaedah baik bagi merehatkan otot badan.

"Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

"Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit," katanya.

Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan tidak sihat?

Kata Hassan: "Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat". Menurut Hassan, mandi menggunakan air hangat akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.

"Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur)," tambah beliau.

Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan.

Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.

- Bernama

Saturday, January 14, 2012

Pasukan khas ditubuh utk SBPA

PUTRAJAYA: Sebuah pasukan petugas akan ditubuhkan untuk melakukan semakan semula terhadap Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan mengambil kira prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, pasukan itu akan dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam hal perkhidmatan awam.

Katanya, ia akan dianggotai pegawai JPA, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan pegawai kementerian berkaitan.

“Pasukan ini akan mengadakan rundingan dan perbincangan dengan pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.

“Mereka diberi tempoh dua bulan iaitu sehingga 16 April ini untuk mengkaji isu yang dikemukakan dan seterusnya mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin mengumumkan menangguhkan pelaksanaan SBPA bagi membolehkan satu semakan semula dan perbincangan dengan pihak berkaitan diadakan.

Najib dilaporkan berkata, penangguhan bertujuan menyelesaikan isu yang dibangkitkan pihak tertentu berkaitan pelaksanaan SBPA.

Mohd Sidek berkata, isu berhubung pelaksanaan SBPA hendaklah dialamat atau diemelkan dalam tempoh sebulan iaitu sehingga 15 Februari kepada Timbalan Ketua Pengarah JPA, Datuk Farida Mohd Ali di alamat Aras 13, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya atau e-mel farida.sbpa@jpa.gov.my.

Bagaimanapun, beliau berkata, semakan semula itu tidak akan menjejaskan SBPA yang dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu.

Katanya, bagi mereka yang bersetuju memilih SBPA, opsyen berkenaan kekal.

Sementara itu, mereka yang belum mengemukakan borang opsyen sehingga semalam dan mereka yang membuat opsyen untuk tidak memilih SBPA, borang opsyen baru akan dikemukakan selepas keputusan muktamad ke atas semakan baru itu dibuat.

“Walau apapun, kerajaan memberi jaminan SBPA yang disemak semula itu terpakai kepada semua pegawai dan tidak akan menjadi kurang baik (less favourable) daripada terma dan syarat SBPA yang sudah ditawarkan terdahulu termasuk kemudahan serta gaji,” katanya.

sumber : metro online

Friday, January 13, 2012

zero BE

check akaun nuffnang,so sad..semua BE dh bertukar ke ME..now dh zero BE kat belog sy..


BE dumex dugro fruit & veg yg baru bertukar ke ME..  =(

to pihak nuffnang, sila bg more BE lg boleh ke??bru i syg u ketat-ketat..aci...muahaahahaha..

alhamdulillah..nia dah sihat.. =)

alhamdulillah, nia dh semakin sihat..mlm asal terkejut jer dr tido mesti nangis smbil mulut nk papa nk papa..ummi yg kuat semangat trus jd down..dpn anak ummi kuatkn hati even dlman tuhan jer tahu..ummi pujuk & kata papa baliklah poluk-poluk nia trus ok & behave serta-merta..rindukan papa sesgt kot..maklumlah papa balik 2 mggu skali jer..

kita kena pasrah syg, tuhan telah tetapkan utk kita berjauhan dulu ngn papa..nnti kalau permohonan ummi bertukar diluluskan kita akan dpt bertiga-tigaan balik yer syg..

                                                 ank dara demam rindukn papa kot..


                                         yeay..now papa dh balik..

bila dgr jer anak xsihat papa dh start xsenang duduk..now kami dh bertiga-tigaan & dpt berpoluk-polukan mcm biasa..tp sedih,besok ummi kena kerja..sekolah ummi keje diarahkan utk mengganti cuti sempena CNY nie..xperlah, next week dpt bergumpal-gumpal lama sikit dgn nia kat umah..kbtl next week jgk kami akn bercuti-cuti cinta pertama utk thn 2012..hope xde aral & smp kami ke destinasi yg telah kami rancangkn..

ok..got to go..nk menyelesaikn misi mmbasuh kain baju yg maha byk..dhlah ujan jer sepjg hari..mcmana kain nk kering nie..

