MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, September 30, 2012

checkup ~ uri di bawah =(

last 2 weeks g scan kat kinik dr azlina..doc gtau uri kat bwh atau nama kedoktoran pacenta previa..huhuhu..doc nk menyedapkan hati gtau if xbleeding or pape xde hal..bila baby membesar uri akan naik sendiri..

ari nie g check up ngn doc kat kinik kesihatan..scan uri still kat bwh lagi..trus mak risau..doc kat kinik kesihatan pn bg ayat yg sama ngn doc azlina..bila baby membesar automatik uri akan naik..hb plak dr 12.4 turun ke 10.7..mcmana xturun vitamin shaklee yg me beli mkn xikut aturan.. pas nie kena disiplin mkn vitamin utk maintainkan balik hb..

pic kiri (normal placenta) 
 pic kanan ( placenta previa )


info berkenaan placenta previa ( uri rendah ) 


Mengalami pendarahan ketika hamil adalah perkara menakutkan hingga menyebabkan sesetengah wanita trauma untuk mengandung lagi. Mereka bimbang perkara sama akan berulang kerana masalah ini boleh membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.

Biasanya pendarahan ketika hamil berlaku pada trimester ketiga akibat kedudukan uri (yang sepatutnya di atas) terletak di bahagian bawah rahim iaitu berhampiran pangkal rahim. Keadaan ini dipanggil plasenta previa.

Tanda utama plasenta previa ialah pendarahan pada trimester ketiga. Keadaan pendarahan berbeza dari semasa ke semasa. Ada kalanya pendarahan hanya sedikit, tetapi ada waktunya ia boleh menjadi banyak sehingga membahayakan. Pendarahan ini boleh berlaku bila-bila masa dan lazimnya berulang selepas beberapa hari atau minggu.

Uri akan terbentuk apabila seseorang wanita hamil. Ia bertindak menjadi penghubung di antara bayi dengan sistem darah ibu yang membekalkan oksigen dan khasiat makanan kepada bayi dan akan keluar bersama apabila bayi dilahirkan.
Ia juga bertanggungjawab menyingkir bahan sisa daripada darah bayi. Uri melekat pada dinding rahim dan tali pusat bayi yang menjadi penghubung utama di antara ibu dan anak dalam kandungan.

Pada awal kehamilan, uri mungkin di bahagian bawah rahim. Apabila janin membesar, biasanya uri bergerak dan tertolak ke atas menjauhi pangkal rahim.
Kedudukan uri boleh dikesan melalui ujian imbasan bunyi yang dilakukan pada pemeriksaan prenatal anda. Doktor akan memberitahu jika uri terletak di bawah sebelum kandungan masuk minggu ke-20.

Bagaimanapun, ia keadaan biasa dan dalam kebanyakan kes (lebih 80 peratus), uri tertolak ke atas apabila kandungan semakin membesar. Hanya 10 hingga 15 peratus kes uri kekal di bawah. Masalah mula timbul apabila janin semakin besar (memasuki minggu ke-26) dan memberi tekanan kepada uri sehingga menyebabkan pendarahan.

Insiden kedudukan uri rendah adalah kecil iaitu hanya 0.5 peratus atau satu kes bagi setiap 200 kehamilan, tetapi risikonya sangat tinggi kerana pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah (anemia). Jika tidak diberikan rawatan segera, ibu dan bayi boleh menemui maut akibat kehilangan terlalu banyak darah.

“Wanita yang ada masalah plasenta previa boleh mengalami pendarahan vagina selepas kandungan memasuki minggu ke-28, tetapi ia tidak menyebabkan rasa sakit.
“Perkara ini membimbangkan kerana pendarahan boleh berlaku dengan banyak atau dipanggil tumpah darah dalam masa singkat. Malah, ia boleh berlaku bila-bila masa tanpa sebab.

“Jika tidak dirawat, pendarahan boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kekurangan darah. Ini sebabnya wanita yang disahkan ada masalah plasenta previa major perlu dimasukkan ke hospital sehingga bersalin,” katanya.
Bagaimana pendarahan boleh berlaku? Ia boleh berlaku apabila bahagian bawah rahim mula mengalami perubahan bentuk dan menjadi nipis sebagai persediaan untuk melahirkan anak.

