MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, May 30, 2012

adik lil nia

kamis last week , baby pinky telah selamat dilahirkn..ari nie genap 6 hari baby pinky lahir kat dunia..lil baby mmg jns xkuat meragam..tido & tido & tido je keje dia..kena gomol smp merah-merah pipi langsung xsedar pn dr tido..that's why jaundice lil baby makin tggi..selasa me bwk lil baby check up kat kk permaisuri kuning lil baby naik smp 289..tinggi sesgt ue..tp xsmp tahap kena warded lg..

so, bila dh genap seminggu, maka sesi utk menamakan lil baby..org tua-tua ckp sunat menamakan baby di hari ketujuh kn??so, baby pinky nie akan diberi nama nur auni..simple & senang nk panggil kata my sis..lgpn ank-anak my sis sume pendek-pendek jer nama..now panggil baby lg, esok bru start panggil baby auni..

skrg sudah menjadi rutin harian..nk pegi keje nia ckp berenti sekejap umh cik long..adusss...makin melambatkn ummi nk pegi worklah syg ummi..tp kehendak anak dara i kena ikut..kang mengamuk xnk g taska mau meroyan ummi nk kena cuti..dh cuti rehat tgl seciput cenonet jer lg..hahahaha..before nie my sis pantang kat umah my mom, tp kbtln my sis nie tailor..sng nk pantau pekerja dia tue yg dia pantang kat umh dia..

bkn saje time nk g keje, balik keje pn kena berenti jgk umh my sis..blik mandi kejap then lbh kurang kul 8.30 mlm ajak pegi tgk adik baby lg..adusss..penat ummi nk kena ikut kehendak nia yg tgh giler nk beradik baby nie..nk tgk adik baby nia kata..siap request ngn ummi nk baby jgk..insyallah yer yayang..if ada rezeki ummi akan bg adik baby utk nia..

                    suka berckp ngn dik baby even adik baby tido pn


start geram & nk cuit dah but dimonitor oleh ummi


geram la tue..

now dh dpt tgk nia mula suka ngn baby..sblm nie xde nk layan sgt baby..sejak kazen baru dia lahir nie asyik nk bertempek je..tunggu yer yayang..

ww || precious moment


2 mggu jer lg lil nia nk ckup umur 3 thn..how's time flies kn??

oh masa, jgn cepat berlalu..

Monday, May 28, 2012

4 CADANGAN CUEPACS~HARGAI 630,000 PENJAWAT WANITA

  • Bersalin di hospital swasta sehingga anak ketiga
  • Wad kelas satu hospital kerajaan untuk bersalin anak keempat dan seterusnya
  • Cuti bersalin tiga bulan gaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh
  • Cuti tanpa rekod 14 hari diperluas bagi urusan kecemasan keluarga terdekat


KUALA LUMPUR: CUEPACS meminta penjawat awam wanita diberi kemudahan bersalin di hospital swasta dengan cuti tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh berbanding lima sekarang.

Kesatuan itu mencadangkan mereka bersalin di hospital swasta yang dilantik sebagai panel oleh kerajaan hanya sehingga kelahiran ketiga dan kemudahan wad kelas pertama hospital kerajaan untuk anak berikutnya.

Cadangan itu bertujuan menghargai sumbangan kira-kira 630,000 penjawat awam wanita yang meliputi 45 peratus daripada 1.4 juta kakitangan awam. Ia akan dikemukakan kepada kerajaan melalui suruhanjaya khas penambahbaikan Sistem Saraan Baru (SSM) yang ditubuhkan nanti.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata mereka perlu diberi kemudahan itu kerana hospital kerajaan selalu padat dan menjadi tumpuan semua peringkat rakyat serta pendatang asing.

“Ketika ini, penjawat awam yang mendapatkan rawatan di hospital swasta perlu menanggung sendiri kos atau menggunakan polisi insurans peribadi. Kerajaan hanya menanggung sepenuhnya kos bersalin di hospital kerajaan.

“Penjawat awam wanita juga harus diberi cuti bersalin selama tiga bulan bergaji penuh sehingga kelahiran anak ketujuh untuk menyuntik motivasi ke arah mencapai sasaran 70 juta penduduk Malaysia.

“Kini tidak ramai yang minat menambah bilangan anak kerana beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Jika bersalin lebih daripada lima, mereka terpaksa mengambil cuti tanpa gaji,” katanya kepada Berita Harian.

Selain itu, CUEPACS meminta kerajaan memperluaskan cuti tanpa rekod 14 hari setahun untuk urusan kecemasan keluarga terdekat, berbanding sekarang hanya untuk urusan mewakili negara atau negeri dalam program tertentu seperti bidang sukan.