Thursday, January 12, 2012

CUEPACS mahu penjawat awam diberi borang baru

SERDANG: CUEPACS menggesa semua ketua jabatan yang sebelum ini mendesak kakitangan menandatangani borang penerimaan tawaran Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), diberikan borang baru untuk ditandatangani semula.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata ia membabitkan kakitangan awam yang menandatangani skim berkenaan sebelum 30 Disember lalu yang kebanyakannya tidak diberikan penjelasan dan pemahaman jelas berhubung skim yang ditawarkan.

“Mereka yang dipaksa menandatangani borang tawaran tanpa tidak meneliti skim itu perlu diberikan borang baru dan menandatangani semula opsyen berkenaan. Sebelum ini, mereka diminta menandatanganinya secara terburu-buru dan tidak melihat skim serta diberikan formula kenaikan gaji yang tidak tepat.

“Jadi, kita minta ketua jabatan terbabit memberikan borang baru yang menyatakan dengan jelas lampiran skim kenaikan gaji dan gred (SPBA) supaya mereka boleh menandatangani semula kerana tempoh penerimaan skim dilanjutkan hingga 15 Januari ini ,” katanya selepas Majlis Transformasi dan Ikrar Integriti Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam.

Katanya, tindakan meminta kakitangan awam menandatangani tawaran tanpa mendapat maklumat jelas bukan saja tidak mengikut prosedur, malah ada kakitangan awam yang mendakwa ketua jabatan tidak faham serta tidak dapat memberikan penjelasan berhubung kemusykilan yang dikemukakan ketika sesi taklimat.

Beliau berkata, pihaknya mengakui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang bertungkus lumus membuat semakan semula skim berkenaan bagi memastikan semua pihak berpuas hati, namun meminta pihak berkenaan memberikan perhatian sewajarnya bagi memastikan ia dilaksanakan dengan baik dan tidak merugikan mana-mana pihak.

Omar berkata, JPA memberikan tempoh tiga bulan sehingga 31 Mac ini bagi membuat semakan semula dan CUEPACS akan memberikan semula taklimat berkenaan penambahbaikan dan semakan itu sebaik disiapkan oleh JPA.

Sementara itu, CUEPACS turut meminta pengurusan lima IPTA penyelidikan, iaitu UPM, Universiti Malaysia (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) supaya menaik taraf jawatan Pembantu Makmal kepada Penolong Pegawai Sains bagi memastikan jawatan itu setanding dengan taraf universiti penyelidikan.

Katanya, jawatan Pembantu Makmal sudah tidak relevan dengan taraf universiti penyelidikan kerana ia tidak mencerminkan tahap IPTA berkenaan.

Beliau berkata, ketika ini ada kira-kira 700 daripada kira-kira 2,000 Pembantu Makmal yang masih belum dinaikkan taraf sebagai Penolong Pegawai Sains di IPTA berkenaan.




sumber :  berita harian online

Wednesday, January 11, 2012

bayaran gaji januari 2012 berdasarkan SSM

Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini.

"Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari.

- BERNAMA

Jaga gigi sejak kecil



GIGI yang cantik mampu memberikan senyuman menawan. Melalui bentuk dan keadaannya, ia menunjukkan seseorang itu melakukan penjagaan rapi atau sebaliknya pada gigi mereka.

Menghadapi masalah pengumpulan kaviti, plak, enamel yang lemah, kotoran serta nafas berbau antara kesan buruk dialami jika tidak mengamalkan penjagaan kesihatan gigi.

Jika inginkan kesihatan dan kecantikan gigi kekal hingga ke usia tua, penjagaan rapi harus dilakukan sejak kecil lagi dalam mendidik anak-anak menerusi pendedahan awal.

