MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, February 29, 2012

Elak gejala tersedak susu

SEJAK akhir-akhir ini, kematian bayi akibat tersedak susu atau tercekik makanan semakin banyak dilaporkan. Terbaru, bayi perempuan berusia tujuh bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Simpang Empat, Kangar, Perlis pada 16 Februari lalu.

Walaupun kes ini dianggap terpencil, ibu bapa tidak harus memandang ringan kejadian-kejadian tidak diduga ini.

Pensyarah Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Noor Eliza Hashim, menjelaskan, masalah ini berpunca daripada proses menelan makanan oleh bayi. 

"Penyusuan bayi adalah satu proses yang memastikan makanan yang ditelan memasuki saluran makanan iaitu esofagus. Ia bersambung dengan perut dan kemudiannya ke usus kecil dan besar manakala saluran pernafasan (trakea) bersambung dengan paru-paru," katanya.

Beliau menjelaskan, jika trakea ini tersumbat, udara tidak akan dapat masuk ke dalam paru-paru lalu menyebabkan organ-organ di dalam badan tidak mendapat bekalan oksigen.

Menurut Dr. Noor Eliza, organ seperti jantung dan otak jika tidak mendapat bekalan oksigen, tidak dapat berfungsi dan ini boleh menyebabkan kematian. 

Dalam keadaan yang normal, makanan yang turun dari mulut tidak akan masuk ke dalam trakea. 

"Ini kerana apabila kita menelan, struktur yang dinamakan epiglotis yang terdapat di bahagian pangkal salur trakea akan menutup salur trakea dan makanan itu hanya akan melalui saluran esofagus. Proses inilah yang dilalui bayi yang sedang minum susu," katanya.

Selain itu, di dalam larinks juga terdapat kotak suara (vocal cord). Semasa bayi menangis, kotak suara ini bergetar dan larinks tidak ditutup oleh epiglotis.

Oleh itu, apabila bayi diberi minum susu ketika dia sedang menangis dengan kuat, risiko untuk susu termasuk ke dalam saluran pernafasan adalah lebih tinggi.

Posisi bayi"Faktor-faktor lain yang menyebabkan bayi tersedak susu adalah posisi bayi ketika menyusu. Susu lebih senang memasuki salur pernafasan jika bayi baring terlentang," jelas beliau.

Dr. Noor Eliza menjelaskan, cara kedua yang boleh menyebabkan gejala tersedak susu adalah gastroesofagial reflux.
 
Dalam keadaan ini, susu di dalam perut akan keluar semula ke atas melalui esofagus dan kemudian memasuki saluran trakea. 

Ini disebabkan oleh otot sfinkter antara esofagus dan perut yang masih lemah pada bayi. 

"Reflux ini lebih mudah berlaku jika bayi menyusu dalam keadaan terlentang. Jenis susu yang lebih pekat boleh digunakan untuk mengurangkan masalah reflux ini. Kebiasaannya masalah reflux akan pulih dengan sendirinya apabila bayi semakin membesar," tambahnya.

Terdapat juga kes-kes bayi lemas ketika menyusu disebabkan penyakit kongenital atau saraf yang boleh menjejaskan fungsi saluran makanan dan pernafasan. 

"Contoh penyakit kongenital seperti trakeo-esofagial fistula iaitu terdapat komunikasi di antara trakea dan esofagus. Walaupun jarang terjadi, faktor penyakit ini meninggikan risiko seseorang bayi itu untuk mengalami masalah tersedak ini," ujarnya.

Jika berhadapan dengan situasi mencemaskan ini, Dr. Noor Eliza menasihatkan berhenti menyusukan dengan segera dan tegakkan posisi bayi.

Sekiranya bayi kelihatan sukar bernafas segeralah ke hospital yang berdekatan.

sumber: utusan online

Tuesday, February 28, 2012

Rangsang Anak Bijak Dan Berakhlak


Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif.

“Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Kamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan.

Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.

Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Isnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.


Amalan Bacaan Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

Surah Fatihah adalah ibu al-Quran dan ia dapat melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

Sentuhan Kasih
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.


Muzik Klasik
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.


Pengetahuan Asas
Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.

Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.

Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.

Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Lakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.

Latihan Matematik
Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Ternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.

sumber: pa & ma

Sunday, February 26, 2012

kuching..tggu kedtgn kami


weken nie kami akan ke sini selama 3 hari 2 mlm je..kebetulan ahad cuti umum sempena pertabalan sultan trg..so kami akan berada di sini dr sabtu smp isnin..

tiket flight booking sethn yg lepas..muahahaha..time nie aa buat promo..kalo x xde maknanya nk pegi kalo tiket xpromo..hehehehe..

hope xde aral time nk pegi..insyallah..


Thursday, February 23, 2012

al-fatihah..pergi yg takkan kembali..

bru dpt update belog..lappy kesygn poblem lg..

ari nie, buka jer fb trus ke wall abah faris , sekali terhenti sekjap jantung sy..ya allah, adik faris telah menemui sang pencipta yg abadi..tersgt sedih..even faris bkn anak sy, tp hati sy tersgt sedih..tiap-tiap hari sy ikuti perkembangan adik faris..sblm nie sy dah citer sal bidadara syurga nie tp, allah lebih menyayangi bidadara syurga nie..

                                   ibu faris di tepi jenazah

arwah menghembuskan nafas terakhir lbh kurang jam 10.18 pg td..semlm arwah bru jer pas di kemoterapi utk kali ke 4..

kpd keluarga faris, salam takziah..adik faris sdg berbahagia di samping pencipta-Nya yg abadi..

kpd rakan blogger semua, mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat bidadara syurga nie..semoga arwah tenang dan berbahagia di samping  bidadara-bidadara yg lain dan di sisi pencipta-Nya yg hakiki  .. al-fatihah..

futnote: arwah akan disemadikan selepas solat asar

Tuesday, February 21, 2012

Kekal tarikh tunggakan gaji SBPA

PUTRAJAYA 20 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap mahukan tarikh tunggakan gaji mengikut Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kekal pada 1 Januari lalu, seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya berpendirian tarikh penguatkuasaan gaji SBPA perlu dikekalkan walaupun pelaksanaan skim tersebut ditangguhkan untuk semakan semula.

"Kalau berlaku perubahan tarikh nanti, ini bermakna opsyen sebelum 30 Disember termasuk selepas 15 Januari seperti yang ditetapkan sebelum ini, tidak akan diterima.

"Dan pihak yang bertanggungjawab perlu membuat semakan semula mengenai langkah penyelesai kes SBPA itu," katanya ketika ditemui pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tunggakan gaji kakitangan awam mengikut skim SBPA yang kini dalam proses penambahbaikan.

Omar menambah, CUEPACS juga mahukan surat pekeliling mengenai pelaksanaan skim tersebut ditangguhkan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

"Tindakan ini adalah untuk mengelakkan penjawat awam menghadapi kesukaran berhubung isu pelaksanaan SBPA," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan membentangkan hasil bengkel Jawatankuasa Bertindak SBPA kongres tersebut kepada Jawatankuasa Penambahbaikan SBPA yang ditubuhkan kerajaan pada Rabu ini.

"Pada 17 dan 18 Februari lalu, pihak kami telah mengadakan bengkel Jawatankuasa Bertindak SBPA CUEPACS berhubung pengekalan cadangan lima perkara yang diutarakan kongres supaya diteliti kerajaan," katanya.

sumber : utusan online

Saturday, February 18, 2012

semoga adik faris kembali sihat

semlm, ummi duk men fb..tetiba tertengok pic adik faris..terus tersentuh naluri keibuan sy..sedih sesgt tgk pic adik faris..trus ummi add abah faris di fb utk mengetahui status terkini adik faris..

                                             pic terkini adik faris..