Namun, oleh kerana uri tidak boleh meregang seperti rahim, ia merekah pada tempat tertentu lalu menyebabkan pendarahan. Pada peringkat awal, pendarahan biasanya sedikit tetapi ada risiko berlaku banyak pendarahan pada bila-bila masa tanpa tanda atau amaran. Pendarahan ini juga menyebabkan wanita menjadi pucat, berpeluh dan jantung berdegup cepat.

Punca, Jenis Dan Faktor Risiko

Sehingga kini tiada siapa tahu punca sebenar plasenta previa. Namun, ada hipotesis mengaitkan ia dengan salur darah tidak normal pada lapisan endometrium (dinding rahim) akibat pembedahan atau jangkitan. Malah, bentuk rahim tidak normal juga boleh menyebabkan plasenta previa.

Masalah ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:

Jenis I atau uri rendah. 
Uri terletak pada bahagian paling bawah rahim (uterus) tetapi tidak sampai ke pangkal rahim.

Jenis II atau pinggiran. 
Uri menyentuh bahagian atas pangkal rahim, tetapi tidak menutupinya. Bagaimanapun, kumpulan wanita yang ada masalah seperti ini masih perlu menjalani pemeriksaan dari semasa ke semasa.

Jenis III atau separa. 
Uri menutup separuh pangkal rahim.

Jenis IV atau lengkap. 
Uri menutup seluruh pangkal rahim.

Jenis I dan II dikenali sebagai plasenta previa minor, manakala jenis III dan IV dikelaskan sebagai plasenta previa major yang sering menyebabkan pendarahan membimbangkan.
Namun, bukan semua kes uri di bawah dipanggil plasenta previa. Jika kandungan kurang daripada 28 minggu, masalah ini dikategorikan sebagai uri rendah dan hanya selepas kandungan memasuki 28 minggu dan masalah ini berterusan baru ia dipanggil plasenta previa.


Komplikasi
Jika anda mengalami masalah plasenta previa, doktor akan memantau kesihatan anda dan bayi dalam kandungan untuk mengurangkan komplikasi seperti:
Pendarahan yang banyak.

Kelahiran pra matang (tidak cukup bulan).

Kedudukan uri di bawah juga boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi tidak betul, sama ada menyongsang atau melintang, terutama bagi wanita yang mengalami plasenta previa major. Malah, masalah ini meningkatkan risiko wanita untuk mendapat masalah plasenta akreta.

Plasenta akreta (uri tertanam dalam dinding rahim dan ia sukar tercabut secara semula jadi apabila bayi dilahirkan). Jika keadaan serius, doktor terpaksa menjalankan pembedahan pembuangan rahim untuk menyelamatkan nyawa ibu. Plasenta akreta tidak boleh dibiarkan kerana ia menyebabkan pendarahan berterusan selagi tidak dikeluarkan. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku. Plasenta abruptio. Uri terpisah atau tercabut dari dinding rahim sebelum sampai waktu melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan bayi mengalami kesesakan akibat ketiadaan bekalan oksigen dan nutrien. Malah, keadaan ini mengakibatkan pendarahan yang membahayakan nyawa ibu dan bayi. Walaupun ia boleh terjadi kepada wanita yang tiada masalah plasenta previa, masalah ini jarang berlaku. 

Adakah Ia Membahayakan Bayi Anda?

Masalah uri rendah secara umumnya tidak mendatangkan bahaya pada bayi. Namun jika menyebabkan pendarahan, ia boleh mengakibatkan bayi turut mengalami masalah kekurangan darah.

Pendarahan boleh berlaku bila-bila masa bermula dari kandungan berusia 28 minggu hingga sebelum bersalin. Masalah ini juga boleh menyebabkan seseorang wanita terpaksa bersalin awal (tidak cukup bulan atau kurang 36 minggu).

Lebih membimbangkan, pendarahan banyak yang berlaku ketika kandungan kurang daripada 26 minggu boleh menyebabkan keguguran. Malah, si ibu boleh meninggal dunia jika dimasukkan ke hospital yang tiada bekalan darah.

Rawatan dan penjagaan bergantung kepada masalah dihadapi, sama ada pesakit perlu berehat di atas katil, memerlukan pemindahan darah atau menjalani pembedahan Caesarean. Bagi pendarahan akut (banyak dalam masa singkat), pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan pemeriksaan rapi dilakukan untuk memastikan ia tidak berulang.