Omar berkata, semakan mendapati penjawat awam wanita lebih cepat menghabiskan cuti tahunan berbanding lelaki atas pelbagai urusan atau masalah keluarga, terutama mereka yang terpaksa menjaga anak sendirian kerana tinggal berjauhan dengan suami.

“Apabila cuti habis, mereka terpaksa berkorban mengambil cuti tanpa gaji bagi urusan kecemasan seperti anak sakit. Masalah ini menjadi keluhan ramai kakitangan wanita dan sering dibangkitkan dalam dialog kami.

“Oleh itu, amat wajar cuti tanpa rekod diperluaskan kepada urusan kecemasan membabitkan keluarga terdekat seperti suami/isteri, anak, ibu bapa dan mentua dengan syarat cuti tahunan mereka sudah habis,” katanya.

Ketika ini, kakitangan awam mendapat cuti tahunan antara 20 hingga 30 hari bergantung kepada gred perjawatan mereka.

Sunday, May 27, 2012

welcoming to the new world baby pinky.. =)

alhamdulillah..hati tgh berbunga riang..lahir lg sorg umat dan makin bertambah cucu-cucu syurga ma ngn abah..even bkn anak sendiri, tp me ttap gembira sesgt..

rabu,23 mei 2012 my sis pegi check up kat kuala trg specialist..time doc scan perut my sis, doc gtau baby dh turun & mybe xlama lg akan bersalin..so, my sis pn trus request nk bersalin awal..so doc suggest kamis 24 mei tuk bersalin..

so, pg-p kamis tue my sis awal-awal lg dh ke kts..lbh kurang kul 8.30 am doc masukkan ubat utk proses kelahiran..kbtln kamis tue me keje smp kul 3.30 pm, so after  balik keje trus ke kts..time tue my sis xbersalin lg..tggu punya tggu lbh kurang jam 6.55 pm maka lahirlah seorg puteri dgn berat 2.9 kg ke dunia nie..

                                            beberapa minit setelah delivered


                                        biru xilang lg =)

                                             dh pandai beraksi yer yayang ateh nie


                                            alololo..pink sesgt anak sedara ateh nie


                                       protes nk susu..


 jari-jari mungil yg bikin ateh geram nk gigit

alhamdulillah, after 24 hours pas bersalin lil baby dh dpt balik..kos keseluruhan my sis bersalin kat sini RM3200..ketar tgn time nk membayar..tp mujur gak my bil keje under felda, so felda tggung 80 percen & my bil kena byr 20 percen..

ateh doakan si pinky girl membesar menjd anak yg solehah & dpt membanggakan ma & abah..

Thursday, May 24, 2012

giveaway pertama dr umminia

semlm, 23 May 2012,genaplah 2 thn ummi berbelog..so, sempena ulangtahun ke-2 belog nie, ummi nk buat giveaway..

sng jer..

                                              pemenang akn dijuri oleh RANDOM.ORG

syarat-syarat giveaway nie;-


1) jd follower belog umminia .. sape yg dh jd follower blh trus join
2) just buat entry sal  ' 1st giveaway umminia '
3)tinggalkan link entry kat bahagian comment entry ini dan lepas tu saya akan terjah belog korang pulak

senang je kn??

tarikh tutup giveaway nie pada 11 June 2012 ( sempena besday ke-3 anak dara sy )

adiah berupa FM dr cameron highland & pulau perhentian..

Wednesday, May 23, 2012

al-fatihah..norma telah kembali kpd pencipta-Nya..

td me terbaca status kak yat aka momma qies sal pemergian allahyarhamah Noormawati Mohd Rasif yg menderita penyakit brain tumor .. then trus ke belog moon utk kepastian..sblm nie me mmg slalu baca sal kisah norma nie..dr first dia disahkan brain tumor sehingga ke saat ini ..

allahyarhamah seorg guru di johor dan dikurniakan seorg anak, rafik..allahyarhamah dikesan berpenyakit nie after bersalinkn anak beliau..

                                         amik dr belog moon

takziah utk seluruh ahli keluarga moon.. be strong for talib ( her asben ) , rafiq & seluruh ahli keluarga allahyarhamah.. 

semoga arwah ditempatkan di kalangan org-org yg beriman & didoakan semoga rafiq menjd anak yg soleh.. 

al-fatihah..