Ia harus dimulakan dengan memberikan contoh dan alasan yang baik kepada anak-anak agar mereka memahami keperluan penjagaan gigi bagi mengekalkan kesihatan di kawasan sekitarnya termasuk mulut.

Antaranya adalah pendedahan melalui aktiviti memberus gigi bersama-sama anak atau membiarkan mereka memilih berus masing-masing dan menggalakkan penjagaan
yang betul.

Penjagaan kesihatan gigi yang didedahkan itu mampu mengelakkan masalah rongga atau kaviti kerana ia memainkan peranan penting yang akan mengakibatkan gigi menjadi reput.

Ia antara kesan kerosakan gigi yang dipengaruhi oleh gaya hidup, pemakanan, penjagaan yang tidak betul dan kehadiran fluorida dalam air serta ubat gigi selain mempunyai keturunan menghadapi masalah kaviti.

Walaupun masalah kaviti biasa terjadi di kalangan kanak-kanak, namun golongan dewasa juga berhadapan risiko untuk mengalaminya.

Golongan dewasa berisiko untuk mendapat kaviti jika mereka menghadapi masalah mulut kering disebabkan kekurangan air liur.

Jika tidak dirawat dengan cepat, kaviti boleh memusnahkan gigi dan membunuh saraf halus di bahagian tengahnya yang akan mengakibatkan kawasan jangkitan di hujung akar bernanah.

Bukan itu saja, penjagaan kesihatan gigi juga dapat mengelakkan gejala nafas berbau yang juga dikenali sebagai halitosis.

Bau yang terhasil boleh menyerang secara berkala atau berterusan, bergantung kepada puncanya. Antara penyebab utama kebanyakan mereka yang mengalami masalah nafas berbau adalah disebabkan kehadiran berjuta-juta bakteria yang terdapat di dalam mulut terutama di bahagian belakang lidah.

Mulut kering atau keadaan persekitaran mulut yang lembap sangat sesuai untuk bakteria berkembang. Antara jenis nafas berbau yang biasa dialami adalah di awal pagi yang dianggap biasa dan mereka tidak bimbang dengan masalah berkenaan.

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah nafas berbau tidak menyedarinya kerana sel hidung yang mengesan bau terbabit sudah menjadi biasa dengan aliran bau busuk daripada mulut.

Selain faktor bakteria, masalah nafas berbau juga boleh terjadi disebabkan kurang membersihkan gigi, jangkitan dalam mulut atau saluran pernafasan, merokok dan penyakit lain seperti kencing manis, paru-paru serta buah pinggang.

Keadaan nafas berbau akan membuatkan orang di sekeliling berasa tidak selesa untuk bercakap atau duduk semeja tidak kira ketika bekerja atau menikmati makanan.

Oleh itu, kita seharusnya mengambil tindakan awal kerana ia dapat diatasi dengan mudah. Kita hanya perlu memberus gigi, lidah dan gusi selepas makan, menggunakan flos atau berkumur.

Bukan itu saja, pemeriksaan di pusat kesihatan juga penting dan ia harus dilakukan dua kali setahun bagi memastikan gigi sentiasa sihat dan bersih.

Selain itu, pengambilan air yang banyak setiap hari juga dapat menggalakkan pengeluaran air liur sekali gus membantu mengatasi masalah nafas berbau.

Kesihatan gigi melalui penjagaan yang rapi membolehkan kita melakukan aktiviti sosial dengan selesa malah dapat merasai pelbagai jenis makanan di samping mengekalkan kecantikan gigi untuk tempoh yang lama.

sumber: metro online 

 futnote: lil nia pn sy nk bwk p dentist next week utk buat rawatan gigi dia..byk sgt karies kat gigi dia even dh gosok pg ptg mlm pn..


Monday, January 09, 2012

cek nuffnang dah smp

semlm, balik dr keje tgk cek nuffnang yg ditunggu sekian lama dh smp..yahuuuuuu..even xsmp rm100 tp ia dpt membangkit semangat tuan tanah utk rajin lg menulis..hehehe..

                               alhamdulillah..rezeki di awal thn..