Malah, pesakit mungkin terpaksa menerima bekalan darah jika pendarahan terlalu banyak. Namun, dalam kebanyakan kes, di bawah pengawasan doktor, wanita boleh meneruskan kehamilan sehingga bayi cukup matang untuk dilahirkan.

Bagi wanita yang ada plasenta previa tetapi tidak mengalami pendarahan, mereka masih perlu berehat di hospital sehingga bayi cukup matang (antara 36 hingga 38 minggu kehamilan) untuk menjalani pembedahan.

“Wanita yang mengalami masalah ini dinasihatkan memilih hospital yang ada bank darah dan kelengkapan mencukupi. Wanita juga perlu memaklumkan doktor mengenai masalah yang dihadapi jika membuat pemeriksaan di tempat lain.
“Hospital akan menyimpan bekalan darah untuk pesakit dan memberi suntikan pada wanita yang pernah mengalami pendarahan. Suntikan ini diberikan sebelum minggu ke-34 kehamilan untuk mematangkan paru-paru bayi. Jika berlaku pendarahan lagi, doktor akan segera melakukan pembedahan Caesarean,” katanya.

Masalah plasenta previa bukan penghalang untuk anda mengandung lagi kerana tidak semestinya perkara ini berulang. Malah, anda juga boleh mendapat anak sihat dan comel seperti orang lain.

Namun Doktor menyarankan wanita yang ada sejarah plasenta previa supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya dua tahun. Justeru, persediaan minda penting. Cari maklumat lanjut mengenai masalah ini supaya anda faham dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk komplikasi serta rawatan yang ada.

Sebaik mengetahui anda mengandung, bincang dengan doktor mengenai langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelak pendarahan. Anda juga mungkin terpaksa mengurangkan aktiviti seks atau mengelakkannya langsung jika berlaku pendarahan.

Kumpulan Berisiko

Terlalu kerap mengandung dan kehamilan yang terlalu rapat. Pernah menjalani pembedahan Caesarean ketika melahirkan anak terdahulu.

Pernah menjalani pembedahan untuk membuang fibroid. .

Mempunyai luka pada rahim.

Pernah menjalani dilation and curettage D & C (selepas menggugurkan anak) yang menyebabkan rahim luka dan berparut.

Mengandung pada usia terlalu muda (belasan tahun) atau lewat (melebihi 35 tahun). Risiko bertambah tinggi dengan peningkatan umur.

Pernah mengalami masalah plasenta previa pada kandungan terdahulu. Mengandung anak kembar.


Merokok atau mengambil dadah.



Friday, September 28, 2012

bajet 2013



ptg nie bajet utk 2013 akan dibentangkan..dpt x apa yg CUEPEC mntk tue.. if dpt syukur..kalau x dpt redha jerlah..


Thursday, September 27, 2012

kakak punya keje


semlm ummi el..ikutkn ada appoinment ngn doc goment, skali bila siap2 nk g kinik nurse g kinik desa gtau doc xde..mmg bikin ummi sakit hati + bengang..kita siap amik cuti bagai..dahlah nk dpt jumpa ngn doc smp berejam-jam smp naik kematu punggung..kalau servis terbaik ok lah..nie hampeh tul..nyusahkan patient je..kan dh kena bambu pg- pg lg..

alang-alang dh cuti kebetulan lak semlm ank sedara ummi yg duk tabika yayasan konvo..my sis suh amik pic her ank guna cik nikon..so ikutkn jerlah..boring gak duk melangut kat umh.

time ummi sibuk duk snap moment kazen nia blh dia pn sibuk nk jd phtographer jgk..kakak nia snap pic guna cik samsung ummi..bila tgk hmpir 100 pics yg ntah apa-apa kakak nia snap.. adus...geram sgguhlah..
p/s :pic muka kakak nia ummi yg snapkan, yg sekpg lg kakak nia punya keje..menjadik jgkkn =p

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 25, 2012

checkup~5 bln sudah




alhamdulillah..lima bln sudah usia lil baby dlm tummy ummi..ikutkn ummi was-was jgk ngn due date nk bersalinkn baby nie..ikut kiraan ngn tarikh period usia lil baby dlm tummy ummi dh menjangkau 22 weeks..tp ummu scan last 2 weeks bru 17 weeks..msk mggu nie lam 19 weeks lbh kurang..mane satu nk pakai nie..ikut due period 31 jan &  ikut due scan 20 feb..jauh ok beza..