                                             pic adik faris sblm sakit
                          time nie adik faris bercuti di korea bersama fmly tersyg

                            
utk pengetahuan semua adik faris menghidap penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH..dengan mudah kata barah darah ..perkembangan terkini adik faris yg sy baca melalui fb abah faris adalah adik faris masih lg  kritikal dan memerlukan  100% bantuan oksigen. Mengikut kata doktor, hatinya agak membengkak & paru2 sudah kurang memberikan reaksi....Kaki & muka faris kelihatan agak kembang. Rambut juga telah mula gugur...

skrg adik faris masih dirawat di SJMC, Sime Darby Medical Center Subang Jaya ..untuk pengetahuan semua bil hospital setakat ini telah menjangkau ke angka RM75000..kepada semua yg ingin menderma bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail) bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh ahli keluarga ini..

kpd semua blogger mohon mendoakan kesihatan adik faris bersama-sama yer..Ya Allah, kau sembuhknlah adik faris seperti sediakala..kau berilah kekuatan utk seluruh ahli keluarga adik faris dalam menghadapi dugaan ini.sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa..




Friday, February 17, 2012

5 peranan seorg ayah, papa, abah, daddy, atta






Jika seorang ibu adalah ketua keluarga, maka ayah pula adalah pengasas keluarga tersebut. Dia memainkan pelbagai peranan penting tidak kira kecil ataupun besar. Satu komuniti yang kuat di dalam sesebuah negara yang teguh pentadbirannya terbentuk daripada keluarga-keluarga yang dibimbing oleh golongan ayah di rumah. Ayah membimbing, memberi kuasa serta menjadi mentor kepada keluarga dan rumahtangga. Anak-anak dilindungi daripada bahaya dan sebarang kecederaan. Ayah mengajar anak-anaknya menjadi seorang yang tabah, kuat dan berjaya di dalam hidup mereka.

AYAH SEBAGAI SEORANG PENSTABIL

Salah satu peranan penting seorang ayah adalah menjadi penstabil di dalam sebuah rumah. Seorang ayah perlu membimbing anak-anak mereka ke arah ke stabilan keluarga dan rumahtangga. Kehadiran ayah di dalam menangani cabaran-cabaran di luar rumah seperti suasana kemasyarakatan yang tidak baik dapat membantu perkembangan anak-anak

AYAH SEBAGAI SEORANG PELINDUNG
Si isteri dan keluarga perlu berasa dilindungi daripada dunia luar yang serba tidak menentu. Ayah perlu menjadi seorang pelindung kepada keluarganya did alam apa jua keadaan sekalipun. Setiap anak perlu melihat ayah mereka sebagai seorang hero idola mereka. Ayah juga perlu memberi keselesaan kepada anak-anaknya.

AYAH SEBAGAI SEORANG YANG DICONTOHI

Apabila anak-anak dibesarkan oleh seorang ayah yang komited, kemungkinan besar mereka berjaya dalam hidup pada masa hadapan adalah sangat tinggi berbanding dengan anak-anak yang dibesarkan oleh seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Ia bukanlah mengatakan bahawa anak-anak yang dibesarkan tanpa seorang ayah tidak akan berjaya dalam hidup mereka, tetapi tahap kejayaan anak-anak yang mendapat bimbingan seorang ayah itu adalah lebih tinggi. Ayah memberi keberanian dan keyakinan kepada anak-anak mereka. Memandangkan anak-anak sentiasa memerhatikan tingkah laku ibu dan bapa mereka, banyak perkara-perkara baru tentang kehidupan yang dipelajari mereka. Maka dengan itu adalah amat penting si ayah menunjukkan karakter yang baik tentang kehidupan kepada anak-anak mereka agar si ayah menjadi sumber inspirasi mereka.

AYAH SEBAGAI SEORANG PENCARI NAFKAH

Seorang ayah perlu menyediakan, pakaian serta tempat tinggal untuk keluarganya. Seorang ayah harus melakukan apa sahaja untuk menjaga kebajikan keluarganya tidak kira apapun pekerjaan yang dilakukan olehnya asalkan kerja itu halal dan mulia.

AYAH SEBAGAI SEORANG PENDISIPLIN
Anak-anak perlu dibimbing sejak zaman kanak-kanak mereka lagi. Ayah haruslah menjadi pendisiplin kepada keluarganya. Anak-anak perlu menyingkirkan tabiat-tabiat buruk yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka. Si ayah perlu mengajar nak-anaknya bahawa sikap tamak, menipu, berbohong, mencuri, bersikap kurang ajar serta tingkah laku buruk adalah sikap-sikap yang tidak baik. Sebagai ketua keluarga di rumah, seorang ayah bertanggungjawab dalam mendisiplinkan anak-anak. Langkah-langkah mendisiplinkan anak-anak boleh diambil oleh si ayah jika anak-anaknnya melakukan kesalahan adalah seperti menyekat elaun perbelanjaan serta melarang mereka daripada bermain. Si ayah juga boleh memukul anaknya jika kesalahan yang dilakukan mereka berulangkali atau mereka tidak mengendahkan kata-kata si ayah. Tujuan seorang ayah mendisiplinkan anak-anaknya adalah bagi membantu mereka menjadi seorang yang berguna kelak. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Kepentingan sorang bapa di dalam sesebuah keluarga tidak boleh dinafikan. Peranan seorang ayah di dalam sesebuah keluarga sememangnya amat penting. Anak-anak cenderung menjadikan ayah mereka sebagai idola atau model mereka, maka dengan itu, si ayah perlu menjadi contoh utama kepada mereka.


futnote: syg papa nia ketat-ketat..

Thursday, February 16, 2012

akhirnya, dpt jgk seketul =)

setelah ketandusan BE utk kesekian lamanya hari nie buka je akaun nuffnang tgk ada satu BE baru..



thanks to dutch lady friso GUT  coz sudi menempek di belog sy..

hope masyuklah BE kali nie..

syg kamu nuffnang ketat-ketat..

Wednesday, February 15, 2012

asal promo or big sale trus xleh nk booking



grrrrr....dr pg td duk try nk booking tiket aa..asal jer nk booking trus kuar You have arrived at our waiting room ..tensen mak okeh..

tgh mencuba dan trus mencuba nie..

15 Cara Galakkan Anak Makan



Setelah semakin besar iaitu sekitar 2 tahun, anak anda lazimnya semakin kurang menyusu. Inilah masa yang sesuai untuk anda memberinya makanan seimbang mengikut piramid makanan.

Memang ada banyak cara untuk menggalakkan anak makan. Lebih-lebih lagi ketika berusia antara 2 hingga 6 tahun. Waktu ini mereka sangat aktif dan lebih pentingkan bermain daripada makan. Berhadapan dengan anak seperti ini, anda mestilah banyak bersabar dan tidak mudah berputus asa.

Ketahuilah bahawa makanan yang anda berikan kepada anak sangat penting kerana berperanan membekalkan nutrien untuk perkembangan dan tumbesaran mereka, membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental, membantu mengekalkan ketahanan badan terhadap sebarang jangkitan penyakit dan menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja. Oleh itu, anda mestilah tahu apa yang anda beri pada anak dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Barulah mereka dapat khasiat yang diperlukan.

Setiap kali anak makan, anda mestilah pastikan gabungan makanannya seimbang seperti yang disarankan oleh Piramid Pemakanan Malaysia. Piramid Pemakanan Malaysia mempunyai 4 aras yang terdiri daripada aras bijirin dan ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu serta lemak, minyak dan gula.

Bijirin Dan Ubi
Kumpulan makanan ini adalah sumber karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda. Antara makanan yang terkandung di dalamnya ialah mi, nasi, roti, pasta dan capati. Anak anda perlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari daripada kumpulan ini.

Buah-buahan Dan Sayur-sayuran
Makanan ini membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda. Sekurang - kurangnya 2 hidangan diperlukan oleh anak anda setiap hari.

Ikan, Ayam, Daging, Kekacang, Susu Dan Hasil Tenusu
Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral. Sehari, anak anda memerlukan 2 hidangan ikan, ayam, itik, daging dan kekacang. Manakala untuk hasil tenusu, anak anda perlukan sebanyak 2 hingga 3 hidangan setiap hari.

Lemak, Minyak Dan Kumpulan Gula
Pastikan anda kurang memberi anak makanan yang berlemak, berminyak dan bergula.