Tuesday, May 22, 2012

dpt lagi seketul..gedebuk...

hari sabtu dah dpt , ari nie dpt lg..bila belog sentiasa berupdate rajin jer nuffnang nk bg BE kn??



alhamdulillah..syukur sesgt..dpt cepat sikit me cashout nanti..hope bertahan lamalah dua-dua BE nie..

thanks yer nuffnang..

bulan rejab bulan kemuliaan

Antara sedar dan tidak, kita dah sampai ke bulan Rejab (bulan ketujuh di dalam kalendar Islam), ari nie dah masuk bln Rejab dah pun. Lepas bulan Rejab, Syaaban dan diikuti pula dengan bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan, bulan yang mana kita wajib menunaikan Rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa selama sebulan. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Bulan ini dinamakan Rejab oleh Masyarakat Jahiliyah kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Seterusnya, Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Manakala bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
 
Rasulullah  Saw juga bersabda: 

“Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh ridha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”
 
Peristiwa besar yg berlaku di dlm bulan Rejab ialah peristiwa 'Isra dan Mikraj iaitu peristiwa di mana Rasulullah SAW telah bergerak dr Mekah ke Baitul Maqdis pada waktu malam dan diangkat ke langit untuk bertemu Allah SWT. Pada malam itu juga, Rasulullah SAW telah menerima perintah menunaikan kewajipan solat 5 waktu sehari semalam dan kewajipan itu  telah menjadi rukun Islam yang wajib kita laksanakan sebagai seorang Muslim. 

KELEBIHAN BULAN REJAB



 Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari -
Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari
- mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari
- dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari
- diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari
- aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari
- dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari
- Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari
- Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari
- keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari
- Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari
- Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari
- Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari
- Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari
- dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari
- Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari
- Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.


Monday, May 21, 2012

rezeki atau penipuan lagi???

today ummi EL..anak ummi demam lagik..tgh bersiap nk g keje td our lil nia merengek-rengek..sentuh bdn dia trus xjd nk g keje..panas blh tahan jgk bdn dia..bila dh ada anak, anak mesti keutamaan..

balik ke citer asal,semlm,balik dr keje tgk ada 2 pucuk surat..yg sepucuk tue from leisure holiday..dh dpt confirmation letter ke langkawi next mont..later ehh i update sal tue..

yg sepucuk lg buat me terkejut + teruja nk tau isi dlm dia..buka jer trus pass surat tue kat papa..surat tue from Reader's Digest..before nie me ada msk contest kat fb..xingat dh apa nama link dia..me menang duit sejumlah rahsia.. muahahaha..

me kena amik adiah nie kat one of kuala lumpur's finest five-star hotels..so, me kena antar balik confirmation slip if nk pegi amik or tak..before nk antar confirmation slip nie, me kena tggu sepucuk lg surat from redaer's digest nie..me perlu jwb dulu surat dlm tue & antar skali ngn confirmatipn slip nie..if xpegi amik dia akan hantar cheque yg me menang tue..




agak-agak boleh dipercayai xnie???

Saturday, May 19, 2012

BE ke-5 utk thn 2012 =)

alhamdulillah..dpt lg BE baru..semlm tgk akaun nuffnang xde lg, ari nie bkk tgk ada seketul new BE..trus tersenyum sekejapan..muahahaha..mcm dpt duit juta-juta la plak..

last BE kat belog nie sy dpt bln april..xsmp sebln pn dh ME..sedih sekejap smbil lap airmata..bluwekk..mcmlah belog ko nie pemes amos sgt kn??

patutlah lately me asyik tgk maxis rajin duk menari-nari kat belog sy..rupa-rupanya nie BE yg akan belog xseberapa sy dpt.. =p


thanks to maxis hotlink bagus lifestyle coz sudi menempek kat belog umminia yg xberapa pemes amos nie..

patutnya BE nie kena menari-menari & setia bertahan lama sket..me bru jer register bokben maxis, before nie me guna celcom brokben..xsanggup menunggu ngn bokben celcom nie..lembap nk mam***..

ok, xmo komen pjg dh..thanks jgk kat nuffnang yer coz sudi bg new BE kat belog sy nie..

okbai.. =P

Thursday, May 17, 2012

rezeki atau penipuan??

me bru je dpt email mengatakan me terpilih memenangi hadiah dr jenama apple ..adiah yg bakal me dpt apple imac, apple iphone4s & apple ipad..genyeh-genyeh mata mcm xpercaya..




so, me kena kena pilih antara 3 adiah tue..dh settle pn jwb apa yg dia nak..tp nk kna jwb byk lg soalan..mcm kena tipu jer..

kalau btl ini rezeki insyaallah,adiah tue nanti akan jd milik sy..

Wednesday, May 16, 2012

airasia free seat international =)

semlm airasia buat sale utk domestic..ari nie utk international  route plak..


                           mcm xcaya tgk rege utk 3 org pegi & balik dr kL ke medan..
                           last year tlg bookingkn utk mmber lbh kurang RM350 utk 3 org
                              me & fmly xtau thn bila akn jejakkan kaki ke sini.. 

                                       
                                           RM188 utk seorg pegi & balik dr kL ke bandung
                                                 hanya mampu tgk jer..


                                           RM129 seorg dr kL ke Singapore..
                      

still free seat tp fuel surcharge & tax still ada yer..so, sesape yg nk pegi ober the sea blhlah start booking ari nie smp 20 may nie.. travel period sama ngn yg domestic route jgk,4 jan - 22 may 2013..