                                                       =)


skrg ada 1 jer BE yg tgh mengediksss kat belog nie..hope bertahan lamalah..kpd nuffnang hope dpt beri more BE lg pas nie..

Bakal ibu usah abai asid folik


"IBU mengandung kena makan dua kali ganda kerana untuk dua orang, satu untuk ibu dan satu untuk bayi dalam kandungan.”

Seringkali kita mendengar ayat ini diucapkan terutama bagi wanita yang baru pertama kali mengandung. Kadangkala ia mungkin diluahkan sekadar untuk bergurau, namun daripada segi konsep matematiknya, seakan-akan ada logiknya.

Bagaimana pula daripada segi diet serta pemakanan sebenar untuk ibu hamil?

Ramai wanita terutama yang baru pertama kali hamil mengajukan pelbagai soalan mengenai makanan boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana mereka berasakan perlu makan dalam jumlah yang banyak terutama ketika lapar sedangkan pada trimester pertama, makan adalah untuk menambah tenaga dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri.

Namun, bagi ibu yang mengalami alahan yang teruk sehingga tidak mampu makan dalam jumlah yang sepatutnya, mereka perlu mengatur pemakanan supaya bayi mendapat zat mencukupi manakala ibu tetap bertenaga sepanjang tiga bulan pertama.

Alahan ketika mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening, perut sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku terutama ketika bangun tidur, namun bagi wanita yang bernasib baik mereka langsung tiada alahan.

Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya alahan wanita hamil disebabkan perubahan fizikal dan hormon pada badan.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti kerana alahan yang terlalu teruk.

Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun, bagi alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan pula, ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan dan mengalami pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika mengalami tanda ini, anda memerlukan rawatan segera. Biasanya doktor akan menambah cecair dalam badan dan makanan tambahan melalui drip.

Bagi mengurangkan penghidratan, ibu hamil dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang banyak bagi menggantikan kehilangan bendalir. Makan jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang dan ubi serta mengelak makanan mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng. Bagi yang alah kepada bau-bauan, elakkan aneka aroma yang boleh menyebabkan rasa mual dan muntah. Makan sedikit, tetapi secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan bagi mengelak perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah dengan teruk.

Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik yang dibekalkan doktor.

Ini kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung.

Ini kerana asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku.

Asid folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang manakala satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil.

Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 mikrogram atau 0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan sebelum merancang hamil dan ketika hamil. Sumber asid folik juga boleh diperoleh daripada makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.

Pada trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin berselera makan. Malah ada yang menganggap mereka perlu meningkatkan jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam kandungan. Dengan itu ada yang menambah pengambilan makanan mungkin daripada tiga kali sehari kepada lima kali sehari dalam jumlah yang banyak.

Namun sebenarnya selain meningkatkan jumlah makanan, apa yang lebih penting adalah jenis makanan serta kandungan zat yang terdapat dalam makanan.

Kebiasaannya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori sehari daripada biasa terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas.

Penambahan 300 kalori sehari perlu diperoleh daripada makanan berkhasiat supaya boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Ketika hamil, apa saja yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrien bagi bayi.

Sama ada seseorang wanita itu hamil atau tidak, diet yang sihat merangkumi semua yang terdapat dalam piramid makanan seimbang iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.

INFO:

Bagi ibu hamil, penting untuk mempelbagaikan hidangan makanan bagi memperoleh semua keperluan nutrisi untuk ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan ketika hamil termasuk:


  • Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lima hidangan sehari termasuk snek, jus dan salad.




  • Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, ubi kentang serta memperbanyakkan bijirin penuh.




  • Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Namun wanita digalakkan memperbanyakkan makan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.




  • Makanan berkalsium tinggi seperti susu, dadih dan keju.




  • Makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

    Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan juga segar dan tidak mengandungi racun serangga (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada racun serangga).

    Ikan mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi jika wanita itu langsung tidak mengambil ikan. Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan bersesuaian bagi diet seharian.

    Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan itu dapat dipastikan:




  • Halal kerana akan menjadi darah daging kita dan bayi.