15 Cara Galakkan Anak Makan :
1. Sentiasa ada bersama anak ketika dia makan.
2. Jangan memaksa anak makan cepat. Biar dia menikmati makanannya.
3. Pujilah anak jika dia makan dengan elok dan dapat menghabiskan makanannya.
4. Semasa anak makan, beritahu dia apa yang sedang dimakannya itu dan khasiat yang kerkandung dalam makanan tersebut.
5. Seelok-eloknya, biar anak makan sendiri dan jangan suap mereka.
6. Ingat, jangan mendesak anak untuk makan banyak kerana saiz perutnya tidak sama dengan saiz perut orang dewasa.
7. Jangan galakkan anak makan hanya makanan yang digemarinya. Sebaliknya pelbagaikan makanan untuk mereka supaya seimbang.
8. Pastikan anda memberi anak makan ketika dia lapar.
9. Jangan memaksa anak makan. Hal ini hanya akan memberikan tekanan kepada mereka dan menyebabkan mereka kurang selera.
10. Jadikan waktu makan waktu yang menyeronokkan.
11. Elakkan anak minum banyak air semasa makan bagi mengelakkan dia cepat kenyang.
12. Untuk merangsang anak makan, hiaslah makanannya.
13. Tetapkan jadual makan anak agar dia jadi lebih berdisiplin.
14.Jangan beri anak makanan berat di antara waktu makan utamanya.
15.Elakkan memberi anak makan ketika dia mengantuk kerana dia mungkin akan tercekik atau tidak berselera.

Makanan dan Peranan Ibu Bapa

+Jadi Contoh
Pastikan anda makan hanya makanan yang berkhasiat. Jika di rumah anda hanya ada makanan yang berkhasiat, anak tentu akan memilih yang mereka paling suka di antara makanan berkhasiat itu.

+Pilihan Menyelerakan
Berilah pilihan yang menyelerakan kepada anak. Bukan yang ala kadar sahaja. Jika kurang mahir memasak, belilah buku yang berkaitan dengan resipi untuk kanak-kanak dan belajarlah dari situ. Anak anda mesti suka mencuba menu baru anda.

+Persembahan Yang Menarik
Ketika menghidangkan makanan untuk anak anda, pastikan persembahannya menarik. Jangan main campur semuanya. Gabungkan warna-warna yang menarik dalam makan anak-anak. Persembahan makanan yang menarik bukan sahaja dapat memikat hati kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.

+Bijak Menyediakan Hidangan
Jika anak anda tidak suka makan sayur-sayuran, ini tidaklah bermakna dia langsung tidak boleh makan makanan tersebut. Sebagai ibu bapa, anda mestilah berfikiran kreatif. Jika dia tidak suka makan lobak merah tetapi suka makan kek, apa kata anda buat kek lobak merah. Tapi, jangan beritahu dia yang anda mencampurkan lobak merah ke dalam kek tersebut. Anak anda pasti akan makan kek tersebut kerana dia tidak tahu kandungannya. Begitu jugalah jika dia tidak gemarkan sayur-sayuran lain. Buatlah sup krim daripada sayur-sayuran itu dan hidangkan bersama roti bawang putih. Tentu berselera anak anda makan menu yang baru itu.

Tuesday, February 14, 2012

jenis-jenis lensa

Lens atau lensa merupakan aksesori terpenting pada sesebuah kamera. Kalau takda lens macam mana korang nak tangkap gambar. Lens menentukan kualiti gambar yang korang ambik, bukan kamera. Kalau mampu beli dslr yang harganya mencecah RM10 ribu pun, tapi kalau lens tak berkualiti, gambar  atau imej yang dihasilkan oleh kamera pun akan jadi hampeh. Lens bertindak seperti mata, mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera melalui aperture. Terdapat banyak jenis lens di pasaran. Setiap jenis lens mempunyai keistimewaan tersendiri. Lens boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

Standard Lens

4817085469 0c7e95d50b Jenis Jenis Lensa

Standard lens atau kitlens biasanya dalam range 18-50mm (Canon, Nikon) dan 18-70mm (Sony, Minolta). Lens ni biasanya dipakejkan sekali dengan body dslr. Sesuai digunakan untuk apa-apa jenis event sama ada indoor atau outdoor. Nak shot landskap boleh, shot potrait pun boleh. Dinasihatkan sebelum  decide nak tambah koleksi lens, pastikan  dah push kit lens sampai ke limitnya, maksudnya gunakan kitlens untuk apa juga keadaan. Bila  rasa kitlens ni ada kekurangan, baru  beli lens baru untuk cover kekurangan kitlens. 

Ultra/Wide Angle Lens

4817709380 175a52e08d Jenis Jenis Lensa
Wide angle lens biasa digunakan untuk shot landscape supaya dapat capture sudut yang lebih luas. Selalu digunakan dalam wedding photography supaya gambar pengantin dan latar belakang lebih menonjol. Contoh wide angle lens seperti sigmga 10-20mm, Tamron 10-24mm dan banyak lagi,  search je kat google. Wide Angle Lens kadang2 dipanggil Ultra Wide Lens atau UWA. Harga lens ni lebih mahal berbanding kitlens, sekitar RM1800 ke atas.

Telephoto / Zoom Lens


4817708920 a422d1f387 Jenis Jenis Lensa

Masa tengok Piala Dunia perasan tak kat tepi-tepi padang  photographer2 dengan lens yang macam senpang gajah tu. Itu dipanggil zoom/telephoto lens.Telephoto lens ada banyak jenis. Bagi yang kurang bajet, boleh beli lens macam Sigma 75-300mm, Sony 55-200mm dan Tamron 75-300mm. Kalau rasa banyak duit, dialu2kan beli lens putih yang macam bazooka tu, paling murah pun RM5500..hehe..ada berani?

Zoom lens biasa digunakan dalam sport/action photography macam bola sepak, supaya pemain bola tu nampak jelas dan besar. Lagi satu boleh jugak korang  guna untuk shoot potrait untuk mendapatkan bokeh yang lawa.

Macro Lens

4817782060 c1d59cb388 Jenis Jenis Lensa
Macro lens direka khas untuk ambik gambar yang korang perlu close up habis-habisan. Contohnya kalau  nak ambik gambar lalat dan nak lalat tu nampak besar dan jelas,  kena guna macro lens. Kelebihan macro lens ni dari lens lain ialah Minimun Focus Distance (MFD). Untuk lens-lens biasa,  tak boleh letak lens dan objek terlalu rapat sebab lens takkan boleh fokus pada objek. Try kalau tak percaya. Contoh lens macro yang popular ialah Sigma 90mm. Harga dalam lingkungan RM1000.

Prime Lens

4817708538 a1066d1753 Jenis Jenis Lensa
Tiada kaitan dengan Optimus Prime, prime lens juga dikenali sebagai fix lens sebab lens jenis ni  tak boleh nak zoom in dan zoom out. Tapi kualiti gambar prime lens sangat baik berbanding lens-lens lain. Sesuai untuk potrait sebab prime lens menghasilkan bokeh yang amat lawa. Prime lens jugak mempunyai nilai aperture yang tinggi sehingga F1.4, so boleh shot dalam keadaan yang gelap, tak payah pakai flash. Ada banyak jenis dan range prime lens, yang paling popular ialah 50mm F1.8.Boleh beli prime lens dengan harga yang murah bermula dari RM350 untuk 50mm.

Fisheye Lens

4817086363 dd1e28bb40 Jenis Jenis Lensa
Sebenarnya fisheye lens tergolong dalam Ultra/Wide Angle Lens. Cuma yang membezakan ialah efek melengkung yang dihasilkan oleh lens ni. Biasanya photographer guna untuk shot landskap dan shot2 kreatif. Contoh lens fisheye ialah Samyang 8mm dan bayak lagi. Sila search kat google, kalau nak contoh gambar boleh pegi kat flickr dah search 8mm fisheye. Harga fisheye dalam bermula dari RM1000.

futnote: sharing is caring..

Suntik bakteria ke tubuh anak sihat



BAGI pasangan yang bakal menimang cahaya mata pertama atau seterusnya, apakah ikrar yang anda buat untuk masa depan permata hati anda itu? Menyediakan insurans kesihatan dan pendidikan, memilih pusat penjagaan dan pra sekolah terbaik atau membelikan pakaian berjenama dan permainan mahal?