Tuesday, May 15, 2012

kisah benar kejadian 2 minggu lepas, al-fatihah.. =(

me dpt citer nie dr seorg blogger..me share kat sini bukan nk membuka aib sesape tp just utk peringatan kita bersama..


~~~ AL-FATIHAH~buat peringatan pengguna2 'Highway' ~~
Cerita dpd seorg kawan c99limited.com (Sall Bj bru dpt email ni)

Lebih kurang pukul 6 petang 6/5/12, aku masuk hiway Plus dari Kuantan nak ke KL. Aku maintain 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tgk Inspira makin dkt dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dh jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absorber standard, rim & tayar pn standard kilang.


Memandangkn speed dh 200km/j then aku follow je dlm jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy, pasal inspira tu rajin hibeam halau kereta ktepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time corner jln tk rata aku nampak inspira tu body dh goyang tpi dia ttap maintain speed. Ada juga tdetik nk ptg dia tpi mandangkn aku plan nk crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia. 


Tetiba kat depan ada Mitsubishi Lancer 2.0, lane kanan dlm kelajuan 140km/j. Lancer tu tk nk ktepi tpi terus tekan minyak & inspira terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg blainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lancer.


Aku pn ikut je la dari belakang utk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Klu ikut darah pahlawan time ni sedap ptg kedua2 tu tpi angin tgh baik lagipn lately tk tau la aku mcm gerun sikit nk rembat kaw2, hmmmm mungkin ada hikmah tu. So aku ikut je dari belakang.
Dlm 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pula sbuah bas di blkang antara bbrapa buah kereta yg bawa pd kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lancer dgn rapat & aku makin menjarakkan sikit demi keselamatn. Ttiba aku nampak inspira, lancer, bas & bbrapa kereta kat depan mcm kacau bilau. Terus nampak lancer melanggar pagar kiri hiway & melintas depan keta aku lalu langgar pagar knan pula & melompat sambil bpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sbelah menghala ke Terengganu.


Sewaktu Lancer tu diudara sbuah kereta dlaluan sbelah betul2 berada dibwh lancer. Nasib kereta tu memang baik, tpi bila lancer dah thempas klaluan sbelah, ada sbuah kereta lain tlanggar serpihan lancer lalu tbabas & langgar pagar. 


Kereta Inspira tu aku perasan slow skejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku perlahankn kereta utk berenti aku perasan penumpang lancer yg dduk depan dh kaku. Sebaik je aku berenti aku terus blari ke lancer tu utk membantu. Aku antara org terawal sampai & masa aku tgh melintas pagar kat tgh hiway utk klaluan sbelah ada sorg brother yg blari lebih awal bagi tau ada baby kat tgh jln. Ya Allah!! menggigil kepala lutut aku & rasa sebak cam nk nangis nampak baby yg aku rasa baru bbrapa bln tcampak kluar & ada dtengah2 jln. Aku terus jerit brother tu suruh angkat baby yg tgh menangis tu. Brother tu mcm panik tpi aku jerit suruh dia angkat.


Syukur kereta dlaluan itu semua berenti. Aku pergi kat lancer tu & ada org suruh mangsa mengucap. Bila aku tgk kedua penumpang dh diam. Aku nampak penumpang depan perempuan, masih ada seatbelt & airbag dh kempis. Kepala penumpang dh tunduk kdpn tpi aku yakin tengkok patah sbb nampak tulang tengkok mcm nk tkeluar. Dia dh tk bnyawa. Aku periksa pemandu lelaki, masih pakai seatbelt & airbag dh kempis. Pemandu itu pn tlentok kaku. Ada kesan lebam dleher. Aku yakin dia pn dh tk bnyawa. 


Aku terus pesan pd dua tiga org yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dh tk bnyawa. Apa2 hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas & aku pn bersihkn serpihan lancer tu utk buka jln. Aku tnampak bbrapa document peribadi mangsa atas jln terus aku kutip kumpulkn satu tempat. 


Aku periksa baby tu, dahi dia luka. Nampak isi warna putih & bdarah. Aku terus kumpulkan beg2 yg tcampak keluar & utk cari beg baby lalu aku kumpulkn stempat. Alhamdulilah ada sorg pakcik & anak perempuan dia dtg bantu pegangkn baby itu. Aku keluarkan tuala dari beg baby utk ttup kepala dia. Aku cari susu tpi dh takde dlm beg. Aku selongkar beg mangsa utk cek document yg mungkin blh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tpi semuanya cuma document peribadi mangsa & takde no ahli keluarga mangsa.


Dlm masa 20 minit lepas kejadian ttiba ada pakcik tu ambil phone mangsa & call ahli keluarga mangsa. Rupanya ada ahli keluarga mangsa convoi bsama mangsa hampir sampai ktempat kejadian. Bila ahli keluarga mangsa sampai terus kita suruh ambil baby dulu & hantar khospital.
Aku rasa mcm nk ambil gambar mangsa tpi tk sampai hati. So aku ambil gambar kereta mangsa sja dari depan. Pastu dlm bbrapa minit polis, bomba, ambulan pn sampai. 