  • Berkhasiat untuk kesihatan bayi.




  • Perhatikan tarikh luput serta pembungkus dan tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar atau kemek). Walaupun nampak remeh, ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah luput tarikh boleh menyebabkan keracunan makanan sekali gus memudaratkan kesihatan bayi.

    Makanan yang perlu dielakkan ibu hamil termasuk:




  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.




  • Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.




  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.




  • Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar.



  • sumber: metro online

    Sunday, January 08, 2012

    SBPA tawar kenaikan pangkat istimewa

    PUTRAJAYA: Pegawai awam berprestasi tinggi dan berpotensi mengisi jawatan strategik akan dipertimbangkan kenaikan pangkat secara istimewa menerusi sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata kenaikan pangkat secara istimewa itu ialah pegawai dinaikkan pangkat bagi mengisi jawatan kosong dalam tempoh lebih cepat daripada pegawai lain sama ada ke satu gred lebih tinggi atau secara pelangkauan gred.

    "Kenaikan pangkat secara istimewa membolehkan Ketua Perkhidmatan mempersiapkan pegawai dengan kompetensi sesuai dengan jawatan strategik yang dikenal pasti iaitu dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional," katanya dalam surat pekeliling yang dimuat naik dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kelmarin.

    Beliau berkata, pertimbangan kenaikan pangkat secara istimewa berasaskan kriteria penilaian ditetapkan yang akan dibangunkan Ketua Perkhidmatan dan kriteria itu perlu dikemuka kepada JPA untuk mendapat kelulusan sebelum dilaksana.

    Abu Bakar berkata, peningkatan gred gaji pula akan diberi kepada pegawai diiktiraf sebagai SME, iaitu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi serta pengalaman luas dalam sesuatu bidang khusus yang memenuhi kriteria ditetapkan dan boleh dijadikan sumber rujukan kepada pegawai dari dalam dan luar organisasinya.

    Beliau berkata, pegawai yang layak bagi dipertimbangkan untuk diiktiraf SME adalah Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memenuhi syarat termasuk berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam skim perkhidmatan semasa atau berada di gred 1-4; memenuhi kriteria penilaian kepakaran ditetapkan dan mendapat perakuan panel penilai kepakaran.

    Katanya, Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab membangunkan kriteria penilaian dan menetapkan petunjuk prestasi utama SME mengikut skim perkhidmatan.

    “Kenaikan pangkat pegawai Kumpulan Pelaksana yang berkhidmat 15 tahun dan lebih serta masih berada di gred lantikan dalam skim perkhidmatan semasa, layak dipertimbangkan kenaikan pangkat mengikut syarat ditetapkan dalam skim perkhidmatannya secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

    “Bagaimanapun, kaedah ini tidak terpakai bagi skim perkhidmatan disediakan kenaikan pangkat secara ‘time-based’. Pegawai dinaikkan pangkat mengikut kaedah ini terletak di bawah penyeliaan pegawai atasannya mengikut struktur perjawatan walaupun gred pegawai setaraf dengan pegawai penyelianya,” katanya

    sumber:berita harian online

    Friday, January 06, 2012

    musim angry bird

    ahad ari tue, my bro aka pokdik nia balik & tayang baju angry bird yg dia baru beli..nia pn trus ngamuk guling-guling siap mulut duk t bird singkatan angry bird..

    then, pokdik dia janji kalo behaved dia nk bli baju angry bird..skali trus behaved okeh..then siap ajak pokdik g beli baju t bird utk dia..jgn nk berjnji ngn nia..dia mmg akan ingat..

    siap sume trus zassss kuar g pasor mlm..lil nia tuntut janji ngn her pok dik..kebetulan time smp tue org tgh kemas-kemas kain baju dh..tp mujur jgk terawal sedikit..kira masih ada rezeki lglah..

    tgh duk pilih-pilih baju tuk dibeli nia trus buang baju yg dia dh pakai tue..kelakor tul anak dara i nie..xmenyabo betul..