Pernahkah anda terfikir untuk berikrar memberikan anak kesayangan anda semua imunisasi yang diperlukannya? Maksud penulis ialah memperuntukkan sedikit wang untuk vaksin tambahan. Mungkin ada yang bertanya, bukankah kerajaan sudah mengadakan program imunisasi kebangsaan, buat apa hendak berikan vaksin lain pula?

Memang benar, kita mempunyai program imunisasi kebangsaan dan dianggap antara langkah perlindungan terbaik di dunia. Pun begitu, ia masih belum lengkap kerana perlindungan terhadap beberapa penyakit lazim dalam kalangan kanak-kanak belum dimasukkan dalam program berkenaan seperti rangkaian penyakit yang boleh disebabkan oleh bakteria pneumokokal.

Kalau ditanya pada mana-mana ibu bapa, rasanya semua tahu kepentingan vaksin. 

Malah kebanyakannya memang mengambil berat terhadap jadual pengambilan vaksin anak kesayangan mereka. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini muncul segelintir ibu bapa yang enggan berbuat demikian atas alasan mahu si anak mempunyai perlindungan semula jadi dengan hujah ‘buat apa menyuntik bakteria ke dalam tubuh anak mereka yang sihat’?
Perunding Pediatrik dan Neonatal, Hospital Pakar Damansara Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata, sistem pertahanan badan manusia boleh dibentuk melalui dua cara iaitu imuniti semula jadi dan dengan bantuan vaksin.

Menurutnya memang benar perlindungan yang diperoleh selepas terkena jangkitan itu lebih baik tetapi satu perkara penting yang perlu diketahui ialah jangkitan itu boleh menyebabkan beberapa penyakit teruk yang mungkin membawa kesulitan, kesengsaraan dan paling dikhuatiri ia berakhir dengan kematian.

Bakteria pneumokokal contohnya boleh menyebabkan empat keadaan atau penyakit berbeza - bakteremia (jangkitan bakteria dalam darah), meningitis (jangkitan selaput saraf tunjang atau otak), pneumonia (jangkitan paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

Penyakit disenaraikan di atas adalah pecahan penyakit pneumokokal (PnD) yang membimbangkan pakar perubatan kerana ia dikelaskan sebagai pembunuh nombor satu kanak-kanak, terutama pesakit kecil di bawah umur lima tahun. Apa yang lebih membimbangkan ialah ramai ibu bapa tidak menganggap pembunuh senyap dalam kalangan kanak-kanak ini sebagai satu perkara penting.

Imuniti semula jadi bermakna seseorang perlu mendapat jangkitan sesuatu penyakit (sama ada disebabkan bakteria atau virus). Apabila bakteria atau virus memasuki badan dan membiak, badan akan menghasilkan antibodi untuk melawan serangan mikro organisma berkenaan.

Dalam proses 'perang' itu, individu yang dijangkiti akan mengalami pelbagai gejala penyakit seperti demam, hilang selera makan, ruam, mata menjadi merah, muntah, cirit-birit, keletihan dan berat badan menurun.

Selepas pengalaman yang memeritkan ini, badan individu berkenaan sudah ada pelindung terhadap jenis bakteria atau virus yang menyerangnya. Jadi apabila dia dijangkiti bakteria atau virus daripada jenis yang sama untuk kali kedua, individu itu tidak akan mengalami sebarang masalah kesihatan.

Namun, berfikirlah secara rasional, buat apalah kita hendak anak yang masih kecil melalui pengalaman menyakitkan itu jika perlindungan yang sama boleh diberikan oleh vaksin. Vaksin adalah kultur bakteria atau virus yang sudah dilemahkan dan tidak boleh membahagi atau membiak dengan sempurna.

Ia akan disuntik ke dalam badan bayi tetapi jangan risau kerana virus atau bakteria yang diberi itu sangat lemah dan tidak akan menyebabkan masalah kesihatan, tetapi ia sudah cukup untuk memberi isyarat kepada badan supaya menghasilkan antibodi sama baik seperti imuniti semula jadi.

Sebaik badan menghasilkan antibodi, secara automatik ia akan menjadi anggota kekal dalam sistem pertahanan badan. Jika terdedah kepada jangkitan, antibodi ini akan segera memerangi virus atau bakteria yang memasuki badan. Bagi sesetengah vaksin, ia memberi perlindungan selama beberapa tahun dan ada juga sepanjang hayat.

Suntikan vaksin perlu diberikan untuk melindungi kanak-kanak daripada mendapat jangkitan kerana 60 peratus kemasukan ke hospital dan 40 peratus kematian berlaku pada kanak-kanak di bawah 10 tahun. Ini perkara menyedihkan kerana ia boleh dicegah dengan vaksinasi.

Selain itu, vaksinasi juga dapat mengurangkan beban pada kanak-kanak dan ibu bapa mereka serta kos rawatan. Secara purata kanak-kanak yang sakit tidak dapat hadir ke sekolah selama lima hingga enam hari dan ibu bapa pula terpaksa mengambil cuti antara tiga hingga empat hari setiap kali anak sakit.

Kajian mendapati ada lebih 90 jenis bakteria pneumokokal, tetapi hanya 10 peratus yang boleh menyebabkan penyakit pneumokokal serius di seluruh dunia.

Malangnya, kumpulan 10 peratus inilah yang menyebabkan kira-kira 155 juta kes baru setiap tahun dan 150 juta kes berlaku di negara membangun. Daripada jumlah ini, sebanyak 15 juta kes dikategorikan sebagai serius yang memaksa kanak-kanak ditahan di hospital dan sedihnya 1.6 juta kes berakhir dengan kematian.

Siapa yang perlu dilindungi?

Menurut Dr Musa, semua kanak-kanak di bawah umur lima tahun berhak mendapat perlindungan vaksin apatah lagi daripada jangkitan bakteria pneumokokal yang menyebabkan kerosakan otak, kehilangan pendengaran dan kematian.

Selain itu, saranan mendapatkan suntikan vaksin pneumokokal ini turut ditujukan kepada kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian, mereka yang lemah daya ketahanan badan dan mengalami penyakit kronik seperti kencing manis dan membabitkan penyakit jantung, paru-paru, buah pinggang dan hati.

Kanak-kanak, terutama yang dihantar ke pusat jagaan harian, terdedah kepada jangkitan pneumokokal dan boleh menjadi ejen pembawa serta penyebar bakteria yang berkesan. Kajian menunjukkan kira-kira 60 peratus kanak-kanak prasekolah menjadi pembawa bakteria pneumokokal dan berpotensi tinggi menyebarkannya kepada rakan sebaya tanpa disedari.

“Pneumokokal ialah punca utama kehilangan keupayaan dan kematian kanak-kanak di bawah lima tahun di seluruh dunia yang boleh dicegah. Penyakit pneumokokal invasif boleh menjadi penyakit paling serius dalam kalangan kanak-kanak kecil.
Paling teruk, ia menyebabkan meningitis (keradangan selaput otak). Akibatnya kanak-kanak yang mendapat meningitis boleh menjadi buta atau pekak, atau meninggal dunia.

“Sedihnya, penyakit pembunuh ini sering dilupakan. Pada 2008, penyakit ini menyebabkan kematian 8.8 juta kanak-kanak di bawah lima tahun. Satu perlima daripadanya meninggal akibat pneumonia. Malangnya hanya satu daripada lima ibu bapa yang dapat mengenal penyakit ini.

“Kita perlu mendidik ibu bapa dan orang ramai mengenai cara melindungi kanak-kanak daripada penyakit ini kerana kesannya amat buruk. Kaedah pencegahan berkesan perlu disediakan untuk kanak-kanak Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran laman web untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit pneumokokal dan penekanan kepentingan vaksin - www.abc4pneumococcal.com, sebagai lanjutan kepada Kempen Sasarkan Liputan Lebih Luas (ABC) yang menyeru ibu bapa memperjuangkan hak kanak-kanak untuk dilindungi daripada penyakit berkenaan melalui pemvaksinan.

Katanya lagi, apabila memberikan vaksin perlindungan kepada kanak-kanak, seisi keluarga malah masyarakat akan merasa manfaatnya. Ini kerana orang dewasa yang tidak pernah mendapat penyakit kanak-kanak ini ketika kecil atau mereka yang tidak sesuai menerima vaksin (disebabkan masalah kesihatan) berisiko tinggi mengalami jangkitan daripada kanak-kanak yang tidak diberikan suntikan vaksin.