Aku kat tempat kejadian dlm sejam & berulang2 kali aku tpaksa cerita dari awal hingga akhir. Sempat juga aku cerita pd ahli keluarga mangsa yg dtg ambil baby tu.


Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata accident 200km/j. Dlm masa bbrapa saat, 2 nyawa melayang, baby tpelanting keluar kereta & baby yg tk tau apa2 khilangan ibubapa selamanya.


Aku teruskan perjlnan ke KL dgn kelajuan yg tk sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah trauma & ketakutan. Dlm kereta sunyi sepi tk bborak, radio pn tk on. Sampai tol gombak bru aku buka radio & cuba bcakap dgn wife aku utk tenangkn dia.


semoga arwah yg meninggal di tempatkan di kalangan org yg beriman..yg menyebabkan me speechless ssgt, baby tue mmg fully breastfeed arwah mak dia..till now his baby still breastfeed, tp jd anak susuan mak saudara baby nie xsilap..semoga anak arwah membesar & jd anak yg soleh..amin.. 

futnote: hati-hati ketika memandu di jalan raya.. 

Monday, May 14, 2012

cepat booking free seat by airasia =)

update lelaju di pg buta..sanggup suh hubby kejutkn padahal dah tido sesiappun..kalau xtgk time gini jgn harap nk dpt tgk pg esok..konpem asyik waiting manjang je..

hati teruja okeh bila tgk rege tiket.. kalau ikutkn teringin sesgt nk booking..tp takut burned je nnti..yerlah..mmg kami tgh merancang nk tmbh adik utk lil nia..insyaallah..

 destinasi-destinasi yg terpilih =)


rugi kalau xbooking
kira masih tahap murahlah compare dr biasa
 

kL- KK - kL = RM100 pegi balik
still murah lg =)
impian nk ke sini..tp papa xbg booking coz takut termengandung time tue
frust sesgt

 
kL - Kuching - kL = RM80 sorg
kami booking last year RM120 for 3 person =)

kL - Langkawi - kL = RM45 sorg
murah jgk..
mujur gak next month dh nk pegi
hope xde pape aral time nk pegi nnti

rakan-rakan yg mmg tgh planning nk bercuti-cuti mesia blhlah start membooking..tp kena sabar menunggulah yer..bkn sng nk dpt booking.. =)

Sunday, May 13, 2012

bye-bye celcom broadband..welcome to maxis broadband

baru balik dr bdr kuala trg..ari nie pegi setelkn segala urusan..before nie me guna celcom broadband yg super duper lembap mcm seput ba alif ba ya..

first skali pegi terminate broadband celcom dulu..then, ke maxis centre lak..me pegi register broadband maxis lak..alhamdulillah..utk 3 bln pertama me just byr RM35..kalau ikutkn tiap bln kena byr RM68..disebabkn me dh ada modem so jimat di situ..register td just byr RM100 & trus dpt guna..

tgk smp bila me akan guna maxis broadband nie.lgpn if nk terminate xyah tggu abis kontrakpn coz yg me guna nie xde kontrak..

so pas nie leh berinternet mcm biasalah..before nie me guna maxis jgk,tp yg pakai topup..bila pikirkn RM25 utk semggu mcm rugi jer..hiudup kena perlu bijak dlm berbelanja kn??so, bye-bye celcom broadband & welcome to maxis broadband..

Friday, May 11, 2012

free seat by airasia lg.. =)

bru berkesempatan ngadap lappy..kalau ari cuti mmg bercinta la nk ngadap lappy..lg-lg ari nie seharian mem"bz"kan diri kat dapur..start dr pg td duk buat apam polkadot & pavlova for besday alya my luvly ank sedara.. ptg lak ke umah jiran, kbtln dia buat kenduri sikit..

buka jer email, tgk email from airasia..wow...trus tersenyum okeh..free seat lg..tp xde maknanya free mcm sblm nie, just byr tax jer..fuel surcharge konpem kenanya..tggu dan lihat jerlah..






tempahan utk penerbangan domestik utk ke antara malaysia, indonesia, thailand & filipina blh dibuat mulai 14 May 2012 sehingga 20 May 2012 shj while utk international lak bermula pd 16 May hingga 20 May nie..travel period bermula 4 Januari - 22 May 2013..

adussss..tgh berkira-kira nk booking ke x?? kang booking if termengandung mesti burned camtue jer..tp, me dh booking tiket dr kb- kL utk bln 1..tgklah camne nnti..if terkebetulan ada murah ngn destinasi yg nk pegi pd tarikh yg sama kami ke kL tue blh amik je..mcm kami buat sblm nie ke kuching..

hope adalah rezeki kami nanti..

khasiat kulit kayu manis

CINNAMON atau lebih dikenali dengan nama kayu manis dalam kalangan masyarakat Melayu, mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia.

Sejenis rempah yang diambil dari bahagian kulit pokok dalam kalangan keluarga Cinnamomum, kayu manis selalunya digunakan untuk menambah rasa dalam makanan sama ada yang berperisa pedas atau manis.
Berasal dari Sri Lanka, kayu manis sama ada dikisar atau dibentuk menjadi minyak, mempunyai khasiat kepada kulit kerana ia mampu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit.

Kayu manis adalah rempah berkualiti yang dihargai semua bangsa sehingga pada satu tahap sekitar kurun pertama, sejarah menunjukkan nilai 350 gram kayu manis bersamaan dengan lima kilogram perak.

Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut.