                             3 sepupu berangry bird
       



                               peace tp mata melekat kat angry bird


                                                          =)



                             my bro aka tukang sponsor baju angry bird tuk 3 anak sedara


    semlm, masa singgah kat pasar mlm lil nia tgk lg bju angry bird..yg nie kaler pink plak..lps jer bli trus pakai tnpa berbasuh..yg kelakarnya bila ummi suh buang baju yg bru bli tue blh plak suh ummi pakaikan bju tido yg pic kat atas tue plak..blh kata mggu nie duk ulang pakai baju tido tue jer..

    anak oh anak..pandi bermusim plak nk pakai baju apa..

    Thursday, January 05, 2012

    kL sogo's 18th birthday

    kpd warga blogger yg duk kat kL, sila terjah sogo pd 6-7 hb yer..sogo akan buat sale sempena besday dia yg ke-18..sogo pn ada besday jgk..ingatkn org jer...muahaha..

    sy dpt tahu nie pn coz ada iklan nuffnang duk joget-joget kat belog sy...





    utk brgn kanak-kanak, padini, barbie,ladybird, miki,cartoon planet,polo,anakku,disney , poney & disney car 2 yg akan buat sale..miki siap discount smp 75% lg.

    tp sila perhati betul-betul pic tue, exclusive invitation to kL sogo's card members and/maybank card members .. keutamaan akan diberi kpd yg ada kad-kad tersebut shj..

    tp yg pasti tiap-tiap bln sogo ada sale..harga sentiasa murah jer..

    futnote: me suka brand miki, jeans dia cantik jer..kat area trg xde pn brand nie..hope dpt buat koleksi miki utk lil nia pas nie..

    Wednesday, January 04, 2012

    rezeki awal thn 2012

    akhirnya, dpt jgk rezeki yg ditunggu-tunggu..bln 11 ari tue cashout, semlm bru dpt email dr pihak nuffnang..even dpt xsmp rm100 pn tp rezeki jgk..


    hampir sethn jgk kumpul jumlah yg dpt dicashout nie..hope lps nie masih ada lg rezeki yg dpt..

    Tuesday, January 03, 2012

    bertemu dgn geng zoomerz hotfm

    after selesai sesi mengetat & mengenyangkn perut , time nk pegi ke tempat parking keta,we olls ternampak keta geng zoomerz hotfm..so, we olls pn tggu jerlah smp diorg bersiaran langsung..kata nk hadioh free kn..

    yg penting we olls nk stiker jer..kata stiker tue pyh nk dpt kat pasaran kn?? hehehe..byk kpg jgklah stiker yg diorg bg..then, sesi soal jwb..sape yg menang dptlah adiah yg diorg nk bg tue..yg kelakarnya, kami segroup jer ada time tue..mmg sume adiah kami yg dptlah.. =)

                                                     me, nia & anak sedara

                                                  berpotogediks before sesi soal jwb

                                              with salah sebuah keta geng zoomerz

                          geng zoomerz sdg mnyusun adiah yg bakal diberi  kpd kami semua


                                                  antara adiah on the day

                                              sesi mendptkn adiah bermula

                                             nia dpt mandian ngn indocafe


                                        sesi last  bersama geng zoomerz yg bery-bery sporting amat


                                              antara adiah yg sy dpt on the day

                                                            =)


                                                     mandian utk lil nia

     now, hotfm versi ganu dh dilancarkan..so, kpd semua meh pakat dengor hotfm semua di frekuensi 105.00 fm..

    Sunday, January 01, 2012

    entry permulaan 2012

    alhamdulillah.. masih lg bernafas di muka bumi allah yg indah ini..

    bila msk jer thn baru maka bertambahlah sethn lg umurku..nmpknya mkin mudalah sy..muahahaha..muda sgguh..mkin berkerepot kot..hahaha..





    di kesempatan nie, sy nk ucapkan selamat tahun baru 2012 utk semua..semoga azam yg blm tercapai dpt dicapai pd thn nie..insyaallah..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...