Memberikan vaksin kepada kanak-kanak yang sihat secara tidak langsung akan melindungi orang dewasa, golongan tua dan kanak-kanak yang tidak boleh menerima vaksin akibat masalah kesihatan.

Bahkan ia juga akan melindungi kanak-kanak yang tidak boleh menerima suntikan vaksin akibat menghidapi penyakit kronik seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang dan hati.

Jangkitan

Walaupun bakteria pneumokokal turut menjangkiti orang dewasa, kesannya lebih ketara dan teruk pada kanak-kanak kecil. Sehingga kini, dianggarkan 1.6 juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat jangkitan pneumokokal dan daripada jumlah ini, antara 700 hingga satu juta adalah kanak-kanak berumur kurang lima tahun.

Bakteria pneumokokal mudah merebak melalui batuk dan bersin, kemudiannya menjangkiti saluran pernafasan kanak-kanak lain. Dari sini ia akan memasuki salur darah, merebak ke seluruh badan dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutama pada kanak-kanak di bawah dua tahun kerana badan mereka belum ada antibodi untuk melawan jangkitan pneumokokal.

Dari hidung, bakteria berpindah ke bahagian badan lain melalui aliran darah dan mula menyebabkan masalah kesihatan. Jangkitan bakteria pneumokokal boleh berlaku pada darah dan menyebabkan keracunan darah (sepsis atau bakteremia), keradangan selaput saraf tunjang atau otak (meningitis), keradangan paru-paru (pneumonia) atau jangkitan telinga tengah (otitis media). Namun penyakit paling banyak direkodkan penyebab kematian kanak-kanak ialah pneumonia.

Bukan semua individu yang ada bakteria ini mengalami gejala penyakit kerana pneumokokal didapati ada pada individu sihat. Kumpulan ini dipanggil pembawa dan mereka mungkin membawa empat jenis (serotip) bakteria berbeza pada satu masa.

Bakteria pneumokokal boleh menyebabkan lima masalah iaitu:



  • Sinusitis - Kanak-kanak mengalami demam, hidung berair dan batuk.







  • Otitis media akut - Pesakit mengalami sakit telinga, demam, pendengaran menjadi tidak jelas. Dalam kalangan bayi atau kanak-kanak kecil, tindakan kerap menarik atau menutup telinga boleh menjadi tanda dia mengalami masalah otitis media.







  • Bakteremia (keracunan darah) - Boleh menyebabkan pesakit demam panas dan mengalami pelbagai simptom lain.







  • Pneumonia - Pesakit menggigil, kesejukan, batuk, demam dan sesak nafas.







  • Meningitis - Menyebabkan pesakit demam, sakit kepala yang teruk, mual, muntah, leher menjadi tegang dan fotofobia (cuba mengelak melihat cahaya) dalam kalangan kanak-kanak lebih besar. Bayi dan kanak-kanak kecil pula biasanya mengalami demam dan beberapa gejala tidak khusus tetapi kerap.

    “Kurang pengetahuan mengenai bahaya jangkitan pneumokokal menyebabkan kebanyakan ibu bapa hanya membawa anak mendapatkan rawatan apabila penyakit makin teruk dan sedihnya, ada yang tidak dapat diselamatkan. Ini kerana kematian boleh berlaku dalam masa lima hari jika pesakit kanak-kanak tidak mendapat rawatan sewajarnya.

    “Pada 2005, seorang ibu membawa anaknya berusia lima bulan yang mengalami demam dan muntah-muntah berjumpa saya. Keadaannya memang kritikal dan selepas 10 jam dimasukkan ke unit rawatan rapi, dia meninggal dunia dalam pangkuan saya! Sedihnya hanya Allah yang tahu. Saya sedih kerana bayi berkenaan meninggal akibat penyakit pneumokokal sedangkan ia boleh dicegah,” katanya.

    Buat pilihan bijak

    Masalah tidak mendapat imunisasi lengkap kebanyakannya berlaku pada kanak-kanak di negara membangun. Sejarah membuktikan pemberian vaksin mampu mengurangkan kes jangkitan dan kematian kanak-kanak yang berumur kurang lima tahun.

    Malah, program imunisasi juga terbukti dapat menghapuskan virus demam cacar sepenuhnya. Sasaran seterusnya ialah untuk menghapuskan virus poliomyelitis yang menyebabkan penyakit polio dalam beberapa tahun akan datang.

    Apa yang menjadi polemik ibu bapa ialah kos untuk vaksin pneumokokal. Harga setiap suntikan vaksin pneumokokal ialah RM200 dan seseorang kanak-kanak memerlukan tiga dos suntikan untuk mendapat perlindungan sepenuhnya.
    Bagaimanapun, jumlah suntikan atau dos ini berbeza mengikut umur kanak-kanak.

    Walaupun harga itu dianggap mahal oleh kebanyakan ibu bapa tetapi jika ibu bapa membuat perancangan rapi dan sanggup mengenepikan keinginan menukar telefon bimbit yang beribu ringgit harganya atau desakan membeli beg tangan berjenama, rasanya ia bukanlah masalah besar.

    Malah ia dikira jauh lebih murah jika dibandingkan kos rawatan yang perlu ditanggung sekiranya anak anda dijangkiti bakteria pneumokokal. Kata Dr Musa lagi, kerjasama dan perjuangan ibu bapa dalam menuntut supaya vaksin ini dimasukkan dalam program imunisasi kebangsaan akan membolehkan harganya dikurangkan ke paras berpatutan.

    Ini bukan mustahil kerana Persekutuan Vaksinasi dan Imunisasi Global (GAVI) menjual vaksin yang serupa di Afrika dengan harga USD1 (RM3) bagi setiap dos!

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penyelidik mendapati bakteria
    pneumokokal menjadi semakin rintang (mempunyai daya ketahanan tinggi) terhadap antibiotik yang biasa digunakan. Ini membuatkan rawatan menjadi lebih sukar dan pesakit perlu ditahan lebih lama di hospital - yang bermakna kos rawatan semakin tinggi.

    Inilah sebabnya apabila ditanya apabila semua orang mendapat perlindungan, bolehkan program imunisasi dihentikan? Dr Musa dengan tegas dan pantas menjawab ‘Tidak’. Ini kerana ia akan memberi perlindungan secara tidak langsung kepada komuniti (termasuk orang dewasa) dan individu yang tidak sesuai diberikan vaksin atas sebab kesihatan atau agama. Malah pemberhentian vaksin akan memberi peluang penyakit ganjil untuk muncul.

    Soalan yang kerap ditanya ibu bapa

    1. Adakah selamat diberikan vaksin pneumokokus dengan vaksin lain dalam senarai imunisasi?

    Ya, selamat dan anda tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan mempengaruhi vaksin lain.

    2. Bolehkah vaksin ini mendatangkan kesan sampingan kepada kanak-kanak?

    Vaksin sama seperti ubat lain, ada kesan sampingan tersendiri tetapi kebanyakan kanak-kanak yang diberikan imunisasi tidak mengalami sebarang masalah. Kesan sampingan yang mungkin dialami anak anda untuk vaksin ini sama seperti vaksin suntikan lain contohnya tanda merah dan bengkak di tempat suntikan atau demam.Jangan risau, ini bukan masalah serius dan jika ia berlaku, ia tidak berpanjangan.

    Kesan sampingan serius jarang berlaku dengan vaksin moden dan risiko daripada vaksinasi adalah jauh lebih rendah daripada tidak diberikan vaksin.

    3. Adakah benar perlindungan semula jadi selepas dijangkiti adalah lebih baik daripada suntikan vaksin?

    Ya, memang benar perlindungan yang diperoleh selepas terkena jangkitan itu lebih baik tetapi satu perkara penting yang perlu diketahui ialah jangkitan itu boleh menyebabkan beberapa penyakit teruk yang mungkin membawa kesulitan, kesengsaraan dan paling dikhuatiri ia berakhir dengan kematian.