Ia juga mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih.

Kayu manis adalah bahan kecantikan semula jadi dan bertindak sebagai ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala.

Campuran minyak kayu manis dan minyak zaitun mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembapkan kulit, seterusnya membuatkan kulit lebih lembut dan kurang berkedut termasuk di bahagian hujung mata, selain boleh menggantikan pelembap bibir.

Lebih menakjubkan, kayu manis juga mampu bertindak membersihkan dan menyuburkan kulit kepala, dengan cara menyingkirkan kulit mati dan menggalakkan pengaliran darah di bahagian berkenaan.

Ia boleh dilakukan dengan cara mencampurkan sesudu serbuk kayu manis bersama madu dan minyak zaitun, kemudian disapu ke kulit kepala sambil mengurut lembut, dibiarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum syampu seperti biasa.

Rempah berkenaan mempunyai beberapa sifat semula jadi yang boleh digunakan dalam rawatan rambut. Bukan saja selamat, kayu manis juga memberi pilihan lebih murah untuk merawat masalah rambut gugur dan bercabang sekiranya digunakan secara konsisten.

Ia juga boleh membantu merawat jerawat namun ia perlu disapu nipis kerana ia agak pedih sekiranya disapu tebal. Lebih baik sekiranya ia dicampur dengan bedak sejuk atau madu sebelum disapu ke kulit.

Selain mujarab pada luaran tubuh, kajian mendapati kayu manis mampu menurunkan kadar kolesterol LDL yang mengakibatkan masalah kardiovaskular, melalui pengambilan setengah sudu rempah itu setiap hari.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa kayu manis mungkin mempunyai kesan kawalan gula dalam darah, menjadikan ia bermanfaat terutama bagi orang yang mengidap diabetes.

Kayu manis juga menunjukkan kebolehan menakjubkan dengan menghentikan jangkitan yis yang gagal dimusnahkan ubatan lain.

Dalam kajian yang diterbitkan penyelidik di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Maryland, kayu manis didapati mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma, selain mempunyai kesan antipembekuan darah.

Menerusi satu kajian di Universiti Copenhagen pula, pesakit yang mengidap artritis diberi setengah sudu teh serbuk kayu manis digabungkan dengan satu sudu madu setiap pagi sebelum sarapan pagi.

Selepas seminggu, didapati pesakit dapat merasai perbezaan yang nyata dan boleh berjalan tanpa rasa sakit dalam tempoh satu bulan.

Apabila ditambah pada makanan, kayu manis dapat menyekat pertumbuhan bakteria dan kerosakan makanan, menjadikannya pengawet makanan semula jadi.

Satu kajian mendapati bau kayu manis juga mempunyai manfaat apabila ia mampu meningkatkan fungsi kognitif dan ingatan selain sumber makanan yang kaya mineral, serat, besi dan kalsium.

Bagi setiap 5.2 gram kayu manis atau bersamaan dua sudu teh, ia mengandungi 45.5 peratus mineral, 11 peratus serat dan 5.2 peratus kalsium.

Penyelidik di Universiti Negeri Kansas, pula mendapati kayu manis mampu melawan bakteria E. coli dalam jus yang tidak dipasteur.

Jika dicampur bersama teh hijau, kayu manis juga didapati mempunyai kesan yang mampu mengawal berat badan secara semula jadi.

Rempah berkenaan juga terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut di mana ia mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde.

Kajian menunjukkan cinnamaldehyde meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, membantu untuk mengimbangi hormon.

Namun bagi mereka yang mahu mencuba keberkesanan kayu manis, mereka perlu memastikan kesan sampingan sapuan atau pengambilan kayu manis dengan mendapatkan nasihat doktor atau mencubanya sedikit terlebih dulu, bagi mengelak masalah alahan.

Pada masa sama, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk menikmati keenakan kayu manis selain mendapat seribu satu khasiat daripadanya.

Antaranya adalah dengan menyapu kepingan roti dengan madu dan ditabur serbuk kayu manis untuk dinikmati sebagai sarapan atau merendam kayu manis dalam susu soya suam serta dicampur ke dalam makanan sebagai penambah perisa.

Thursday, May 10, 2012

4 tahun sudah..today is my anniversary.. =)

 10 Mei 2008 - 10 Mei 2012

alhamdulillah..today is my 4th anniversary..how's times flies kn?? mcm masih segar lg dlm ingatan saat kami bertunang, diakadnikahkn & majli resepsi kami..sume berjln dgn lancar..itulah, bila dh dikatakan jodoh mmg smooth jer perjlnan ke arah utk mendirikn masjid cinta antara 2 hati..muahahaha..

tempat yg menyatukan 2 hati kami pd 10 mei 2008


                                      aku terima nikahnya & saat mencemaskn buat hubby


                                                       alhamdulillah.. =)

                                               keding jer hubby time nie.. muahahahaha..

                                                         =)


