MoGa BeRKeKaLaN HiNGGa aKHiR NyaWa =))

Daisypath Anniversary tickers

PeRMaTa HaTi KeSaYaNGaN uMMi & PaPa

 Baby Birthday Ticker Ticker

PuTeRa PeNGiKaT CiNTa KaMi

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, April 21, 2014

drama kegilaan skrg nie

last week baru start tgk..
mcm sedap jer citer nie..
                                  drama nie start ditayangkan di tv3 untuk slot Akasia menggantikan drama Jika Itu Takdirku dan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 7.00-8.00 malam. cerita nie  adalah adaptasi dari Novel Popular "Aku Bukan Mistress" karya Acik Lana.


heronya izzue islam aka mikail
heroinnya plak anzalna nasir aka mya arlissa
sweet sgt tgk diorg nie

sinopsis cerita nie : 

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

uisshhh..xsabar nak menunggu citer nie ptg nie..
br 10 episod citer nie..nie pn tgh duk tgk episod 1-7..
ater sblm nie xlayan sgtkn citer niekn..

1 comment:

  1. drama nie...cik akak langsung tak ikut perkembangan langsung..hihi
    dah habis baca novel rasa malas pula cik akak eh

    singgah menabung ummi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...