    4. Berapa umur yang sesuai mendapatkan vaksin pneumokokus?

    Vaksin ini dicadangkan untuk bayi dan kanak-kanak kecil iaitu daripada umur dua bulan hingga lima tahun. Umur anak menentukan bilangan dos suntikan yang diperlukan.


    5. Apa keadaan yang tidak membenarkan seseorang kanak-kanak diberikan suntikan vaksin pneumokokus?

    Ada segelintir kanak-kanak yang tidak boleh diberikan vaksin iaitu jika mengalami alahan atau masalah perubatan lain dalam keadaan di mana risikonya melebihi kebaikan.

    6. Bagaimana ibu bapa boleh mengetahui jika |anak mereka mengalami reaksi terhadap vaksin?

    Keadaan alahan atau alergi jarang berlaku. Jika ada, reaksi ini berlaku
    dalam masa beberapa minit atau jam selepas disuntik. Antara gejalanya ialah pernafasan berbunyi, ruam, rasa lemah, pucat, nadinya pantas, pening dan bengkak pada tekak. Jika ini berlaku, segera bawa anak anda berjumpa doktor.






  • sumber : metro online

    Monday, February 13, 2012

    airasia buat sale lg =)


    kpd semua kaki jln or tgh merancang nk bercuti sila tggu ketibaan 15 feb nie..airasia akan buat big sale lg..dr rege rm19 sehala ke mana-mana destinasi seperti Langkawi, Singapore, Terengganu, Guilin, Hong Kong, Hanoi, Bangkok, Medan dan byk lg.. 


    tarikh utk booking bermula 15 feb - 19 feb shj..tarikh utk travel plak bermula 11 September 2012 - 31 Januari 2013 ..

    tgh aim nk g KK ngn Langkawi.. hope ada rezeki utk kami sefmly..tp bila ada big sale biasa mmg poblem je..

    futnote: 2 weeks to go utk cuti-cuti mesia with my syg-syg.. 

    Kembalikan bentuk badan



    SELEPAS melahirkan anak, kebanyakan wanita berasa bimbang apabila melihat bentuk tubuh mereka yang semakin mengembang dan menunjukkan tanda-tanda berat badan meningkat.

    Biasanya, bahagian yang paling ketara berlaku perubahan adalah di lengan, punggung, perut dan payudara. Tidak hanya bentuk lebih besar malah kehadiran tanda regangan pada kulit perut ketika hamil, dikenali sebagai striae iaitu parut yang terbentuk akibat lapisan dermis yang terkoyak juga begitu membimbangkan.


    Penting bagi ibu yang baru bersalin untuk mengetahui senaman sesuai bagi mengembalikan bentuk badan yang diinginkan seperti sebelum mengandung dan pada masa sama dapat menjaga bayi dengan sempurna.

    Jadi, sebaiknya selepas melahirkan anak tidak kira secara normal mahupun pembedahan harus mengambil tindakan segera dengan membuat senaman yang betul agar bentuk badan diinginkan berjaya diperoleh.

    Menurut Pakar Runding Laktasi dan Bidan Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, Elizabeth Muthu, selepas bersalin wanita seharusnya melakukan senaman bagi mengembalikan bentuk badan dan menghasilkan kualiti susu yang baik untuk bayi.

    “Selepas selesai menguruskan segala urusan bayi anda yang biasanya mengambil masa selama seminggu, sehari sekali perlukan sedikit masa untuk melakukan senaman.

    “Senaman dilakukan bagi mengurangkan masalah berat dan bentuk badan yang semakin mengembang selepas bersalin. Seeloknya, senaman dibuat bersama-sama dengan anak.

    “Ini bagi memastikan perhatian terhadap anak dapat dilakukan setiap masa walaupun ketika sibuk melakukan senaman di samping dapat menyusukan bayi ketika menangis,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

    Tambah Elizabeth, biarpun senaman penting, harus diingat ia tidak boleh dilakukan secara berlebihan. Ini kerana jika berlebihan ia menghasilkan lebih banyak asid yang tidak diperlukan terutamanya bagi ibu yang menyusukan bayi.

    Bukan itu saja, senaman yang dilakukan secara berlebihan menyebabkan badan letih dan tiada tenaga mengakibatkan tumpuan terhadap anak berkurangan.

    Tidak hanya menitik beratkan senaman, malah ibu yang baru melahirkan bayi juga harus menjaga diet harian dan mengambil makanan berkhasiat bagi membantu proses mengembalikan bentuk badan seperti diinginkan.

    “Senaman yang dilakukan dapat dilihat kesannya jika diikuti dengan mengambil makanan seimbang dan lengkap bagi memberi kesihatan kepada tubuh badan.

    “Pemakanan yang seimbang bukan hanya untuk mendapatkan bentuk badan ideal malah penting bagi menghasilkan susu berkualiti.

    “Seeloknya, ambil makanan yang berasaskan protein dan kurang karbohidrat. Ini kerana, jika gemar mengambil makanan yang banyak karbohidrat akan membuatkan anda mudah lapar kerana biasanya ia lebih cepat dibakar.

    “Tingkatkan makanan berasaskan protein dan serat bagi menghasilkan kualiti susu yang lebih baik di samping membantu mengurangkan berat badan.

    “Harus diingat jangan amalkan pengambilan makanan segera kerana tidak baik untuk badan dan penghasilan susu,” katanya yang menasihati agar mengamalkan diet seimbang kerana senaman hanya untuk menegangkan otot atau bahagian yang kendur.

    Tambahnya, ibu yang baru melahirkan anak sebaiknya amalkan mengambil makanan enam kali sehari. Misalnya, di awal pagi dengan roti bersama keju. Kemudian, pada jam 10 pagi, ambil makanan berasaskan kekacang.

    “Tengah hari pula amalkan mengambil nasi daripada beras perang berbanding nasi putih kerana ia mempunyai nutrien tinggi dan campurkan dengan sup atau sayur-sayuran.

    “Jika mahu menikmati nasi putih, apa kata campurkan ia dengan beras perang bagi menambah nutrien yang diperlukan oleh badan.

    “Pada waktu minum petang pula, anda boleh minum teh tanpa gula dan makan malam dengan sup,” jelas Elizabeth yang menasihati wanita agar mengambil makan malam empat jam sebelum waktu tidur.

    Tambahnya, senaman yang konsisten dan menjaga diet secara seimbang harus dilakukan dengan mempunyai objektif agar misi yang dilakukan berjaya.

    Bagi ibu yang baru melahirkan anak, ikuti langkah mudah ditunjukkan Elizabeth yang boleh dilakukan di rumah bersama bayi anda, sekali atau dua kali setiap hari dalam tempoh 10 hingga 15 minit.

    Sunday, February 12, 2012

    Variasi sudut lensa 50mm

           MEMPELBAGAIKAN sudut rakaman memberikan satu hasil yang menarik dengan hanya menggunakan lensa 50mm. 


    RAMAI tidak sedar sebenarnya lensa tetap atau utama 50mm sering digunakan pada zaman kamera menggunakan filem lagi. Dengan lensa itu, apa yang kita nampak, itulah yang dirakamkan. Ia bermakna rakaman menggunakan lensa 50mm adalah rakaman asal mengikut pandangan mata. 

    Jurufoto veteran tidak ramai yang menggunakan lensa sudut lebar atau lensa jarak jauh (tele) kerana agak mahal pada waktu itu. Jadi 50mm satu-satunya lensa yang dimiliki.

    Kini dalam era fotografi digital yang menjadikan sensor kamera format DX dipangkas (crop) berbanding format asal 35mm, lensa 50mm mula diminati semula.

    Ini kerana penggunaan lensa 50mm pada kamera format DX akan membuatkan ia menjadi lensa tele ekoran pembesaran sebanyak 1.5 kali. Jadi setiap rakaman yang dilakukan akan memberi sedikit pembesaran dan tidak lagi apa yang kita nampak, itulah yang akan dirakamkan. Kini 50mm banyak digunakan untuk merakamkan potret namun ia sebenarnya boleh digunakan untuk pelbagai rakaman subjek. Apa yang perlu, jurufoto mempelbagaikan sudut rakaman.