                                           our big day..


                                           nice pic..

                                               kami bertiga..

syukur,alhamdulillah..
buat masa ini bahagia milik kami bersama..
semoga cinta kami berkekalan till jannah..
dan..
semoga kami dikurniakan zuriat yg syomel-syomel pas nie..
insyaallah..

futnote: b, ummi love u so much forever & ever..

Tuesday, May 08, 2012

Bahaya kekurangan zat besi


RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Memandangkan seorang daripada tiga wanita mengandung mengalami masalah kekurangan zat besi, keadaan itu lebih lazim berlaku daripada yang disangka.

Walaupun masalah kesihatan itu bukan normal, tetapi ia sering tidak diperiksa atau dirawat menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.

Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.

Katanya, dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

“Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa mempunyai simpanan zat besi secukupnya untuk memenuhi permintaan lebih tinggi badan terhadap mineral itu, menyebabkan anemia kekurangan zat besi yang berlanjutan berlaku sehingga selepas melahirkan anak,” katanya.

Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:


  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil



  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak



  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak



  • Ibu yang menyusukan bayinya

    Bagaimana hendak mengetahui jika seseorang wanita itu mengalami anemia? Antara gejala anemia yang sering dilaporkan ialah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.

    Katanya, anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

    Anemia ketika hamil boleh dikesan dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah.

    Sebelum merancang untuk mengandung, wanita juga digalakkan berjumpa doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam darah namun malangnya, kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor apabila sudah mengandung dan ketika ujian darah dijalankan, mereka sudah pun didapati mengalami anemia ringan.

    Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

    Dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan.

    Menurut Dr Premitha, tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan.

    Bagi menambah bekalan zat besi ketika proses mendapatkan zuriat, semasa hamil dan menyusukan bayi, Dr Premitha menyarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.

    “Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

    “Wanita yang menghadapi risiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam,” katanya.

    Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.

    Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

    Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.

    Menurut Dr Premitha, wanita perlu terus mengambil makanan kaya dengan zat besi dan pemakanan tambahan sehingga mereka berhenti menyusukan bayi atau selama enam bulan selepas melahirkan anak, yang mana lebih lewat.

    Katanya, dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, diberikan pemindahan darah atau suntikan zat besi.

    “Wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil dan empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

    “Mereka boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil jumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan yang membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

    “Mereka dinasihatkan mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika terdapat simptom kekurangan zat besi,” katanya.

    Memahami anemia dan kehamilan

    Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi.

    Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

    Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan

    Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
    Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

    Pengesanan

    Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah.

    Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka.

    Pencegahan dan rawatan Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.

    Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.



  • Monday, May 07, 2012

    pavlova oh pavlova =)

    alhamdulillah..menjadi jgk..tp ada rasa sikit manis coz me ikut betul-betul sukatan yg diberi..me buat utk besday anak sedara me..


    then, cuti labour day ari tue buat lg..kali nie me buat 2 acuan..kali nie me kurangkn gula kastor & hasil dia kurang manis dr yg first..

                                                        proses membakar meringue =)


    loyang kedua
                                                