semlm sume ok..berat naik 2.5 kg dr bln lps..tp rasa xsmp pn 2.5 kg..jarum penimbang tue ummi tgk lari sikit..mybe lam 2 kg je berat sebenar g naik..darah ok..cuma hb sok kena g test kat kinik kesihatan..kbtln kertas yg test hb tue dah abis kat kinik desa yg ummi pegi tue..esok jgk ummi akan scan lg..hope dpt tarikh yg btl la sok..

p/s: pic nurse tue kakak nia yg amikkn..boring sesgt coz kena tggu lama..abis segala benda dia snap =p
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, September 24, 2012

satu-satu..alhamdulillah

alhamdulillah..awal bln 1 pohon..ari nie dh dtg ukur..tuepn last week me g tanya status camne,this week trus dtg ukur..tukang yg ukur td gtau insyaallah lam 2-3 bln dh dpt geran..

next week nk isi borang rmh plak..hope dipermudahkan segalanya..me pohon rmh under spnb..hope dpt..if dpt mmg rezeki kami sefmly..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 20, 2012

mangsa gomolan ramai

mangsa gomolan buat masa ini..mau x jd gomolan, pipi tembam mcm apam okeh..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 19, 2012

ww || rindu bdk ini dan org nie





















dua-dua sy rindu..nk dtg keje td kakak nia masih sedap duk berbungkus dlm selimut..jeles ummi..mentang-mentang skrg musim ujan sedap dia tido..selagi xpukul 9.00 am jgn arap anak dara bertuah nie nk bgn..
papa esok br dpt jumpa & polok cium..hehehe..lil baby pn makin aktif skrg nie..kejenya asyik nk kicking ummi jer..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 18, 2012

surah-surah amalan harian


alhamdulillah..selalu duk ulang-ulsng baca..hope dipermudahkan segala-galanya..

kakak yg suka melaram



Lately teramat suka melaram..pening ummi ngn papa nk melayan
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, September 17, 2012

Ujian lg

Semlm seharian xdpt nk ber'sms'& calling sesape..cik samsung plak wat hal..cik samsung kena virus..uwaaaaa...abis ilang sume contact numbers member-member..

Semlm,last day utk bln syawal..momma suggest nk buat nasi dagang..kbtln jgk semlm cuti hari mesia so my sis yg duk kb pn balik jgk..mmg meriah suasana smp momma pening nk melayan karenah cucu-cucu yg seramai 13 org..next year bertmbh lg cucu kesygn syurga ma dan abah..

Setel beli peralatan & bahan-bahan nasi dagang ummi ajak momma & kakngah g mydin mall..ummi nk g format henset yg poblem..papa pesan suh wat g kedai yg ummi bli ari tue coz masih under warranty lg..smp  kat mydin mall ummi tgl henset & sementara siap henset format we olls ke masjid kristal..

Betul bagai di kata free jer format coz masih under warranty..kalau x konpem melayang 50 hengget..

Friday, September 14, 2012

pampers oh pampers

now lil nia pakai pampers time belah mlm je..pantang tgk ada sale mesti beli..jenama kesukaan semestinya mamypoko..even for me mahal tp mng worth it..before nie lil nia guna petpet, tp sejak dh bsr nie asyik bocor je..so trus stay ngn mamypoko..

last week time we olls ke kb mall kbtln mamypoko ada sale..kalau ikutkn pampers kakak nia still ada lg tp bila tgk rege murah trus rembat..mau xmurah yg 66 kpg rege rm41.90 je..biasa ummi bli yg 44 kpg pn rege dekat rm36..so mmg dh cukup murahlah..

bila dh ank mmg pantang tgk susu or pampers murah konpem pegi beli buat stok..hehehe..