    Lensa tetap tidak sama dengan lensa zoom yang boleh bergerak dari sudut lebar ke tele dengan hanya memusing lensa. Penggunaan lensa 50mm memerlukan jurufoto bergerak ke hadapan atau belakang bagi mendapatkan rakaman menarik. Jika jurufoto rapat dengan subjek misalnya seorang model, ia akan menghasilkan 'Bokeh' - perkataan Jepun bermaksud keadaan kualiti estetik kabur. Jadi, lebih tinggi bukaan (aperture) akan lebih jelas keadaan bokehnya. 

    Kini, lensa 50mm didatangkan dengan bukaan paling tinggi f/1.4 yang membolehkan rakaman dilakukan di dalam cahaya suram.

    Jadi, pelbagaikan sudut penggunaan lensa 50mm dan bukan hanya untuk potret sahaja.

    futnote: nmpknya kna cri len nie plak..berat sgt len yg ada skrg nie =)

    Saturday, February 11, 2012

    sudah 32 bln pun..

    fuhhh...penat masih xilang lg..semlm, my mom buat kenduri kesyukuran + sambut maulud skali..sekor kambing & sekor lembu disembelih..citer nie i update later eh..ari nie sy keje coz masa CNY ari tue sekolah tmpat sy keje cuti seminggu. so terpaksa kena ganti ari sbtu..padahal cuti rehat byk lg, tp nk jgk gnti coz nk bykkan lg cuti yg sedia ada.. muahahaha..

    nie nk citer sal lil nia..dh lama xde entry sal anak dara yg tgh membesar dgn mcm-mcm peel nie..ari nie cukup umur lil nia 32 bln..lg 4 bln jer lg nk menginjak ke angka 3 thn anak dara sy nie.

    milestone anak dara di umur 32 bln :-

    • manja makin menjadi-jadi..lately xnak berjln sendiri..asyik nk ' kong ' , means berdukung..kdg sejam berdukung non stop..silap-silap blh buat ummi naik darah di situ..
    • alhamdulillah, bila siang ari lil nia dh bebas diapers..lega + jimat sikit.. =) bila nk poo poo & kencing msk tandas sendiri & bila dh selesai membuang or kencing akan panggil ummi siap sound ' dah siap '.. gud gal..
    • dh petah bercakap..kdg xterlayan =)
    • sudah pandai mengira one to ten & satu smp sepuluh..untuk abc dan alif ba ta masih ada some words yg tertinggal..tp dia still dapat ikut bila dgr..
    • bila nmpk je logo 1malaysia otomatik akan sebut ' tutia'..amik sebutan blkang je.. muahahaha..
    • mlm kdg ummi xingat nk pakaikan pempers pn dh blh melepasi tahap membanggakan..ada one night tue ummi tertido & xingat nk pakaikn diapers awal-awal ummi terkejut kul 5.30 pg lil nia x kencing pn..kejut lil nia tnya nk kencing siap geleng lg..bangga sekejap ummi..
    • pandai baca doa mkn even xsepenuhnya.. 
    • bila nk tido suh ummi or papa mengaji dulu or bacakn dia 3 qul..mmg rutin harian kami somi isteri..
    • berat still xnaik-naik..lil nia jns susah nk mkn..kalau mkn pn ikut mood dia..tp kalau lauk berasaskn sup & singgang siap bertambah lg..
    • bila nk susu meraung mcm kena dera..selagi xdpt sleagi tue duk menempik shushu shushu.. grrrr..menguji kesbrn di situ..
      stakat tue jer yg ingat, later i update lg milestone nia ehhh..

                       abes ditempeknya kat muka..xde tempat lain ke nk tempek anak oiiii..


                         kesygn sy di umur 32 bln / 2 thn 8 bln

       terima kasih ya allah atas anugerah yg terindah ini..semoga doa kami utk menambah bilangan ahli keluarga kecil kami dlm thn nie dimakbulkan..

      Friday, February 10, 2012

      Anakku Cergas Dan Cerdas!


      Pemakanan yang berkhasiat dan baik membuatkan pertumbuhan si kecil sempurna sekali gus cergas dan meningkatkan kekuatan fizikalnya.

      Pemakanan yang berkhasiat dan baik penting untuk pertumbuhan tubuh yang sihat dan sempurna. Ia bukan sahaja meningkatkan kekuatan fizikal dan cergas tetapi juga kecergasan otak. Jika pengambilan makanan berkhasiat diabaikan, ia boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya.

      Oleh itu, mengawal pemakanan terhadap kanak-kanak perlu untuk mengelak daripada menghadapi masalah kesihatan seperti tumbesaran yang terbantut, letih, malnutrisi, perkembangan kognitif dan emosi atau akademik yang terjejas.

      Terdapat beberapa jenis vitamin yang memainkan peranan penting untuk pertumbuhan si kecil antaranya vitamin A yang menggalakkan sistem imun si kecil.

      Vitamin C pula untuk gigi dan gusi serta membantu tubuh menyerap zat besi dan kalsium yang mana si kecil memerlukan untuk pertumbuhan gigi yang sihat.

      Selain itu, jangan abaikan juga pemakanan yang mengandungi vitamin D. Ini kerana jika kekurangan vitamin ia menyebabkan kanak-kanak mengalami rickets atau cacat tulang terutama belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah, bengkak sendi dan lemah otot.

      Sementara itu, mineral seperti zat besi, zink dan magnesium juga menjadi zat pemakanan yang untuk pertumbuhan si kecil. Misalnya zink penting untuk penyembuhan kulit dan tumbesaran. Juga magnesium untuk pembentuk tulang dan gigi dan umumnya penting dalam diet harian si kecil.


      Info zat pemakanan :

      Karbohidrat
      Bijirin, beras, gandum dan ubi

      Protein
      Susu dan hasil tenusu (keju), ikan, daging tanpa lemak dan ayam
      Kalsium
      Susu dan produk susu, keju, tofu, sayuran berdaun hijau, kekacang dan telur.

      Vitamin A
      Produk tenusu, keledek, minyak ikan kod, lobak merah, tomato, labu, mangga, betik, tembikai, cekur manis, cili merah, pucuk paku, kailan dan sawi.

      Vitamin C
      Brokoli, betik, oren, mangga, jambu batu dan banyak lagi buah-buahan lain.

      Vitamin D
      Hasil tenusu, dan telur,mentega, minyak ikan kod, putih telur, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran.

      Vitamin E
      Minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian, dan semua bijirin. Serta beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, susu, oat, kacang soya, ubi kentang dan gandum.

      Mineral
      Zat besi, zink dan magnesium
      Sesetengah bijirin dan biskut gandum dan produk berasaskan gandum

      Tip galak anak makan makanan yang berkhasiat :

      Ibu perlu kreatif untuk menghidangkan makanan untuk si kecil bagi menarik minat dia menjamah hidangan yang berkhasiat. Ikuti panduan seperti berikut:

      Potongan buah-buahan dan sayur-sayuran ,potongan keju dan roti sandwic dalam saiz yang kecil untuk mudah si manja mengunyahnya.
      Buah-buahan segar adalah antara snek yang terbaik. Epal, pear dan oren mudah dibawa. Potong halus dan hidangkan.
      Buat salad buah-buahan dengan yogurt rendah lemak untuk menambah pengambilan kalsium.
      Jagung panggang, rebus atau kukus adalah snek kaya dengan serat (jangan tabur garam & sapu marjerin atau mentega) begitu juga dengan pisang segar.
      Jangan benarkan mereka makan makanan ringan kurang daripada satu jam sebelum waktu makan.
      Menggalakkan kanak-kanak untuk mencuba makanan yang baru tanpa paksaan.

      Thursday, February 09, 2012

      15 Cara Ajar Anak Budi Bahasa

      Membentuk anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang berterusan. Dan usia tiga sehingga 5 tahun adalah waktu utama untuk mengajar anak-anak mengenai budi bahasa. Ikuti panduan mengenai bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si manja anda.

      1. Erti Rasa Hormat

      Tunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak. Cakap dengan elok kepada anak anda dan tingkah laku anda itu akan membuatkan dia melakukan perkara sama kepada orang lain.