    kamis nie annibersary me & hubby..planned nk buat lg..mls nk g cari kek..kbtln 11hb nie besday anak sedara me..mybe me akan buat serentak 2 bijik pavlova jumaat nie..muahahahaha...

    Friday, May 04, 2012

    dpt voucher penginapan free utk 2 destinasi =D

    weken lps matta fair buat kat kb mall kelantan..awal-awal dh gtau papa nia nk g..kalau bab perabis duit mmg cepatlah..hehehe..

    sabtu tue, pas zohor kami pn ke kb mall..my sis seflmy without my bil xpegi coz keje & me sefmly yg pegi..mmg seronok bila ramai yg kuar..smp kat kb mall, me & my sis berpecah..my sis dgn hala tuju dia while me sefmly plak dgn hala tuju kami..tgk byk booth yg sertai matta fair nie..tp xdelah sebanyak kat pwtc..

    smp kat booth leisure holiday, diorg tawarkn penginapan kat 2 destinasi free..3 hari 2 mlm..trus me laki bini dgr serba sedikit la penerangan diorg demi nk dpt voucher free katakan..hahaha..xsmp 5 min pn diorg duk citer sal leisure holiday nie, kbtln staff diorg bergaduh..so, trus diorg bg voucher..destinasi yg diorg bg port dickson ngn langkawi..kami laki bini sepakat nk amik langkawi..lgpn blh bwk smp 6 org time nk pegi...blhlah bwk ma & abah bercuti skali..

    then, kami pn pusing lg booth yg ada kat ground floor kb mall tue smbil kutip flyer mane yg berkenan di hati..pas kutip flyer tue trus ke bahagian pampers lak..nk  cri kelengkapan utk nia..tgk susu dutch lady murah dr biasa..RM19.90, trus amik 2 paket..lg pn limited 2 je sorg..then, tgk mamypoko 66 kpg rm42.90..trus amik..padahal semlm dh bli kat tesco tp rege kat tesco rm45.50..so jual yg kat tesco tue utk anak sedara me & yg bli kat kb mall tue utk nia..muahahaha..aci kn??kna bijak dlm berbelanja..

    after siap memborong sume, trus ke booth yg ada lg..booth swiss garden plak kali nie..diorg bglah penerangan sal keahlian swiss garden nie..kalo ikutkn mmg berbaloi kalo jd ahli..tp bila pikirkn komitmen nk kena byr RM300 sebln trus xjd..hahahaha..lg pn bkn every month pn kami pegi bercuti..

    diorg bg kami percutian ke 3 destinasi swiss garden..swiss court holiday apartment damai laut, swiss garden residences kL & swiss garden resort & spa kuantan selama 3 hari 2 mlm..so, kami decide nk g yg kuantan la..dekat sikit..lg pn kalo ikutkn next week anniversary kami..so blhlah guna voucher nie as a present anniversary kami..siap blh spa free lg..untungkn..

                                          voucher from swiss garden =)



                                            3 destinasi blh pilih.. =)



    yg nie lak leisure holiday
    menginap kat perdana beach resort area pantai chenang

    dua-dua voucher dh siap fax pn coz voucher nie kena fax dlm masa 2 mggu slps tarikh kt voucher & kena pilih tarikh sesiap..yg swiss garden kami pilih 23 - 25 mei nie..if xde aral smplah kami nnti.. kalo ikutkn 10 mei nie annibersary kami tp xpelah lambat sikit pn..ikutkn mmg kami dh planned nk g kuantan pn next week bila pikirkn dh dpt voucher nie trus cancel baliklah hotel yg dh dibooking sblm nie..

    yg perdana resort lak if xde aral 27-29 jun nie kami akan pegi..kbtulan next month bufday si princess kami..so kira vacation nie prezen bufday  utk nia skalilah.. kami akan pegi dgn my sis..kbtln dia pn dpt jgk voucher nie, so alang-alang blh pegi skali..

    hope xde aral time tue..insyaallah..

    futnote: semlm my pren dh selamat deliverkn baby boy..xsesabar nk nunggu my pren balik sini..mood nk gomol baby mkin mencanak-canak skrg nie..doakan kami yer..

    Wednesday, May 02, 2012

    warkah buat isteri ~mulianya hati seorg suami..

    isnin me terbaca tentang entry nie .. mmg cukup tersentuh hati..seorg suami yg sgt tabah dlm menguruskan isteri yg terlantar sakit akibat di serang asma pada Jun 2011 yang telah menyebabkan isterinya mengalami kerosakan pada saraf otak.. speechless sesgt..bru jer lg menikmati alam berumahtangga dan skrg telah diuji dgn ujin yg sgt berat utk ditnggung..

    abg abil terpaksa berhenti keje demi nk menjaga kak gee yg sdg sakit skrg nie..dgn bantuan dr jbtn kebajikan masyarakat sebyk RM300 manakan cukup utk menampung kos lampin pakai buang,susu & ubat-ubatan utk kak gee..

                                          mohon share pic

                                                     speechless..


                                          saat manis ketika majlis resepsi mereka berdua


    kepada rakan blogger semua yg ingin menghulurkn bantuan xkira dr segi moral support & kewangan blh merujuk keterangan berikut;-

    Nama : Abil Fikri Ahmad
    Bank: CIMB Bank
    Account No: 0506-0040577-52-1
    H/P No : 016-2634258

    kepada abg abil, semoga abg trus bertabah dan didoakan juga semoga kak gee akan kmbali pulih seperti sediakala..amin..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...