next year nmpknya mkin bertambahlah stok pampers..mau x,lil baby lg kakak lg..tp xpe apa yg kakak dpt baby akan dpt jgk..insyaallah for second baby nie nk bg fully breastfeed..doa-doakan semoga impian sy nie tercapai ok.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 13, 2012

pantang jumpa mesti nk berurut



last week we olls ke kb utk antar laptop yg poblem xsudah-sudah..sakit hati plus kesunyian okeh bila xde laptop..mujur ada henset yg blh jgk berconnected ng dunia muka buku & belog..
trun dr tempat bil keje trus ke tingkat 2..konon nk berwindow soping n nk tgk henbeg..skali before nk msk pintu tempat henbeg sume lil nia tertengok mesin mengurut..trs mntk nk urut..sakit urat tang mane xtaulah si cinonet tue..dr mls nk layan angin amukan dia if bg so ikutkan jerlah..yg kelakarnya time on the way nk g kL before puasa ari tue we olls singgah kat rnr temerloh..blh dia kata lenguh + sakit badan..papa yg tukang drive keta xde nk mengurut apa pn dia yg tido sepjg jln blh lenguh badan..hehehe..
anak oh anak..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 12, 2012

mcm-mcm hal

tensiooooooooooonnn

Published with Blogger-droid v2.0.9

bahana gatal tgn..uwaaa

dhlah lappy poblem..nie blog pn buat hal jgk..sume pic dlm entry2 sblm nie ilang..nie sume sbb sy terdelete pic kat si samsung nielah..ingatkn xdetact pape..skali sume pic dr memula berbelog smp last update thru lappy abis sumenya ilang.. uwaaaaaaa...

camne nk dpt balik nie..semlm dh try godek2..nk try guna recuva..hope dpt blik even xsume dpt... uwaaaa..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 11, 2012

bertambah usia

semlm tgh sedap duk ber'sms' ngn b blh dia gtau ari lahir pn kn bebe gak..hehehe..

xingat, ari nie 11 sept..duk pikir dh apa tarikh istimewa 11 sept..blh ari lahir suami sndiri si bini blh xingat..bertuah punya bini..kalau ari lahir sendiri every week before smm tarikh siap remind lg kat b..muahahahaha..sian b..trus mntk maaf & wish bufday..langsung xingat ok..duk ingat 11 sept tarikh wc kna langgar ngn heli tue je..

di kesempatan ini syg nk ucapkn slamat hari lahir yg ke 32..semoga dipjgkn umur, dimurahkn dan dilimpahkn rezeki utk fmly kita, diberi kesihatan yg berpjgn, menjd suami dan papa yg terbaik utk kami-kami dan semoga ikatan cinta dua jiwa kita berkekaln smp ke akhir hayat kita berdua..insyaaallah..

pressie ummi xsempat nk bli..tp pressie yg ckp bernilai lg mahal akan ummi bg kat b end of jan next year yer..hope dptlah si arjuna impian papa.. =p

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 09, 2012

try

testing

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, September 08, 2012

berimpa-timpa poblem

start rabu lappy kesygn buat hal..asal tgh guna tetiba shut down sendiri..bila dh shutdown,restart balik..then mntk tlg technician pat keje ummi tlg tlg format..asal je nk format trus shutdown jgk..xsempat nk siap format..

kamis amik lappy ngn technician mmber ummi tue..then discuss ngn hubby kena suh my bil jgk tgkkn..semlm trus ke kb konon nk ubati penyakit lappy kesygku itu..smp pn h nk kul 5 kat kb mall..my bil gtau xsempat siap..so trus bncng ngn hubby tgl jelah dlu coz ari nie ummi kena keje..

pg td hubby gtau lappy rosak motherboard..aduiyaaa..kos tkr motherboard sama mahal ngn bli netbook bru..trus rasa kesedihan yg teramat..huhuhu..sunyi okeh hidup kalau xde lappy..even blh bermuka buku & berbelog thru henpon tp xsama bila guna lappy..

hope dpt diselamatknlah jgk mrs lappy kesygnku itu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 05, 2012

ww || ustazah pilihan

asal sesape smayang anak dara i pn sibuk nk smayang..siap request baju smayng utk diri sendiri..kbtln time pegi kb ari tue momma nk bli baju smyang utk raya..so blikn skali utk nia..xmhal pn..RM15 je..kain cotton..




                                       
walau macamana  pn kakak smyg, ini dh ckp membuatkn ummi speechless & bangga..even kecik dh ada minat nk bersemyg..bak kata pepatah nk melentur buluh biar dr rebung..

Tuesday, September 04, 2012

raya kedua =)

baru ada mood nk update entry raya..selagi xabis syawal selagi tue akan kuar entry raya..kalau xcaya tggu & lihat yer..

raya kedua pg-pg dh bgn..momma buat nasi minyak & nasi himpit..mak sedara & kazen2 ramai dtg..mmg meriahlah..