      2. Berkongsi Permainan

      Beri kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai
      .
      3. Praktik Perkataan Kesopanan

      Jadikan perkataan, ‘ tolong’ dan ‘terima kasih’. sebagai ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda lupa untuk mengucapkan terima kasih, ingatkan kepadanya.

      4. Ucapan Meminta Maaf

      Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa. Dengan cara ini membuatkan anda lebih disenangi dalam pergaulannya dengan rakan sebaya.

      5. Memberi Pujian

      Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat anak anda. Beritahu kepada anak anda bahawa anda bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.

      6. Menjadi Model Mengajar Tatatertib Kepada Anak

      Jika mulut anda penuh dengan makanan apabila anda bercakap, anak anda akan mengikut perkara yang sama apa yang dilihatnya.

      7. Mengungkapkan Penggunaan Ayat Yang Betul

      Jika anak menggunakan perkataan, “Adik mahu air,” anda betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, “Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?” dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi. Anda harus mengulangi penggunaan ayat ini sebarang situasi.

      8. Minta Kebenaran

      Ia sukar pada tahap usia ini untuk melatihnya. Jika anak anda merampas barang permainan rakan sebaya, katakan kepadanya, “ Perbuatan adik ini tidak baik dengan cara mengambil barang kawan tanpa meminta kebenaran.

      9. Lakukan Kerja Rumah

      Biarkan si manja membuang sampah atau lampin pakai buangnya ke dalam bakul sampah. Juga membawa pinggan plastik di letakkan atas meja ke sinki. Ia suatu pengenalan kepadanya untuk membantu ahli keluarganya membersihkan rumah.

      10. Berlatih Untuk Duduk Diam Di Meja Makan

      Lakukan dalam tempoh masa 15 kepada 20 minit. Ia mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin akan mengundang kemarahan anda.

      11. Gunakan Perkataan ‘Tolong’

      Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak anda mengambil barang yang anda mahu. ‘Adik, tolong mama ambilkan baju tu.

      12. Komen

      Jangan membuat komen tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakannya, “tidak, terima kasih.”

      13. Duduk Di Meja Dengan Kedudukan Yang Sopan

      Jangan membuat bising. Makan dengan sopan supaya tiada makan atau minuman tidak bersepah. Jangan bergaduh di meja makan.

      14. Suara

      Beritahu kepadanya tempat yang ‘ok’ bersuara kuat dan tempat yang perlu bercakap perlahan.

      15. Salam

      Menghulurkan salam untuk berjabat tangan apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak itu.

      Tuesday, February 07, 2012

      ketandusan BE

      last dpt BE bln nov 2011 ..last month BE dumex dugro dh bertukar ke ME..smp skrg xde pn lg BE baru..huhuhu..

      nuffnang dah xsayang ngn sy dh ke?? =(((((

      Sunday, February 05, 2012

      Pindah gaji SSM kepada SBPA

      SIBU: CUEPACS akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu.

      Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Aziz Muda, berkata perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan supaya ia diterima baik oleh semua penjawat awam.

      “Setakat ini, kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU), di sini, malam kelmarin.

      Beliau berkata, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar RM45,000 setahun menjelang 2020 tidak akan tercapai dengan kadar gaji yang diperkenalkan SBPA sebelum ini.

      Sementara itu, CUEPACS mengemukakan lima tuntutan utama yang akan menjadi petunjuk tuntutannya kepada kerajaan bagi memastikan penambahbaikan berlaku secara menyeluruh pada pelaksanaan SBPA.

      Beliau berkata berdasarkan perkembangan semasa, CUEPACS yakin lima asas utama itu akan dipertimbangkan pasukan petugas khas SBPA.

      “Sekiranya lima asas utama tuntutan ini masih tidak diterima oleh jawatankuasa, CUEPACS juga tidak akan menerima pandangan mereka. Ini kerana penambahbaikan tidak berlaku.

      “Kalau ini (penambahbaikan) tidak berlaku, ia akan menyebabkan rasa tidak puas hati (di kalangan penjawat awam) berterusan,” katanya. – BERNAMA

      Saturday, February 04, 2012

      salam maulidur rasul 1433H

      esok 12 rabiulawal, ari kelahiran junjungan besar nabi muhammad s.a.w..


                                           pic ehsan from cik google


      semoga kita semua hidup berlandaskan sunnah baginda yg tiada tolok bandingnya..

      Thursday, February 02, 2012

      Awasi perubahan anak



      AWASILAH karakter anak-anak kita. Sekiranya dia takut atau menangis sebelum ke Taska itu adalah satu petunjuk bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada pusat asuhan tersebut."

      Itu nasihat Pensyarah Kanan Kaunseling keluarga dan Perkahwinan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani.

      Katanya, kanak-kanak sememangnya dilahirkan dengan fitrah tidak pandai berbohong. Justeru, setiap perlakuan yang terzahir daripada mereka itu adalah yang sebenar.

      Dalam situasi sedemikian, ibu bapa perlu bertindak segera kerana keadaan negatif yang dilalui boleh membentuk personaliti seseorang itu.

      "Sebab itu, kita sebagai ibu bapa perlu awasi perkembangan mereka. Keadaan negatif ini jika dibiarkan akan mempengaruhi pembentukan personaliti diri dan anak-anak boleh membesar dalam ketidaksempurnaan,'' ujarnya.

      Bagi kanak-kanak yang membesar dalam suasana yang tidak selesa pastinya ia akan mempengaruhi kehidupan mereka.

      Sebagai contoh, kanak-kanak yang sering didera atau berada dalam ketakutan akan membesar menjadi seorang yang tidak berkeyakinan dan penakut.

      "Sebab itu, kita tidak boleh membiarkan persekitaran anak-anak tersekat. Ia sekali gus membantut perkembangan anak-anak. Sedangkan Taska adalah sekolah pertama tempat mereka belajar,'' ujar Dr. Saedah.

      Bagi kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa, ibu bapa perlu bertindak mengawasi pergerakan mereka .
      Malah tidak menjadi kesalahan kepada ibu bapa untuk membuat lawatan di Taska anak-anak mereka. Sselain itu cuba berkongsi pengalaman dengan kanak-kanak yang lebih besar.

      "Keadaan ini sebenarnya akan membentuk personaliti dirinya malah pengalaman yang tidak sempurna itu meninggalkan kesan-kesan terhadap personaliti individu yang kekal. Contohnya, kekurangan kemesraan antara penjaga ketika awal kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak.

      "Malah kajian menunjukkan bahawa tindak balas , sikap dan emosi dalam keseluruhan konteks kebudayaan di persekitaran kanak-kanak dan faktor-faktor lain yang dilalui kanak-kanak penting dalam menentukan pola-pola personalitinya,'' terangnya.

      Katanya lagi, dalam pembentukan personaliti kanak-kanak, keluarga merupakan satu unit sosial yang memberi kesan ke atas perkembangan personaliti individu.

      Keluarga katanya, yang berfungsi sebagai transmitter atau penyebar utama pengetahuan, sikap, nilai, moral, prinsip, tabiat dan cara berfikir serta bertingkah laku akan memberi kesan terhadap perkembangan personaliti individu.

      Ia katanya, akan dipindahkan dari satu generasi ke generasi yang berikutnya.

      "Proses ini berlaku melalui kata-kata dan contoh tingkah laku, dimana keluarga membentuk personaliti dan mengekalkan mod atau cara berfikir, cara berkelakuan yang kemudiannya menjadi tabiat.

      "Perkara itu turut dipelajari di Taska di mana sebahagian masanya di habiskan di sana.

      "Sekiranya di Taska mereka tidak didedahkan dengan cara-cara yang poisitif dan betul maka mereka mudah untuk bertingkah laku negatif," jelas Dr. Saedah.

      sumber: utusan malaysia online

      Wednesday, February 01, 2012

      entry wordless wednesday

      disebabkn ari nie hari wilayah, mesti sape yg duk kL ngn putrajaya sdg bergolek-golek manja kat umah skrg niekn??hepy holidays tuk u olls.. i olls kat trg keje okeh.. =(

                             seronok tgk 2 insan kesygn hamba bergurau senda =)
                            **abaikan papa nia yg tgh seksi meksi tue =P

      ummi amat menyayangi kalian berdua smp akhir hayat ummi..

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...