                                                        kakak yg suka menggediks


                                                          lagi =P


                                                      candid  by ummi =)


                                                         =)


                                       salam ngn tok..


                                            tocang dh ilang =p
                                        duk apa ntah smp muncung mulut=P

lbh krg kul 2.30 pm ke umh mmber ummi kat kg rahmat..dia buat open house..menu nasi dagang & nasi ayam..mmg ketat perutlah ummi ari tue..setel mkn nasi ayam balun nasi dagang plak..

till continue..

Sunday, September 02, 2012

1 syawal kami =)

fuhhh...lap & tiup habuk & sawang dulu kat umah kedua sy nie.. *_____^ ..last week anak dara kesygn sy xsihat..asma dia dtg balik..tp syukur sesgt,sekali jer pas sedut neb trus ok & sihat..doc just suh continue antibiotik & ubat cair kahak serta selsema je..

back to the title ok.. =)

thn nie giliran kami beraya kat kelate..sabtu sehari sblm raya we olls bertolak balik umah mil..we olls balik ikut laluan pantai..kalau ikut laluan jerteh & pasir putih konpem mkn jammed xhengatlah..kami bertolak dr umh chalok lbh kurang jam 3.30 pm & smp tepat jam 6.50 pm..smp trus hidang lauk pauk nk berbuka..bgus & bertuah punya menantu kn??

mlm raya tlg mil masak lauk nasi kuning & nasi dagang..just tolong potong bwg & pape yg patut..nk msk xreti..reti mkn jer..hehehe..then after setel msk sume papa ajak teman dia utk pegi byr zakat..mmg tabiat kami every year mesti mlm raya bru kalut nk byr zakat...kalau x endah xendah jer.. please jgn ikut prangai kami ok..   =p

then, ke umh my sis kat area panji..pegi antar biskut raya my sis tempah..siap awal2 lg pesan ngn my sis suh bli somtam mangga..sumpah sedap..sesedap rasa ok..dgn pedas, masam,manis sume lengkaplh..pas setel mkn trus balik umh mil..sume dh setel umah my mil..

pg 1 syawal, mil awal-awal lg dh bgn msk nasi dagang & nasi kuning..menantu terbaik nie kul 6.30 bru hegeh-hegeh nk bgn dr tido..hehehe..tggu giliran fil & sume adik bradik papa mandi then bru hegeh-hegeh mandikan nia & diri sendiri..mil & sume yg lain ke msjid utk solat sunat raya.sy xpegi coz ssh nk tglkn lil nia..

then, pas solat sunat sume sume mak sedara & bapa sedara papa berkumpul umah mil..mok aka moyang nia stay ngn mil..so mmg umh mil tmpat berkumpul tiap kali raya..maka bermulalah sesi bersalaman & bermaafan..lbh kurang kul 1.00 pm bru dpt pegi umh mak sedara papa..setel beraya umh mak sedara papa trus ke umh sanak sedara belah ummi plak kat pulau kundur..mmg ari tue ketat perut & kenyang bangat la..mau xkenyang 10 buah rmh kami jelajah utk ari raya pertama tue..

                         kami yg bertema grey thn nie.. =P
                     nia xabis-abis ngn henset, xbg konpem ngamuk la..


                         nia bersalaman dgn tok ma & tok ki


                         sesi bermaafan dgn fil.. =)


                             bermaafan dgn mil plak =)


                                     peace smp xnmpk muka la plak.. =P


                                                           =)


pic kami beramai-ramai nan ado..kunun nk tggu sume skali..skali amik kau..smp ke sudh xde pic beramai-ramai..grrrr..gini sokmo ebery year..pic ummi salam ngn papa pn nan ado..tp yg pasti sesi bermaafan tetap ado okeh..next year kalau pjg umur kita potosut beramai-ramai la yer..

lbh kurang jam 8.30 mlm bertolak balik chalok..sesi beraya umah ummi la plak yer..sblm tue sempat singgah umah pak sedara belah papa dulu..ayah sue aka pak sedara papa nie keje ngn istana kelate..mmg meriah dgn kek lah umh ayah sue..tiap thn mmg resmi umh ayah sue mcm tue..apa yg pasti mmg kenyang lglh perut ummi..

till continue utk raya yg seterusnya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...